Friday, September 29, 2017

ALLAH SEMPURNAKAN MANUSIA IMAN DAN AKAL MENANGANI UJIAN

 (Disiarkan pada 29. 9. 2017)
Tuhan mempunyai Kekuasaan atau Qudrat, dan Tuhan mempunyai Kemauan atau Iradat. Kekuasaan Allah adalah kekuasaan yang sempurna, tidak terbantas dan tidak ada kekuasaan lain yang dapat menghalangi kekuasaan Tuhan. Alam ini serta segala isinya adalah Qudrat dan Iradat Allah SWT.
               Antara sifat-sifat Allah ialah Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat tersebut dibekalkan kepada semua makhluk ciptaan-Nya yang hidup. Sempurnanya sifat-sifat pengasih dan penya- yang yang ada pada setiap makhluk yang hidup maka jadilah pembiakannya di alam kehidu- pan. Kehadiran segala makhluk yang hidup di alam ini maka manusia sebagai khalifah Allah dapat mewujudkan pembangunan lewat kehadiran akal serta iman dalam diri setiap insan.
               Setiap insan atau muslimin dan muslimat, diwajibkan Islam menuntut ilmu sejak dari buaian sampai ke liang lahad. Menuntut ilmu itu merupakan sebahagian daripada ujian Allah SWT. kerana tanpa ilmu manusia  sukar melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah-Nya dalam  kehidupan ini. Dengan ilmu akan merendahkan tahap kesukaran melaksanakan ujian Allah.
          Maka itu Allah sukakan hamba-Nya yang berilmu berbanding dengan orang yang tidak
punya ilmu. Ilmu mendewasa pemikian setiap hamba menangani pembangunan. Dengan ilmu manusia dapat melaksanakan teka-teka pembangunan kelak dapat menjawab segala kerenah-kerenah hidup yang sentiasa berlegar  dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah.
               Islam agama ilmu dan agama akal. Sebelum Islam membebankan pengikut-pengikut nya supaya menghasilkan maksud-maksud keduniaan, lebih dahulu mewajibkan kepada pengi kut-pengikutnya menjadi orang yang berilmu, berakal, sihat, faham, cemerlang fikirannya, elok penglihatannya, berpandangan luas, dapat mendalami segala urusan, sebelum mengerja- kannya.
               Adalah menakjubkan bahawa Islam sahaja dari agama-agama lain yang menggunakan akal dalam urusan agama, khususnya tentang membuat dalil kewujudan Pencipta. Ayat-ayat Al-Quran yang menyeru  keimanan kepada Allah adalah berpusatkan akal dan fitrah manusia. Islam menjadikan kedua-duanya sebagai jalan bagi orang-orang yang beriman untuk menegak kan keimanan mereka.
               Dengan kemampuan, kecerdasan dan keteguhan fitrah, manusia dapat meresapi ajaran Islam di dalam hatinya. Kerana hanya orang-orang yang picik pandangan sajalah yang jauh sekali akan boleh maju di dalam beragama. Allah berfirman surah Al ‘Alaq ayat 96:1-5 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Bacalah olehmu (Muhammad)  dengan nama Tuhanmu yang menjadikan alam, Dia yang menjadikan manusia dari segumpal darah (beku). Bacakah! Dan Tuhan engkau sangat pemurah.Yang mengajarkan(menulis) dengan kalam. Dia mengajar manusia perkara-perkara yang tiada diketahuinya.”
               Apabila kita perhatikan ayat yang paling pertama turunnya dari Al-Qur’an, nyatalah bahawa Tuhan memberikan perhatiannya kepada qalam dan tulis menulis, kepada ilmu dan mempelajarinya.
               Dengan memperhatikan ayat ini saja, cukuplah sudah untuk menegaskan bahawa Islam itu agama ilmu dan agama akal. Islam menghendaki supaya pemeluknya pandai memegang kalam dan otaknya penuh dengan aneka rupa ilmu.
               Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad saw, merupakan pemberitahuan dan seruan yang pertama dari Allah, yang juga menyatakan perang terhadap kebodohan dan menetapkan membaca serta belajar merupakan landaan pertama dalam pembangunan tiap-tiap orang besar. Yang memperkuat pendapat ini adalah Allah sendiri telah bersumpah dengan qalam dan meninggikan peranannya, sebagaimana firman Allah surah Al-Qalam, ayat 1 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Nun, demi qalam dan apa yang mereka tulis.”
               Oleh kerana itu Allah memuliakan para ulama dan diberikanNya sifat yang cukup tinggi, yang oleh manusia sifat itu dijadikan tujuan berlomba dan dengan mati-matian mereka berebut mendapatkannya,
               Allah berfirman dalam surah al-Mujadilah ayat 58:11 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “....Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berimu pengetahun itu beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kejakan.”
               Allah akan meninggikan darjat orang-orang Mukmin lantaran mereka mematuhi perintah Allah dan perintah rasul-Nya. Begitu pula orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sebenarnya orang yang berilmu pengetahuan itu tinggi benar darjatnya, bukan saja di kampung akhirat, malahan juga di atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang mempunyai pengetahuan dipandang tinggi. Dan biasanya pula pandangan itu ditumpukan kepada ijazah-ijazah. Siapa yan memiliki ijazah pengajian, maka mudahlah mendapat kedudukan dan senanglah mendapat pekerjaan.
               Tentu saja bukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, malahan juga semua ilmu pengetahuan yang berfaedah untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Sebab itu kaum Muslimin digesa supaya kuat menuntut ilmu, biar di bumi mana saja ilmu itu berada.
               “Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
               Allah tahu bagaimana mestinya memberi pembalasan di atas apa yang kamu kerjakan. Sesiapa yang berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat ataupun diampunkan-Nya.
               Beriman kepada Allah menenangkan Jiwa. Kesempurnaan hidup semestinya dengan iman. Yang paling asas dalam Islam adalah beriman kepada Allah SWT. Mempercayai adanya Allah SWT akan memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
               Kebahagian hidup di dunia dan akhirat inilah merupakan cita-cita semua umat manusia terutama umat Islam. Cita-cita tersebut dikategorikan sebagai ujian Allah S.W.T. kepada setiap insan. Jawapan itu nanti menjadi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Maka itu yang dapat menjawab dan memberikan bimbingan ke arah itu hanyalah Islam.
               Beriman kepada Allah ialah meyakini dengan sesunggunya melalui proses kejiwaan, yang meliputi perasaan, fikiran, sekaligus sikap dan perbuatan untuk membuktikan iman tersebut. Kehadiran iman dalam diri setiap individu menggapai kesempurnaan hidup sebagai hamba Allah S.W.T.
               Beriman kepada Allah, akan menghasilkan jiwa yang tenang dan tenteram, sebab dalam meyakini adanya Allah kita akan memahami akan sifat-safat Allah SWT yang Maha Agung. Akhirnya jiwa kita akan merasa damai dan hidup dalam suasana yang dicita-citakan.
               Islam tidak sukar diterima oleh setiap manusia, kerana ianya sesuai dengan kemanu- siaan itu sendiri. Allah SWT dalam Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa Dialah yang mengatur dan memiliki segala yang ada di alam ini. Firman Allah surah Al-Hasyr ayat 59:22 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia-lah Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
               Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah-lah yang menguasai dan  memiliki seluruh Alam ini. Hanya Dia-lah Tuhan, tiada Tuhan selain Dia, kerana Dia mempunyai kekuasaan mutlak terhadap sesuatu. Semua yang ada di alam ini ciptaan-Nya, lemah dan kecil dihada pan-Nya. Maka akan resahlah jiwa seseorang jika mencari kebenaran itu selain Dia.
               Allah mengetahui segala yang ghaib dan segala yang nyata, semua yang dilakukan-
Nya sesuai dengan pengetahuan-Nya yang luas meliputi segala sesuatu. Dengan sifat-Nya itu
membuktikan bahawa segala sesuatu itu berada dalam pengawasan Allah SWT. Begitu juga
pimpinan Allah terhadap alam semesta, berlaku menurut sunatullah dan dalam menempuhi kehidupan, manusia harus menurut hukum sunatullah.
               Sistem kehidupan yang diatur oleh Allah SWT merupakan corak yang mutlak kebena- rannya. Bukan seperti sistem yang dibuat oleh manusia yang selalu saja berubah, kerana diang gap tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Jika manusia masih memegang pemimpin selain daripada Allah, maka akan bertambahlah keresahan jiwanya. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubahlah ayat 9:32-33 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Mereka berkeinginan memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut atau ucapan-ucapan mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dia-lah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk Al-Qur’an dan agama yang benar untuk menenangkan-Nya atas segala agama  walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.”
               Ketua-ketua orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berusaha hendak menghapuskan agama Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan cara mereka mendustakan Baginda.
               Setengah kaul menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan an-nur (cahaya) dalam ayat ini ialah bukti yang menunjukan benarnya kenabian Muhammad s.a.w. yang berupa:
               1. Bukti yang berupa mukjizat, iaitu perkara-perkara luar biasa yang berlalu pada diri Nabi Muhammad (s.a.w.)
               2. Bukti yang berupa al-Qur’an iaitu kitab suci yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad (s.a.w.) juga sebagai mukjizat yang akan kekal selama-lamanya dan menunjukkan atas  benarny kenabiannya.
               3. Bahawa agama yang diserukan oleh Nabi (S.A.W.) ialah agama Islam, iaitu agama yang di dalamnya tidak ada sebarang perintah kecuali supaya menyanjung Allah serta tunduk kepada apa yang diperintahkan dan yang ditengah-Nya, sama ada perkara seruhan supaya beribadat hanya kepada Allah semata-mata mahupun surhan supaya membersihkan diri dari beribadat kepada yang lainNya.
               Semua perkara ini sudah cukup terang dan jelas untuk membuktikan bahawa Muham mad (s.a.w.) adalah sebenarnaya seorang nabi dan pesuruh Allah. Barang siap yang cuba menghapuskan kebenaran itu atau mendustakannya pasti akan kecewa dan usahanya tetap gagal. 
               Demikianlah percubaan hendak menghapuskan agama Islam semenjak kebangkitan Nabi Mhammad (s.a.w.) yang telah dilakukan oleh orang-orang Ahli Kitab baik berupa peperangan mahupun berupa fitnah dan sercaan untuk merosakkan iktikad dan kepercayaan kaum Muslimin, maka tiap-tiap satu daripadanya adalah dimaksudkan untuk memadamkan cahaya Allah dari terus bersinar. Tetapi apakah tindakan Allah? Jawabnya ialah firman-Nya berbunyi:(Terjemahan)
               “Tetapi Allah enggan melainkan hendak menyempurnakan cahaya-Nya itu meskipun orang-orang kafir tidak menyukai.”
               Allah berjanji kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) akan menambahkan kepadanya kemenangan demi kemenangan dalam perjuanannya menyiarkan agama Islam dari semasa ke semasa sehingga sempurnalah ketinggian kalimat-Nya dan keunggulan agama-Nya, yang seolahnya bukan purnama sedang mengambang penuh untuk menyinarkan cahayanya ke seluruh permukaan bumi, meskipun orang-orang kafir itu tidak menyukainya.
               Menangani ujian Allah menjadi keutamaan dalam menghadapi pembangunan kehidu pan kerana Allah bekalkan kita berbagai fitrah demi membantu kita menyempurnakan ibadah dan muamalah hidup. Kegagalan dan kejayaan dalam hidup harus difahami sebagai ujian Allah dan harus difahami bahawa kegagalan itu merupadakan kejayaan  yang tertunda; manakalah kejayaan itu pula merupakan ujian Allah kepada individu berkenaan agar jangan bersifat megah dan angkoh kelak menjemput  perasaan sombong kerana memikirkan kejayaan nya menempatkannya ketahap lebih tinggi berbanding orang lain.
               Ketahuilah bahawa segala usaha dan ikhtiar yang kita laksanakan demi menemukan penyelesaian satu-satu masalah wajar difahami sebagai tawakal. Tawakal ertinya menyerah kan diri kepada Allah SWT. Menurut Al-Ghazali tawakal itu ialah berpegang kepada Allah, tetap dalam hati menyerahkan diri kepada Allah, sedikitpun tidak berpaling daripada keyaki- nan itu.
                    Ada tiga tingkatan tawakal itu:
i.   Percaya kepada Allah sebagai wakilnya yang sebenarnya.
ii.  Percaya akan haknya terhadap Allah seperti kepercayaan seorang anak kepada ibunya.
iii. Menyerah diri dan segala pekerjaannya kepada Allah.
                    Semangat tawakal yang sebenar mengimplikasikan bahawa kita sedar dan yakin bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allahlah yang menentukan kebaikan, kejayaan, dan  kebahagian hidup manusia. Bagaimanapun, Allah mene tapkan sesuatu ketentuan di atas diri manusia dengan adil. Allah berfirman surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (Terjemahan)
                    “Dan (ingatlah) sesungguhnyaAllah tdk sekali-kali berlaku zalim terhadap hamba-hamba-Nya.”

                    Ringkasnya, tawakal bukan merujuk perbutan menyerah untung nasib diri kepada Allah dengan tidak perlu berusaha dan berikhtiar. Sebaliknya, tawakal membabitkan dua proses yang saling berkait, iaitu menyerahkan nasib diri kepada Allah dari satu sudut, dan penggunaan seluruh tenaga fizikal, mental, dan rohani untuk mengubah keadaan diri sendiri dari sudut yang lain.

No comments:

Post a Comment