(Disiarkan pada 6. 10. 2017)
Hidup ini merupakan perjuangan, dan perjuangan
itu adalah pengorbanan maka pegorbanan itu tanda kasih sayang kepada diri
kerana Allah SWT. Allah sayangkan hambanya maka dibekalkan berbagai fitrah demi
menyempurnakan pembangunan kehidupannya. Agen- da utama dalam hidup ialah bersyukur kepada Allah kerana membekalkan
berbagai ujian sebagai mengetuk jiwa kita demi menyedarkan kita tentang amanah
yang Allah pertanggung jawabkan demi kesempurnaan hidup sebagai khalifah-Nya.
Menempuhi ujian Allah, kita kena
melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan. Mengi- kut pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
dalam bukunya bertajuk Fiqh Kutamaan-keutamaan seorang Muslim, megatakan bahawa
antara kepentingan yang diutamakan oleh syariat adalah keutamaan mendahulukan
ilmu berbanding dengan amalan. Ilmu menjadi petunjuk dan panduan. Sebuah hadits
daripada Mua’dz menyebut, “Ilmu adalah imam dan amalan adalah makmum.”
Jestru, imam Al-Bukhari meletakkan satu
bab dalam kitab Ilmu daripada kitab
Shahih beliau yang bertajuk, Ilmu Sebelum
Ucapan dan Perbuatan. Beliau menerangkan, ilmu adalah syarat dalam
ketetapan sesuatu percakapan dan perbuatan. Ini kerana, sesuatu ucapan dan
perbuatan tidak dianggap sebagai betul tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan.
Ilmu perlu didahukan sebelum percakapan dan perbuatan. Ini kerana, ilmu
membetulkan niat serta perbuatan yang dilakukan oleh setiap individu.
Allah s.w.t. menyuruh setiap Rasul-Nya
supaya berilmu serta mengesahkan-Nya terlebih dahulu. Suruhan itu disusuli
dengan beristigfar. Itu adalah perbuatan yang perlu dilakukan bagai meraih
keampunan Allah s.w.t.. Amalan serta ucapan Rasulullah s.a.w. adalah amalan dan
ucapan yang mudah untuk difahami oleh umat. Allah s.w.t. menerangkan dalam
surah Fatir, ayat 35:28 yang
bermaksud: (Terjemahan)
“.......Sebenarnya
yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya hanya orang yang berilmu..”
Hanya dengan ilmu menjadikan seorang itu
takut kepada Pencipta. Ilmu juga menghalang hamba-hamba-Nya daripada melakukan
kemungkaran.
Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesiapa yang
Allah menginginkan kebaikan untuk dirinya, Allah memberi kefahaman agama
kepadanya.”
Ini kerana, apabila seseorang memahami
perbuatan yang dilakukan pasti mereka melakukan perbuatan itu dengan baik.
Kita perlu mendahulukan kegiatan
menuntut ilmu sebelum sesuatu amalan dilakukan. Ini berdasarkan surah terawal
yang diturunkan dalam Al-Quran, iaitu iqra
bermaksud bacalah. Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan. Kemudian, Allah
s.w.t. menurunkan perintah yang menuntut kepada amal perbuatan dalam surah Al-Mudatthir (orang yang berselimut) ayat
74:1 hingga ayat 4 yang bermaksud: (Terjemaan)
“Wahai
orang orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran
(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah kamu bersih.”
Setiap perkara yang kita lakukan
memerlukan ilmu. Ilmu perlu diutamakan. Ini kerana, hanya dengan ilmu kita
dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah dalam sesuatu kepercayaan.
Ilmu juga mampu membetulkan setiap kesilapan dalam percakapan, menjelas kan
segala salah faham dalam urusan ibadat seharian, dan membetulkan kesalahan yang
berlaku dalam pergaulan seharian. Dengan ilmu juga kita dapat membezakan
perkara halal dan haram yang berlaku dalam urusan pelaburan, kebaikan dan keburukan
daripada segi akhlak, perkara yang diterima dan ditolak dalam urusan timbangan,
serta ketepatan dalam ucapan dan perbuatan.
Umar bin Abdul Aziz berkata, “Sesiapa
yang melakukan sesuatu perbuatan tanpa
berlandaskan
ilmu pengetahuan amalannya itu ternyata lebih memberi keburukan bebanding
dengan kebaikan.”
Perkara sebegini jelas berlaku terhadap
sebahagian daripada golongan Muslim yang bertakwa tinggi, ikhlas, dan
bersemangat. Tetapi, mereka kekurangan ilmu serta pemahaman dalam memahami
tujuan syariat serta hakikat sebenar
agama Islam.
Itu yang berlaku kepada puak Khawarij.
Mereka membunuh Saidina Ali bin Abi
Talib r.a. kerana kelebihan serta kedudukan beliau dalam menyumbang kepada
kemenangan agama Islam. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. juga adalah orang yang
paling dekat dengan Rasulullah s.a.w. kerana keturunan beliau. Di samping itu,
beliau adalah menantu dan insan kesayangan Baginda.
Ada juga yang membantah pembahagian
sebahagian daripada harta oleh Rasulullah s.a.w. Dengan biadab mereka berkata
kepada Baginda “Kamu perlu berlaku adil.”
Baginda berkata, “Siapakah yang akan
berlaku adil jikalau kamu tidak berlaku adil?”
Dalam laporan hadith lain, mereka yang
biadab itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, bertakwalah
kepada Allah.”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah
aku orang yang benar bertakwa kepada Allah?”
Orang yang mengucapkan perkataan itu
sama sekali tidak memahami politik Rasulullah s.a.w. dalam menundukkan hati
orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Mereka juga tidak memahami tindakan
Rasulullah s.a.w. itu mengandungi berbagai
kemas- latan besar untuk umat. Allah s.w.t. mensyariatkan perkara itu
dalam Al-Quran dan memberi hak kepada
Rasulullah s.a.w. bagi melakukan tindakan terhadap sedekah yang diberikan
kepada kaum muslimin. Lalu, bagaimana pula halnya dengan harta rapasan perang?
Sebahagian daripada sahabat
memohon izin kepada Rasulullah s.a.w. bagi membunuh mereka yang bersikap biadab
itu. Baginda melarang dan mengingatkan para sahabat tentang kemunculan kumpulan
seperti itu. Baginda berkata, “Mereka memandang rendah terhadap solat kamu
dengan solat mereka, ibadah puasa kamu dengan ibadah puasa mereka, dan amalan
kamu dengan amalan mereka. Mereka membaca Al-Quran, tetapi lebih dari anak-anak
tekak mereka. Mereka menyimpang daripada agama seperti terlepasnya anak panah
dari busur.”
Maksud ‘tidak lebih dari anak
tekak mereka’ adalah hati mereka tidak memahami apa yang mereka baca. Akal
mereka tidak disinari dengan ilmu. Apa yang mereka baca daripada Al-Quran itu
tidak bermanfaat untuk diri mereka walaupun mereka sentiasa menunaikan solat
dan berpuasa.
Mereka juga disifat seperti itu
kerana mereka membunuh umat Islam dan membiarkan golongan yang menyembah
berhala.
Kesalahan yang berlaku itu bukan
sahaja meresap dalam diri mereka dan niat mereka, bahkan ke dalam akal fikiran
dan pemahaman mereka. Sebuah hadith menyifatkan golongan itu seperti.
“Orang-orang muda yang memilih impian yang bodoh.”
Imam Hasan Al-Basri mengingatkan
umat supaya tidak berlebih-lebihan dalam melakukan ibadah dan amalan. Umat
Islam perlu mengukuhkan diri dengan ilmu dan pema- haman yang mantap. Beliau
menjelaskan, “Seorang yang beramal tanpa ilmu ibarat orang yang berjalan bukan
di atas jalan yang betul. Seorang yang beramal tanpa ilmu hanya membawa lebih
kerosakan berbanding dengan kebaikan. Tuntutilah ilmu selagi tidak memuderatkan
pencarian ilmu. Kerana terdapat sebahagian daripada
kaum yang melakukan ibadah, tetapi meninggalkan ilmu pengetahuan
sehingga mereka keluar dengan pedang bagi membunuh umat Muhammad. Sekiranya
mereka mencari ilmu pengetahuan, pasti mereka tidak melakukan apa yang mereka
lakukan itu.
Kita berada dalam zaman segala
sesuatu diasaskan oleh ilmu pengetahuan. Kita tidak
menerima
perkara yang tidak teratur dan membabi buta dalam hal-hal kehidupan.
Maka apa sahaja amalan perlu
disertakan dengan kajian sebelum amalan itu menjadi satu kebiasaan atau pun amalan.
Kita mesti mempunyai keyakinan sebelum memulakan, peran cangan sebelum
melaksanakan, dan menggunakan stastik sebelum mengambil apa jua tinda- kan.
Menempuhi ujian Allah perlu mempunyai
ilmu pengetahuan kerana ujian Allah terse- but sememangnya mempunyai berbagai
elemen yang perlu ditanganai. Ujian itu semestinya ada hikmah disebaliknya.
Allah tidak wujudkan sesuatu tanpa tujuan. Tujuan tersebut mende wasakan
pemikiran umat sebagai hamba Allah. Kita tidak membiarkan sesuatu perkara
berlalu tanpa mengambil ukuran perkara yang menguntungkan dan merugikan dalam
perja- lanan semalam dan hari ini.
Antara ukuran iman adalah amalan yang sentiasa berterusan. Mereka yang
melakukan amalan secara berterusan dan dengan penuh disiplin. Tahap dan
peringkat sebegitu berbeza berbanding dengan amalan yang dilakukan
sekali-sekali hanya pada waktu tertentu.
Sebuah hadith shahih menyebut,
Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah ama- lan yang berterusan walaupun
sedikit.”
Imam Al-Bukhari dan muslim
merekodkan, daripada Masruq, beliau bertanya kepada saidatina Aisyah r.a.,
“Apakah amalan yang paling dicintai oleh Nabi?”
Saidatina Aisyah r.a. menjawab,
“Amalan yang berterusan.”
Terdapat juga laporan daripada
Saidatina Aisyah r.a., Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya. Pada ketika itu,
beliau sedang bersama seorang wanita. Nabi s.a.w. bertanya, “Siapakah wanita
itu?”
Saidatina Aisyah r.a. menjawab,
“Polanah yang terkenal dengan solat(banyak melaku kan solat)”
Nabi s.a.w. berkata, “Aduh,
lakukan sahaja perkara yang kamu mampu lakukan. Demi Allah, Allah tidak bosan
sehingga kamu sendiri berasa bosan.”
Saidatina Aisyah r.a. berkata.
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang sentiasa dilakukan oleh
pelakunya.”
Perkataan ‘aduh’ dalam hadith
menunjukkan perasaan Baginda mengenai beban berat dalam beribadah. Ia termasuk
membebankan diri diluar batas kemampuan. Baginda mengi- nginkan amalan yang
sedikit, tetapi dilakukan secara berterusan. Melakukan ketaatan secara
berterusan sehingga banyak keberakatan diperolehi berbeza dengan amalam yang
banyak, tetapi memberatkan. Amalan yang sedikit, tetapi berterusan pasti tumbuh
mengalahkan amalan yang banyak dilakukan dalam satu waktu. Terdapat satu
perbahasan terkenal, “Sesua- tu yang sedikit tetapi berterusan lebih baik
daripada amalan yang banyak tetapi terputus.”
Itu yang menyebabkan Nabi s.a.w.
mengingatkan orang terlalu berlebihan dan keras dalam menjalankan agama.
Baginda bimbang orang itu berasa bosan dan kekuatan bertukar menjadi lemah. Ini
kelemahan yang terdapat pada diri manusia. Dia pasti terputus di tengah jalan.
Menjadi orang yang tidak berjalan dan tidak juga berhenti. Rasulullah s.a.w.
berkata, “Hendaklah kamu melakukan amalan yang mampu kamu lakukan. Ini kerana, Allah tidak bosan sehingga kamu
sendiri menjadi bosan”
Keutamaan amalan menggunakan
hati berbanding dengan amalan menggunakan ang- gota badan. Agama menganjurkan
amalan dalaman yang dilakukan oleh hati manusia. Ama- lan itu lebih diutamakan berbanding dengan amalan lahiriah
yang dilakukan oleh anggota badan. Terdapat beberapa sebab yang menjelaskan
perkara ini.
Pertama, Allah tidak
menerima amalan lahiriah jikalau amalan itu tidak disertai dengan amalan
dalaman. Amalan dalaman atau hati adalah dasar untuk amalan lahiriah diterima.
Amalan dalaman adalah niat. Nabi s.a.w. mengatakan, setiap amal perbuatan itu
harus disertai dengan niat.
Apa yang dimaksudkan dengan
niat adalah niat yang terlepas daripada cinta diri dan dunia. Niat yang ikhlas
kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t. hanya menerima amalan seorang yang ikhlas. Allah s.a.w. menerangkan
dalam surah Al-Baiyyinah ayat 98:5
yang bermaksud: (Terjemahan)
“Pada hal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat
kepada –Nya lagi tetap teguh di atas tauhid.”
Rasulullah s.a.w. berkata. “Allah tidak
menerima amalan kecuali yang ikhlas dilaku kan hanya untuk-Nya.
Sebab yang kedua, hati adalah hakikat
manusia, sekaligus menjadi sumber kebaikan dan keburukan mereka. Dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim menyebut. Nabi s.a.w. berkata, “Ketahuilah dalam
tubuh manusia trdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, mak
seluruh tubuh menjadi baik. Apabila segumpal darah itu rosak, maka seluruh
tunuh menjadi rosak. Segumpal dara itu adalah hati.”
Nabi s.a.w. menjelaskan, hati adalah
titik pusat pandangan Allah s.w.t. Dia menilai perbuatan yang dilakukan oleh
hati. Allah s.w.t. hanya melihat hati seorang. Apabila niat seseorang hamba itu
bersih, maka Allah s.w.t. menerima amalannya. Apabila hatinya kotor ataupun
niatnya tidak benar, maka Allah s.w.t. menolak amalannya. Baginda berkata,
“Allah tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi Allah melihat kepada
hati kamu.”
Al-Quran menjelaskan, orang yang
mempunyai hati yang bersih mendapat keselama- tan di akhirat dan balasan
syurga. Hati yang
bersih
daripada kemusyrikan, kemunafikan dan penyakit hati yang menghancurkan adalah
orang yang hanya menggantukkan diri kepada
Allah
s.w.t.
No comments:
Post a Comment