(Disiarkan pada 17. 11. 2017)
Islam adalah agama Allah. Allah
menyempurnakannya untuk manusia sebagai addin atau cara hidup. Dalam
Al-Quran surah Al-Maidah ayat 5:3, Allah
berfirman yang bermaksud: (terjemahan).
“......... Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan
telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama
mu.”.
Dengan turunnya
ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan
perkara-perkara yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara
yang halal dan harm, sehingga tidak ada satu hukum yang halal dan haram, lagi
selepas itu. Syariatnya berkekalan hingga hari kiamat.
Dengan sempurnanya Islam
menjadilah ia suatu nikmat dari Allah, di antaranya orang-orang mumin dapat
menger- jakan haji dengan aman, tidak ada orang-orang kafir atau musyrik yang
mengganggu mereka, dan ada pula yang turut mengerjakan haji semenjak itu. Agama
Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga menghendaki agama lain dari Islam,
tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dipilih
Allah sebagai Rasul-Nya untuk menerima dokumen wahyu dari-Nya iaitu Al-Quranul
Karim dalam perantaraan malaikat Jibril selama 21 tahun yang mempunyai 6,666
ayat. Dokumen tersebut Allah bekalkan kepada manusia sebagai satu pegangan
hidup untuk mencapai kesempurnaan hidup di alam
dunia dan sebagai bekalan hidup di alam akhirat kelak sebagai distinasi
mutlak kehidupan manusia.
Allah telah berfirman dalam
al-Quran surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah (agama) Allah
dan jangan kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang
diberikan-Nya kepada mu) ketika kamu
telah bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hati mu, sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan
adalah kamu di atas pinggir neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah
Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima
petunjuk.”
Islam bukanlah
merupakan ikatan yang hanya menghimpunkan jumlah manusia sahaja tetapi juga
menghimpunkan segala kebenaran yang menetapkan berbagai hubungan yang baik
antara manusia dengan Tuhan yang Maha Pencipta dan antara manusia dengan
sesamanya.
Mansia tidak dapat hidup
berdikari tanpa tunjang menunjang antara satu sama lain. Oleh kerana itu
terhindarlah rasa dan sikap yang hanya mementingkan diri untuk memperolehi
keuntungan sendiri. Apabila manusia dihinggapi oleh perasaan ingin untung
sendiri maka hilanglah sifat keutamaan manusia. Apabila sifat tersebut
menguasai manusia maka hilanglah sifat kebaikan manusia dan tumbuhlah dengan
suburnya kerakusan yang terkandung dalam hidupnya sehingga membuat manusia itu
terkepung dalam ruang linkup yang sempit. Apabila perasaan demikian menguasai
manusia maka dia tidak lagi dapat melihat orang lain kecuali dirinya sendiri.
Islam mendasarkan kesempurnaan
hidup manusia dengan kehadiran fitrah akal sebagai hikmah dan sarang ilmu
pengetahuan. Semakin bannyak ilmu yang dikuasai semakin tinggi pula potensinya.
Namun walaupun demikian ia tidak mungkin mampu menjangkau hakikat akal itu
sendiri.
Akal fikiran manusia merupakan
sesuatu yang mengagumkan. Akal disimpulkan sebagai pusat analisa dan disiplin
ilmu pengetahuan, tempat bersarangnya
hikmah yang membedakan antara kebajikan dan keburukan.
Akal itu adalah sebagai pemimpin
yang harus ditaati, sarana berfikir dan
perekam yang boleh mendeteksi segala sesuatu yang misterius. Apa yang terasa sempit
oleh mata dan jiwa akan terasa luas bagi akal.
Allah telah memuliakan dan
membedakan manusia dari makhluk-makhluk yang lain. Di antara perbedaan dan
kemuliaan yang sangat menonjol pada manusia adalah akal fikiran. Dengan akal
fikiran ini manusia mencapai alam malaikat, mengenal Dzat yang Maha Pencipta,
mengeban dan menjalankan amanah, beradaptasi dengan lingkungan, menguasai berbagai
disiplin ilmu dan boleh membedakan antara kebajikan dan keburukan.
Dengan akal manusia menganalisa
dan mengadakan introspeksi diri, lalu dia mengenal Tuhannya. Akal manusia
adalah salah satu bukti kebesaran Allah; Dzat yang Maha Pencipta.
Sebagaimana halnya akal, kata Al-Qalbu dalam Al-Quran mempunyai
berbagai demensi. Ada yang mengacu kepada fungsi akal, dan kebanyakan berkisar
di seputar dimensi instinktif. Akal itu
sendiri berfungsi sebagai dasar dari instink dan naluri yang normal, baik itu
ketika mencintai sesuatu atau membencinya. Akal juga sebagai tempat petunjuk,
iman, pengertian, kemahuan dan keputusan.
Firman Allah surah Al-Hujurat
ayat 49:7 yang bermaksud: (Terjemahan)
“....Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan
iman itu indah dalam hatimu dan menjadikan kamu benci kepada kekufuran, dan
kefasiqan dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang
lurus (terpandu)”
Dengan kurnian
Allah, disinarkan-Nya cahaya keimanan ke dalam hati kamu sehingga kamu amat
mencantai iman tersebut.
Dan menjadikan iman itu indah di dalam hati kamu.
Serta diperindahkan dan
dipercantik iman di dalam hati kamu, yang menyebabkan sangat besar harganya
melebihi daripada segala barang yang berharga, menyebabkan kamu tidak mahu
berpisah daripadanya.
Dan menjadikan kamu benci kepada kekufuran, kefasiqan dan kederhakaan.
Sebaliknya Allah menimbulkan kebencian
di dalam hati kamu terhadap segala macam kesesatan, yang berpunca dari
perbuatan kufur, dosa-dosa besar dan maksiat, yakni perbuatan yang terkeluar dari
mentaati Allah.
Allah menjadikan iman itu kurnia yang
paling berharga, menyebabkan ia sangat-sangat dicintai. Dan lawan iman itu kekufuran, kefasikan,dan maksiat, yang merupakan gejala-gejala
yang paling dibenci.
Sesungguhnya iman yang sempurna itu
ialah, berikrar dengan lidah, percaya dalam hati dan beramal dengan
rukun-rukunnya. Maka bencikan kekufuran lawannya cintakan iman, keindahan iman
dalam hati ialah percaya dalam hati, dan kefasiqan, iaitu berdusta lawannya
berikrar dengan lidah, dan seterusnya maksiat, iaitu derhaka lawannya beramal
dengan rukun-rukunnya.
Mereka
itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
Orang-orang yang mempunyai sifat
tersebut akan ter pandu ke jalan yang selamat, dan tidak akan menyimpang dari
jalan istiqoma, yakni yang lurus.
Allah berfirman dalam surah al-Hujurat
ayat 49:8 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sebagai
kurnia dari Allah dan nikmatnya. Dan Allah Maha mengetahui lagi bijaksana.”
Inilah
merupakan kurnia Allah dan juga nikmat-Nya ke atas kamu, sedangkan Allah
lebih tahu siapa yang layak diberinya hidayat dan siapa yang patut
dibiarkan-Nya sesat. Lagi bijaksana Allah mengatur urusan makhluk-Nya dengan
mentakdirkan apa yang dikehendaki-Nya mengikut ketetapan-Nya.
Menurut perspektif bersepadu sejagat,
akal merupakan satu fungsi roh manusia. Oleh itu, akal adalah satu entiti
kerohanian. Dalam kehidupan duniawi, akal mempunyai dua aspek atau dimensi yang
berbeza. Dari aspek fizikal, akal merujuk organ otak, manakala dari aspek
kerohanian pula akal merujuk kebolehan manusia untuk memahami, membeza, membanding,
menimbang, menakul, dan membina skim ilmu.
Otak (entiti fizikal) dan akal (entiti kerohanian)
saling berinteraksi antara satu sama lain. Misalnya, akal memperolehi maklumat
tentang benda-benda dalam persekitaran melalu pancaindera; keperluan asas tubuh
ditafsirkan oleh akal; sementara akal pula mengkin mengarah tingkah laku yang
tertentu. Melalui akal manusia berkemampuan membaca, memerhati, mengkaji,
menganalisis, menterjemah, mentafsir dan memahami tanda-tanda kekuasaan Allah
dalam alam semesta.
Al-Quran menjelaskan bahawa akal itu
tidak selamanya berfungsi sebagai tempat kebenaran dan iman, bahkan terkadang
sebagai wadah dosa dan kejahatan. Allah berfirman dalam surah Al-Hijir ayat
15:12 yang bermaksud: (Terjemahan)
‘
Demikianlah Kami memasukkan (rasa ingkar dan memperolok-olok itu) ke dalam hati orang-oramg yang berdosa
(orang-orang yang kafir).”
Adapun sebabnya perasaan yang membawa
kesesatan dan sikap kufur itu dapat tumbuh di dalam hati orang-orang yang
bersalah itu dengan suburnya, kerana jiwa mereka sudah tidak lagi untuk beriman
dan tidak bersedia untuk menerima perkara yang hak dan benar. Hati mereka tidak
bersedia menerima pengajaran Al-Quran dan tidak dapat menerima sinaran pertujuk
dan hidayat.
Di dalam akal manusia itu terdapat
bermacam-macam perasaan. Jadi bukan saja ada dalam hatinya. Allah berfirman
dalam surah Al-Hadid ayat 57:27 yang
bermaksud: (Terjemahan)
“Dan
Kami jadikan dalam hati orang-orang
yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang.
Dan Allah menjadikan hati orang-orang
yang menjadi pengikut Nabi Isa (a.s.) itu, iaitu kaum Hawariyin rasa santun dan
kasih sayang dalam hati mereka – sebagai isyarat tentang adanya perasaan kasih
sayang yang seperti itu juga di dalam hati sahabat-sahabat Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mana mereka mempunyai
rasa kasih sayang sesama mereka.
Begitu pula Allah tidak menjadikan dalam
hati pengikut-pengikut Nabi Isa (a.s.) mengada-adakan Rahbaniyah (bertapa dan
anti kahwin) pada hal Kami (Allah) tidak mewajibkan Rahbaniyah ke atas mereka.
Yakni perbuatan Rahbaniyah itu telah mengada-adakan oleh ketua-ketua agama Nasrani dan paderi-paderi mereka mengikut kemahuan nafsu mereka sendiri.
Allah tidak pernah mensyariatkan
Rahbaniyah atau memerintahkan orang-orang Nasrani menjadi Rohban, iaitu menjadi
paderi yang anti kahwin dan menyekat nafsu syahwat keduniaan dan tidak pula
menjadi orang pertapaan. Melainkan mereka sendiri mengada-adakan Rahbaniyah,
kononnya hendak mencari keredaan Allah – sebenarnya bukan cara demikian untuk
mencari keredaan Allah. Dan mereka tidak memelihara perintahAllah dengan pemeliharaan
yang selayaknya.
Dalam ayat ini terdapat dua celaan:
1. Mereka
mengada-adakan sesuatu amalan yang tidak ada diperintahkan oleh Allah,
dan
2.Tidak
menjalankan kewajipan yang dimestikan kepada mereka-dengan menyangka
kan perbuatan mereka itu semata-mata untuk
mencari keredaan Allah.
Dalam Hadis
riwayat Ahmad disebut: (Terjemahan)
Tiap-tiap umat mempunyai Rahbaniyah,(jalan untuk
bertapa) dan jalan pertapaan umatku ialah berjuang pada jalan Allah.
Maka Allah berikan kepada orang-orang
yang beriman di antara pahalanya. Yakni orang-orang yang salih daripada para
pengikut-pengikut Nabi Isa (a.s.) yang menepati dengan perjanjian Allah
dan percaya kepada Nabi Muhammad
(s.a.w.) dengan mengimaninya itu, Allah berikan kepada mereka pahala yang
berganda-ganda. Tetapi kebanyakan daripada mereka adalah fasiq. Yakni terkeluar
daripada batas-batas ketaatan, dan berterusan melakukan perkara yang diharamkan
oleh Allah. Ini, sebagaimana Firman
Allah dalam surah at-Tawbah ayat 9:34. Yang bermaksud: (Terjemahan)
“...........Sesungguhnya kebanyakan dari pendita-pendita dan paderi-paderi
itu memakan harta manusia dengan jalan yang tidak halal dan menghalang (orang) dari jalan Allah.
Allah memberitahukan kepada
orang-orang Mukmin bahawa pendita-pendita dan paderi-paderi daripada
orang-orang Yahudi dan Nasrani itu
kebanyakan mereka hatinya telah diresapi oleh cintakan harta dan kemegahan. Kedua-dua
pengaruh ini, iaitu pertama pengaruh
cinta kepada menyebabkan mereka
tergemak memakan harta orang dengan jalan yang salah atau haram, kedua, pengaruh cinta kepada kemegahan
menyebabkan mereka bermati-matian untuk menyekat dan menghalang orang-orang
yang hendak menganut agama Islam, kerana mereka tidak mengakui kenabian Muhammad (s.a.w.) dan agama Islam yang dibawanya.
Allah berfirman dalam surah
Ar-Rahman ayat 55:1-4 yang bermaksud: (Terjemahan)
“(Tuhan) Yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dan
menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara,”
Berbicara adalah
merupakan media berfikir logis di mana manusia boleh merealisasi keinginan
dan kehendaknya. Faktor inilah yang membedakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain.
Dengan pembicaraan ini manusia boleh mengutarakan semua yang terdetik di hati
dan di otaknya. Kemampuan berbicara dan ilmu yang dimiliki oleh manusia sebagai
bukti kongkrit dari wujud Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment