Friday, November 16, 2018

HIDUP SEMESTINYA BERSENDIKAN ISLAM


HIDUP SEMESTINYA BERSENDIKAN ISLAM
(Disiarkan pada 17. 11. 2018)
Kewujudan Islam membetulkan cara hidup manusia sebagai makhluk dan khalifah Allah S.W.T. di alam dunia sebelum meneruskan kehidupannya di alam akhirat.  Membetul kan cara hidup manusia sebenarnya adalah pembangunan yang mampan dan menyeluruh yang membabitkan  pembangunan jasmani dan rohani.
Pembangunan jasmani bersendikan kehidupan di alam dunia manakala pembangunan rohani adalah khusus kepada hubungan manusia dengan alam akhirat sebagai distinasi mutlak setiap umat iaitu untuk berjumpa dengan Zat yang mewujudkan manusia dan alam kehidupan.
Kehendak-kehendak Allah (s.w.t.) ke atas keagamaan adalah mengandungi kecintaan dan keredaan-Nya di dalam setiap perintah-Nya. Allah (s.w.t.) menjadikannya syariat dan agama-Nya di mana ianya khusus kepada keimanan dan amalan solih sebagaimana firman-Nya surah Al-An’am ayat 6:125 yang bermaksud: (terjemahan)
“Barang siapa yang Allah menghendaki untuk memberikannya petunjuk nescaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.”
Pada ayat yang berbunyi yang bermaksud: “Maka sesiapa dikehendaki Allah supaya terpimpin, nescaya dibukankan-Nya hatinya agar memeluk agama Islam.”
Di sini Allah memberi perbandingan pula antara orang-orang yang mempunyai persediaan  untuk beriman dengan yang tidak bersedia. Iaitu Allah menjelaskan, sesiapa ada kebolehan untuk beriman, disebabkan Allah menghendakinya supaya tersimpan ke jalan yang selamat dan sejahtera, nescaya orang itu akan dibukakan pintu hatinya dengan selebar-lebarnya untuk menerima nur dan cahaya  kebenaran dari Allah, akhirnya ia bersedia pula untuk menerima agama Islam sebagai pegangan hidupnya dengan hati yang tulus ikhlas – sedikit pun tidak ada halangan yang menahannya dari menerima bukti-bukti dan keterangan-keterangan Allah yang didatangkan kepadanya, malahan semuanya itu akan diterima-nya dengan penuh keimanan dan keyakinan.
Dan sesiapa dikehendaki Allah supaya tersesat, nescaya dijadikan-Nya dadanya sempit lagi sesak.
Sesiapa yang telah rosak keperibadiannya disebabkan syirik yang menyesatkannya, dan jiwanya telah bernoda disebabkan dosa yang dilakukannya, nescaya orang itu akan tertutup pintu hatinya dari menerima cahaya kebenaran, sempit pandangannya dari menerima petunjuk dan keterangan, dan amat berat menerima seruan Islam untuk menjadi pegangan hidup dan agamanya,
Orang yang tersesat tidak mendapat petunjuk itu telah diumpamakan oleh Allah, seperti orang yang naik ke atas langit. Semakin dia ke atas semakin tidak berdaya untuk bernafas – sesak dadanya dan senak, kerana kehabisan oksijen. Akhirnya kalau dia terus juga naik, tentulah akan mati tercekik.
Ayat ini selain merupakan perbandingan antara yang lapang dadanya dengan yang sempit untuk menerima Islam sebagai agama, juga merupakan rahsia  yang sangat berharga dalam bidang pengetahuan sains.
Allah yang Maha Bijaksana telah memperkatakan rahsia tersebut dalam kitab suci-Nya al-Quran sebelum bangsa manusia tahu dan memahami akan hakikat udara dan oksigen yang terkandung di dalamnya. Hanyalah setelah 14 abad kemudian, iaitu setelah berkembagnya ilmu penerbangan, dicubakan kepada para penerbang untuk menguji kebenaran rahsia yang tersembunyi dalam ayat ini, maka mereka dapati benar-benar telah menepati.
Dalam percubaan mereka, mereka telah mendapati dengan sah akan adanya tekanan-tekanan udara yang berbeza-beza, di berbagai-bagai lapisannya. Orang sekarang telah tahu, bahawa pada lapisan udara yang sebelah atas udaranya semakin tipis jika dibandingkan
dengan lapisan yang sebelah bawah. Dan orang yang hendak naik ke atas, semakin tinggi ia naik semakin kehabisan oksigen. Sedang oksigen itu pula merupakan gas, yang diperlukan oleh pernafasan. Kalau orang telah kehabisan oksigen, nescaya dadanya akan sesak dan perjalanan nafasnya akan terganggu. Itulah sebabnya, setiap penerbangan dan angkasawan perlu dibekali dengan oksigen yang secukup-cukupnya, supaya membolehkan mereka bernafas semasa berada di lapisan udara yang tipis  itu.
               Agama (Islam) dan ilmu pengetahuan adalah dua saudara sekandung, bukan dua musuh yang bertentangan.
               Maka manakala ilmu pengetahuan itu semakin maju, semakin jelaslah penerangan yang diberikan olehnya, yang dahulunya masih belum tersingkapkan oleh para ulama dan Mufassirin.
               Allah telah menciptakan manusia supaya mereka dapat menyempurnakan pengabdian kepada Allah (s.w.t,). Oleh kerana itu Allah (s.w.t.) tidak menyukai Dia dipersekutukan dengan barang apa juapun dan Dia menetapkan bahawa hak penyembahan hanyalah untuk-Nya sahaja sebagaimana firman-Nya surah Al-Isra’ ayat 17:23 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Dan Tuhanmu menetapkan supaya kamu jangan mnyembah selain Dia.”
 Maksudnya Allah (s.w.t.) memerintahkan manusia supaya hanya menyembah-Nya. Keteta pan ini adalah ketetapan ke atas perintah penyembahan di mana ianya jazam iaitu hak-hak (ubudiah) (perhambaan) milik Allah sahaja. Oleh yang demikian dosa yang paling besar adalah syirik selain dari pegangan puak dahriah (athies) yang tidak mempercayai adanya pencipta. Sehubungan dengan itu Allah (s.w.t.) telah menetapkan bahawa barang siapa ingin berjumpa dengan Allah (s.w.t.) hendaklah jangan mempersekutukan-Nya dengan sesiapa pun di dalam ibadatnya, sebagai firman Allah (s.w.t.) surah Al-Kahfi ayat 18:110 yang bermaksud (terjemahan)
               Barang siapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia melakukan amalan solih dan jangan ia mempersekutukan dalam ibadatnya dengan sesiapapun.”
               Allah menyuruh rasul-Nya mengatakan; Bahawasanya aku hanyalah manusia biasa seperti kamu juga. Aku tidak mengaku bahawa pengetahuanku meliputi perkataam-perkataan Tuhanku, bahkan tak ada langsung pengetahuanku kecuali apa yang diajarkan-Nya kepadaku. Dan sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku supaya kamu menyembah Allah sebagai Tuhan yang satu, sebab Tuhan yang sebenar tak ada duanya tak ada yang menyekutui-Nya.
               Siapa yang mengingini pahala daripada Allah hendaklah beribadat kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya, jangan menyekutukan-Nya dengan yang lain seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya kepada keterangan-keterangan Allah dan kepada pertemuan dengan-Nya.     
               Dakwah kepada kebaikan – amar makruf nahi mungkar itu adalah untuk mengajak seluruh umat Islam hidup di bawah lindungan syariat Allah (s.w.t.) supaya kehidupan mereka memperolehi rahmat dari-Nya dan dimuliakan di dunia dan di akhirat. Begitu juga supaya mereka berusaha untuk memantapkan keyakinan mereka terhadap janji-janji Allah (s.w.t.) sekiranya agama yang mulia diamalkan sepenuhnya.
               Keyakinan kepada janji-janji Allah ini adalah iman. Sebagaimana solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah di rumah-rumah Allah (s.w.t.) akan diganjari dua puluh lima kali ganda dari solat yang dikerjakan bersendirian.  
               Pemeliharaan perintah-perintah Allah (s.w.t.) wajar kerana Allah akan memelihara kita dalam segala urusan kehidupan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (r.a.) dia berkata yang bermaksud:
               Aku berada dibelakang Rasulullah (s.a.w.) di atas keinderaan pada suatu hari, maka Baginda telah bersabda, Wahai budak! Sesungguhnya ku mengajarkan kepadamu beberapa
kalimah (iaitu): “Peliharalah Allah, Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta sesuatu mintalah dari Allah dan apa bila kamu memohon pertologan maka mintalah dari Allah dan ketahuilah sesunguhnya seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu: mereka tidak dapat memberi apa-apapun melainkan dengan apa yang telah ditulis oleh Allah untukmu dan sekiranya mereka berkumpul untuk memuderatkanmu dengan sesuatu apapun: mereka tidak dapat memuderatkanmu melainkan dengan apa yang telah ditulis oleh Allah (s.w.t.)telah diangkat pena dan telah kering lembaran.”          
               Peliharalah Allah bermaksud melihara segala perintah-Nya dengan mematuhi-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Apabila  perintah Allah (s.w.t.) dipelihara dengan ketaatan tanpa berbelah bagi maka Allah (s.w.t.) akan memelihara si taat segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan hariannya, usaha-usaha dunia dan akhiratnya dan Allah (s.w.t.) akan memberinya kehidupan yang baik sebagaimana firman-Nya surah An-Nahl ayat 16:97 yang bermaksud: (terjemahan)     
               “Barang siapa yang mengerjakan amalan yang baik: lelaki dan wanita di dalam keadaan ia beriman maka sesungguhnya kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.”
               Adapun barang apa yang menimpa seorang hamba di dalam bentuk bala dan musibah maka ini adalah disebabkan kelalaiannya untuk memelihara perintah-perintah Allah (s.w.t.) dengan mentaatinya sebagaimana firman Allah surah As-Syura ayat 42:30 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu)”   
               Allah menetapkan peraturan-peraturan yang menjadi undang-undang alam bagi manusia, yang kalau mereka mengamat-amati pasti mereka tidak akan melakukan sebarang dosa.
               Iaitu Allah menyatakan: “Dan tiap-tiap musibah (kecelakaan) yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu.”
               Bermakna: Apa jua kemalangan yang menimpa manusia di dunia ini, tidak lain semua nya itu adalah hasil dari kerja tangan manusia itu sendiri – di dalam melakukan dosa-dosa, maksiat dan kejahatan – sebagai hukuman kepada mereka.
               Dibahaskan “kerja tangan” di sini, kerana kebanyakan hasil pekerjaan atau ciptaan sama ada primitif mahupun moden adalah dilakukan oleh tangan manusia.
               Dosa, maksiat dan kejahatan itu terbahagi dua: 1. Dosa yang disegerakan seksaannya di dunia dengan musibah, kecelakaam dan kemalangan. 2. Dosa yang dimaafkan oleh Allah, iaitu si pelakunya tidak ditimpakan musibah oleh Allah bahkan Allah maafkan sebahagian besarnya – hal ini dinyatakan-Nya dalam ayat ini seterusnya iaitu: Dan Allah memaafkan sebahagian besarnya (dan kesalahan kamu.)
               Allah tidak segera akan menyeksa atau menghukum dengan menimpakan kecelakaan di dunia. Dan Allah Taala maha pemurah dari  menghukum dua kali di dunia dan di akhirat.
               Adapun golongan orang-orang yang tidak mempunyai dosa seperti Para nabi, kanak-kanak yang belum baligh dan orang gila, kalau mereka ditimpa kemalangan juga di dunia ini, hal itu disebabkan Allah hendak menaikkan darjat mereka lebih tinggi lagi di akhirat.
               Musibah-musibah ini bukan sahaja di dalam bentuk penyakit, kehilangan harta benda, kebakaran, kebuluran dan sebagainya tetapi ia termasuklah kehilangan kemuliaan dan ketinggian sebagai orang-orang Islam di atas orang-orang kafir, kehilangan kekuatan, kesatuan, pemeliharaan dari ancaman musuh-musuh agama dan dihalau keluar dari negeri sendiri. Adapun kemanfaatan Allah (s.w.t.) ianya bergantung kepada taubat dan lstighfar (permohonan ampun).
               Ketaatan kepada perintah Allah (s.w.t.) akan mendatangkan keredaan-Nya dan menye
lesaikan masalah sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Thalaq ayat 65:2 yang bermaksud:
(terjemahan)
               “Dan barang siapa bertakwa kepada (Allah) akan menjadikan untuknya jalan keluar dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang ia tidak sangka-sangka.”                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
                    Allah (s.w.t.) mempunyai kasih sayang yang istimewa kepada hamba-hamba-Nya yang beriman lantaran kasih sayang tersebut Allah (s.w.t.) telah berfirman megenai Nabi Yunus di dalam surah As-Shafat ayat 37:142, 143, dan 144 yang bermaksud:: (terjemahan)
                    “Maka dia (Yunus) ditelan oleh ikan besar akibat dia melakukan perbuatan yang tercela. Maka sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingati Allah nescaya ia akan tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari kebangikatan.”
                    Allah menerangkan bagaimana Nabi Yunus (a.s.) itu telah diselamatkan-Nya. Iaitu kalaulah tidak kerana ia rajin berzikir mengingati Allah dengan bertasbih sepanjang hayatnya, pasti akan mati dan terkubur dalam perut ikan paus itu sampai hari kiamat – semata-mata menjadi mangsa makanan ikan. Tetapi untunglah tidak demikian halnya. Dia ditakdirkan hidup di dalam perut ikan itu disebabkan banyak berzikir dan bertasbih, yang diucapkannya berbunyi:
                    “Tidak ada Tuhan selain dari Engkau (Allah). Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang aniaya.
                    Tak lama kemudian Allah takdirkan ikan paus itu mati terdampar di atas sebuah pantai yang berpasir, tanahnya gersang tidak ada tumbuh-tumuhan di atasnya. Ikan itu terdampar selepas menelan Nabi Yunus (a.s.) selama satu hari, ada yang mengatakan selepas 3 hari, atau 7 hari, atau 20  harii atau 49 hari – ada pertelingkahan yang meriwayatkannya.
                    Lalu keluarlah Nabi Yunus (a.s.) dari perut ikan itu hal keadaannya sakit. Kerana badannya tersangat lemah, lagi susah bernafas, lebih-lebih lagi kerana amat sedih meningatkan kaunya yang telah menyakiti hatinya. Kaumnya telah diseru menyembah Allah dan supaya berpegang dengan agamanya, agar mereka berbahagian hidupnya di dunia dan akhirat. Tetapi mereka menolak seruanya, tidak percaya kepada kebenaran agama yang dibawanya.

No comments:

Post a Comment