Saturday, December 8, 2018

AGENDA MEMURNIKAN KEHIDUPAN SEBAGAI MUKMIN


AGENDA MEMURNIKAN KEHIDUPAN SEBAGAI MUKMIN
(Disiarkan pada 08. 12. 2018)
Hidup sebagai mukmin wajar dihiasi dengan ketakwaan kepada Allah (s.w.t.).  Manusia mukmin dipetanggungjawabkan untuk memegang amanah Allah sebagai khalifah-nya di alam kehidupan. Seorang hamba wajar mempunyai budaya istiqamah melaksanakan ketaatannya kepada Allah (s.w.t.). Ibadah yang berterusan di dalam amalan memurnikan kehidupan lebih disukai oleh Allah (s.w.t.), walaupun amalan yang dikerjakan itu sedikit,
Daripada Suffan bin Abdullah katanya: "Aku telah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.): Ya Rasulullah katakanlah kepadaku dalam Islam perkataan yang aku tidak menyoalnya kepada sesiapa pun melainkan kamu." Rasulullah (s.a.w. )telah bersabda maksudnya: (terjemahan)
Katakanlah! Aku beriman dengan Allah kemudian beristiqamahlah.
Istiqamah adalah ibarat melazimkan diri di atas suatu jalan di mana seseorang itu melakukan amalan-amalan yang diwajibkan dan meninggalkan perbuatan yang dilarang. Ini adalah sebagaimana firman Allah (s.w.t.) surah Hud ayat ll:ll2 yang bermaksud: (terjemahan)
“Tetapkanlah pendirian engkau dan pendirian orang-orang yang kembali (kepada Allah) bersama engkau sebagaimana engkau diperintahkan dan janganlah kamu melanggar perintah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan.”
Mereka  yang istiqamah di dalam mentaati Allah (s.w.t.) dan Rasul-Nya(s.a.w.) akan mati dengan kematian yang mulia dan mendapat perkhabaran gembira mengenai syurga sebagaimana yang difirmankan oleh Allah (s.w.t.) dalam surah Fussilat ayat 41:30 yang bermaksud:(terjemahan),
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, malaikat akan turun kepada mereka (di waktu sakratul maut dengan mengatakan): Janganlah kamu merasa takut dan bersedih hati dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga di dalamnya tersedia apa yang diingini oleh kamu."
Istikamah di atas syairat Allah (s.w.t.) dengan memelihara perintah-perintah-Nya serta ghairah untuk melazimkan diri supaya beristiqamah dengannya demi menamatkan kehidupan di dalam keadaan yang sedemikian. Amalan solih memelihara iman dan memimpin si empunya diri ke arah kejayaan.
Amalan yang mewajibkan masuk ke dalam syurga terkandung di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah An-Ansar (r.a) bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.): "Apakah pendapat Tuan sekiranya aku bersembahyang fardu, berpuasa di bulan Ramadan dan menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang haram, adakah aku dimasukkan ke dalam syurga?' Jawab Baginda (s.a.w): “Ya”
Maksud aku mengharamkan apa yang diharamkan adalah aku menjauhkan segala yang diharamkan oleh Allah (s.w.t.) dan menghalalkan apa yang halal dan adalah aku melakukan barang apa halal tersebut dengan beriktikadkan kehalalannya. Sekiranya seseorang itu menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah (s.w.t.) sesungguhnya dia telah melaksanakan tanggungjawab agama dan akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera.
Menjaga halal dan haram di dalam makanan, minuman, pakaian, perniagaan dan jual beli, pinjam meminjam, percakapan, pergaulan dengan masyarakat dan lain-lain aspek kehidupan adalah dari perkara yang diwajibkan. Di dalam setiap urusan kehidupan individu mukmin terdapat perintah Allah s.w.t.). Untuk mengetahui apakah perintah-perintah dan larangan-larangan Allah (s.w.t.) yang berkaitan dengan setiap urusan tersebut orang-orang yang beriman lelaki dan wanita diwajibkan untuk menuntut ilmu sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah fardu ke atas lelaki dan wanita yang beriman".
Satu faktor yang unggul yang menyebabkan kejatuhan umat Islam pada zaman ini pada pandangan Allah (s.w.t.) dan seterusnya kehinaan mereka dari pandangan penduduk dunia adalah kerana perhubungan mereka dengan Allah(s.w.t.) dan Rasul-Nya (s.a.w.) tidak lagi dihargai. Pemeliharaan hubungan ini adalah dengan menjaga perintah-perintah keduanya. Semuanya ini terkandung di dalam firman Allah (s.w.t.) surah an-Nisaa ayat 4:59 yang bermaksud:
(terjemahan)
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya"
Di dalam riwayat hadis yang telah diriwayatkan sebelum ini bahawa apabila umat  Islam membesar-besarkan kehidupan dunia maka hati mereka luput dari mencintai agama Islam dan apabila mereka meninggalkan usaha mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran mereka tidak akan dapat rahmat wahyu. Rahmat wahyu adalah pemahaman Al-Qur'an terhadap diri mereka melalui firman Allah (s.w.t.).
Wabak penyakit yang timbul selepas itu ialah mereka tidak lagi memahami apakah maksud hidup mereka di dalam dunia ini sebagai orang-orang Islam dan hamba-hamba Allah (s.w.t.). Ketidaksempurnaan iman di kalangan orang-orang Islam melonggarkan hubungan persaudaraan (ukhuwah) di antara mereka. Apa yang terjadi adalah wujudnya peperangan dan bunuh membunuh di antara mereka, caci mencaci, kafir mengkafir dan sebagainya. Apabila kesatuan umat tidak menjadi longgar maka mudah sahaja musuh-musuh Allah (s.w.t.) memperrnain-mainkan mereka.
Jika keadaan ini berterusan mereka tidak akan dipandang oleh Allah (s.w.t.) dengan pandangan rahmat-Nya sehinggalah mereka kembali kepada A1-Quran dan Al-Hadis untuk meyelesaikan masalah tersebut. Oleh yang demikian di sinilah peranan dakwah amar makruf nahi mungkar paling besar dan penting kerana melalui perantaraan kerja Yang mulia inilah Allah (s.w.t.) telah membaiki manusia di zaman jahilliah.
Lalai dari mengingati kehidupan akhirat telah menjadikan orang-orang Islam hamba-hamba kepada syaitan sama ada syaitan dari golongan manusia ataupun syaitan anak cucu iblis. Arus pembangunan telah menghanyutkan mereka kepada khayalan yang tidak bertepi di mana di dalam masa yang sama mereka menganggap segala perbuatan mereka adalah simbol kemajuan.
Oleh kerana itu, agama dan perintah-perintah Allah (s.w.t.)  tidaklah mempunyai erti apa-apa di sisi mereka. Begitu juga terdapat golongan umat Islam yang mahu mengamalkan Islam tetapi dengan cara mereka sendiri iaitu yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu mereka. Apabila muncul sekumpulan umat Islam bangun di tengah-tengah kerosakan umat dengan usaha dakwah mengajak manusia kembali kepada ajaran lslam yang sebenar maka golongan ini akan mula melimparkan berbagai-bagai fitnah.
Alasan mereka, golongan dakwah ini akan melontar generasi mereka ke arah kemunduran. Golongan yang seperti ini mempunyai bahagian kecil dari mereka sifat nifak (munafik) di mana mereka kurang keyakinan dengan kekuatan ajaran agama Islam itu sendiri. Apa yang mereka mahu adalah Islam di mana apa yang mereka suka mereka akan amalkan dan barang apa yang bertentangan dengan hawa nafsu mereka tentu sekali ditolak. Di dalam masa yang sama pula mereka berpendapat mereka adalah orang-orang yang benar.
Mereka tidak menyedari bahawa merekalah yang sebenarnya menyemai benih-benih kemorosatan di dalam diri mereka dan masyarakat Islam pada umumnya. Ini adalah disebabkan syaitan telah mewarnai perbuatan mereka, menghiasinya dan oleh kerana itu mereka menganggapnya sebagai satu kebaikan.
Firman Allah (s.w.t.) di dalam surah An-Nisa'ayat 4:120 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Syaitan membuat janji-janji dan angan-angan kosong kepada mereka. Apa yang dijanjikan oleh saitan hnyalah tipuan belaka.”
Menjanjikan keuntungan yang menarik hati padahal membawa rugi menjanjikan hari depan yang membawa bahagia, pada hal celaka. Mengkhayalkan petunjuk padahal sesat. Dijanjikan oleh syaitan akan kaya, asal mahu berjudi, padahal melarat jadinya. "Dan akan memenuhi mereka dengan angan-angan."Khayal yang tidak-tidak, menggantang asap. Seumpama orang yang berkhayal akan kaya raya apabila memasang Lotre, pada hal hanya berhabis harta. Sehingga banyaklah orang yang mati kerana angan-angan belaka. Sebab itu ditegaskan Tuhan, "Dan tidak ada yang dijanjikan syaitan kepada mereka itu, selain tipu belaka.
"Begitu juga firman Allah (s.w.t.) di dalam surah Ibrahim ayat 14:22 yangbermaksud: (terjemahan)
"Dan syaitan itu berkata apabila perkara itu sudah diputuskan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan knmu janji yang benar, dan aku pun menjanjikan kamu. Dan tiadalah aku berkuasa atas kamu, melainkan aku mengajak kamu maka kamu terima ajaknnku. Oleh sebab itu, janganlah kamu cela aku tetapi celalah diri kamu sendiri. Tiadalah aku dapat menolong kamu dan tiada pula kamu dapat menolong aku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku menolak tentang kamu mempersekutukan aku (dengan Allah). Sesungguhnya orang-orang yang zalim bagi mereka selcsa yang pedih"
Allah berfirman: "sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu janji yangbenar, dan aku pun menjanjikan kamu lalu aku memungkiri kamu."
Kata syaitan itu, Allah ada menjanjikan kepada kamu dengan perantaraan para rasul dan menerangkan tentang adanya hari kebangkitan (ba'ath) dan perkiraan (hisab) serta pembalasan amal - jika baik dibalas baik dan jika jahat dibalas jahat (1)  semua janji-Nya benar dan berlaku seperti yang kamu saksikan sekarang ini. Sedangkan aku ada menjanji kepada kamu; bahawa syurga, neraka,kebangkitan, perkiraan dan pembalasan itu semuanya tidak ada. Kalau perkara-perkara itu umpamanya ada, maka patung-patung dan berhala-berhala yang kamu sembah itulah yang akan memberikan pertolongan dan syafaat. Lalu akupun memugkiri kamu tentang janji itu, sebab ia sama sekali tidak benar.Tetapi kamu telah mengikut aku dan kamu tinggalkan janji Tuhanmu sedangkanDia berkuasa ke atas kamu.
Juga firman Allah (s.w.t.) di dalam surah Al-Anfaal ayat 8:48 yang bermaksud : (terjemahan) "Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang hak pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusia pun yang  dapat menang terhadap kamu pada hari itu dan sesungguhnya saya ini pelindung kamu. " Maka tatkala kedua pasukan itu bertemu syaitan itu mundur ke belakang dan berkata; "sesungguhnya saya berlepas diri dari kamu; sesungguhnya saya dapat melihat apo yang kamu sekalian tidak dapat melihat;sesungguhnya saya takut kepada Allah. Dan Allah sangat keras siksanya/".
Ini adalah kerana syaitan amat membenci kepada kebaikan apatah lagi kepada usaha yang dilakukan untuk mengajak manusia kepada kebaikan.Syaitanlah yang telah membisik-bisikan ke telinga mereka supaya menentang golongan yang melakukan kerja dakwah amar makruf nahi mungkar dengan alasan Islam yang adapadamereka sudah mencukupi (Islam yang sesuai dengan hawa nafsu mereka. Pada hakikatnya syaitanlah yang telah menghiasi amalan-amalan mereka supaya mereka menyangkan merekalah orang-orang Islam yang sebenarnya
Tiada seorangpun dari kalangan umat ini akan mencapai kesolihan dan seterusnya keredaan Allah (s.w.t.) sekiranya tidak beriman dengan Rasul-Nya dan dengan apa yang datang bersamanya iaitu Al-Quran yang merupakan kitab yang terakhir diturunkan oleh Allah (s.w.t.) yang sekali gus membatalkan kitabkitab yang terdahulu.
Setiap ayat Al-Quran hendaklah diimani, setiap janji-janji dan ancaman  Allah (s.w.t.) yang terkandung di dalamnya mestilah diyakini akan kebenarannya dan setiap perintah Allah (s.w.t.) yang dinyatakan di dalamnya hendaklah ditaati. Apa yang telah diharamkan oleh Al-Quran hendaklah diharamkan dan barang apa yang dihalalkan oleh-Nya hendaklah dihalalkan. Sekiranya seorang Islam itu ragu-ragu dan syak wasangka terhadap firman Allah (s.w.t.) walaupun satu ayat ia adalah dianggap berpaling dari Al-Qur'an.
Firman Allah (s.w.t.) ayat 43:36-37 yangbermaksud: (terjemahan)
"Dan siapa yang tidak mempedulikan pengajaran Tuhan yang Pengasih,Kami (Allah) akan sedialmn baginya syaitan, dialah yang menemaninya. Dan sesungguhnya pcra syaitan tersebut sememcrngnyq akan menghalang-halangi merelra dari (rnengikuti) jalan y*ng berar dan mereka mengira bahawa mereke dapat petunjuk. "
Peringatan Yang Maha Pemurah ataupun zikrur Rahman adalah apa yang datang bersama dengan Rasulullah (s.a.w.) iaitu ihnu Al-Quran" Tidak membenarkan setiap yang diberi tahu oleh Allah (s.a.w.) dan tidak beriktikad akan kewajipan mengerjakan segala suruhan di dalam Al-Quran adalah di anggap berpaling dari Al-Quran. Oleh yang semikian syaitan menjadi teman dapingannya.
Allah menguatkan pernyataan-Nya, bahawa syaitan pasti kerjanya suka menghalang-halangi oftrng-orang yang kufur lagi tersesat itu dari mengikuti jalan Allah, iaitu jalan yang baik dan benar, sedangkan mereka pula menyangkakan pada khyalan mereka terpandu ke jalan yang benar, walhal sudah pun tersesaat.
(1) 
 Riwayat oleh Muslim

No comments:

Post a Comment