ISLAM MERUPAKAN
CARA HIDUP DIREDAI ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 22. 12. 2018)
Kedatangan Islam mempunyai banyak
manfaatnya kepada pembangunan kehidupan manusia. Maka itu wajar seorang insan
mengenali Zat yang menciptakan manusia demi memahami ciri-ciri pembangunan,
khusus dalam kehidupan di dunia dan lebih-lebih lagi mata rantai pembangunan
kehidupan di akhirat nanti setelah agenda di dunia selesai.
Ciri-ciri agama Islam bersifat
ghaib maka itu ia merupakan santapan rohani. Setiap ciptaan Allah s.w.t.
mempunyai fitrahnya sendiri-sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah,
maka segala makanan yang diperlukan oleh fizikal itu berasal dari zat-zat yang
tumbuh daripada tanah. Begitu juga jiwa yang datangnya dari Allah selalu
merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluanya.
Agama Islam merupakan makanan
jiwa yang paling sesuai. Kerana Islam itu sesuai dengan fitrah manusia.
Sebagimana firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 10:57 yang bermaksud:
(terjemaan)
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu
dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Firman Allah
s.w.t. dalam surah Ar-rum ayat 30:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah tetaplah atas
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan
pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manuia tidak
mengetahui.”
Jiwa manusia perlu diisi dengan
nilai kebenaran atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperoleh limpahan
kurnia dari Allah s.w.t. Jika ianya tidak diberi makanan atau bimbi- ngan
rohani maka akan timbul berbagai masalah dan gangguan kejiwaan.
Islam membimbing umat ke arah
kebenaran, dan menjanjikan kebahagian jika manusia meninggalkan segala
kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan
oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resa dan rohaninya menjadi lapar.
Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
Al-Ghazali menerangkan bahawa
maksiat itu ada dua macam, iaitu maksiat zahir dan maksiat bati. Begitu juga
ketaatan itu dapat dibahagikan kepada dua macam iaitu taat zahir dan taat
batin.
Tujuan agama itu ada dua macam. Pertama, meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyuruh melakukan yang
dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia
daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi SAW pernah bersabda, “Bahawa orang
yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berpindah dari kejahatan,
dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang-orang yang dapat berperang
atau menentang hawa nafsu.”
Setiap perbuatan manusia akan
ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan menjadi saksi
atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman dalam
surah Yasin ayat 36:65 yang bermaksud: (terjemahan)
“Pada hari ini, kami (Allah) tutup mulut mereka tetapi tangan mereka
berkata kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah
mereka perbuat.”
Allah menerangkan,
bahawasanya pada hari akhirat orang-orang kafir akan ditutup mulut mereka
sehingga tidak dapat bercakap. Sebabnya ialah, tatkala mereka diperintahkan
masuk ke dalam neraka akhirat akibat kekufuran mereka, telah tidak mengakui
salah bahkan menyangkal “Demi Allah! Tuhan kami, tidak pernah kami menjadi orang-orang
yang menyekutukan.” Mereka juga menyangkal tidak ada melakukan dosa, maksiat
dan kejahatan semasa di dunia. Itulah sebabnya mulut mereka dikunci ta’ dapat
menuturkan lagi walau sepatah kata. Sebaliknya Allah jadikan anggota-anggota
badan mereka pula pandai becakap, supaya mengakui dosa, maksiat dan kejahatan
yang telah mereka kerjakan.
Allah membahasakan dalam ayat
ini, bahawa tangan mereka pandai bercakap dan kaki mereka pula boleh menjadi
saksi. Kerana tangan mereka itu selalu dipakai untuk berkerja, dan kaki pula
dipakai berjalan untuk hadir menyaksikan sesuatu kejadian. Maka logiknya orang
yang menghadiri sesuatu kejadian itu kata-katanya adalah merupakan saksi dari
apa yang dilihatnya, dan kata-kata dari anggota si pelaku itu sendiri adalah
merupakan pengakuan yang berterus-terang atas perbuatannya.
Islam membimbing umat ke jalan
yang diredai di dunia dan di akhirat. Wawasan kehi- dupan umat Islam bukan wawasan keduniaan semata, sebaliknya
matlamat akhir dari kehidu- pan ini adalah akhirat. Maka tidak ada wawasan yang
lebih baik untuk umat Islam dalam menenangkan jiwanya melainkan wawasan dunia
dan akhirat.
Kehidupan dunia ini tidak lebih
merupakan jambatan untuk kita menuju destinasi yang abadi. Dunia bukan tujuan,
tapi ianya hanya merupakan alat untuk mencapai kepada tujuan yang sesungguhnya.
Untuk tunduk dan patuh kepada
ajaran Islam dan kepada perintah Allah SWT memerlukan ilmu dan akal fikiran
yang sihat. Ilmu dan petunjuk-petunjuk dalam Islam itu merupakan perintah Islam yang harus ditaati
atau dilaksanakan. Di dalam menjalankan ketaatan dan perintah kepada Allah ini
juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kepatuhan lahiriah dan kepatuhan
batiniah.
Maksud dengan taat zahir ialah melakukan seluruh amal
ibadah yang diwajibkan Allah SWT seperti mengucap dua kalimah syahadat, solat,
puasa, berzakat, naik haji dan banyak lagi amalan-amalan yang lain. Seperti
mematuhi hukuman Allah yang mengatur hubu- ngan hubungan antara sesama manusia, seperti berjihad,
memerdekakan tanahair, melenyap kan kezaliman dan sebagainya.
Amalan anggota lidah, mencakupi
aspek membaca Al-Quran, mempela jari dan mengajarkan ilmu, berzikir, bertilawat
dan bertahmid, beristigfar dan berdoa dan menjauhkah perkataan yang sia-sia.
Tugas hidup untuk diri sendiri, berkaitan dengan bersuci, menutup aurat dan
berpakaian,, memberi makan fakir miskin dan mengurus anak yatim, memuliakan
tamu dan sebagainya.
Amalan batin mencakupi aspek,
iman kepada Allah, iman kepada malaikat-malaikat, iman kepada kitab-kitab, iman
kepada rasul-raul, iman kepada hari akhirat dan iman kepada qada dan qadar.
Budi perkerti berkaitan degan
mencintai Allah, mencintai dan memberi kerana Allah, mencintai Rasul, ikhlas
dan benar, taubat dan nadam (penyesalan), takut akan Allah, harap akan Allah,
syurku, menepati janji, sabar, reda akan qada, tawakkal, menjauhkan ujub dan
takbur, rahmat dan Syafatqat, tawadhu’ dan malu, menjauhkan dengki atau riya’, menjauhkan
marah dan suka memberi maaf serta menjauhkan penipuan.
Para ulama umumnya
membahagikan Islam itu kepada tiga bahagian iaitu:
1. Akidah:
Pembahasannya berkaitan dengan percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat-malaikat,
percaya kepada Kitab-kitab, percaya kepada hari akhirat, percaya kepada Qadha dan qadha.
2. Syariat: Perbahasannya berkaitan dengan besuci, solat, jenazah,
zakat, puasa, haji dan Umrah, muamalat (ekonomi), faraidh (pembahagian harta
waris), nikah, jinayah (kejahatan), hudud (hukuman), jihad (perjuangan) makanan
dan penyembelihan, adhiyah (pengadilan) dan khilafah (pemerintahan).
3. Akhlak
: Perbahasan akhlak iaitu tentang akhlak dengan Allah, dengan sesama
manusia, dengan sesama muslim, dengan sesama makhluk, dan sesama diri sendiri. (1)
Islam adalah cara hidup untuk
manusia yang datang daripada Allah s.w.t. Sebagai cara hidup manusia yang
datang daripada Allah s.w.t. maka ia adalah ciptaan yang Maha Mengetahui.
Dengan lain perkataan Islam adalah sistem atau cara hidup yang dibentuk
berasaskan ilmu. Apabila Allah s.w.t. menentukan satu sistem hidup untuk manusia,
maka sistem itu sempurna dan serasi serta sesuai dengan hukum-hukum, dan tabiat
semula jadi manusia, kerana manusia tidak mengetahui semua rahsia mengenai
dirinya, tentang hakikat rohaniahnya.
Mengenai hukum-hukum dan rahsia
alam, mengenai perkara-perkara telah
lalu, sekarang dan akan datang, sudah tentulah cara hidup dan
peraturan-peraturan yang ditentu- kannya, tanpa berpandukan hukum Allah s.w.t.
dipenuhi kekurangan, kesilapan, kezaliman dan pertentangan dengan tabiat semula
jadi manusia dan rahsia-rahsianya.
Islam ialah cara hidup yang
menyeluruh yang mengatur semua bahagian daripada kehidupan manusia. Islam ialah
satu sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia. Tidak
ada kegiatan manusia yang tidak ada
peraturan Islam dalamnya. Islam menetapkan peraturan tertentu seperti cara
bagaimana bangun dari tidur hinggalah kepada menyusun masyarakat dan menentukan
hubungan antara negara dan umat di dunai ini.
Tidak ada sistem-sistem hidup di dunia
ini yang menentukan aturan-atura dan susunan-susunan yang selengkap Islam,
kerana Islam mempunyai hukum yang tertentu
terhadap apa sahaja yang keluar daripada manusia bahkan ia mempunyai
hukum tertentu terhadap pemikiran-pemikiran dan fahaman-fahaman yang diletakkan
dalam kepalanya dan kecenderungan-kecenderungan yang disematkan di hatinya.
Islam ialah agama yang tetap dan
mempunyai ukuran nilai yang teguh. Menurut Islam, perkara yang baik pada masa
dahulu adalah baik pada masa sekarang dan akan datang. Misalnya, keadilan itu
adalah baik, dan tetap dihargi baik sampai bila-bila masa, zina itu jahat dan
tetap jahat pada bila-bila masa. Oleh kerana mempunyai ukuran nilai yang tetap
dan teguh, maka tidak ada kuasa yang boleh mempermainkan nilai-nilainya untuk
kepentingan sendiri atau golongan yang berkuasa itu.
Tidak ada kuasa dalam dunia ini yang
dapat menhalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. dan rasul-Nya,
kerana keteguhan nilai-nilai Islam itu,
maka tidaklah mudah orang mempermainkannya. Sekiranya ada orang yang melakukan
perkara-perkara mungkar yang bertentangan denan Islam maka lambat-laun
perbuatannya itu akan diketahui juga, kerana itulah Rasulullah s.a.w. bersada
yang bermaksudLterjemahan)
“Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi
kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu al-Qur’a dan sunnah.”
Keteguhan nilai Islam bertitik tolak
daripada Allah s.w.t. yang menetapkan nilai itu. Allah yang mengetahui
segala-galanya yang baik dan yang idak baik untuk manusia. Manusia diperintah
melakukan kebaikan, meninggal kan
keburukan.
Akal manusia amat sempit untuk menilai
hakikat kebaikan dan keburukan.Kerana itu, pada akal manusia, apa yang baik
pada hari ini mungkin buruk pada hari esok. Dengan itu berlakulah krisis nilai,
yang menyusahkan manusia untuk menilai apakah sebenarnya yang dikatakan baik
dan buruk.
Allah mengetahui segala-galanya dan
menetapkan nilai dalam bentuk hukum-hakam, menerusi ajaran agama-Nya iaitu
Islam, bagi memudahkan manusia mengikutinya. Oleh sebab itu nilai hidup tidak
berubah.(2)
Peranan utama manusia ialah mengabdikan
diri dan memberi sepenuh ketaatan terhadap perintah Allah dalam segala aspek
kehidupan. Peranan ini disebut sebagai ibadah. Konsep ibadah bukan hanya
bermakna solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji sahaja, tetapi
ia juga meliputi segala usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Malah,
sebarang tindakan dan operasi yang dijalankan oleh manusia dianggap sebagai
ibadah selagi ianya bertujuan mendapatkan keredaan Allah. Jadi, tanggungjawab
asas manusia ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala
larangan-Nya.
Menurut Islam, manusia mempunyai dua
tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara satu sama lain, iaitu tugas
sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya di dunia. Dengan
penyempurnaan kedua-dua tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada
Allah.
Al-Qur’ana menjelaskan salam surah az-Dhariyat ayat 51:56 – 58 yang bermaksud:
(terjemaan)
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak pula
menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki
lagi mempunyai kekuatan yang sangat kukuh.”
Secara khusus,
pengabdian diri kepada Allah membabitkan pelaksanaan empat hubungan asas, iaitu
hubungan mencancang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai
hamba Allah (ubudiah), hubungan mengufuk dengan manusia dalam konteks
tanggungjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, hubungan mengufuk dengan
alam dalam konteks tangungjawab manusia sebagai pengguna atau pentadbir sumber
alam yang bijaksana, dan hubungan dalaman dengan diri sendiri dalam konteks
tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiyyah).
Pada amnya, tanggungjawab kepada Allah
yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga tanggungjawab
yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tanggungjawab
yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum.
Misi untuk menjadi khalifah Allah di
dunia merupakan misi yang dipertanggungjawab kan kepada semua manusia.
Misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain
yang ada dalam persekitarannya. Oleh itu, tugas sebagai khalifah Allah meliputi
tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab
kepada manusia, tanggungjawab kepada alam, dan tanggungjawabkepada diri
sendiri. (3)
(1) Rujukan:
Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA, Psikologi Ketenangan Minda. DARUL NU’MAN, 1998
(3) DR.HARUN DIN MANUSIA DAN
ISLAM: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 2015
(3)
Nik Aziz Nik Pa: POTENSI INTELEK , Dawan
Bahasa dan Pustaka 1999
No comments:
Post a Comment