CINTAI ALLAH SWT
MUDAHKAN SEGALA URUSAN KEHIDUPAN
(Disiarkan pada 29. 12. 2018)
Manusia diwujudkan Allah S.W.T. di dunia ini adalah
dalam dua sifat iaitu sifat alam ghaib dan sifat alam nyata. Sifat alam ghaib
asalnya daripada Allah yang menciptakan unsur manusia yang dikenali sebagai
alam roh yang dikenali sebagai rohani manusia dan sifat kedua manusia ialah
dalam bentuk alam nyata iaitu Allah mewujudkan asalnya dari benda yang nyata
seperti tanah.
Maka itu tugas atau ibadah manusia dalam kehidupan
ialah menjaga kebajikan ke dua-dua sifat manusia. Kebajikan kedua-dua sifat
manusia adalah tidak serupa kerana
kebajikan yang asalnya dari alam ghaib seharusnya besifat ghaib manakalah
kebajikan yang asalnya nyata adalah
bersifat nyata juga atau benda yang wujud di alam kehidupan ini.
Ibadah yang kita laksanakan dalam hidup wajar ada
kemanfaatannya kepada kedua-dua sifat manusia iaitu sifat rohani dan juga sifat
jasmaninya. Maka itu manusia wajar hidup dengan kecintaan kepada Allah S.W.T. agar kebajikan kedua sifat
manusia, rohani dan jasmani mendapat keredaan dari Allah S.W.T.
Cinta kita kepada Allah S.W.T. menjadi pokok kepada
kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Segala Ibadah kita laksanakan demi
pembangunan kehidupan dunia dimudahkan Allah sebagai imbalan kepada ibadah yang
kita laksanakan untuk mencintai Allah S.W.T.. Apakah ciri-ciri ibadah yang kita
laksanakan demi menunjukkan kecintaat kita kepada Allah S.W.T.
Iman dan takwa yang hidup subur pada diri seorang
akan berbuah. Buah Iman dan Takwa itu banyak sekali, dan terus menerus
sepanjang masa, tidak bermusim seperti mangga atau durian, sehingga buahnya di
musim susah ialah kesabaran, di musim senang dan beruntung ialah syukur, di
musim perang dan kekacauan ialah ketenangan, di kala bersalah ialah ampunan dan
taubat. Dan buahnya yang terus ada di segala musim, ialah rasa bahagia dan puas
hati. Dan buahnya yang paling tinggi kedudukannya, ialah timbulnya perasaan
“cinta” terhadap Allah.
Bila seorang hamba sudah berhasil mendapatkan rasa
cinta terhadap Allah, berubahlah dunia dan segala isinya dalam pandangan
hidupnya. Bayangkanlah bagaimana indahnya perasaan seorang pemuda mendapatkan
si jantung hati dan bagaimana bahagia dan lega hatinya bila berada di samping
kekasihnya itu.
Cinta seorang
peria terhadap wanita atau cinta seorang suami terhadap isterinya adalah
hanyalah cinta kecil, sedang cinta seorang hamba yang iman dan taqwa terhadap
Tuhannya adalah cinta kaliber besar, cinta teragung dan tertinggi, serta
terindah, melebihi segala cinta. Dia merasa dirinya selalu di samping Tuhan
yang dicintainya. Tuhan yang Maha Gagah Perkasaa, Maha Pengasih, Maha Penyang,
Maha Kaya.
Bila orang sudah merasa cinta kepada Allah dan
merasa diri selalu di samping Tuhannya, tak satu perkara lagi yang dikhawatirkannya
dalam hidup atau sesuadah mati. Tak takut miskin atau melarat, tak takut musuh
siap jua, tak takut ditangkap atau diculik, dan tak takut ditahan atau
dipenjara. Di mana saja
dia berada, dia berada di samping
Tuhannya.
Orang yang telah mengenal akan Tuhannya, sesudah
Iman dan Taqwa (menjalankan segala ibadat dan perintah Allah), ia berjuang
untuk mendapatkan rasa cinta terhadap Tuhan. Tinggi gunung akan didakinya,
dalam jurang akan dituruninya, semudra luas akan diselami dan direnanginya,
jalan apa saja akan ditempuhnya sekalipun penuh onak dan duri. Ia akan memeras keringat
berhabis tenaga, sekalipun akan mengorbankan seluruh harta atau jiwanya untuk memperoleh
cinta terhadap Tuhan, dan agar dia dicintai oleh Tuhan.
Ke arah itulah ditujukan perjuangan tiap-tiap orang
yang beriman dan taqwa itu. Umur panjang atau pendek, hidup susah atau senang,
orang benci atau suka, tidak menjadi persoalan dalam hidupnya, tidak menjadi
halangan dalam perjuangan hidupnya.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 5:54 yang
bermaksud: (terjemahan)
“ Hai orang-orang
yang beriman? Barang siapa daripada kamu murtad (berbalik) dari agamanya (Islam),
maka nanti Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan
mereka mengasihi Allah, mereka bertimbang rasa terhadap orang-orang mukmin,
berkeras terhadap orang-orang kafir,
berperang pada jalan Allah dan tiada takut celaan orang. Demikianlah kurnia
Allah yang diberikan-Nya kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah itu
luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.”
Cinta adalah perasaan. Perasaan itu tak dapat
dilihat oleh mata. Semua orang mungkin saja merasa mencintai Allah, sehingga
dengan mudah sekali dapat berkata: “Aku cinta akan Allah; si Anu dicintai oleh
Allah”. Agar manusia jangan dapat dibohongi oleh perasaannya sendiri, maka di
dalam berbagai ayat dan hadis Allah dan Rasul-Nya menerangkan tanda-tanda
kecintaan manusia terhadap Allah.
Allah berfirman surah Al-Imran ayat 3:31 dan 32 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Jika
kamu cinta akan Allah, maka ikuti (taatilah) olehmu akan aku (Muhammad),
nescaya Allah cinta akan kamu dan ampuni dosa-dosamu, kerana Allah Maha
Pengampun dan Maha Pengasih.”
Adalah diriwayakan bahawasanya ayat ini diturunkan
ketika Nabi (s.a.w.) menyeru Ka,ab bin Asyraf dan pengikut-pengikutnya dari
golongan orang-orang Yahudi supaya beriman, tetapi mereka mengatakan: Kami anak-anak Allah dan kekasih-Nya.” Maka
Allah menyuruh Rasul-Nya untuk mengatakan “Saya ini adalah pesuruh Allah yang
menyeruh kamu kamu kepada Allah, jika sekiranya kamu mengasihi Allah ikutlah
saya dan patuhilah suruhan saya, nescaya Allah mengasihi pula akan kamu dan reda
kepada kamu.
Mengasihi Allah ialah mentaati Allah dan gemar berbuat
amal yang boleh mendekatkan diri kepada-Nya sehingga memperoleh kurnia dan
pahala yang ada di sisi-Nya Kerana dengan mengasihi Allah secara demikianlah
seorang itu baru dapat mengikuti Rasul-Nya.
Surah Ali-Imran ayat
3:32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah:
Hendakla kamu taat terhadap Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, maka
sesungguhnya Allah tidak cinta terhadap orang-orang kafir (yang berpaling
itu).”
Katakanlah kepada mereka ya Muhammad! Hendaklah kamu
taati Allah dengan mengikuti suruhan suruhan-Nya dengan mencontohi teladannya
dan berjalan di atas petunjuk dan ajarannya.
Allah menyuruh manusia mengikuti Muhammad kerana
utusan-Nya, bukan seperti mengikut apa yang didakwakan oleh orang-orang Nasrani
terhadap Nabi Isa itu. Jika mereka enggan menerima seruanmu disebabkan
terpedaya oleh dakwaan yang mengatakan “mereka adalah anak-anak Allah dan
kekasih-Nya,” maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang kafir yang
telah dipesongkan oleh nafsu mereka daripada memperhatikan benar-benar akan
ayat-ayat Allah itu.
Allah telah menerangkan bahawa agama yang hak ialah
Islam dan Tauhid, dan diterangkan-Nya bahawa adanya pertelingkahan di kalangan
orang-orang Ahli Kitab itu kerana mereka hasad dan dengki, bahawasanya kejayaan
serta kemenangan itu hanyalah diperoleh dengan mengikuti Rasul-Nya yang menjadi
pilihan Allah, yang ditugaskan
menjadi pesuruh-Nya, untuk memberi penerangan kepada manusia dan mengajar
bagaimana cara-cara mengasihi Allah itu, iaitu dengan beriman kepada-Nya, patuh
dengan perintah-Nya dan beramal dengan amalan yang diredai-Nya.
Di antara tanda-tanda bahawa seorang mencintai Allah
ialah:
1. Mentaati perintah Allah.
2. Mentaati perintah Rasulullah.
3. Cintanya terhadap Allah, Rasul dan jihad, fi Sailillah
melebihi cintanya terhadap bapa, anak,
saudara, isteri, keluarga,harta perdagangan dan tempat tinggal.
4. Mencintai sesama manusia kerana Allah
5. Benci terhadap kekufuran seperti benci
terhadap Neraka.
6. Tidak takut dicela, dibenci, digertak oleh manusia.
Bila seorang telah cinta terhadap Allah dam
Rasul-Nya dengan memenuhi tanda-tanda di atas, maka Allah akan cinta kepadanya.
Mencintai dan dicintai Allah, adalah setinggi-tingginya rahmat Iman dan Taqwa.(1)
Agama Islam disebut dengan agama hanif, kerana di dalamnya terdapat
segala nilai-nilai kesemurnaa, yang mulia, suci dan agung, indah baik dan adil.
Salah satu makna hanif ialah kerinduan pada yang benar. Islam sesuai dengan
fitrah manusia, dengan demikian maka manusia pada fitrahnya rindu kepada kebenaran
itu. Firman Allah sura Al-Baqarah ayat 2: 147 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kebenaran itu
adalah daripada Tuhan engkau, oleh sebab itu janganlah engkau masuk golongan
orang-orang yang syak dan ragu-ragu/”
Ayat ini menegaskan kepada orang-orang yang telah
menerima
kebenaran, janganlah hendaknya
merasa ragu-ragu lagi. Tiap-tiap mengerjakan pekerjaan yang baik, di ataa dasar
kebenaran dan mengikut peraturan serta undang-undang yang diredai oleh Allah
hendaklah dilaksanakan, jangan was-was, takut, ragu-ragu, bimbang dan
sebagainya, kerana Tuhan melarang yang demikian. Oleh sebab adanya keraguanlah
segala usaha yang hendak dilaksanakan
akan menjadi gagal, walaupun ia merupakan yang hak dan kebenaran.
Allah juga berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 22:6
yang bermaksud: (terjemahan)
“ Demikianlah
kerana sesungguhnya Allah itu Maha Benar, dan sesunguhnya Dialah yang
menghidupkan yang mati, dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Di samping dalam diri manusia itu merindui
kebenaran, ia juga dipersiapkan oleh Allah SWT, untuk menyampaikan
kebenaran-kebenaran yang diperolehinya itu. Firman Allah SWT dalam surah
Ali-Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kami adalah umat
yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan
mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT.”
Kerinduan kepada kebenaran dan menyampaikan kebenaran,
merupakan keistime waan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh setiap
umat Islam. Enam asas keimanan dalam Islam itu, semuanya mempunyai peranan
dalam membentuk kesihatan jiwa seseorang. Asas keimanan tersebut adalah, Iman
kepada Allah, Iman kepada Malai kat, Iman kepada Rasul-rasul, Iman kepada
kitab-kitab suci, Iman kepada hari akhirat dan iman kepada takdir.
Secara fitrah, setiap memerlukan sesuatu yang lebih
berkuasa dan mempunyai kekuatan tertentu sebagai tempat mengadu nasib. Siapapun orangnya pasti merinduikan kekuatan dan
kekuasaan di luar dirinya sendiri. Tidak semua pekerjaan dapat diselesaikan
oleh manusia. Pada saat-saat tertentu ia akan menemukan kegagalan, ketika
itulah semakin terasa bahawa jiwa memerlukan sesuatu untuk berlindung.
Orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah
sentiasa merindui kebenaran. Baginda Rasul SAW semasa remajanya sentiasa
mencari sesuatu yang bersifat benar maka itu beliau tidak pernah mendekati
amalan kerohanian masyarakat keturunannya termasuk lah pak ciknya Pak Man Abu
Talip kerana mereka menyembah berhala yang direka mereka sendiri.
Beliau sentiasa menyendirikan diri di tempat-tempat
yang sunyi. Beliau mempercayai bahawa hidup ini semestinya ada sesuatu yang
bersifat benar. Maka beliau sering berfikir dan bermunajat semoga ia menjumpai
sesuatu kebenaran dalam hidup. Belian beristikaf di gua Hira. Pada suatu ketika
beliau didatangi oleh seorang jejaka lalu orang itu meperkenal kan diri bahawa
dia adalah Malaikat Jibril.
Jibril menyeruh
Baginda supaya membaca, tetapi baginda memberi tahu bahawa dia tidak
pandai membaca. Seruhan itu diulangi sampai tiga kali sambil memeluk Nabi
seerat yang boleh sehingga beliau susah hendak bernafas. Kemudian jibril
mengatakan “Baca
dengan Nama Tuhanmu.”Setelah itu
tetamu khas itu pun menghilang. Baginda merasa kesejukan kemudian dia balik
menemui kepada isterinya Siti Kadijah di rumah dan meminta supaya dia
diselimuti.
Kebahagian hidup
di dunia dan di akhirat inilah merupakan cita-cita semua umat manusia terutama
sekali umat Islam. Maka yang dapat menjawab dan memberikan bimbingan ke arah
itu hanyalah Islam. Beriman kepada Allah ialah meyakini dengan sesungguhnya
melalui proses kejiwaan, yang meliputi perasaan,
fikiran, sekaligus sikap dan perbuatan untuk membuktikan iman
tersebut.
Beriman kepada
Allah, akan meghasilkan jiwa yang tenang dan tenteram, sebab dalam meyakini
adanya Allah kita akan memahami akan sifat-sifat Allah SWT yang Maha
Agung. Akhirnya jiwa kita akan merasaa
damai dan hidup dalam suasana yang dicita-citakan.
Islam tidak sukar
diterima oleh setiap manusia, kerana ianya sesuai dengan kemanusiaan itu
sendiri. Allah SWT dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa Dia-lah yang
mengatur dan memiliki segala yang ada di alam ini. Firman Allah surah Al-Hasyr
ayat 59:22 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dialah
Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata.
Dialah Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”
Ayat di atas
menjelaskan bahawa Allah-lah yang menguasai dan memiliki seluruh alam ini.
Hanya Dialah Tuhan, tiada Tuhan selain Dia, kerana Dia mempunyai kekuasaan menitik
terhadap sesuatu. Semua yang ada di alam ini ciptaan-Nya, lemah dan kecil
dihadapan-Nya. Maka akan resahlah jiwa
seseorang jika mencari kebenaran itu selain Dia.(2)
(1)Bey Arifin: Mengenal TUHAN. KELANG BOOK CENTER
.(2) Muhammad Isa Selamat: Penawar Jiwa.
Psikologi Ketenangan Minda 1998
No comments:
Post a Comment