SYUKUR ITU IBADAH
KERANA ALLAH ( S.W.T.)
(Disiarkan pada 15. 12. 2018)
Syukur alhamdulillah kerana saya
sudah menjadi umat Islam! Syukur bermakna berterima kasih kepada Allah(s.w.t.)
kerana dibuka hatinya untuk mengenali cara hidup yang dibawa oleh Islam. Kesyukuran
dalam hati wajar dapat dirasai oleh setiap umat Islam khususnya masyarakat
maulaf kerana Islam adalah agama Allah (s.w.t.) dan Allah perintah kan umat
manusia supaya menganut Islam sebagai agama bagimu. Al- Quran menyarankan
bahawa janganlah kamu mati melainkan kamu dalam agama Islam.
Firman Allah (s.w.t.) dalam surah
al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud: (terjemahan)
“.........Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan
telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku, dan telah ku redai Islam itu jadi agama
bagi mu.”
Allah (s.w.t.)
selanjutnya menerangkan kepada kaum muslimin dan muslimat kesem- purnaan hidup
di alam dunia dan juga di alam akhirat kelak dalam firman-Nya surah Ali Imran
ayat 3:103 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan
janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya)
kepadamu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu,
sehingga kamu jadi bersau- dara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas
pinggir lubang neraka lalu Allah melepas kan kamu daripadanya. Demikianlah
Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”
Berpeganglah kamu dengan isi
kitab Allah dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap
manusia dahulunya telahpun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk bersetia
dengan-Nya. Juga dimaksudkan menyeruh supaya kamu bersatu padu di antara satu
dengan yang lain dengan penuh kemesraan pada mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Dan tali Allah disini ialah agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus.
Dan dilarang kamu bercerai berai, yakni jangan berselisih faham di antara kamu
sesama Islam kelak membawa ke jalan yang
sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah.
Di antara jalan-jalan
perselisihan dan perpecahan ialah menubuhkan
perkumpul-perkumpulan atau parti-parti yang berdasarkan semangat
taassubkan bangsa – masing-masing memandang sukunya atau bangsanya lebih
daripada yang lain – dan masing-masing hendak mengalahkan lawannya seperti yang
dibayang oleh Tuhan terhadap kalangan suku Aus dan suku Khazraj mahupun yang
banyak kita saksikan berlaku di kalangan kita pada masa ini. Jalan-jalan yang
membawa perpecahan tersebut hendaklah dijauhi.
“Dan ingatlah nikmat (kurnian) Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas
kamu.”
Ayat ini khas
ditujukan kepada suku Aus dan Khazraj, supaya mengingati peristiwa yang telah
lalu iaitu – Tuhan firman-Nya:
“Ketika
kamu bermusuh-musuhan(dahulu),maka dipersatukan-Nya hati kamu menjadi
lah kamu
bersaudara dengan sebab nikmat tersebut.”
Sebelum kedatangan agama Islam, kamu
adalah suku-suku yang saling bermusuh-musuhan dan berbunuh-bunuhan, yang kuat
menganiaya yang lemah dan yang kaya menindas yang miskin. Tetapi Allah telah
mengurniakan nikmat-Nya dengan mendatangkan kepada kamu agama Islam.
Disatukan-Nyalah hati kamu sehingga
semuanya menjadi saudara yang amat mesra. Hinggalah orang-orang Ansar relah
membahagi-bahagikan hartanya, rumahnya, sawah ladangnya dan lain-lainnya kepada
saudara-saudara mereka orang-orang Muhajirin.
Dan setengahnya pula – walaupun ia
sangat berhajat tetapi diutamakanya kemasahatan orang lain daripada dirinya
sendiri. Dan Allah padamkan api peperangan di antara suku Aus dengan Khazraj
yang telah berterusan selama 120 tahun. Semua ini disebakan kedatangan agama
Islam sebagai nikmat Allah yang patut kamu ingati.
“Dan
(ketika itu) kamu berada ditepi lubang neraka maka Allah selamatkan kamu
daripadanya.”
Kamu pada masa itu masih lagi dalam
keadaan syirik disebabkan menyembah berhala dan menyekutukan Allah – seolah-olahnya
kamu berada di tubir suatu jurang api neraka -
yang menanti ajal atau kematian
kamu sahaja. Bila mati, akan masukkan ke dalamnya. Tetapi beruntunglah, sebelum
kamu mati telah diselamatkan oleh kedatangan Islam yang berdasar kan tauhid dan
menolak penyekutuan itu.
“Demikianlah
Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, mudah-mudahan kamu mendapat
petunjuk.”
Setelah Allah jelaskan kepada kamu
tentang apa yang tersembunyi di hati orang-orang Yahudi untuk menipu kamu, dan
tentang hal-hal yang diperintahkan dan yang ditegahkan, begitu pula tentang
keadaan kamu semasa jahiliah, yang berakhir kemudianya kamu menjadi orang yang
memeluk agama Islam, maka bukti-bukti atau keterangan-keterangan tersebut
adalah menunjukkan kelimpahan nikmat-Nya supaya kamu selama memperolehi
petunjuknya sehingga tidak lagi kembali berkeadan di zaman jahiliah, berkeadaan
berpecah-belah dan antara satu sama lain bermusuh-musuhan.
Syukur merupakan asas dalam
perjalanan menuju Allah. Syukur bukan setakat dengan lidah, malah wajib
diucapkan dengan lidah dan praktiknya dengan perbuatan. Ibn al-Qayyim berkata:
“Syukur adalah ketetapan hati untuk mencintai Allah Yang Maha Memberi Nikmat, anggota
tubuh taat beribadah kepada-Nya dan lisan sentiasa berzikir serta memuji-Nya.
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
sepanjang hidupnya sentiasa bersabar dan bersyukur. Beliau sabar menghadap
segala dugaan dan bersyukur. Beliau memuji nikmat yang diberikan dengan bersyukur
secara lisan, hati dan angggota tubuhnya. Ketika ditanya mengenai syukur,
beliau menjawab: “Hakikat syukur adalah mengenali Allah Yang Maha Memberi nikmat
dengan cara merendahkan diri, menyaksikan kurnia-Nya dan menjaga
kehormatan-Nya. Syukur terbahagi kepada dua; bersyukur dengan lisan dan anggota
tubuh, serta bersyukur dengan hati.”
Dalil syukur adalah seperti
firman Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim ayat 14:71 yang bermaksud: (terjemahan)
“.......demi jika kamu bersyukur nescaya akan Aku tambah (ni’matku)
untuk kamu...”
Nabi
Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda yang bermaksud: (terjemahan)
“Bukankan aku ini seorang hamba yang bersyukur?”
Hakikat
syukur di sisi ahli hakikat, iaitu mengakui ni’mat Allah dengan penuh rendah
diri di hadapan-Nya. Syukur terdiri daripada beberapa bahagian; syukur secara
lisan dengan cara mengakui ni’mat yang diberikan Allah Ta’ala dengan penuh
rendah diri dan syukur secara anggota tubuh dengan cara menepati janji dan mahu
beribadah dan syukur secara hati dengan cara bermusyahadah dan sentiasa menjaga
maruah.
Kesimpulannya, syukur adalah
ni’mat yang diberikan Allah tidak digunakan untuk berbuat maksiat kepada-Nya.
Apabila rasa syukur itu meresap dalam kalbu kita, wajar kita buktikan dengan
amalan, tetapi apakah yang kita amalkan dan bagaimana caranya?
Soalan seperti ini bermain dalam
kepala kita. Kita hanya tahu apabila
kita mengetahui dan beriman dengan kebesaran Allah bahawa kita mestilah
menyerah diri kepada-Nya. Tetapi kita tidak mengetahui bagaimana caranya hendak
merendahkan diri dan patuh kepadaNya. Apakah caranya dan apakah sistemnya.
Sudah tentu apabila kita
menyedari kebesaran Allah s.w.t. dan menerima hakikat kekuasaan dan
kesempurnaan-Nya serta akibat-akibat daripada kebesaran itu seperti yang
terkandung dalam Rukun Iman, kita wajiblah merendahkan diri dan patuh kepada
yang menjadikan kita dan pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.
Merendahkan diri sebenar adalah menunjukan kesyukuran kepada Allah s.w.t.
Cara bagaimana kita merendah diri
dan patuh kepada Allah s.w.t. ialah dengan menurut dan mematuhi sistem atau
peraturan yang telah ditentukan-Nya. Cara atau sistem hidup Ilahi ini terkadung
dalam ajaran-ajaran Islam sebagai al-din. Islam sebagai agama mengatur hidup manusia
dalam sistem hidup Ilahi yang lengkap dan sempurna serta menca- kupi semua
bidang kehidupan.
Sykur atas nikmat yang
diberikan-Nya kepada hamba itu merupakan sifat yang terpuji, sedangkan kufur
atau menentang Allah merupakan azab yang sangat pedih. Allah s.w.t. berfiman
dalam surah Ibrahim ayat 14:7 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya jika kamuu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat
kepadamu, dan jika kamu mengingkari
nikmat Ku, maka sesungguhnya azabku amat pedih.
Berulang-ulang
Allah memperingatkan dalam al-Qur’an, supaya manusia bersyukur kepada-Nya, yang
akan dibalas-Nya dengan ganjaran yang lebih banyak, sebaliknya jangan kufur
kerana akibatnya akan merugikan manusia itu sendiri.
Ada tiga hakikat syukur itu:
(i).
Mengakui bahawa segala nikmat itu
datangnya dari Allah s.w.t., walaupun diterima
melalui tangan manusia.
Kerana manusia itu pada hakikatnya digalakkan oleh Allah s.w.t.
(ii) Membesarkan syukur atas nikmat yang
diberikan oleh Allah s.w.t. itu.
(iii) Dipergunakan segala nikmat yang diberikan
oleh Allah itu untuk kebajikan.
Menyalahgunakan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. bererti
kufur dan akan menerima seksaan dan azab yang sangat pedih.
Dari cara bangun daripada tidur
sehinggalah kepada cara mentadbir negara dan mengatur perhubungan di antara
negara-negara dalam hubungan antara umat di dunia ini. Bukan sekadar mengatur
hidup di dunia, bahkan mengatur peraturan-peraturan bagaimana menghadapi maut
dan bagaimana menghantar manusia ke
pintu kuburnya.
Tuntutan supaya mengamalkan
ajaran-ajaran Islam sebagai satu-satunya cara kita mematuhi dan merendahkan
diri kepada Allah s.w.t. bukan sahaja sebagai ‘akidah dan kesan daripada
tuntutan keimanan kita, bahkan juga kerana Islam itu sendiri merupakan sistem
yang paling layak dan sesuai untuk manusia. Sistem atau cara hidup yang
menjamin kesejahteraan manusia. Cara hidup yang serasi dengan hukum-hukum alam
dan tidak menodai dan merosakkan alam sekeliling kita kerana dasar-dasar dan
pengajarnnya yang serasi dan sesuai dengan kejadian alam.
Di antara keistimewaan-keistimewaan
Islam sebagai sistem atau cara hidup yang memastikan kita memilih sistem ini
untuk dilaksanakan dan dihayati dalam hidup ialah:
Islam ialah Cara
Hidup untuk manusia yang Datang daripada Allah s.w.t
Sebagai cara hidup manusia yang datang
daripada Allah s.w.t. maka ia adalah ciptaan yang Maha Mengetahui. Dengan lain
perkataan Islam adalah sistem atau cara hidup yang dibetuk berasaskan ilmu, berbanding dengan
lain-lain sistem dan cara hidup manusia yang berasaskan kejahilan dan
kekurangan manusia yang Allah s.w.t. mengetahui semua rahsia dan hakikat
manusia. Apa yang baik dan buruk untuknya. Ia mengetahui rahsia dan segala hukum-hukum
dan tabiat semula jadi, kerana Dialah
yang menciptanya.
Allah s.w.t. yang mengetahui semua yang
telah lalu, yang sekarang dan akan datang. Apabila Allah s.w.t. menentukan satu sistem
untuk manusia, maka sistem itu sempurna dan serasi dengan hukum-kukum, tabiat
semula jadi manusia, kerana manusia tidak mengetahui semua rahsia mengenai
dirinya, tentang hakikat rohaniahnya.
Mengenai hukum-hukum dan rahsia alam,
mengenai perkara telah lalu, sekarang dan akan datang, sudah tentulah cara
hidup dan peraturan-peraturan yang ditentukannya, tanpa berpandukan hukum Allah
s.w.t. dipenuhi kekuragan, kesilapan, kezaliman dan penentangan dengan tabiat
semula jadi manusa dan rahsia-rahsianya.
Islam ialah Cara
Hidup yang Menyeluruh yang Mengatur semua Bahagian daripada Kehidupan Manusia.
Islam ialah satu
sistem dan cara hidup yang melangkapi semua kegiatan hidup manusia. Tidak ada
kegiatan manusia yang tidak ada peraturan Islam dalamnya. Seperti yang
dikatakan sebelum ini Islam menetapkan peraturan tertentu seperti cara
bagaimana bangun dari tidur hinggalah kepada menyusun masyarakat dan menentukan
hubungan antara negara dan umat di dunia ini. Tidak ada sistem-sistem hidup di
dunia ini yang menentukan aturan-aturan dan susunan-susunan yang selengkap
Islam.
Oleh itu tidak sepatutnya
seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan rasul-Nya
mengatakan
bahawa bidang ini hak saya dan sayalah yang mengaturnya di luar daripada
susunan Islam, kerana Islam mempunyai hukum yang tertentu terhadap apa sahaja
yang keluar daripada manusia bahkan ia mempunyai hukum tertentu terhadap
pemikiran-pemikiran dan fahaman-fahaman yang diletakkan dalam kepalanya dan
kecendrungan-kecendrungan yang disematkan dihatinya.
Hidup dalam Islam, manusia
amat bersyukur kerana Allah sediakan segala keperluan hidup seperti mana yang
termaktub dalam akidah Islam sebagai cara hidup. Maka itu setiap manusia wajar
memahami hubungan manusia dengan Islam lewat ilmu yang digunakan dalam
melaksanakan amal ibadah kerana Allah. Maka itu ilmu, amal dan Islam menjadi
nadi pembangunan manusia seutuhnya.
No comments:
Post a Comment