MULIAKAN AGENDA MEMAKMURKAN
ALAM KEHIDUPAN
(Disiarkan pada 26. 01. 2018)
Setiap agenda yang kita sediakan untuk
kemanfaatan hidup adalah wajar kita beri perhatian yang amat berat kerana ia
sebagai sebahagian daripada ciri-ciri kehidupan kita yang sewajarnya mendapat
keredaan Allah S.W.T.. Hidup ini seharusnya mendapat sandaran di atas ke dua-dua
unsur manusia, iaitu jasmani dan rohani. Dalam erti kata lain manusia berfikir
mengenai agenda yang wajar dimuatkan dalam pembangunan kehidupan seharusnya
memfo- koskan kebajikan kepada kedua-dua unsur manusia.
Unsur jasmani atau benda, kiblat
pemikiran untuk menyediakan agenda demi memakmurkan kehidupan bersendikan
kepada keadaan alam sekeliling yang kita alami dan terokai iaitu kepada
benda-benda yang nyata dan boleh disentuh atau dilaksanakan dalam memakmurkan
amal-amal ibadat kepada Allah. Dalam erti kata lain benda-benda tersebut
semestinya wujud di atas tanah.
Dalam amalan hidup untuk memakmurkan
kehidupan sama ada yang bersifat nyata ataupun yang ghaib atau dalam erti kata
lain agenda memakmurkan kehidupan untuk jasmani
mahupun untuk rohani kita, adalah digalakkan melaksana ibadah berkenaan
dalam budaya istiqamah, kerana Allah lebih suka hamba-Nya yang mempunyai
disiplin demikian berbanding dengan ibadah yang bermusim itu.
Allah berfirman dalam surah Al-Jin ayat
72:16 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan
bahawasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus (istiqamah) di atas jalan itu
(agama Islam) benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar
atau rezeki yang banyak.”
Istiqamah ertinya teguh hati, tetap
pendirian. Walaupun tidak semua orang dapat bersikap istiqamah namun memeluk
agama Islam untuk mendapatkan hikmah secara mendalam sangat memerlukan sikap
istiqamah ini. Keperluan terhadap sikap istiqamah ini sangat digunakan pada
setiap masa, lebih-lebih lagi ketika di zaman moden ini.
Diwahyukan kepada Rusul-Nya Muhammad (S.A.W.)
seandainya bangsa manusia dan bangsa jin itu tetap berjalan di atas jalan itu
yakin mahu beragama Islam, pasti Allah akan meluaskan rezeki kepada mereka dan
memberi minum pula kepada mereka air yang segar – dimaksudkan di sini ialah
dilimpahkan kepada mereka kemewahan dunia.
Lafaz “air yang segar” itulah punca
kehidupan, dan dengan banyaknya air pula datang lah kemewahan. Lantaran itu ada
peribahasa yang menyebutkan: “Di mana ada air di situlah ada harta, dan di mana
ada harta di situlah dia menjadi ujian.”
Hidup seharusnya dimuliakan dengan
beragama Islam kerana dengan cara itu sahaja kita dapat memahami cara hidup
yang diredai Allah S.W.T.. Firman Allah surah Al-Maidah ayat 5:3 yang
bermaksud: (terjemahan)
“.....Pada
hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepada
mu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.”
Baginda Rasulullah S.A.W. telah menerima
wahyu daripada Allah S.W.T. dalam perantaraan Malaikat Jibril selama 21 tahun.
Dokumen wahyu tersebut ialah al-Quran yang mengandungi firman Allah sebanyak
lebih kurang 6,666 ayat mengenai tatacara pembangu- nan kehidupan di dunia dan
di akhirat.
Ayat inilah merupakan ayat terakhir
Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. mene-
rima dari Allah S.W.T.. Ada suatu riwayat menyebutkan: Manakala ayat ini
diturunkan, Sayidina Umar telah menangis. Nabi (S.A.W.) bertanya: “Apa yang
menyebabkan engkau menangis ya Umar?” dijawabnya: “Yang menyebabkan saya
menangis ialah, kerana kami masih mengharapkan adanya tambahan dalam agama
kami. Kiranya dianya telah sampai kepada tingkatan sempurna. Sesungguhnya bila
sesuatu itu telah sempurna maka kemudian nya akan berkuranglah dia.” Nabi (S.A.W.)
menjawab: “Benar kata mu.”
Maksud kata-kata tersebut, iaitu sesuatu
yang sudah sampai kepada puncaknya, tiada
ada
lagi jalan yang boleh dilalui, hanya jalan menurun. Dan jika agama Islam semasa
itu telah sempurna dilengkapkan Tuhan, bererti Rasulullah yang membawa agama
itu tidak lama lagi akan berpisahlah dengan mereka yang ada, kerana telah
selesai tugasnya. Kerana itulah Sayidina Umar menangis bersedih hati. Benarlah
kemudian, mulai dari turunnya ayat ini Rasulullah (S.A.W.) hanya hidup
kira-kira 81 hari, lalu meninggal dunia pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11
hijrah.
Allah telah memberikan tuntunan
hidup bagi kita berupa agama Islam, sebagai pedoman yang sempurna, kerana di
dalamnya terkandung hukum dan ketentuan-ketentuan yang bertalian dengan urusan
dunia dan akhirat.
Dalam difinasi, kita jumpai
tentang agama, iaitu yang bermaksud: (terjemahan)
“Agama ialah tuntunan illahi untuk segenap orang yang berotak waras
untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhiat.”
Pengertian definisi di atas ialah
Islam adalah agama hidup dan kehidupan; oleh sebab itu Islam mengatur
tata-hidup manusia, baik dalam hubungan dengan sesamanya, mahupun hubungan
manusia dengan Maha Penciptanya. Kita menyedari perlunya hubungan sesama hamba
Allah dalam melaksanakan tugas-tugas hidup, lantaran kita tidak boleh
melepaskan diri dari masyarakat, bahkan saling memerlukan satu sama lain.
Hal ini kita sedar kerana
keterbatasan kemampuan manusia meskipun Allah telah memberikan anugerah akal -
fikiran yang merupakan kelebihan manusia
atas segala makhluk.
Memang dengan akal kita dapat
membezakan baik dan buruk, perintah dan cegah, sehingga bagi manusialah Allah
mengamanatkan Agama. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:132
yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian
pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah
memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama
Islam.”
Sebagai petanggungan – jawab,
maka pekerjaan kita hanya kerana mengharapkan rida’ Allah semata-mata.
Firman Allah Surah Al-An’am, ayat 6:162-163
yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah:
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan
semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan
kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada
Allah).”
Dengan demikian semua amal perbuatan
yang kita lakukan adalah benar-benar merupa kan pancaran cahaya Iman; dari
sanalah terbentuknya akhlaqul karimah dan laku perbuatan terpuji/amal salih.
Kepada merekalah Allah akan memberikan
kebahagiaan dunia dan tempat yang baik kelak di akhirat, sebagaimana firman
Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 13: 29 yang bermak- sud: (terjemahan)
“Orang-orang
yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagian dan tempat kembali yang
baik.”
Ayat di atas merupakan penegasan janji
Allah bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih. Amal salih yakni
perbuatan yang baik adalah meliputi tindak laku peribadi dan pergaulan
bermasyarakat. Tegasnya seorang mukmin harus bersikap dan berbuat baik terha- dap
diri sendiri dan masyarakat sekitar.
Terhadap diri sendiri ia harus
memelihara perangai dan tata hidup sesuai tuntunan Allah: terhadap masyarakat
sekitar iapun harus berbuat dan bergaul dengan sikap terpuji. Manusia adalah
sebaik-baik makhluk Allah; kepada merekalah Allah menunjukkan jalan yang benar,
iaitu agama Islam.
Akan tetapi kerana keterbatasan sifat
manusia banyak di antara mereka tersesat perjalanan hidupnya, gugur oleh pujuk
rayu syaitan. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia
ingkar
kepada Allah iaitu dengan memperlihatkan dan menjanjikan kemansian hidup
duniawi,
sehingga
tidak sedikit manusia terlena dan akhirnya terlepas sama sekali dari tuntunan
Allah.
Oleh sebab itulah Allah
memberikan beban kepada orang-orang yang beriman agar melaksanakan amar ma’ruf
dan nahyi mungkar. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Ali Imran ayat 3:110 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”
Umat Islam adalah
semulia-mulia umat bagi pandangan Allah dan ciri mereka ialah sentiasa
melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar.
Sebagai mukmin kita wajib
melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar sebagai bukti ketaatan dan kecintaan
kita kepada Allah, iaitu dengan melakukan amal salih dan membendung diri dari
tingkah tercela.
Dengan demikian sampailah kita
kepada satu kesimpulan bahawasanya dari iman yang benar akan terpancar akhlaq
yang baik, dari akhlaq yang baik terwujudlah perbuatan yang salih, termasuk di
dalamnya kesediaan beramar ma’ruf dan nahyi mungkar.
Kunci iman ialah ibadat. Benar
tidaknya ibadat seseorang sangat
berpengaruh terhadap benar dan tidaknya iman; dengan kata lain iman yang
tidak terpelihara maka ibadatnya pun tidak teratur.
Kita telah menyatakan dan mengakui
iman kepada Allah, maka ibadat kita pun hendaklah kerana Allah dan menurut
ketentuan-ketentuan-Nya. Jadi petanda seorang mukmin ialah ibadat dan laku
perbuatannya. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 9:71 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka
(adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari mungkar, mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Demikianlah gambaran sifat dan sikap
Mu’min yang disukai Allah. Keadaan mereka
lah Allah menjanjikan kehidupan
yang baik di akhirat sebagaimana dalam kelanjutan ayat di atas. Allah berfirman
dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 9:72 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah menjanjikan kepada orang-orang mu’min lelak dan perempuan (akan
mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di
dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga “Adn”.
Kita menyedari
bahawa hakikat hidup manusia adalah untuk beribadat kapada Allah, sebagaimana
firman-Nya dalam Al-Qur’an surah Al-Zariaat ayat 51:56 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Tiadalah Aku jadikan manusia dan jin melainkan supaya mereka menyembah
kepadaku.”
Allah menjelaskan, bahawa
tujuan-Nya menjadkan makhluk dari bangsa jin dan manusia tidak ada maksud yang
lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan
mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya.(1)
Islam membimbing
umat ke arah kebenaran dan menjanjikan kebahagian jika manusia meninggalkan
segala kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. sifat-sifat yang tercela yang
dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resah dan rohaninya menjadi
lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
Maksud dan tujuan agama itu
ada dua macam. Pertama, meninggalkan
yang dilarang dan kedua, menyuruh
melakukan yang dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar
bagi manusia daripada mengerjakna sesuatu ketaatan. Nabi SAW pernah bersabda,
“Bahawa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang berpindah dari
kejahatan, dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang-orang yang dapat
berperang atau menentang hawa nafsu.
Setiap perbuatan manusia
akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan menjadi
saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman
surah Yaa Siin ayat 36:57 yang bermaksud: (terjemahan)
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami
tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu
mereka usahakan.”
Untuk mendidik diri agar
terhindar daripada perbuatan dosa yang disebabkan oleh anggota badan kita,
ialah dengan menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan oleh anggota tersebut.
Tujuh anggota yang paling berpengaruh di dalam mengerjakan aktiviti dosa di antaranya,
mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
Sehingga ada ulama yang
mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat penyeksaan
terhadap anggota-anggota yang melakukan perbuatan dosa.
Oleh sebab itu mata itu hendaklah digunakan melihat kepada yang baik dan indah, jangan melihat yang haram. Telinga untuk mendengar bacaan ayat Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah
SAW dan tidak digunakan untuk mendengar sesuaatu yang mengandungi nilai maksiat
dan haram seperti mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Lidah hendaklah digunakan untuk mengucapkan
zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdakwa dan sebagainya.
Begitu juga perut, haruslah diisi dengan makanan yang halal bukan dari barangan
yang haram, sebab makanan yang haram itu dapat menutup pintuhati. Kemaluan atau
faraj itu hindarkan untuk dikendalikan
dari berbuat zina dan sebagainya. Tangan,
hindarkan dari dari perbuatan yang dilarang oleh agama seperti mencuri,
memukul orang lain, membunuh, memegang sesuatu yang haram dan sebaainya. Kaki, juga harus digunakan untuk pergi
mengerjakan ibadah, ke masjid dan sbagainya, sebaliknya tidak digunakan untuk
pergi ke tempat-tempat maksiat. (2)
(1)Muhamad
Al-Ghazali: AKHLAK SEORANG MUSLIM. PESTAKA AL-AZHAR 18, Jln Kavil Hilir Sentul KUALA LUMPUR
(2)Mohd. Isa
Selamat: PENAWAR JIWA – Psikologi Ketenangan Minda – Darul Numan 1998
No comments:
Post a Comment