UKHUWAH DAN KASIH
SAYANG TERAS PERPADUAN UMAT.
(Disiarkan Pada 2. 2. 2019)
Ukhuwah dan kasih sayang
merupakan ciri-ciri kehidupan manusia yang diwujudkan Allah SWT demi
kesejahteraan manusia sebagai khalifah-Nya dimuka bumi yang fanah ini. Kewujudan
manusia adalah disebabkan kehadiran dua unsur iaitu jasmani atau benda yang
sifatnya nyata dan asalnya dari bumi. Unsur yang kedua ialah yang dikenali
sebagai roh yang sifatnya ghaib dan asalnya dari Allah SWT.
Ukhuwah dan kasih sayang tidak
dapat dipisahkan kerana kedua-duanya merupakan nilai hubungan kemanusiaan
kerana Allah SWT. Manusia adalah makhluk bersosial dan tidak mudah hidup tanpa bermasyarakat.
Masyarakat manusia wujud kerana adanya falsafah ukhuwah kemanusiaan. Disiplin ukhuwah
pastinya melahirkan perasaan kasih sayang. Kasih sayang itu bersifat ghaib
tetapi kehadirannya dalam kehidupan manusia melahirkan solidaritas sosial.
Intisari dalam bermasyarakat ialah
saling tolong menolong, bantu membantu dan sayang menyayangi. Tidak ada nilainya
persaudaraan jika tidak anda membantu saudara anda ketika diperlukan;
membantunya ketika kesulitan dan mengasihaninya ketika lemah.
Rasulullah SAW telah
menggambarkan kepada kita contoh yang mengkagumkan tentang sikap
tolong-menolong dan ikatan yang kukuh di kalangan anggota masyarakat Islam.
Sebahagian dari gambaran yang menarik ini ialah sabda Rasulullah SAW:
“Bandingan seorang yang beriman kepada seorang beriman yang lain adalah
umpama sebuah bangunan yang saling mengukuhi antara satu dengan yang lain”. ”Lantas
Rasulullah SAW memasukkan jari-jemari baginda antara satu sama lain.
Seketul bata sudah tentulah lemah
sekalipun buatannya kelihatan kukuh. Sementara ribuan bata yang berselerak
tidak boleh membentuk apa-apa dan tidak dinamakan sebagai bangunan. Binaan yang
kukuh hanya terjadi dengan batu-bata yang saling diikat dalam barisan-barisan
yang tersusun berdasarkan sistem tertentu. Lantara itu akan terbentuklah dari
batu-bata tersebut sebuah dinding yang kukuh. Dari himpunan beberapa dinding terbentuklah
rumah yang tegap. Rumah yang tegap itu amat sukar hendak dimusnahkan oleh
tangan-tangan para perosak.
Rasulullah SAW juga menggambarkan
keagungan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling melengkapi dan kasihan
belas antara satu sama lain dengan sabdaan Baginda:
“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam jalinan cinta dan kasih
sayang di antara mereka adalah seperti tubuh yang satu apabila ada anggota tubuh
yang merasa sakit, maka seluruh anggota yang lainnya merasa demam dan tidak
dapat tidur malam.”
Al-Qur’an al-Karim mewajibkan
kita saling bantu membantu dengan syarat bantuan tersebut perkara-perkara
kebaikan dan ketakwaan. Sebaliknya Islam melarang dan menegah jika bantuan itu
adalah terhadap perkara-perkara dosa dan membawa kepada perlanggaran
hukum-hukum Allah SWT. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-Maidah ayat 5:2
yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan bantu membantulah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah
kamu saling bantu membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.”
Al-Qur’an al-Karim telah
menjadikan orang Mukmin sebagai pemimpin antara satu sama lain berdasarkan
tuntutan keimanan sepertimana firman Allah SWT surah al-Thaha ayat 20:29-35
yang bermaksdu: (terjemahan)
“Dan jadikanlah untukmu seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu)Harun
saudara ku.Teguhkanlah dengannya kekuatan dan jadilah ia rakanku dalam
urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Kamu dan banyak mengingati Kamu.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui (keadaan) Kami.”
Nabi Musa bermohon agar Allah
melapangkan dadanya di dalam menghadapi perkara
yang
hak dan benar. Hal itu disebabkan dia tersangat takut kepada Firaun, kerana
Firaun itu mempunyai kekuasaan yang besar dan banyak bala tenteranya, maka terasa sempit dadanya dan
agak kecut hatinya apabila hendak menyeru Firaun supaya menyembah Allah. Oleh
sebab itulah dia memohon agar dilapangkan dadanya dengan berpendirian teguh,
supaya tidak ada yang mendatangkan muderat kepadanya melainkan dengan izin Allah.(1)
Dan memohonkan agar dimudahkaan
kerja-kerjanya untuk menyampaikan perutusan kepada Firaun dan menyiarkan
tugas-tugas agama.
Begitu pula memohonkan supaya
lidahnya yang agak pelat kurang fasih untuk bertutur itu –ibarat tali yang
tersimpul – hendaknya dapatlah dibukakankan untuk bercakap lancar, supaya mudah
orang memahami kata-katanya.
Mengikut tafsir al-Khazin: Adalah
diriwayatkan pada suatu hari semasa Nabi
Musa masih kecil dalam pangkuan Firaun tiba-tiba tangannya menampar muka Firaun
dan menarik jangutnya, sehingga Firaun menjadi teramat murka, lalu berkata
kepada isterinya, “Asiah”: “Sesungguhnya anak ini musuhku.” Dia bermaksud
hendak membunuhnya, lalu dicegah oleh Asiah dengan katanya: “Dia hanyalah
seorang anak kecil yang tidak berakal. Wahai Tuanku! Kalau Tuanku mahu
mengujinya, silakanlah!”
Firaun pun hendak menguji.
Disuruhnya orang mengambil dua buah dulang, yang satu berisi barah api dan yang
satu lagi berisi batu permata. Lalu keduanya diletakkan di depan Nabi Musa.
Maka Nabi Musa hendak mengambil batu permata itu, tetapi Malaikat Jibril telah
menolak tangannya ke dulang yang berisi bara api maka diambillah bara api itu
terus dimaskkan kedalam mulutnya. Seketika itu terbakarlah lidahnya, dan dengan
demikian menjadilah lidahnya tersimpul yakni agak pelat untuk bercakap dan
kurang fasih jika bertutur kata.
Seterusnya Nabi Musa memohonkan,
supaya saudaranya yang tua iaitu Nabi Harun (a.s.) menjadi pembantu kepadanya agar
keduanya sama-sama bertugas menjalankan perutusan Allah, dan dengannya juga dapat menolong menghadapi segala kesukaran dan kesulitan
Kemudian Nabi Musa memohonkan
agar diteguhkan kekuatannya dengan bantuan Nabi Harun, dan menjadikannya
besekutu dengannya di dalam menyiarkan agama Islam dengan sebaik-baik, sehingga
sampai kepada maksud yang ditujunya. Dari situ ternyata bahawa usaha
melancarkan dakwa atau menyampaikan seruan agama itu lebih molek jika
dijalankan menerusi perbadanan yang dapat bekerjasama daripada dijalankan
dengan cara berseorangan, supaya hasilnya memuaskan. Dan sememangnya setiap
para Nabi usaha dan tugas selalu mendapat sokongan daripada Nabi yang lain.
Maka di dalam kita melancarkan
dakwah janganlah ada hendaknya tokoh-tokoh yang bersengkita antara satu sama
lain, didorong oleh kerana hendak mencari pegaruh, mencari nama dan publisiti
murahan, yang mana semuanya itu tidak akan menguntungkan tetapi akan merugikan
dan memecah-belahkan umat Islam.
Sebabnya Nabi Musa berdoa
sedemikian, katanya: Supaya kami bertasbih
memulia kan Allah sebanyak-banyaknya dengan perkerjaan sembahyang dan mengenang Allah sebanyak-banyaknya
dengan memuji dan bersyukur di atas nikmat-Nya, kerana sesungguhnya Allah
Mengetahui lagi Bijaksana terhadap hamba-Nya.(1)
Ukhuwah dan kasih sayang wajar
tumbuh subur dalam hati kita manusia; samada ukhuwah dan kasih sayang antara
sesama manusia dan lebih-lebih lagi antara
manusia dengan Allah SWT.
Antara makhluk Tuhan itu,
manusialah makhluk yang terindah, terbaik dan paling sempurna. Berasal dari
setitis air yang amat halus. Sesudah 40 hari berubah menjadi segumpal darah, 40
hari kemudian berubah menjadi segumpal daging, lalu diberi kerangka tulang dan
urat syaraf, dan 4o hari kemudian dihembuskan kepadnya roh, sehingga sejak waktu
itu kita berubah makhluk yang hidup, bergerak di tempat yang sempit di dalam
kandungan ibu kita.
Akhirnya
kita lahir ke dunia, memulai hidup di alam yang luas ini merupakan anak bayi
yang amat kecil dan lemah. lama kelemahan semakin besar dan kuat, semakin
bertubuh akal dan fikiran, sehingga setelah mencapai umur 18 tahun, kita
menjadi manusia yang sempurna segalanya.
Semenjak kita berupakan setitik
air yang amat halus, sampai kita mati dalam umur 70 atau 80 atau lebih, setiap
detik masa dengan tak putusnya, kita selalu dihujani rahmat dan nikmat oleh Tuhan
yang menciptakan, dan mengidupkan. Tidak pernah satu detik atau seperempat
detik sekalipun kita putus dari rahmat Tuhan itu.
Allah bukan hanya menciptakan
kita, tetapi setiap detik dari kehidupan kita Allah selalu menghubungi kita
dengan bermacam rahmat dan nikmat. Allah tidak pernah putus hubungannya dengan
kita.
Nikmat Tuhan yang berupa bumi
dengan segala isinya, matahari bulan dan bintang dengan sinarnya, hawa, udara,
air, buah-buahan yang menjadi kepeluan hidup yang amat penting, adalah
sebahagian kecil dari rahmat dan nikmat Allah itu. Apa lagi nikmat yang berupa
kaki, tangan, paru-paru, jantung dan semua bahagian dari badan kita, yang
berupakan mata, hidung, otak dan fikiran, jiwa atau roh yang menghidupkan kita,
adalah nikmat yang tidak dapat dinilai dengan emas dan perak sekalipun berapa
saja banyaknya.
Semua
itu saban waktu dan ketika kita terima
dan kita peroleh dari Allah yang menciptakannya yang harus mengingatinya dan
jangan sampai dilupakan begitu sahaja. Segala kesenangan dan kemewahan
dalam hidup ini adalah rahmat dan nikmat dariTuhan. Tidak ada yang manusia
dapat diperolehi tanpa keredaan Allah SWT. Kalau demikinlah halnya pembangunan
kehidupan ini maka tanya diri sendiri bagaimana pula ukhuwah dan kasih sayang
kita kepada yang Maha Pencipta itu?
Sekarang marilah kita periksa
pula bagaimana kita manusia mengadakan hubungan atau kontek dengan Tuhan.
Dengan sedih dan perasaan menyesal sehebat-hebatnya harus kita akui, bahawa di
samping ada manusia yang sentiasa mengadakan hubungan dengan Tuhan, tetapi
lebih banyak manusia yang putus sama sekali hubungannya dengan Tuhan. Mereka
lupa seratus peratus terhadap Tuhan. Tuhan tidak menjadi perhatian dalam hidup
mereka, Tuhan adalah suatu yang tak menarik dalam hidup dan kehidupan mereka.
Bahkan ada di antara manusia yang sampai benci dan tak suka mendengar, membaca
dan memperkatakan Tuhan, Na’uuzu billahi min zalik. Mudah-mudahan Tuhan
melindungi diriku dan saudara sekalian dari sifat yang demikian terhadap Tuhan.
Kita manusia harus dapat
menginsafkan akan diri kita sendiri-sendiri agar kita jangan terpesona dengan
segala macam rahmat dan nikmat Allah saja, sehingga lupa kepada Allah yang
memberi rahmat dan nikmat itu. Bagaimana pun kita harus mendidik diri untuk
selalu ingat terhadap Allah, harus memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan.
Kita jangan terpesona dengan segala pemberian nikmat Tuhan kepada kita tetapi
imbalilah dengan rasa syukur dan berterima kasih kerana Allah sentiasa
memelihara kebajikan kita.
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah
al-An’nam ayat 6:32 yang bermaksud:(terjemahan)
“Ketahuilah bahawa semua itu dan seluruh kehidupan di dunia ini adalah
permainan yang tak kekal.”
Kita haruslah
berusaha dengan cara yang halal kerana dengan cara itu sahaja kita dapat
penghasilan yang bersifat bersih dari kotoran dosa. Harta yang tak halal dan harta
yang didapati dengan merugikan orang lain tak mungkin dapat membawa kebahagian
batin, tapi hanya dapat memuasakan nafsu sendiri yang pasti akan mengakibatkan
kesengsaraan batin. Maka itu adalah dianjurkan, kembalilah dan perbaikilah
hubungan saudara dengan iman dan takwa kepada Tuhan SWT.(2)
Allah yang Maha
Esa memerintahkan kepada setiap manusia tanpa kecuali dan tidak dipaksa supaya
mengikuti jalan petunjuk-Nya serta rela mematuhi Peraturan dan hukum
undang-undang yang telah ditetapkan iaitu jalan yang lurus atau Sirata’l Mustaqim yang dituntut kita
sebagai hamba-Nya supaya tidak membuat peraturan tambahan selain daripada
mematuhi hukum dan peradaban yang telah digariskan oleh Allah kepada Nabi. Oleh
itu marilah memenuhi seruan suci Allah secara sukarela, jika kita ingin
medapatkan keselamatan dan kesejahteraan sama ada di dunia dan akhirat.
Yang paling pokok dalam seruan
Islam ialah mempercayai yang Maha Esa dan membebaskan diri daripada syirik.
Tugas yang besar yang mesti
dilaksanakan dalam mentaati seruan suci ialah wajib membebaskan diri daripada
fahaman dan amalan syirik supaya dengan demikian kita terhindar daripada
kutukan dan laknat Allah. Allah sangat murka ke atas orang yang menye-
kutukan-Nya. Firman Allah surah Al-Nisa’ ayat 4:116 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan
sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik)
itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya
ia telah sesat (dengan), kesesatan yang sejauh-jauhnya.”
Allah sentiasa
bersedia untuk memberikan keampunan kepada hamba-Nya yang telah melakukan dosa
– sama ada ia telah melakukan dosa besar, mahupun dosa kecil – diampunkan-Nya
sekiranya mahu bertaubat dengan setulus-tulusnya. Kecuali dosa kerana syirik
(menyekutukan Allah dengan sesuatu) tiada sekali-kali diampunkan oleh Allah.”(3)
No comments:
Post a Comment