HIDUP BERSENDIKAN
KASIH SAYANG KERANA ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 9. 2. 2019)
Kewujudan manusia sebagai hamba
Allah, telah dilengkapkan dengan fitrah kasih sayang terhadap dirinya dan juga
kepada orang lain. Semasa kejadiannya dalam rahim ibu, ia telah melalui tiga
fasa pembangunan manusia. Fasa pertama memakan masa 40 hari, kemudian fasa
kedua lagi selama 40 hari dan pada fasa ketiga juga memakan masa 40 hari. Ia (bayi)
dalam rahim ibu dalam masa 120 hari
telah mengalami pembentukkan jasmani.
Tetapi pada fasa ketiga setelah genap 40
hari, Allah menghembuskan roh ciptaan-Nya
ke dalam janin yang mengakibatkan anak itu menjadi makhluk Allah yang hidup. Dalam
erti kata lain kita telah wujud sebagai manusia yang mempunyai dua unsur
kejadiannya iaitu jasmani dan rohani.
Allah menghembuskan roh-Nya, maka
itu makhluk manusia dibekalkan dengan fitrah kasih sayang dari sifat Allah yang
pengasih dan penyayang kepada segala ciptaan-Nya. Fitrah kasih sayanglah yang
menjadikan manusia itu sebagai makhluk Allah yang tertinggi berbanding makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang
lain.
Manusia wujud dengan fitrah kasih
sayang, yang membudayakan kesetiakawanan sosial kelak mengangkat darjat
kemanusiaan sebagai makhluk Allah yang tertinggi dalam semua ciptaan-Nya.
Fitrah kasih sayanglah sebagai catalyse atau
pemangkin dalam membina kemahiran berfikir dalam diri seorang insan. Dan inilah
antara ciri-ciri pembangunan kehidu- pan
manusia.
Hidup ini menyeronokkan atas
sebab kehadiran perasaan kasih sayang terhadap orang lain yang melahirkan serta
menghidupkan suasana ukhuwah kemanusian. Kehadiran makhluk manusia di alam ini
adalah untuk tujuan peribadatan dan perhambaan kepada Allah SWT.
Lahirnya anak, ibu mengasuhnya
dengan penuh kasih sayang. Anak itu menjadi buah hatinya di mana ia menaruh
cinta sepenuh jiwa raganya. Kasih sayang seorang ibu terhadap pembentukan
akhlak anaknya akan mendidik anak itu memahami dan menanam kecintaan kepada
dirinya sendiri yang akan membina satu suasana perasaan demi keselamatan dan
kebajikan diri sebagai insan yang kamil.
Dengan ilmu, kasih sayang yang telah
tertanam dalam jiwa anak itu oleh seorang ibu
akan membentuk satu mahligai pemikiran bahawa sayangkan dirinya menjadi
keutamaan dalam segala hal pembangunan insan.
Bengan terbentuknya sifat kasih sayang
anak terhadap dirinya maka akan menjadi fitrah baginya menangani kehidupan
terutama sekali hubungannya dengan sesama manusia lebih-lebih lagi kepada Allah
S.W.T.
Fitrah kasih sayang yang terbina dalam
diri setiap insan membentuk keperibadian manusia hidup bermasyarakat.
Pembangunan masyarakat wajar dijelmakan sebagai faktor mendekatkan kita kepada
keEsaan Allah SWT kelak membawa kita kepada mensyukuri nikmat hidup yang
dihamparkan-Nya di alam dunia ini.
Mensyukuri nikmat hidup yang Allah sediakan
kepada kehidupan kita wajar diimbali dengan ibadat kasih sayang kepada Allah
SWT. Dengan cara demikian fitrah kesyukuran menjadi nadi pembangunan rohani,
kelak hidup kita sentiasa dihiasi dengan rasa ketakwaan kepada Allah SWT. Hidup
dengan budaya kesyukuran dan ketakwaan kepada Allah, akan melahirkan kecintaan
kepada Allah dan hidup kita sentiasa dimudahkan Allah dari segala kemuskilan
dan kemaslahatan hidup.
Walaubagaimana pun, manusia sering menunjukkan
kelemahannya terhadap budaya kasih sayang terhadap Allah SWT. Budaya ini kelak
akan merendahkan maruah diri manusia sebagai hamba Allah kerana mengutamakan
pembangunan dunia daripada pembangunan akhirat dalam melaksanakan ibadat kepada
Allah.
Antara faktor-faktor yang menjatuhkan
manusia dalam menangani kehidupan dunia ialah sentiasa menginginkan dunia, serta
mengutamakan dunia berbanding dengan akhirat.
Perkara
itulah punca segala kesalahan dan maksiat lain. Apa yang lebih bahaya, bukan
semata-mata pada memiliki dunia, tetapi keinginan yang membuak-buak dan
sentiasa berjaga-jaga untuk harta dan perhiasan dunia.
Sekiranya dunia dihimpunkan sekali
bersama-sama akhirat, sudah tentu dunia didahulu
kan
berbanding dengan akhirat. Ini sebenarnya adalah sebab kehancuran di dunia dan
akhirat. Allah SWT. memberikan gambaran akhirat dengan menerangkan dalam
al-Qur’an surah An-Naziat ayat 79: 37-39 yang bermaksud: (terjemahan)
“Adapun orang yang melampaui batas. Dan lebih mementingkan kehidupan
dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya.”
Terdapat di
dalamnya orang-orang yang melampaui batas disebabkan zalim dan takbur, juga
orang yang lebih mementingkan kehidupan dunia dengan menurut sahaja kehendak
nafsu syahwatnya, dan melupakan sama sekali amalan untuk akhirat. Maka
sesungguhnya neraka Jahim (yang menyala-nyala) itulah tempat tinggalnya.
Mereka yang hidup di dunia hanya
bercita-cita untuk mencari kemewahan, tidak akan mendapat sesuatu apa pun di
akhirat nanti, kecuali yang didapati hanyalah neraka. Kerana balasan dalam
akhirat itu mengikut amalan seperti balasan di dunia juga. Apabila seorang itu
tidak beramal untuk akhirat, maka ia tidak akan mendapat balasan untuk akhirat.
Sesungguh nya beramal untuk akhirat itu ialah dengan membersihkan rohaninya,
dengan beriman dan bertakwa kepada Allah serta menjauhi segala amalan maksiat
dan kejahatan.(1)
Hidup bersendikan perasaan kasih
sayang dianjurkan oleh Islam. Sifat kasih sayang merupakan satu keunggulan
hidup seorang muslim kerana ia sentiasa memelihara kebajikan rohaninya kerana
Allah. Allah itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha penyayang kepada hambanya.
Allah sentiasa menghubungkan hambanya setiap detik masa, tidak putus-putus
walau sesaat pun.
Allah menghubungkan kita manusia melalui
rahmat dan nikmatnya yang tidak terkira banyaknya. Allah SWT menaruh kasih
sayangnya kepada manusia sama ada nikmat dan rahmat yang bersifat nyata,
lebih-lebih lagi rahmat dan nikmat yang bersifat ghaib. Kasih sayang Allah yang
tertinggi nilainya ialah membekalkan kita rohani yang membolehkan kita hidup
berperasaan.
Dengan adanya rohani kita maka manusia
hidup membangun, sama ada pembangunan jasmani mahupun pembangunan rohani.
Inilah faktor-faktor kehidupan sebenar mengapa Allah wujudkan makhluk manusia
sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Harus kita sedari bahawa kasih sayang
Allah itu merata mengenai seluruh makhluknya.
Kasih sayang Allah merata terhadap semua
makhluk yang bernama manusia. Baik manusia yang patuh kepada ibadahnya atau
manusia yang ingkar, kafir dan jahat. Semua orang-orang kafir yang
sekafir-kafirnya, terhadap orang-orang yang jahat sejahat-jahatnya, Allah tetap
memberikan rahmat dan nikmat-Nya tanpa pandang bulu.
Mereka diberi kelengkapan tubuh yang sempurna,
diberi rezeki dan harta benda.
Bahkan
banyak di antara manusia-manusia yang anti Tuhan sekalipun mempunyai kehidupan
yang mewah, kaya raya di dunia ini. Mereka sihat-sihat, kuat-kuat bukan itu
sahaja, malah di berikan kekuasaan dan kedudukan. Ta jarang di antara orang
kafir dan jahat itu menjadi sarjana-sarjana yang besar.
Sesudah mereka melampaui dan
meliwati batas kekufuran dan kejahatannya, sehingga telah nyata-nyata merosak
dunia dan bangsa-bangsa yang mendiaminya, sesudah Allah kirim
peringatan-peringatan dengan perantara Rasul-rasul. Kitab suci, ulama-ulama,
mereka atas kejahatan dan kekufuran itu atau bertambah aniaya dan ingkar;
barulah Allah marah dan murka, lantas menurunkan berbagai siksa, adzab dan
bencana-bencana terhadap mereka.
Sifat kasih sayang adalah naluri
manusia yang berpangkal daripada hati. Ia merupakan satu perasaan ingin
memperolehi atau memiliki sesuatu yang menyenangkan hati atau menghiburkan jiwanya
atas kehadirannya. Sifat kasih sayang yang ada pada manusia agak
berbeza
dengan sifat kasih sayang yang ada pada haiwan yang membiak.
Kasih sayang yang ada pada
manusia berpangkal daripada hati manakala kasih sayang yang ada pada haiwan ia
dikeluarkan secara instimct atau
tabii. Naluri kasih sayang yang ada pada manusia sememangnya berpunca kepada
kehadiran rohaninya yang dibekalkan oleh Allah SWT.
Rasa keinsanan merupakan rasa kemanusian
yang beunsur rohaniah yang mempunyai ciri-ciri kasih sayang terhadap sesama
insan kerana Allah SWT. Sifat kasih sayanglah yang membentuk tamadun kehidupan
manusia dan memberi satu kekuatan dalam melahirkan masyarakat yang bersosial.
Manusia sebagai makhluk Allah yang
terintemewa di sisi Allah SWT. dibekalkan dengan berbagai fitrah yang menjadinya
teristemewa berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Antara fitrah termulia
yang ada pada manusia ialah mempunyai akal dan naluri kasih sayang yang
menjadikan manusia makhluk Allah SWT yang terunggul.
Manusia, sejak lahir adalah dalam
keadaan suci, ta’ mempuyai dosa. Antara ciri-ciri yang mengangkatnya ke
peringkat kesucian ialah mempunyai fitrah kasih sayang terutama sekali dari ibu
yang melahirkannya. Ibulah yang membentuknya
dengan penuh kasih sayang bersama masyarakat sekelilingmya.
Anak yang comel itu bukanlah sebagaimana
yang dianggap oleh agama Keristian sebagai insan yang berdosa sejak
kelahirannya yang dikenali sebagai dosa
warisan atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai “original sin”. Dosa tersebut hanya boleh dibersihkan dari jiwanya
dengan memadikan bayi yang baru lahir atau sesiapa sahaja yang baru memeluk
agama Keistian, dengan cara hanya menuangkan air ke atas dahinya. Upacara memandikan
bayi berkenaan atau sesiapa sahaja yang baru memeluk agama Keistian, dipanggil Sacrament of Baptism..
Dari segi bahasa - sacrament of Baptism atau yang bermaksud mensucikan dosakah atau
mengampunkan dosa? Air boleh mensucikan kotoran tetapi tidak boleh mengampunkan
dosa.
Mencurahkan kasih sayang adalah merupakan
jiwa dan prinsip Islam yang utama. Seluas senyuman
yang tersimpan rasa kasih sayang di dalamnya. Lebih besar ertinya bagi
Rasulullah daripada berjihad. Kerana sesungguhnya rasa kasih sayang anda akan sampai kepada
puncaknya bila tercurah kepada ayah dan bonda dengan ikhlas.
Bukan sekadar keluaga sahaja kasih
sayang itu diberikan, tetapi juga kepada seluruh makhluk yang berjiwa, yang
dapat menerima erti kasih sayang itu. Betapa besarnya kederha- kaan dan
merunsingkan orang lain, sehingga melakukan ibadah yang wajibpun bila menyeksa
diri atau jiwa seseorang maka oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai suatu
kederhakan.
Rasa cinta dan kasih sayang yang
tersimpan di dalam jiwa manusia, merupakan anugerah dari Allah SWT yang paling
agung, perlu dijaga dan dibina. Alangkah deritanya seseorang jika di dalam
jiwanya tidak ada lagi rasa kasih sayang. Tentu anda akan merasa sepi hidup di
dunia ini jika kasih sayang dalam jiwa anda dicabut kembali oleh Allah SWT.
Oleh sebab itu berikanlah kasih sayang
anda kepada orang yang memerlukan kasih sayang. Baik kepada kedua orang tua,
keluarga, kepada sanak saudara, kepada sahabat dan sebagainya. Jika anda telah
mendirikan rumah tangga berikan kasih sayang yang ikhlas kepada isteri atau suami
serta kepada anak-anak. Kerana kasih
sayaang yang diberikan itu jika disampaikan dengan cara yang menyentuh hati dan
perasaan serta dengan keikhlasan, ianya akan menjadi jiwa anda tenteram dan
sihat, terhindar dari berbagai penyakit kejiwaan seperti tekanan perasaan,
kebimbangan, dendam dan sebagainya.
Pemberian kasih sayang itu tidak terbatas
kepada manusia sahaja. Namun kepada binatang yang buas sekali pun berhak
menerima kasih sayang daripada kita. Anak-anak juga merindukan kasih sayang
daripada kita. Nabi SAW kemudian menganjurkan lagi, bahawa yang juga berhak
menerima kasih sayang itu adalah anak-anak yatim. Bayangkan sahaja jika
kita
telah mempunyai anak, kemudian kita meninggal dunia. Tentu anak-anak kita mengharap
kan
kasih sayang kepada orang lain.
Jangan merasa bakhil dengan
rasa kasih sayang yang ada di dalam jiwa, jika ingin tetap sihat dan memiliki
jiwa yang tenang. Kerana kasih sayang yang diberikan itu tidak akan berakhir
sampai disitu sahaja. Namun ianya akan dibawa sebagai suatu pahala dan rahmat
Allah sampai ke akhirat.
Kita perlu membina rasa cinta dan kasih
sayang di dalam diri, agar dikasihi dan disayangi oleh Allah dan orang lain.
Rasa kasih dan sayang itu akan hilang begitu sahaja secara percuma jika tidak
mengagi-agihkannya kepada orang lain. Namun jika diberikan kepada orang lain
ianya tidak akan kurang, malah akan bertambah banyak dari masa kemasa.
Begitulah uniknya anugerah cinta, kasih
dan sayang yang diberikan Allah SWT kepada kita. Hanya terserah kepada kita,
apakah ingin dibiarkan begitu sahaja tidak digunakan, ataupun digunakan kepada
jalan yang benar sesuai dengan ajaran Islam.(2)
Contohilah kasih sayang yang telah
diberikan oleh Rasulullah dalam segala aspek kehidupan. Kerana sesungguhnya
dalam diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik. Firman Allah dalam
surah Al-Ahzab ayat 33:21 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya
telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi
orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.”
(1)
Bey
Arifin: Mengenal TUHAN. Kelang Book Center.1989
(2) Muhamad Isa Selamat: PENAWAR JIWA Psikologi
Ketenangan Minda – Darul Numan 1998.
No comments:
Post a Comment