Friday, February 22, 2019

KESABARAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN


KESABARAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
( Disiarkan pada 23. 2. 2019)
               Sabar dianggap sebagai sifat yang terpuji. Bersabarlah kamu, kerana Allah bersama-sama orang yang sabar. Sabar itu tinggi nilainya, sehingga Nabi Bersabda, bahawa sabar itu sebahagian daripada iman, dan sabar itu sebuah perbendaharaan daripada perbendaharaan syurga.
               Sabar juga dilakukan dalam  berbuat taat dan ibadah, sabar itu juga merupakan ketaa tan jiwa. Bagi orang awam sabar itu atas segala kesusahan dan kesakitan yang dianggapnya semua datang daripada Allah. Bagi orang kesusahan dan kesakitan, yang dianggapnya cuba- an dari Allah SWT. Bagi orang yang zahid tidak berusaha melepaskan diri dari kesusahan dan kesakitan itu kerana dianggapnya yang demikian itu sudah tertulis di luh Mahfuz.
               Antara para Nabi, Nabi Ayublah Nabi yang paling sabar menanggung derita mengenai penyakit cacar pada kilitnya hingga mengalir air kudisnya dan amat menjijikan. Ia mempu- nyai tiga orang isteri tetapi yang dua telah meninggalkannya kerana tidak tahan memelihara nya. Tinggal seorang isterinya tetap menamaninya menempuhi penyakitnya. Sehingga masya- rakatnya menghalaunya dari kampung, lalu Nabi Ayub bersama isteri, lari meninggalkan halaman kampung dan tinggal di sebuah goa jauh dari masyarakat.
               Nabi Ayub meyakini penyakit kulitnya sebagai ujian dari Allah SWT. sehingga ia tidak mengikuti nasihat isterinya supaya memohon  kepada Tuhan agar disembuh penyakit nya. Ia mengatakan kepada isterinya bahawa mereka  telah sihat dalam hidup mereka selama lebih kurang lapan puluh tahun dan ia menaggung penyakitnya hanya beberapa tahun sahaja. Dibandingkan lamanya mereka hidup sihat tidak sama sekali berbaloi. Maka itu Nabi Ayub  merasa malu kepada Allah untuk meminta pertolongan supaya ia sembuh.
               Pada satu ketika Nabi Ayub mendapat wahyu dari Allah, memerintahnya supaya menghentakkan kakinya ke bumi di mana ia berdiri. Setelah melaksanakan perintah tersebut maka keluarlah mata air dari bawah bumi. Nabi Ayub diperintahkan supaya mandi air itu dan membersihkan penyakit kudis dalam badannya. Setelah dilakukan maka  sembuhlah Nabi Ayub dari penyakit cacarnya.
               Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bersabar adalah cahaya yang gilang gemilang”          (H.R. Muslim)
               Bukanlah disebut sabar, orang-orang yang menahan diri dengan paksa, tetapi sabar yang hakiki ialah sabar yang berdiri atas menyerah kepada Allah dan menerima ketetapan Allah dengan lapang dada.
               Sebagai hamba Allah, kita tidak terlepas dari segala ujian yang menimpa kepada kita. Baik musibah yang berhubungan dengan pribadi kita sendiri, mahupun musibah dan bencana yang menimpa pada sekelompok manusia mahupun bangsa. Terhadap segala macam kesulitan dan kesempitan yang bertubi-tubi dan sambung-menyambung, maka hanya sabarlah yang memancarkan sinar yang memelihara seorang muslim dari kejatuhan kebinasaan, memberikan hidayah yang menjaga diri dari putus asa.
               Kesabaran adalah suatu bahagian dari akhlak utama yang diperlukan seorang muslim dalam masalah dunia dan agama. Ia harus mendasarkan segala amal dan cita-citanya kepadanya. Sebagai muslim wajib meneguhkan hatinya dalam menanggung segala ujian dan peneritaan dengan tenang. Dimikian juga dalam menungguh hasil pekerjaan, bagaimana jauhnya, memikul beban hidup harus dengan hati yang yakin  tidak ragu-ragu sedikitpun, kita hadapi dengan ketabahan dan sabar serta tawakal.
               Oleh kerana itu hendaklah kita sentiasa ingat kepada Allah, ingat akan kekuasaan Allah dan kehendak-Nya yang tidak ada seorangpun dan adapun yang dapat menghalangi-Nya, bahkan segala sesuatu yang terjadi di dunia ini baik yang dianggap oleh manusia sebagai musibah dan bencana yang merugikan, mahupun yang dirasakan sebagai rahmat dan nikmat yang menggembirakan, maka itu semua adalah dari Allah SWT dan bukan kemahuan manusia
semata-mata.
               Firman Allah SWT  dalam surah Ahzab, ayat 33:17 yang bermaksud: “(terjemahan)”
               “Katakan (hai Muhammad): Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Ia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu. Dan orang-orang yang munafiq itu tidak memperoleh bagi mereka perlindungan selain Allah.”
               Bahawasanya keuntungan dan kerugian, atau manfaat dan muderat semuanya  itu berada dalam kekuasaan Allah – bukan berada dalam kekuasaan sesiapa untuk menetapkan atau mengubahnya.
               Orang-orang munafik itu tidak akan diberi pimpinan oleh Allah kecuali Allah sahaja yang memimpin, dan mereka juga tidak akan mendapat pembantu yang akan mempertahan kan mereka dari segala bencana.
               Dalam ayat lain iaitu dalam surah Ar Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud” (terjemahan)
               “ Dan apabila menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada seorangpun yang dapat menolakkannya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah.”
               Dari ayat-ayat tersebut di atas, kita memperoleh pelajaran, hendaknya kita sentiasa bersabar, menghadapi segala macam musibah dan bencana, dan hendaknya kita selalu bersyukur bila musibah itu sudah dihindarkan dari kita. Dan hendaknya kita selalu memberikan penilaian yang baik, dengan landasan bahawa semua yang terjadi itu selalu ada hikmahnya bagi kita semua, baik yang namapaknya baik bagi manusia, mahupun yang nampaknya menurut anggapan tidak baik bagi manusia, mahupun yang nampaknya menurut anggapan tidak baik bagi manusia, namun di balik itu mungkin itulah yang dianggap baik menurut kehendak Allah. Semuanya itu Allahlah yang Maha Mengetahui.
               Seorang pengarang kitab Zubad, menyatakan yang bermaksud: (terjemahan)
               “Hendaklah engkau bersyukur atas segala ni’mat yang datang, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpa.”
               Bencana dan musibah apabila ditinjau dari segi aqidah Islam maka musibah dan bencana itu ada dua macam kemungkinan:
1.  Mungkin bencana yang terjadi itu sebagai ujian bagi mereka yang telah beriman,  sampai di mana kadar iman dan keyakinannya kepada Allah SWT. Sehingga bencana itu hanya merupakan ujian, dapat kita teliti dari perbuatan kita dan masyarakat kita. Apabila kita sekalian, orang-orang di kanan-kiri kita betul-betul sudah taat pada Allah, mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, maka bencana itu hanya merupakan ujian.
               Sehingga dengan ujian itu, kita seharusnya bertambah iman pada Allah SWT., dan percaya betul-betul akan kebesaran kekuasaan Allah yang tiada tanding taranya. Sekaligus timbul kesedaran bahawa manusa itu kecil dan lemah. Firman Allah dalam surah Al-Ma’arij ayat 70:19-20 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelidah. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeloh-kesah.”
               Allah menyebutkan tabiat manusia itu dijadikan berkeadaan gelisah, keluh- kesah, tidak sabar, tidak berterima kasih di atas nikmat Allah. Manusia itu dinamakan insan “kesukaan”, kerana dia menyukai dirinya sambil memperhati kecantikanya, dan juga pelupa kerana banyak kali melupakan Tuhannya dan juga agamanya. Allah menyifatkan manusia itu berkeadaan gelisah tidak sabar lagi bakhil kerana sangat menyanyangi hartanya. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah, suka terburu-buru yang bukan pada tempatnya. Namun manusia itu sebenarnya tidaklah bersifat sedemikian semasa dia diciptakan dan tidak pula demikian semasa dia dilahirkan.
               Tetapi apabila ia mendapat kebaikan, misalnya  menjadi orang kaya, bertubuh sihat dan memperolehi reziki yang luas, dia menjadi sangat kedekut dan lokek. Bermakna kalau dia
berkeadaan miskin ia tidak dapat bersabar dan apabila dikayakan oleh Allah dia lokek
mengeluarkan nafkah.
               2.  Mungkin bencana itu ditimpakan oleh Allah kepada sesuatu bangsa, atau kaum sebagai pelajaran memberikan kesedaran, kerana mereka telah banyak melanggar peraturan-peraturan Allah, dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar, sehingga yang haram dihalalkan sedangkan yang terang halal tidak ditempuhinya, bahkan perbuatan mungkar dan maksiat disibarluaskan
               Kita mengerti yang demikian itu kerana ditunjukkan oleh Al-Qur’n tentang kisah umat umat yang terdahulu. Bagaimana kaum Nabi Nuh a.s. ditimpa banjir yang dahsyat. Tidak hanya satu dua meter saja tinggi air banjir itu, akan tetapi tertinggi gunung, yakni gunungpun tergenang air, kerana umat pada waktu itu ingkar kepada Allah dan selalu mengejek, meng hinakan serta memusuhi kepada kenabiannya.
                    Kita ingat bagaimana kaum Nabi Luth yang ditimpa bencana gempa bumi sampai terbalik, dan hujan batu terjadi pula. Kerana mereka berbuat durhaka kepada Allah dan tidak mengikuti petunjuk-petunjuk Nabinya. Kita ingat bagaimana Fir’aun yang ditenggelamkan bersama-sama dengan tenternya di laut Merah, kerana Fir’aun takbur sampai-sampai ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebab ia sedang berkuasa.
                    Bermacam-macam musibah pada diri kita, menimpa pada kaum dan pula menimpa pada bangsa, hendaknya terhadap musibah dan bencana itu menjadi peringatan, menjadi tadzkirah bagi diri kita, dengan kata lain hendaklah kita selalu mengadakan koreksi (pembaikan) pada diri kita sendiri, terhadap orang-orang yang di kanan kiri kita dan terhadap bangsa kita; dan kalau ternyata kita, atau orang-orang di sekeliling kita sudah banyak yang menyimpang dari jalan Allah; sudah banyak yang durhaka dan telah banyak yang lupa terhadap amanat penderitaan bangsa, maka musibah itu merupakan pengajaran dari Allah.
Dan jika ternyata demikian maka kita harus segera kembali ke jalan yang benar dan  menta’ati peraturan Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW buat kita amalkan dan kita laksanakan.(1)
Dan kemungkinan timbulnya musibah dan bencana tersebut, agaknya itu akan selalu terjadi, sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:155-157 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuangan harta, jiwa (kekurangan) diri manusia dan buah-buahan. Dan berikan lah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “inna lillahi wa inna ilaihi raaji’u.” Mereka itulah yang mendapat keberakatan yang sempurna dan nikmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Allah akan menguji umat Islam untuk membezakan antara mereka yang taat dengan mereka yang derhaka, dengan berbagai rupa ujian.
1. Ketakutan; yakni takut kepada musuh. Erti takut di sini ialah menanti-nanti perkara
    yang dibenci yang menyebabkan penderitaan di dalam hati.    
2. Kelaparan; yakni kekurangan bahan-bahan makanan.
3. Kekurangan pada harta; yakni kerugian di dalam perniagaan dan perusahaan.
4. Kekurangan diri manusia; yakni berlaku banyak kematian.
5. Kekurangan buah-buahan; musim kemarau yang menyebabkan kekurangan hasil
    petanian.
Maka Allah akan memberi kegembiraan dengan menyediakan syurga kepada yang sabar menerima cubaan tersebut di samping mendapat keampunan dan rahmat-Nya, dan mereka itu mendapat petunjuk ke jalan yang benar.
Al-Imam Asy-Syafie (r.a.) mentafsirkan 5 ujian dalam ayat; bahawa ujian ketakutan itu ialah ujian takutkan Allah. Kelaparan ialah kerana berpuasa Ramadan. Kekuranga harta;
yakni kerana menghulurkan zakat dan bersedekah. Kekurangan diri manusia; yakni kerana ditimpa penyakit. Kekurangan buah-buahan; yakni dengan kematian anak, kerana anak itu adalah buah hati manusia.
                    Sebuah Hadis At-Tirmizi yang di riwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari, bahawasa nya Rasululah SAW. bersabda yang bermaksud:
                    Jika seorang anak hamba Allah mati, Allah akan bertanya kepada Malaikat-Nya. “Sudahkah kamu matikan anak hamba-Ku?’ Malaikat menjawab: “ya”. Bertanya Allah: Sudahkan kamu matikan buah hatinya?”Mereka menjawab:’Ya!” Bertanya pula Allah:”Kemudian apa dia kata?” Mereka menjawab: “Dia puji Tuhanku dan dia baca ”Istirhaj” yakni lafaz “Innalilalhi wa innalillahirojiun”. “Berkata Allah: “Buatkan untuknya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu “Baitul Hamdu” (rumah pujian)).
                    Dalam riwayat lain pula yang bermaksud:
Dari Sa’ bin abi Wakas, ia bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, manusia mana kah yang lebih besar cubaannya?” Nabi menjawab “Para Nabi, kemudian seumpama mere- ka, dan yang seumpama mereka pula. Seseorang itu akan dicubai (diuji) mengikut kadar aga- manya, sekiranya teguh dalam agama, bertambah besar cubaannya dan sekiranya lemah dalam agama, kurang pula cubaannya. Tidaklah akan berpisah bala itu dari seorang hamba yang akan meninggalkannya begitu sahaja dan bejalan di muka bumi dengan tidak ada kesalahan.”
                    Dengan keterangan-keterangan di atas jelaslah setiap orang tidak luput dari cuban dan ujian. Sesiapa yang sabar akan mendapat keampunan, anugerah dan petunjuk.(2)
 (1) Muhammad Al-Ghazali: AKHLAK SEOANG MUSLIM. Pustaka al- Azhar kuala lumpur. 1986.
(2) Ahmad Sonhadji Mohamad: Tafsir Al-Qur’an. Pustaka Al-Mizan. 1990.

No comments:

Post a Comment