Thursday, March 7, 2019


UNTUNG DAN RUGI AGENDA PEMBANGUNAN
(Disiarkan pada 09. 03. 2019)
               Kehidupan manusia di alam dunia bersendikan faktor masa yang dimain kan oleh mata hari di mana bumi mengelilinginya di atas paksinya sendiri sekali dalam 24 jam. Di mana-mana bahagian bumi yang tidak mendapat cahaya matahari adalah dalam keadaan gelap atau malam selama 12 jam dan yang mendapat cahayanya  adalah dalam keadaan siang. Begitulah teknologi Tuhan yang mendaftarkan masa untuk menentukan usia setiap  makhluk hidup di alam dunia.
               Peredaran masa itu mempunyai faktor yang sentiasa menguji manusia bagaimana seharusnya ia memanfaatkan masa demi keredaan Allah SWT untuk pembangunan tamadun kehidupan manusia yang mampan dan sempurna. Pembangunan kehidupan seharusnya bersendikan peredaran masa kerana ia sentiasa berubah  dan usia manusiapun  turut sama berubah menjadi pendik mendekati alam kubur.
Dalam menangani kehidupan, kita sentiasa diporak porandakan oleh keadaan alam kehidupan yang bersifat sementara itu, sama ada hidup kita itu bersifat menguntungkan atau merugikan. Ini berpandukan kepada ibadah yang telah kita laksanakan untuk memakmurkan alam kehidupan seperti mana amanah yang dipertanggungjawakan Allah SWT kepada hamba-Nya sebagai khalifah-Nya.      
Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Ashr ayat 103:1-3 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Demi masa manusia  sentiasa dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang ber iman dan beramal salih (baik), dan berpesan-pesan dengan yang hak (benar) dan berpesan-pesan dengan sabar (teguh hati)”
               Allah bersumpah dengan nama masa. Kerana di dalam masa itu ada mengandungi teladan yang pelik-pelik dan pengajaran yang ajaib. Adapun masa atau waktu itu selalu bertukar-tukar. Perubahan tersebut menjadi bukti, bahawa alam ini ada yang mentadbirkan nya, iaitu Allah. Maka kepada-Nya sajalah semua makhluk mesti menyembah.
               Tujuan Allah bersumpah, kerana hendak menguatkan firman-Nya bahawa manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Sebabnya dikatakan rugi, kerana manusia itu setiap masa telah menghabiskan umurnya. Lebih-lebih lagi rugi apabila umurnya dihabiskan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah, bukan untuk mentaati-Nya. Maka janganlah menyalahkan masa, tetapi hendaklah menyalahkan dirinya sendiri yang telah berdosa dan menyebabkan celaka.
                Kecuali yang tidak rugi, ialah orang yang mempunyai empat sifat seperti berikut:
               1. Orang yang beriman (percaya) dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya; bahawa semua pengajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah betul.
               2. Beramal soleh (baik). Selain beriman, dia mengerjakan apa yang diimankannya, dan mengerjakan amal kebajikan yang baik-baik dan mendatangkan manfaat kepada umum, serta membawa orang yang beramal itu kepada mentaati Allah SWT.
               3. Berpesan-pesan dengan yang hak (benar), iaitu ingat mengingatkan sesama orang mukmin, supaya berpegang dengan pengajaan Al-Qur’an, keimanan dan Tauhid, kerana semuanya benar tidak dapat dimungkiri.
4. Berpesan-pesan dengan bersabar (teguh hati), iaitu jangan mudah tergoda oleh pujukan syaitan untuk berbuat maksiat. Bahkan mestilah tabah dan tahan menghadapi segala macam ujian, penderitaan kesusahan, terimalah dengan hati yang rela dan bersyukur kepadaTuhan.  
Adapun perbuatan ingat-mengingatkan itu tidak akan berkesan atau memberi faedah, kecuali orang yang mengingatkan itu ada mengerjakannya.
Maka orang-orang yang disebutkan sifat-sifatnya di atas akan mendapat keuntungan,
iaitu hidupnya akan berbahagia di dunia dan akhirat, sedang orang-orang yang menghabiskan masa dan umurnya dengan sia-sia dan di dalam maksiat akan rugi iaitu hidupnya akan celaka dan  menyesal di belakang hari. (1)
Menurut Islam, manusia memang tahu kelemahan yang ada pada diri mereka, tetapi sering kali mereka tidak mempedulikannya. Firman Allah surah Al-Adiyat ayat 100: 6-8 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya. Dan seungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya. Sesungguhnya dia sangat sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.”
               Manusia yang terlampau mencintai hartanya dan sangat terpengaruh untuk mengumpul dan menabungnya, sememangnya sangat lokek. Dia mempertahankannya mati-matian jangan sampai luak atau kurang walau satu sen pun.
               Dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan membuat orang yang lemah iman menjadi lupa dan lalai untuk beribadat kepada Allah. Firman Allah surah al-A’raf ayat 7:27 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu dapat dipujuk oleh syaitan, sebagaimana dia  telah dapat mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga. Ditanggalkannya pakian keduanya supaya dia dapat memperlihatkan kepada keduanya akan kemaluannya. Sesungguhnya syaitan dan kaumnya itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan syaitan itu pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.”
Pengembangan kelemahan semulajadi manusia ke tahap yang dominan akan membuat nya menjadi makhluk yang amat rendah dan darjat mereka merosot sampai ke tingkat yang lebih bawah daripada haiwan yang tidak berakal. Manusia seperti ini dianggap sebagai manusia yang rugi pada hari akirat.
Firman Allah surah al-Kahfi ayat 18:103-105 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Ketahuilah: Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia. Jadi, hapus-lah amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan sesuatu penilaian bagi amalan mereka, dan Kami mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.”
Manusia secara semulajadi mempunyai sifat yang mulia dan bersih (fitrah). Mereka dilahirkan dalam keadaan yang baik serta bertujuan untuk kebaikan. Bagaimanapun, kebaikan atau keadaan fitrah itu boleh berubah, bergantung pada tindakan dan operasi yang dilakukan oleh manusia. Jadi, Manusia perlu berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk menjaga dan mempastikan keadaan fitrah itu terus berkembang dengan baik.
Proses penjagaan dan pengembangan membabitkan dua aktiviti asas, iaitu beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh. Tanpa iman kepada Allah atau kekuatan akidah, diri manusia akan diselubungi sifat lupa dan lalai yang saling berkait dengan dorongan hawa nafsu. Kelalaian boleh menyebabkan manusia melakukan aktiviti yang dilarang oleh Allah.
Keadaan ini dikenali sebagai kejahatan. Manusia yang gagal menjalankan kedua-dua aktiviti asas dan terus terjebak dengan kejahatan dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat yang sangat rendah Surah At-tin ayat 95:4-6 menjelaskan yang bermaksud: (terjemahan)
“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami (Allah) kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
Allah menguatkan kata kata-Nya bahawa manusia itu benar-benar telah diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, tidak seperti haiwan dengan bersusah payah menunyukan muka ketika makan dengan mulutnya. Tetapi manusia diciptakan betubuh tinggi dan lampai, perwatakannya cantik. Kalau makan dengan menggunakan tangan. Ia juga dihiasi dengan ilmu pengetahuan, fahaman akal bercakap, selain mempunyai adab dan kesopanan.
Kemudian Allah telah mengembalikan manusia itu ke tempat yang serendah-rendah nya di dalam neraka. Mula-mula dikembalikan berubah tua, lemah tubuh badanya dan berkurangalah daya berfikirnya. Atau juga dikembalikan menjadi lemah, menghidap sakit tua, sehingga tidak sanggup dia membuat sebarang hela, tak dapat hendak berbuat apa-apa sebab badannya lemah, pendengarannya lemah, penglihatannya lemah dan akalnya pun lemah.
Secara khusus, pengabdian diri kepada Allah membabitkan perlaksanaan empat hubungan asas, iaitu hubungan mencancang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiyah), hubungan mengufuk dengan manusia dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai pengguna atau pentadbir sumber alam yang bijaksana, dan hubungan dalaman dengan diri sendiri dalam konteks tanggung jawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rubuiyyah).
Pada amnya, tanggungjawab kepada Allah yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga tangungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tanggung jawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum
Misi untuk menjadi khalifah Allah di dunia merupakan misi yang dipertanggung jawabkan kepada semua manusia. Misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain yang ada dalam persekitarannya. Oleh itu tugas sebagai khalifah Allah meliputi tiga tanggung jawab asas, iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggung jawab kepada alam, dan tanggungjawab kepada diri sendiri.(2
Melaksanakan tanggungjawab semestinya memberi keutamaan ilmu berbanding dengan amal. Disiplin demikian amat menguntungkan kepada kita sebagai pemain kepada pembangunan. Antara kepentingan yang diutamakan oleh syariat adalah keutamaan menda- hulukan ilmu berbanding dengan amalan. Ilmu memandu setiap amalan. Ilmu menjadi petujuk dan panduan. Sebuah hadith daripada Mua’dz menyebutkan, “Ilmu adalah imam dan amalan adalah makmum.”
Jestru, Imam Al-Bukhari meletakan satu bab dalam kitab ilmu daripada kitab shahih beliau yang bertajuk, Ilmu sebelum Ucapan dan Perbuatan. Beliau menerangkan, ilmu adalah syarat dalam ketepatan sesuatu percakapan dan perbuatan. Ini kerana, sesuatu ucapan dan perbuatan tidak dianggap sebagai betul tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan.
Ilmu perlu didahulukan sebelum percakapan dan perbuatan. Ini kerana membetulkan niat serta perbuatan yang  didahulukan oleh setiap individu. Ada yang mengatakan, Imam Al-Bukhari terlalu menekankan perkara itu sehingga akal fikiran tidak dapat menerima kenyataan itu. Mereka mengatakan, sesuatu ilmu itu tidak  bermanfaat tanpa disertai perbuatan. Jestru mereka mengambil mudah dan sambil lewa terhadap suruhan menuntut ilmu.
Kita perlu mendahulukan kegiatan menuntut ilmu sebelum sesuatu amalan dilakukan. Ini berdasarkan surah terawal yang diturunkan dalam Al-Qur’an, iaitu iqra yang dimaksud bacalah. Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan. Kemudian, Allah SWT memurnikan perintah yang menuntut kepada amal perbuatan dalam surah Al-Mudatthir ayat 74:1-4 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai orang-orang yang berselimut. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya! Dan pakaianmu, maka hendaklah kamu bersihkan.”
Setiap perkara yang kita lakukan memerlukan ilmu. Ilmu perlu diutamakan. Ini kerana, hanya dengan ilmu kita dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah dalam sesuatu kepercayaan. Ilmu juga mampu membetulkan setiap kesilapan dan percakapan, menjelaskan segala salah faham dalam urusan ibadat seharian, dan membetulkan kesalahan yang berlaku dalam pergaulan seharian.
Dengan ilmu juga kita dapat membezakan perkara halal dan haram yang berlaku dalam urusan pelaburan, kebaikan dan keburukan daripada segi akhlak. Perkara yang diterima dan ditolak dalam urusan timbangan, serta ketetapan dalam ucapan dan perbuatan. (3)
Antara amalan yang menguntungkan kepada kita sebagai pemain ialah keutamaan amalan yang berterusan berbanding dengan yang terputus-putus. Al-Quran ada menjelaskan perihal berbagai peringkat dan tahap perbuatan manusia di sisi Allah SWT. Al-Qur’an juga menjelaskan perbuatan yang paling mulia dan paling Allah SWT cintai berbanding dengan perbuatan-perbuatan lain. Allah SWT menerangkan dalam surah At Taubah ayat 9:19-20 yang bermakdu: (terjemahan)
“Adakah  kamu sifatkan perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan haji, dan memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka tidaklah sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu adalah  orang yang berjaya.”(3)
(1)Ahmad Sonhadji Mohamad: Tafsir Al-Quran Juz 30 Pustaka Al-Mizan 1992
(2) Nik Azis Nik Pa: Potensi Intelek:. Dewan Bahasa dan Pustaka 1999.  
(3) Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Fiqh Keutamaan. PTS ISLAMIKA DDN. BHD 2O14

No comments:

Post a Comment