MULIAKAN HIDUPMU
DENGAN IMAN DAN TAKWA KEPADA ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 16. 3. 2019)
Manusia hidup di alam dunia semestinya
beriman dan bertakwa kepada Allah SWT kerana Allahlah mewujudkan makhluk
manusia. Firman Allah surah Az-Zariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
“Tidaklah Aku Jadikan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku.”
Manusia diwujudkan Allah SWT
dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya. Tanggungjawab manusia dalam
melaksanakan ibadah atau amanah Allah ada dua, iaitu sebagai hamba Allah dan
kedua sebagai Khalifah-Nya. Walau bagaimana pun melaksanakan amanah Allah mempunyai
berbagai peringkat keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Allah berfirman surah
Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu laki-laki dan perempuan
(ibu dan bapa), dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat),
dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang
termulai di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
Manusia apabila dipandu oleh alam
kebendaan, maka ia mempunyai pembawaan diri yang tinggi dan tidak akur kepada
peraturan kemanusiaan sebagai panduan untuk membudaya kan amalan hidup yang
bebas dari perasaan sombong, takbur dan merasakan diri itu lebih hebat daripada
orang lain. Pembawaan diri serupa demikian amatlah rendah di sisi Allah SWT
kerana hanya Allah sahaja yang berhak untuk merasakan kehebatan dari
segala-galanya,
Hidup ini wajar dihiasi dengan iman dan ketakwaan
kepada Allah SWT. Iman itu adalah sesuatu yang mempunyai naluri kecintaan
kepada Allah SWT. Imanlah yang mewujudkan manusia sebagai hamba Allah.
Mencintai dan merindui Allah SWT merupakan pancaran cahaya iman seseorang terhadap
zat yang menciptakannya.
Iman itu satu kekuatan dalam jiwa
manusia yang meyakini bahawa segala sesuatu itu ada penciptanya. Segala makhluk
di alam dunia mahupun di alam akhirat adalah kekuasaan Allah SWT menciptanya.
Seperti bumi, mata hari, bulan, bintang-bintang, langit dan sebagai nya tidak
wujud dengan sendirinya tanpa ada kekuasaan yang mewujudkannya. Yang mewujudkan
segala itu adalah kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui dan Maha pengasih
dan Maha Penyayang. Allah itu tidak mempunyai bentuk atau rupa. Ia adalah zat
dan pengetahuan-Nya nenjangkau di mana-mana sahaja.
Pada suatu hari semasa Nabi Musa
menerima wahyu, ia meminta kepada Allah supaya ia boleh meliht jasad-Nya
kerana mendengar suara-Nya Nabi Musa
tidak puas hati sehingga menyaksikan bentuk Allah sendiri. Allah berfirman bahawa
manusia adalah hamba-Nya yang lemah dan tidak ada kemampuan melihat Allah
Oleh kerana Nabi Musa meminta
diberi peluang juga maka Allah memerintahkan Nabi Musa keluar dari gua tempat
ia beriktikaf dan melihat ke hadapan pintu gua tersebut. Apabila Nabi Musa
berbuat demikian dilihatnya dihadapan hanya sebuah gunung sahaja. Dalam
beberapa saat sahaja kelihatan oleh Nabi
Musa gunung yang berdiri megah dihadapannya menjadi cair. Nabi Musa jatuh pengsan.
Apabila beliau tersedar ia meminta ampun kepada Allah dan mengakui
kelemahan manusia.
Berlaku pada suatu masa seorang
guru mempuyai 40 orang murid dalam kelasnya. Setiap masa apabila guru tersebut
meminta tolong ia hanya meminta kepada seorang murid bernama Imran sahaja dan
tidak pernah meminta tolong kepada murid-murid yang lain. Apabila keadaan ini
telah diketahui oleh semua murid yang lain maka mereka merasa curiga dan
cemburu mengapa mereka tidak diberi peluang untuk membantu guru.
Satu ketika mereka pun bertanya kepada
guru itu mengapa Imran sahaja yang membantunya. Guru tidak menjawab, tetapi
meminta semua murid termasuklah Imran, membawa sebilah pisau kesekolah pada
keesokan harinya. Apabila guru datang ke sekolah ia membawa 40 ekor burung merpati.
Ia memberi setiap muridnya seekor burung dan sebilah
pisau yang sudah sedia ada pada setiap murid.
Guru memberitahu kepada semua
murid supaya membawa burung itu ke satu tempat di mana mereka fikir tidak ada
yang melihat, dan sembelikan burung itu. Semua pelajar pun berkeliaran mencari
tempat yang sunyi yang tidak ada yang melihat. Mereka berada di bawah jambtan
di dalam gua, di dalam hutan, di dalam parit, di dalam rumah kosong dan
sebagainya. Mereka diberi lima minit sahaja untuk menguruskan penyembelihan
burung tersebut.
Tidak lama kemudian pelajar yang pertama
kembali selepas tiga minit dengan kepala burung telah terpisah dari badannya;
dikuti dengan pelajar yang lain, semuanya berjaya menyembelih burung
masing-masing kecuali Imran yang belum pun kembali lagi. Rakan-rakan menungguh
Imran datang. Sepuluh minit kemudian Imran pun kembali dengan muka yang sedih.
Ia menyembunyikan tangannya ke dalam bajunya.
Guru bertanya mengapa ia lambat.
Imran menjawab bahawa ia lambat kerana tidak dapat tempat yang sesuai untuk
menyembeli burungnya. Dimana saja ia berada ada sahaia yang melihat.Guru itu
bertanya siapa yang melihatnya? Imran berkata Allah yang melihatnya. Dengan
muka yang sedih ia mengembalikan burung
itu kepada gurunya seraya meminta maaf kerana tidak berjaya menyembelihnya.
Guru kemudian memberitahu kepada
anak-anak muridnya yang lain mengapa ia mempunyai keyakinan kepada Imran kerana
ia tahu bahawa Imran mempunyai Iman yang tertanam dalam dadanya. Sebarang
perlakuannya ia sentiasa memikirkan kebenaran dan mempunyai keyakinan bahawa
Allah itu sentiasa mengawasinya.
Beriman kepada Allah ialah asas
kehidupan rohani. Ia juga menjadi punca kepada semua kesenangan serta menjadi
sumber kepada semua kebahagiaan. Iman ini tidak hanya setakat beriman bahawa ada Tuhan yang
menguasai alam, tetapi dengan mengetahui kesucian Allah, kebesaran-Nya dan
melahirkan kesan keimanan ini dengan perbuatan-perbuatan yang lahir.
Beriman kepada Allah membebaskan
seseorang daripada belenggu kebendaan. Dia tunduk kepada nafsu dan tidak
mempedulikan faedah dan bahaya yang khas. Seseorang yang beriman akan berusaha
untuk dirinya, untuk bangsa dan umat manusia
seluruhnya. Jadi setiap apa yang berlaku kepada orang itu sama ada
amalan kebajikan dan pengorbanannya adalah kerana imannya dengan Allah.
Hakikat ini disokong oleh pengalaman-pengalaman manusia
secara umum. Pada setiap kerajaan dan setiap masa terdapat manusia yang
mengorbankan dirinya untuk kebajikan dan kebahagian manusia seluruhnya.
Pengobanan ini dibuat lantaran keimanan kepada Allah yang mendorongkannya
berbuat demikian
Hakikat iman seperti ini diakui oleh
Al-Qur’an. Sebab itu tidak ada ayat Al-Qur’an yang menyebut “mereka yang beriman”, melainkan disertakan dengan amal soleh. Ini
menunjukkan bahawa keimanan wajib disertakan dengan amal soleh di mana amal
soleh ini sebenarnya adalah buah dari keimanan itu.
Sesungguhnya beriman kepada Allah dan
amal soleh melahirkan keredhaan Allah dan diberi ganjaran di akhirat. Contoh
untuk demikian ialah terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan seperti yang
bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya
orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik
makhluk.”
“Dan
sampaikan berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa
bagi mereka disediakan syurga”.
“Sesungguhnya
mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan
mensia-siakan
pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik.”
Al-Kahfi:18:30
Iman menjadi penghalang kepada
seseorang dari melakukan maksiat. Sebab apa juga dilakukan oleh manusia dan apa jua yang lahir
darinya adalah bergantung kepada akidahnya. Beriman kepada Allah akan
menerangkan kegelapan hidup kita ini. Dalam saat kegagalan, seorang mukmin akan
mengingati bahawa dia mempunyai tempat untuk minta tolong iaitu Allah SWT. Jadi
tidak ada sebab baginya untuk berputus asa. Hatinya menjadi tenang dan
peristiwa malang yang dialaminya, akan dianggap sebagai perkara kecil sahaja. Allah
mem- beri tahu orang-orang mukmin bahawa Allah sentiasa menolong mereka.
Firman Allah surah At-Taghabun
ayat 64:11 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan sesiapa yang beriman dengan Allah maka Allah sentiasa memberi
petunjuk atau memimpin hatinya.”
Allah berfirman
surah Al-Haji ayat 22:54 yng bermaksud: (terjemahan)
“Dan sesungguhnya Allah adalah
pemimpin orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus”.
Allah juga
berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:257
yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia megeluarkan mereka
dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya
(iman).
Iman yang disertakan dengan amal
soleh adalah menjadi jalan untuk mendapat nikmat dunia. Firman Allah surah
An-Nahl ayat 16:97 yang bemaksud: (terjemahan)
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala
yang lebih baik dari apa yang telah
mereka kerjakan.”(1)
Iman itu satu kekuatan dalam jiwa
manusia yang meyakini bahawa segala sesuatu itu ada penciptanya Tidak ada
kewujudan sesuatu itu dengan sendirinya melainkan diciptakan. Beriman kepada
Allah ialah asas kehidupan rohani. Seorang yang beriman akan berusaha untuk
dirinya, untuk bangsa dan umat manusia keseluruhannya.
Manakala takwa secara kasar, merujuk kesedaraan
mengenai kehadiran dan kekuasaan Allah di sepanjang masa. Prinsip takwa pula merujuk
satu gagasan meritokrasi yang menyelu ruh, yang merangkumi aspek keimanan, keilmuan kerohanian,
kebendaan, akhlak. dan amalan yang soleh.
Amalan berzikir secara berterusan hanya
dapat dilakukan oleh orang yang bertakwa kepada Allah. Jadi, takwa berfungsi
sebagai paksi bagi perlaksanaan zikir yang berterusan. Zirkir pula merupakan
satu mekanisme utama bagi mempeolehi ilham daripada Allah. Melalui ilham,
manusia dapat mencapai kejayaan yang besar, iaitu memperoleh ilmu kerohanian
dan hikmah daripada Allah.
Ilmu dan amal tanpa iman dianggap tidak
bermakna. Dalam pendidikan pintar cerdas, satu nilai yang penting ialah takwa
dan nilai ini mengandungi unsur-unsur iman, ilmu, dan amal soleh.Islam memberi
penekanan dan pengiktirafan yang tinggi kepada penggunaan akal atau berfikir
dalam usaha mencapai kebenaran dan keyakinan. Malah berfikir adalah satu
kewajipan menurut Islam. Dalam Al-Qur’an, terdapat 16 frasa ulil albab (orang
yang memahami atau berfikir) dan 34 tempat seruan berulang kali disebut agar manusia
memerhati, berfikir dan bertafakur. Dalam satu hadis riwayat Ibn Majjah pula,
Rasulullah SAW bersabda, “Berfikir sejam adalah lebih baik daripada tujuh puluh
tahun sembahyang sunat”.(1)
Kiai Zainuddin M.Z. dari Indonesia
mentafsir perkataan takwa seperti berikut: Bertakwa kepada Allah mempunyai tiga
ciri-ciri yang membentuk manusia sentiasa meng- ingati Allah Yang Maha Esa,
Maha Pemberi dan amat Maha Mengetahi. Perkataan “takwa” adalah terbitan
daripada tiga kata.
Tak, daripada perkataan tawadhu.
Perasaan tawadhu adalah sesuatu yang membentuk manusia untuk merendahkan diri
sebagai hamba Allah, Tidak ada ciptaan Allah di bumi ini yang berhak untuk
merasa sombong melainkan Allah sendiri kerana Dialah mewujudkan segala-galanya untuk
kemanfaatan segala bentuk kehidupan dalam alam ini.
Manusia dalam mendisiplinkan diri
mengerjakan ibadah sembanhyang.Dalam sembah-
yang,
bahagian badan kita yang amat bermutu dan berguna kepada diri manusia ialah
bahagian kepala. Tetapi apabila kita sujud kepada Allah kepala kita diletakkan
sama rendah dengan telapak kaki menunjukkan bahawa manusia sujud merendakan
diri di hadapan Allah SWT.
Ciri kedua dalam ketakwaan kepada Allah
ialah bunyi ‘kof’ dari perkataan Qannah yang bermaksud, merasakan cukup dengan
apa yang ada. Qannah mengandungi lima perkara. 1. Menerima dengan rela akan apa
yang ada.
2.
Memohon kepada Tuhan tambahan yang pantas, dan berusaha.
3.
Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan.
4.
Bertawakal kepada Tuhan.
5.
Tidak tertarik oleh tipu daya dunia
Qannah memberi satu kefahaman bahawa
umat Islam tidak tamak dan haloba. Apa yang ada seharusnya bersyukur terhadap
pemberian Allah. Orang yang mempunyai sifat Qannah telah memagar hartanya sekadar
apa dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.
Ciri ketiga dalam ketakwaan kepada Allah ialah bunyi ‘wau’
melambangkan perkata- an warak iaitu menjauhkan diri dari pekerjaan yang subahat
yang membawa manusia ke lembah hina.(2)
Faedah takwa juga ialah memperolehi
rahmat Allah. Firman Allah surah aa Al-A’raf ayat 7:156 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Dan
rahmat Ku meliputi degala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk
orang-orang yang bertakwa, yang
menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman
kepada ayat Kami.”
(1) Bahagian Hal
Ehwal Islam Jabatan Predana Mnteri:
NadiAajaran Islam. 1992
(2): Datuk Haji Mohd
Farid Linggi: Kehidupam Dalam Tiga Dimensi. Pustaka Syuhada.
1998.
No comments:
Post a Comment