KEJUJURAN DAN
KEIKHLASAN LAMBANG KESEJAHTERAAN UMAT
(Disiarkan pada 20. 4. 2019)
Jujur merupakan satu sifat manusia
yang sentiasa kiblat pemikirannya kepada kekuasa an Allah SWT. Membina keluarga bahagia wajar bersandarkan
kepada akhlak yang jujur dan ikhlas kerana Allah. Membangunkan manusia
semestinya berlandaskan budaya kejujuran
kerana Allah.
Sifat jujur berpangkal kepada
hati sebagai raja dalam diri seorang mukmin. Allah SWT turunkan Islam sebagai
cara hidup manusia hidup di alam dunia sebagai hamba Allah dan juga sebagai
khalifah-Nya. Islam adalah agama Allah yang diturunkan kepada manusia
(Muhammad) untuk memimpin manusia dalam pembangunan jasmani dan juga
pembangunan rohani. Islam menunjukkan jalan yang benar, jujur dan selamat dari
segala kerenah-kerenah pembangunan.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 5:3 yang bermaksud:
(terjemahan)
“......... Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan
telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku sempurnakan kepada mu
nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.”
Dengan turunnya
ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan
perkara-perkara yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan
perka- ra perkara yang halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum yang
halal dan haram diturunkan lagi selepas itu. Syariatnya berkekalan hingga hari
kiamat. Agama Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga siapa yang menghendaki agama
lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat.
Manusia diwujudkan Allah SWT dalam
dua unsur, iaitu jasmani yang bersifat nyata atau boleh disentuh dan rohani
yang bersifat ghaib atau tidak boleh dilihat dengan mata kepala kita. Islam
mengandungi ciri-ciri yang boleh melindungi kebajikan kedua-dua unsur manusia
tersebut. Maka itu manusia diamanahkan untuk menjaga kebajikan kedua-dua unsur
terutama sekali unsur rohani kerana unsur tersebut adalah dari Allah SWT yang
ditiupkan-Nya ke dalam jasmani manusia setelah genap usianya 120 hari dalam
rahim ibu.
Ciri-ciri yang amat penting dalam
memelihara kebajikan rohani kita ialah wajib bersandarkan kepada amal perbuatan
yang bersifat jujur kerana segala kewujudan makhluk Allah yang ada dalam
cakerawalah kehidupan, Allah wujudkan dengan jujur dan benar. Jujur atau benar,
Allah menciptakan bumi dan langit berserta isinya dengan benar dan Allah memerintahkan manusia
membangun kehidupan mereka dengan benar pula. Mereka tidak diperkenankan
berkata dan berbuat sekehendak hatinya, kecuali dilakukannya di atas kebenaran.
Oleh kerana itu manusia dituntut
berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan dengan memperhatikan prinsip
kebenaran pada setiap masalah yang
dihadapinya dan dilaksanakan diatas hukum yang benar. Dan yang demikian
merupakan “Tiang yang kukuh” menurut akhlaq Islam.
Dalam pembangunan masyarakat
Islam harus didasarkan pada pemberantasan syak wasangka dan mengikis habis
isu-isu yang menumbulkan keraguan sehingga kebenaran yang wajib tampak menjadi
landasan pokok dalam menentukan berbagai langkah dan hubungan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: (terjemahan)
“Janganlah kamu berburuk sangka, kerana berburuk sangka itu ialah
sedusta-dusta nya percakapan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibadah tidak akan pernah betul
tanpa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Berjalan menuju Allah tidak
akan pernah betul melainkan dengan kejujuran dan keikhlasan. Allah SWT
berfirman surah al-Bayyinah ayat 98:5 yang bermaksud: (terjemahan)
“Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan
memurni kan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan
supaya mereka
mendirikan solat
dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
Allah SWT berfirman Surah
al-Taubah ayat 9:119 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama
orang-orang yang benar.”
Ayat ini menggesa orang-orang Mukmin
agar mereka itu di dunia menjadi orang-orang takwa kepada Allah iaitu patuh,
taat dan berbakti kepada-Nya, agar di akhirat pula bersama-sama dengan golongan
orang-orang yang benar keimanannya yang ditempatkan di dalam syurga. Dan
janganlah pula mereka menjadi golongan orang-orang yang munafik yang akan dimasukkan di dalam neraka, disebabkan dosa
mereka.
Syeikh Abdul Kadir Jailani adalah orang
yang bersifat jujur dan ikhlas dalam setiap keadaan, perkataan dan perbuatan
sepanjang hidupnya. Demikianlah kedua-dua ibu-bapanya mendidiknya dan sentiasa
berpegang dengannya hingga meninggal dunia. Beliau berkata:
“Wahai anakku! Hendaklaah kamu bersifat
jujur dan menjaga kesucian diri. Tanpa keduanya, seorang manusia tidak akan
dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dengan sayap ikhlas, orang yang ‘arif (mengenal Allah) terbang
meninggalkan kegelapan sangkar duniawi menuju kelulusan cahaya kesucian, lalu
mendarat di taman sifat kejujuran.”
“Wahai anakku! Jalan menuju Allah tidak
akan dapat dilalui melainkan dengan berbekalkan sifat jujur dan tidak akan
sampai kepada Allah melainkan setelah berpuasa dari dunia dan segala isinya.
Jika jiwa sudah bersih daripada kotoran kemanusiaan dan segala perintah telah
dilaksanakan, maka beruntunglah orang yang menyedari kelalaian akalnya,
membersihkan keadaannya dengan mendekatkan diri kepada Tuhannya, beradab diri
menuju Tuhan yang akan menghisab amal dengan cepat, berlumba menuju negeri
akhirat, dan memuasabah diri dari apa-apa yang harus dia tinggalkan. Dunia
adalah jambatan penyebara- ngan dan hari qiamat adalah huru-hara yang amat
dahsyat.
Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata:
:Asas amal adalah tauhid dan ikhlas. Seseorang yang tidak bertauhid dan ikhlas
kepada Allah bererti tidak memiliki amal. Kukuhkanlah asas-asas amalmu dengan
tauhid dan ikhlas, lalu binalah amalmu dengan kekuatan dan kekuasaan Allah,
bukan dengan kekuatan dan kekuasaanmu.”
Setiap amalan yang tidak megandungi
keikhlasan ibarat kulit yang tidak ada isi atau sepotong kayu yang tegak namun
rapuh atau gambar tanpa makna, dan ini adalah pernuatan orang munafiq.
Benting iman ialah ikhlas. Seperti
yakin, ikhlas juga amat pnting. Tanpa ikhlas, sesuatu amalan akan tertolak.
Cuma,
beza keduanya ialah, kalau kita tidak yakin, semua amalan dulu dan akan datang
akan tertolak, tapi kalau ikhlas, hanya amalan yang tidak ikhlas itulah saja yang akan ditolak. Amalan
lain kalau ikhlas tetap akan diterima.
Ikhlas ialah meniatkan apa yang dibuat
dan apa yang ditinggalkan kerana Allah semata-mata. Ertinya apa saja perintah
Allah samada yang fardhu, sunat atau
harus mestilah diniatkan kerana Allah. Dan apa saja yang kita tinggalkan (tidak
lakukan) samada haram atau makruh juga mestilah diniatkan kerana Allah. Kalau
amalan itu tidak diniatkan kerana Allah, amalan itu dikia tidk ikhlas. Sesuatu
amalan yang tidak ikhlas adalah tertolak, tidak diberi oahala dan sia-sia. Kita
lihat bebeapa contoh bagaimana amalan yang ikhlas dan amalan yang tidak ikhlas.
1. Usaha mencari duit atau meninggikan taraf
ekonomi baik secara individu atau berjemaah kalau diniatkan kerana Allah (sebab
ianya satu perintah Allah berbentuk fardhu kifayah) adalah dikira ikhlas.
Sebaliknya kalaukerja itu diniatkan untuk kaya, untuk bertanding dengan orang
lain atau kaum lain ianya dikira tidak ikhlas.
2. Menuntut ilmu kalau di niatkan kerana
Allah adalah dikira ikhlas, sebalaiknya kalau menuntut ilmu kalau diniatkan
untuk pandai, untuk dapat pengiktirafan manusia berbentuk sijil sijil atau
ijazah serta berlumba-lumba dan setrusnya untuk dapat pangkat atau wang, maka
amalan itu dikira tidak ikhlas.
3. Arak dan judi kalau ditinggalkan
kerana mematuhi larangan Allah dikira ikhlas tetapi jika arak dan judi
ditinggalkan kerana takutkan keburukan yang datang darinya atau kerana tidak
ada duit untuk membelinya maka itu dikira tidak ikhlas.
Dengan contoh-contoh di atas
dapatlah dikiaskan dengan amalan lain. Dan ingatlah bahawa sesuatu amalan yang
tidak ikhlas tidak akan diterima Allah.
Jujur adalah lurus hati, tulus, ikhlas
dalam semua amalan ibadat dan muamalatnya. Hidup sewajarnya diserikan dengan
budaya jujur dan ikhlas kerana Allah. Orang yang jujur akan selalu menerima
kebaikan sebahagian balasan daripada Allah SWT. Landasan amal yang ikhlas
adalah memurnikan niat kerana Allah senata.
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW sejak
kecil, budaya jujur dan ikhlas sentiasa menemani amal ibadahnya. Sehingga
masyarakat Quraisy menamakan baginda sebagai al-Amin, iaitu orang yang boleh
dipercayai kerana baginda sentiaa memegang amaanh yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Saidina Khatijah seorang yang berjaya dalam perniagaannya jatuh
cinta kepada kepad baginda kerana kejujuran dana keikhlasannya dalam usaha
membanttu Khatijah dalam perniagaannya.
Sesungguhnya, ikhlas itulah ruh (jiwa)
sesuatu amalan. Maka barangmana amalan itu ditunaikan oleh seseorang hamba
dengan ta’ ada iklhlas padanya, hendaklah diyakini, bahawa amalan yang
ditunaikan itu tidak mempunyai ruh. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah
tiada menerma amalan melainkan amalan yang ikhlas bagi (untuk)-Nya, dan yang
dituntut dengannya keredhaan Allah. (HR Ibnu Majah)
Sememangnya dan sesungguhnya ikhlas itu
syarat diterima amal. Firman Allah SWT surah al-Bayyinah ayat 85:5 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Dan
tiada diperintahkan mereka, melainkan supaya mereka beribadat kepada Allah
seraya mengikhlaskan taatnya kepada Allah lagi condong kepada kebenaran.”
Dalam kitab Taurat dan injil mereka
sudah tahu, bahawa mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
sahaja, dengan menesakan serta tulus ikhlas beagama untuk-Nya semata-mata.
Hendaklah cendrungkepada agama yang benar iaitu agama Islam. Jujur mengikuti
agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan juga agama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW, Rasul yang penghabisan. Mereka juga disuruh mengerjakan
sembahyang dengan cukup sempurna tepat pada waktunya, mengikut segala syarat
dan rukunnya serta dikerjakan dengan khusyuk dan beradab sopan.
Darjat ikhlas yang paling tinggi di sisi
Allah ialah: apabila ia dapat melaksanakan urusan pekerjaan dan kebaikan
dihadapan binatang, sama dengan melaksanakan di hadapan manusia. Iaitu sama
sekali terlepas dari pengaruh pandangan orang. Dan serendah-rendah ikhlas
ialah: melaksanakan amal dibelakang manusia jauh sangat berbeza dari melaksana
kannya di hadapan manusia.
Ikhlas adalah buah tauhid yang murni.
Ikhlas dengan pengertian seperti ini merupakan salah satu dai buah-buah tauhid
yang sempurna kepada Allah,iaitu meninggalkan ibadah dan isti’anah (memohon pertolongan) kepada Allah, seperti yang
terungkap di dalam firman-Nya dalam surah Al-Fatihah dan Ummul-Qur’an: “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya
kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”
Dalam menempuh jalan ke arah yang
dicita-citakan, hendak seseorang itu berlaku benar dan ikhlas. Allah pernah
berfirman dalam hadith Qudsi ertinya: “Ikhlas itu merupakan sebuah rahsia
daripada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-Ku yang Ku kasihi.”
Allah SWT tidak menerima amalan kita,
jika amalan itu tidak dikerjakan secara ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
Ibrahim bin Adham menjelaskan bahawa ikhlas itu ialah niat yang benar terhadap
Allah SWT.
Pengertian benar dan ikhlas itu terdiri
dari enam macam pada perkataan, niat, cita-cita,
janji,
perbuatan, maqam dan kedudukan. Kesemuanya itu harus ditujukan kepada Allah SWt
dan kepada seala kebajikan yang dilakukan.
Ikhlas adalah syarat
penerimaan amalan. Ganjaran akan dikurniakan oleh Allah SWT berkadar dengan
tingkat keikhlasan ini. Amalan yang Ikhlas akan menganda-gandakan ganjarannya
mengikut kehendak Allah SWT. Untuk menghasilkan hakikat ini setiap amalan
hendaklah dilakukan dengan istiqamah iaitu berterusan walaupun sedikit, sama
ada secara perseorangan ataupun di tengah-tengah khalayak ramai.
Dalam bahasa kita, ikhlas
itu tidak dipisahkan dengan jujur yang dalam bahasa halus nya ‘tulus’, sebab
itu selalu orang berkata ‘tulus ikhlas’, dan ketulusan itu bekanlah dilidah
saa, kerana lidah mudah berputar, mudah mungkir. Kerana lidah berkata atas
kehendak hati. Yang pentinga ialah ketulusan hati.
Firman Allah SWT surah Al-Taubah ayat 9:119 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Hai orang-orang
yang beriman! Takutlah kepada Allah dan jadilah golongan yang bersama dengan
orang-oang yang benar (keimanannya).
Ayat ini menggesa
orang-orang Mukmin agar mereka itu di dunia ini menjadi orang-orang takwa
kepada Allah iaitu patuh taat dan berbakti kepada-Nya, agar di akhirat pula
bersama-sama dengan golongan orang-orang yang benar (jujur) keimanannya yang
ditempat kan di dalam syurga.
No comments:
Post a Comment