ISLAM LAMBANG
KEMULIAAN KERANA ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 18. 5. 2019)
Umat manusia diwujudkan Allah SWT
untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya.
Kedua-dua tugas tersebut merupakan lambang kesejahteraan hidup disisi Allah
SWT. Maka itu manusia diwujudkan Allah untuk melaksana kan ibadah yang mulia
ini demi menempah kehidupan yang bahagia di akhirat nanti.
Melaksanakan sesuatu ibadah kerana Allah
semestinya menempuhi kerenah-kerenah hidup di samping melalui ranjau-ranjau
perjalaan yang dipasang oleh makhluk iblis demi menjalankan janjinya kepada
Allah untuk menyusahkan perlaksanaan ibadah manusia dalam melaksanakan amanah
tersebut. Maka itu manusia haruslah bersedia menghadapi segala rintangan
tersebut dalam melaksanakan amanah Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya untuk hidup
di alam dunia ini.
Manusia harus memahami falsafah
pembangunan kehidupan di dunia bahawa setiap ibadah kerana Allah tidak semudah
yang difikirkan tanpa melalui ujian. Setiap perlaksanaan ibadah harus menempuhi
ujian sebelum mendapat ganjaran pahalanya dari Allah SWT. Ujian itu merupakan
satu cara mendidik manusia demi memahami
kemurnian hidup yang disedia kan Allah kepada setiap insan hidup di dunia.
Islam adalah agama Allah untuk manusia. Dan
Allah mengutus manusia (Muhammad) kekasih-Nya untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam semesta. Allah berfirman surah Al-Anbiya ayat 21:107 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat
bagi alam semesta.”
Allah menyatakan, bahawa Rasul-Nya
Muhammad SAW tidaklah diutus kepada umat
manusia membawa agama dan peraturan-peraturan hidup yang mendatangkan
kebahagian di dunia dan di akhirat, melainkan peraturannya itu menjadi rahmat
kepada seluruh umat manusia di alam semesta ini, dan menjadi petujuk.
Terutusnya Muhammad SAW ialah untuk
faedah dan kepentingan manusia dalam urusan hidupnya di dunia dan di akhirat.
Hanya orang-orang yang ingkar dan kufur terhadap nikmat-nikmat Allah sahaja
yang tidak akan mendapat faedahnya. Disebabkan mereka tidak ada persediaan untuk
beriman dan buruk pula niat berterima kasih, maka tentu sahaja tidak akan
mendapat kebahagian hidup, baik di dunia mahupun akhirat.
Mengikut tafsiran oleh Almarhum Syahid
fi-Sabilillah Sayid Quthub dalam tafsir beliau “Di Bawah Lindungan Al-Quran”
iaitu mengikut yang telah ditulis oleh
Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA), dalam bukunya,
“Tafsir Al-Azhar”.
“Sistem ajaran yang dibawa oleh
Muhammad SAW adalah sistem yang membawa bahagia bagi manusia seluruhnya, dan
memimpinnya kepada kesempurnaan yang telah dijangka baginya dalam hidup ini. Risalah
Muhammad datang kepada kemanusian setelah dia sampai ke zaman kedewasaan akal.
Dia datang sebagai sebuah kitab yang selalu terbuka untuk segala turunan demi
turunan generasi demi generasi. Dia
mengandung pokok-pokok ajaran manusia yang tidak berubah-ubah, bersedia
menerima keperluan hidup yang selalu baru, yang diketahui oleh pencipta manusia
sendiri. Kerana Dia sangat halus. Dia sangat teliti.
Pokok ajaran Islam itu ialah bahawa manusia adalah kemuliaan yang hendak dicari
hanya
satu, iaitu kemuliaan di sisi Allah, kerana iman dan amal salih. Risalah yang
dibawa Muhammad ini selain dari membawa rahmat untuk kaumnya, mengeluarkan
mereka dari lingkungan sempit hidup berkabilah menjadi suatu bangsa yang besar
yang berperadaban, dia pun rahmat bagi seluruh isi alam.
Tiada kata yang patut diucapkan
melainkan syukur dan puji-pujian kepada Allah SWT. Takbir, tahmid, tasbih dan
tahlil bergema di seluruh penjuru dunia sepatutnya itu dapat
mewujudkan
kesucian dan kemurnian Islam, seperti yang dijanjikan Allah SWT bahawa
Islam
adalah agama yang damai, harmoni, sejahtera, aman dan selamat daripada
unsur-unsur merosakkan dan memuderatkan sama ada yang bersifat keduniaan
mahupun ukhrowi.
Dari segi bahasa, Islam bermakna:
“Penyerahan, kesejahteraan, kedamaian dan kesela- matan. Ini bermakna seorang
yang telah mengucap dua kalimah syahadah, yang juga disebut sebagai orang
muslim maka bererti ia telah pun menyerahkan dirinya kepada Allah SWT.
Implikasinya, jiwa dan hatinya akan menjadi sejahtera dan damai serta harta
benda, darah dan nyawanya mendapatkan jaminan keimanan dan keselamatan daripada
Allah SWT.
Dengan demikian adalah haram menyakiti
ke atas seorang muslim sama ada daripada segi fizikal, mental mahupun
psokologikal tanpa sebarang adanya sebab yang dibenarkan dalam ajaran Islam.
Ini kerana telah jelas dan terang bahawa
ia telah pun mendapat keamanan dan perlindungan daripada Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a.
bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersbda yang bermaksud: (terjemahan)
“Aku (Muhammad SAW) diperintahkan untuk memerangi manusia (orang-orang
musyrik), sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain
Allah SWT dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah SWT dan mereka mendirikan
solat, dan mengeluarkan zakat. Maka apabila mereka telah pun melakukan yang
demikian, maka terjaminlah keselamatannya daripadaku ke atas darah dan harta
bendanya, kecuali jika (nereka melakukan kesalahan-kesalahan yang wajib
dihukum) mengikut Islam. Dan perhitungan mereka (di akhirat) adalah terpulang
kepada Allah SWT. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Apa yang menjadi intisari daripada hadis
ini ialah bahawa seorang yang telah menyerahkan diri dan jiwanya kepada agama
Islam maka ia mesti dilindungi dan berhak mendapat rasa samada selamat daripada
berbagai rasa takit dan sebarang muderat dan mafsadah. Adapun mengenai kenyataan SAW bahawa baginda SAW
diperintahkan untuk memerangi kaum musyrik sehingga mereka beriman, maksud
hadis ini bererti bahawa dakwah Islamiyah harus disebarkan dan ditegakkan
dengan pedang.
Anggapan sesetengah golongan yang menyatakan
bahawa Islam mesti disebarkan dan ditegakkan dengan pedang, keganasan,
kekerasan dan peperangan jelas tidak sesuai dengan fitrah Islam itu sendiri
yang cintakan perdamaian. Sesungguhnya perang hanyalah jalan terakhir bagi umat
Islam untuk membela diri jika hak-hak agama dan asas kemanusiaannya dirampas.
Pemahaman daripada kenyataan
Rasulullah SAW pada hadis ini adalah yang paling tepat boleh ditafsirkan
sebagai perintah dakwah kepada seluruh manusia (univesal) tidak mengira bangsa
dan etnik. Firman SWT pada surah Saba’ ayat 34:28 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan Kami (Allah) tidak mengutus kamu (Muhammad) melainkan kepada umat
manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi
peringatan, tetapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Adapun mengenai tatacara dan adab dikwah
dan jihad itu sendiri telah pun diatur oleh Islam, yang antara lain sentiasa
mengutamakan perbincangan secara damai, nasihat dan bijaksana dan berdialog
(bermujahdalah) jika ianya difikirkan
perlu. Allah SWT berpesan kepada kita menerusi firman-Nya surah An-Nahl ayat 16:125 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Seruh
(manusia)kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar
yang dapat membezakan yang hak dengan yang batil) dan nasihat yang baik dan
berbantahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”
Melaksanakan penyiaran agama Allah
kepada semua manusia dengan bijaksana adalah penting. Jangan menggunakan
paksaan dan kekerasan, apalagi mencela dan memaki yang tidak sopan sebagaimana
yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak mengetahui tatacara mengadakan dakwah mengikut petunjuk al-Qur’an. Dakwah
dapat dielakkan, sama ada dengan lisan mahupun tulisan, tanpa kritik yang akan
menyentu peribadi seseorang yang merendah-rendahkannya. Kerana orang hanya
dapat ditarik dengan kebijaksanaan, bukan dengan kekera san. Dan dapat dipikat
dengan nasihat-nasihat, pengajaran-pengajaran yang mengandungi dalil dan
keterangan yang cukup dan mudah difahami.
Nabi s.w. telah bersabda: Bertutur katalah dengan manusia mengikut
kadar akal fkiran mereka.
Maksudnya: jika
bercakap hendaklah disesuaikan dengan alam fikiran maqsyarakat masing-masing,
sama ada etani, nelayan, kaum buruh, saudagar, kaum terpelajar atau rakyat
biasa, dan sama ada di kota mahupun di desa, alam emikiran mereka tentulah
tidak serua.
Dan sabdanya lagi: Gambirakanlah mereka dan jangan menyebabkan mereka liar. Mudahkan dan
jangan dipayahkan.
Inilah cara menyeru manusia ke
jalan Allah. Bersoal lawablah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya,
iaitu denganllemah-lembut dn kasih mesra, dengan wajah yang sentiasa mengorak
senum, yang disertakan pula dengan alasan yang ditgerima oleh akal, sehingga
mereka puas hati dan hilangkeragan.
Dengan demikian, maka saugialah para
mubaligh dan ulama serta para guru yang bertanggungjawab dalam menyiarkan agama
Islam mengetahui bermacam-macam ilmu pengetahuan tentang selok-belok bangsa,
kaum dan masyarakat yang seterusnya, supaya dapat disesuaikan dengan ajaran
agama, hinggalah dapat diterima oleh akal mereka yang telah terdidik dengan
ilmu pengetahuan itu. Kalau tidak, nescaya mereka menolak ajaran agama itu
sebab bertentangan dengan pengetahuan mereka.
Dalam konteks kehidupan masa
kini, salah satu daripada cara dakwah dan jihad dijalan Allah SWT pula adalah
dengan menerusi ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, ekonomi dan apa yang
paling penting adalah pembentukan peribadi muslim-muslim yang tulin dan
berakhlak karimah, sehingga boleh menarik pemeluk agama lain menganut agama
Islam yang
penuh
dengan kedamaian, kesucian dan keindahan. (1)
Hidup seharian
wajar bersifat mabrur. Hidup yang bersifat mabrur haruslah mengam bil
pengajaran dan iktibar daripada amal yang telah dilakukan dalam mengerjakan
rukun Islam yang kelima iaitu rukun Haji. Biarpun betapa arif, luas dalam ilmu
pengetahuan seorang itu, amatlah sukarnya bagi membongkar segala nikmat, rahsia
dan fadhilat kelebihan haji, hanya Allah sahaja
yang amat mengetahuinya kerana Dialah Tuhan yang amat bijaksana
mentasyrikkannya..
Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat: “Apakah
amalan yang paling utama, wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab “Percaya
kepada Allah dan Rasul-Nya adalah amalan yang paling utama. “Mereka bertanya
lagi: “Setelah itu amalan apa lagi ya Rasulullah, jawab baginda: “Berjihat di
jalan Allah.” “Kemudian amal apa lagi?” Sababat terus mendesak ingin tahu.
Baginda menjawab kali yang terakir dengan sabdanya: “Haji yang mabrur.”
(Maksud hadis riwayat Bukhari Muslim, lihatRiriyadh al-Solehin m.s.421)
Pengertian haji mabrur adalah bahawa
ibadah haji dijalankan dengan sebaik-baiknya sehingga diterima dan di redhai
Allah. Pendapat lain menyatakan, mabrur bermaksud bahawa orang yang menjalani
ibadah haji tidak melakukan apa-apa maksiat sepanjang menunaikan ibadah haji. (Lihat Royadh as-Salehin m.s. 421 oleh Imam
Nawawi)
Bagaimanapun seorang muslim yang telah
menunaikan rukun Islam terakhir itu seharusnya boleh mengambil pengajaran dan
iktibar daripad amal yang telah dilakukan dalam mengerja kan haji. Ia mesti boleh mengimplimentasikan doktrin ritual ketika
menjalani ibadah haji sebaik sahaja kembali daripada menunaikan daripada
memenuhi panggilan Allah SWT dalam kehidupan seharian. Ini kerana pada hakikatnya
ritual dalam ibadah haji banyak mengandungi makn yang tersirat.
Sesungguhnya banyak rahsia simbolik yang
seharusnya dihayati dan diamalkan
individu
muslim yang bergelar haji atau hajjah yang mengharapkan kemabruran menjadi
lebih
berkesan dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi ibadah itu mempunyai tiga
matlamat penting yakni mendapakan kebaikan (al-Khair), mencari keberakatan
(al-barakat) dan mengharapkan petunjuk (al-hidayah).
Mungkin, kerana terlalu banyak manfaat
yang terkandung di sebalik ibadat haji ini, baginda Rasulullah SAW meletekkan
keutamaan haji mabrur sebagai urutan yang menduduki tangga ketiga setelah
beriman dan berjihad daripada segi keutamaan amal. Di samping tidak dinafikan
bahawa menunaikan haji adalah satu amal yang paling berat, komprehensif dan
kombinasi antara berbagai pengorbanan seperti jiwa, harta, tenaga dan masa.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran
ayat 3:97 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji bagi orang yang berkuasa
(mampu), dan sesiapa yang ingkar sesunguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian
alam.”
(1) Abu Nazaya
Al-Hafiz:,DI BAWAH CAHAYANAL-QURAN SEPANJANG ZAM AN
No comments:
Post a Comment