KENALI ISLAM MAKA
SEJAHTERA HIDUPMU.
(Disiarkan 25. 5. 2019)
“Kenali dirimu sebelum anda
mengenaliTuhan yang menciptakanmu.” Kototasi serupa ini merupakan satu strategi
cara mentarbiah Islam sebagai cara hidup kepada orang yang belum mengenali
hidup sebenar.
En Anizat Ahmad, bekas guru sejarah SMK
Gunsanad Keningau, melakarkan biodata penulis dengan mengambil contoh beberapa
ulama’ zaman Acheh seperti Hamzah Fansuri, abdul Rauf Al-Singkel dan sebagainya,
yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri.
Mengucap dua kalimah syahadah telah
membuka minda penulis untuk melihat dan merenung berbagai fenomena alam, maka timbul
berbagai persoalan mengapakah ia wujud di alam kehidupan. Maka dari situ timbullah
minat untuk menorokai alam kehidupan. Dalam erti kata lain dapat meneliti
maknanya hidup yang memfokoskan kepada fenomena untuk mengenali diri sebagai
manusia.
“Alhamdulillah
saya sudah Islam.” Begitulah
bisikan dilubuk hati penulis. Allah
tersenyum menerimanya sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya dan
telah membuka 7 pintu nikmat di alam jasmani dan ukhrawi, menjemput penulis
masuk ke dalam. Pintu-pintu nikmat Allah
seperti: Pintu pemikiran yang waras; Pintu kasih sayang; Pintu Kecemerlangan;
Pintu kesyukuran; Pintu ukhuwah kemanusiaan; Pintu tubat dan Pintu ketakwaan
kepada Allah SWT.
Pintu Pemikiran
Yang Waras
Manusia dihidupkan dengan
berbagai nikmat Allah sebagai pembalut ketamadunan insan. Manusia mempunyai
akal yang memimpin segala kebaikan dalam hidup. Akal itu diumpamanya sebagai
malaikat, makhluk Allah yang sentiasa mempunyai kiblatnya kepada kemakmuran dan
kemurnian di sisi Allah SWT..
Befikir adalah satu ibadah yang wajib diamalkan agar manusia
tidak terpedaya dengan pandangan-pandangan yang menjemput kepada kekufuran
kepada nikmat Allah. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa berfikir sejam adalah
lebih bermanfaat daripada sembahyang sunnat 70 tahun (Hadis sahih)
Membudayakan
kemahiran berfikir akan menampilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Dalam
sistem bermasyarakat, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam
sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat. Budaya ilmu
menjanakan nilai pengetahan yang tinggi dan menjadi kunci segala kebaikan.
Dengan adanya kehadiran ilmu
dalam diri manusia maka dapatlah kita memahami maknanya hidup. Dari situ
terbukalah pintu kefahaman diri sebagai hamba Allah SWT. Mengucap dua kalimah syahadah sebenarnya menandakan era
baru dalam memahami diri untuk menanam
bibit ketakwaan kepada Allah SWT.
Apabila cara hidup itu dihiasi
dengan ketakwaan kepada Allah, peranan
manusia sebagai khalifah yang sentiasa mencintai kemakmuran, kesetiakawanan dan
keikhlasan di samping memelihara ukhuwah kemanusiaan. Bertindak waras adalah
memberi ruang kepada kemungkinan-kemungkinan sama ada yang dijanakan oleh
sekeliling atau masyarakat yang mencintai kebenaran; tidak mengambil kira
faktor hidup sama ada penghalang atau .pemangkin. Ruang-ruang untuk keselamatan
dalam menangani hidup sentiasa terpelihara.
Pintu Kasih
Sayang.
Mengucap dua
kalimah syahadah telah membuka pintu kasih sayang yang diredhai Allah SWT. yang
sentiasa pengasih dan penyayang. Allah itu pengasih kepada segala hambanya tidak kira Islam atau
tidak; tetapi Ia penyayang hanya pada
hambanya yang telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas
sahaja.
Dengan terbukanya pintu kasih
sayang maka kefahaman diri di sisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup
bermasyarakat. Di antara faktor-faktor hidup yang wajar difahami ialah setiap
individu yang sayangkan dirinya, keutamaan haruslah ditumpukan kepada amalan
hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia lebih-lebih lagi
di akhirat kelak.
Mempunyai kasih kepada diri,
tentu sekali membawa kita melihat dalam dua dimensi hidup iaitu jasmani dan
juga rohaninya. Kasih sayang kepada diri sendiri memfokuskan kepada keselamatan
diri samada dari segi jasmani mahu pun kerohaniannya. Memelihara kedua alam ini
jelas akan mendekatkan kita kepada keesaan Tuhan dan kelak membawa kita
mensyukuri segala nikmat hidup yang dihamparkan oleh Allah SWT. kepada
hambanya.
Keselamatan jasmani adalah dari
segi menjaga kesihatan dan juga dari kebersihan. Segala makanan yang dimasukkan
ke dalam badan akan dihadamkan dan menjadi zat untuk membesar. Bahagian badan
atau organ seperti otak, hati dan sebagainya memerlukan makanan yang bersih dan
halal untuk dimakan.
Begitu juga dalam soal kewangan,
punca dari mana ianya diperolehi perlu bebas dari perkara haram seperti judi,
pertarungan dalam semua bentuk dan loteri atau empat ekor, kesemuanya ini
dikategorikan sebagai punca yang haram. Bila otak terbentuk dari bahan yang
haram maka manusia itu sentiasa berfikiran serong dan cendrung membuat
kerja-kerja yang tidak mendatangkan kemanfaatan hidup. Oleh itu apabila kita
sayangkan diri kita, keutamaan harus diberi kepada keselamatan pembentukan
jasmani kita.
Keselamatan rohani berkait rapat
dengan akhlak manusia. Hidup bermasyarakat seperti tolong-menolong, hormat
menghormati sesama insan dan sentiasa menanamkan rasa syukur terhadap segala
nilmat Allah yang kita perolehi. Mencintai Allah SWT. bermakna kita wajib
mengerjakan ibadah memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukum
iman. Segala ibadah tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih kepada diri
sendiri.
Pintu Kecemerlangan
Manusia adalah makhluk yang sedang dibina. Oleh yang
demikian kepentingan agama, keakhlakkan dan undang-undang boleh diterapkan
dengan mudah. Kedatangan ilmu dalam diri manusia sebenarnya membawa kepada kemampuannya mentafsirkan faktor alam dan
mengenali dirinya sebagai makhluk yang mempunyai akal.
Akal fikiran manusia merupakan
sesuatu yang mengagumkan, memiliki potensi dan menjadi pusat analisis dan
dipilih ilmu pengetahuan, tempat bersarangnya hikmah yang membezakan antara
kebaikan dan keburukan. Akal fikiran itu adalah sebagai pemimpin yang harus
ditaati, sarang berfikir dan perakam yang boleh mendekati segala sesuatu yang
misteri. Apa ang terasa sempit oleh mata dan
jiwa akan terasa luas bagi akal fikiran. Akal sebagai hikmah dan sarang ilmu
pengetahuan. Semakin banyak ilmu yang dikuasai semakin tinggi pula potensi
seseorang. Potensi yang tinggi adalah pintu kepada kecemerlangan.
Akal fikiran dikemaskini dan
dicipta dari bahan yang murni oleh Allah. Jika manusia menggunakan akal
fikirannya dengan baik, dia akan selamat dan mencapai kecemerlangan Al-Qur’an,
mengatakan akal itu sebagai sarana yang multi demensional dan disampaikan dalam
latar belakang. Ia menunjukkan bahawa manusia memiliki kemampuan untuk befikir.
Firman Allah SWT. surah Al-Baqarah ayat 2:75 yang bermaksud: (terjemahan)
(........Mereka mendengar perkataan Allah (yang tersurat dalam Taurat)
lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, pada hal mereka
mengetahuinya.”).
Allah memberi ingatan kepada Nabi
Muhammad SAW. serta sahabat-sahabatnya bahawa jangan mengharapkan orang-orang
Yahudi mendengar kata-kata mereka sedangkan mereka tahu dan sedar, tetapi
menyalahinya. Maka orang yang seperti ini susah nak ditarbiahkan?
Terbukanya pintu kecemerlangan, kita
melihat alam ini penuh dengan segala mesej yang merupakan ilmu pengetahuan,
samada dalam suasana hubungan manusia dengan manusia, alam, tumbuh-tumbuhan,
haiwan dan cakerawala, semuanya menunjukkan kecemerlangan Allah SWT. dan
manusia berikhtiar menyingkapkan rahsia alam dengan
bantuan
kecemerlangan ilmu dan akal.
Pintu Kesyukuran.
Orang yang taqwa telah memenuhi tiga syarat yang
wajib dikendalikan seperti
tawadhuk
(rendah diri); Qona’ah (tidak tamak cukup apa yang ada); dan warak (tidak
subahat). Mengenali diri merupakan sesuatu kesyukuran kepada Allah kerana telah
melimpah kan hidayahnya bagi memahami alam semula jadi manusia.
Kefahaman kita mengenai kewujudan
makhluk manusia memberi sinar cahaya kepada hidup di dunia ini. Secara tidak
langsung juga dapat memahami alam makhluk yang lain yang ada dibumi ini.
Kefahaman tentang segala fenomena alam tersebut telah mendekatkan kita kepada
Allah.
Terbukanya jiwa manusia untuk
mensyukuri kekuasaan yang Maha Pencipta menjemput kita untuk menikmati segala
nikmat yang ditaburkan oleh Allah kepada manusia. dengan kesedaran itu kita
memenuhi ruang kekhalifahan kita di
dunia ini dan membina empangan bagi segala kekufuran yang tersebut yang
dikibarkan oleh iblis kepada manusia.
Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan benting hadapan untuk menegakkan
diri hanyut dipimpin hawa nafsu yang setiasa membawa kepada keuntuhan akhlak
seseorang individu. Mengenali diri akan menyingkap tadbir rahsia Allah dan mendekatainya melalui amalan-amalan suci
seperti bertakwa kepada-Nya sepertii mendirikan solat lima waktu sehari
semalam.
Pintu Ukhuwah
Kemanusiaan.
Asalnya manusia sememangnya
bermula dari satu keturunan iaitu Nabi Adam s.s. Ini bermakna makhluk manusia
itu semuanya bersaudara dan wajar hormat menghormati, bantu-membantu dan
sentiasa diikat dengan kasih sayang. Terbukanya pintu ukhuwah kemanusiaan memberi kefahaman bahawa mengenali diri akan
membawa kepada kesyukuran kepada segala nikmat Allah SWT.
Dalam diri manusia itu ada
dua fakulti dibentuk untuk menunjukkan penampilan individu sebagai ahli
masyarakat. Fakulti pertama ialah manusia itu sememangnya diwujud kan berperasaan
lembut dan berjiwa tenang. Walau bagaimana pun ada juga fakulti manusia
berperasaan kasar dan jiwanya cenderung kepada kejahatan. Kondisi jiwa seperti
ini memang sangat lemah.
Jiwa yang tenang sentiasa
berkiblatkan kepada kebaikan dan selalu memperlihatkan unsur-unsur yang normal.
Ia bertawakal kepada Allah dan mempunyai
keta’kulan untuk mem pertahankan kebenaran. Jiwa itu sentiasa berusaha
untuk memperolehi darjat yang tertinggi; maka situasi dan kondisi yang
dialaminya sentiasa baik dan tenteram, sedar akan cahaya kebenaran dan zat
ketuhanan. Jiwanya memandang kesenangan-kesenangan dunia kurang bererti, untuk
itu ia sentiasa sibukkan diri dalam membentuk peribadi dan mengharapkan
keradhaan Allah.
Allah berfirman surah
Al-Furqan ayat 25:63 yang bermaksud: (terjemahan)
( “Orang yang berjalan di atas
muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa
mereka, mereka mengucapkan kata (yang mengandungi keselamatan.”)
Pintu Taubat.
Manusia sebagai
makhluk yang lemah walaupun nur Allah (Roh
Allah yang dihembuskan-Nya ke dalam janin) adalah zat yang suci dari
segala-galanya tetapi ditutup oleh akal yang lemah maka dikuasai oleh nafsu.
Nafsu itu sentiasa bersifat
materialistik yang hanya berlandaskan kepada duniawi. Nafsu sentiasa ditemani
oleh iblis dan menggoda akal manusia hendak berbuat baik.
Mengucap dua kalimah
syahadah telah meletakkan nur Illahi ke dalam jiwa penulis dan menerangi kalbu
dengan memancarkan iman untuk mengenali cahaya takwa kepada Allah SWT. Dengan
lafaz, bismillahirahmanirrahim, penulis
telah menemukan kekuasaan yang esa bahawa Allah itu bersifat Ar-Rahman dan juga
Ar-Rahim. Manusia dibentuk dengan nur pengasih dan penyayang dihiasi dengan
berbagai nikmat Allah untuk mengangkat darjat insaniah lebih tinggi dari
ciptaan-Nya yang lain. Syukur, tersingkapnya tabir rahsia alam yang selama ini
telah menutup hati penulis untuk memahami realiti hidup.
Kesyukuran kepada Allah yang
Maha Pengasih dan yang Maha Penyayang tidak terhingga kerana telah diberikan
hidayah untuk memahami arah tuju memohon keampunan. Nur Allah dihembuskan ke
dalam janin semasa di rahim ibu lagi dan apabila manusia itu lahir dilengkapkan
pula dengan segala nikmat agar ia dapat memelihara nur Allah itu menyinari
cahaya dalam kalbu manusia.
Dan apabila nur cahaya itu
tercemar atas gara-gara melayani nafsu manusia yang sentiasa ditemani iblis
maka hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk mendengar dan meneliti segala
kelemahan. Kerakusan, kekufuran manusia di samping amalan yang sentiasa mendapat
kerdhaan dari Allah SWT. Pencemaran kesucian Nur Allah hanya dapat dibersihkan
apabila manusia balik ke pangkal jalan melalui pintu taubat.
Keikhlasan manusia dalam
hubungan dengan Allah dalam kalbu melalui ibadah dan juga hubungan dengan
manusia di dunia melalui amal-amal kebajikan dan kemuafakatan yang dibalut
dengan kasih sayang bermasyarakat akan membawa
manusia ke jalan Allah SWT. Segala kepincangan dalam gerak laku bermasyarakat
yang mengkufurkan manusia terhadap Islam. Allah yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang sentiasa membuka pintu
taubatnya kepada manusia yang mengkufurkan dirinya sebagai hamba Allah dan membudayakan
ajaran-ajaran yang termaktub dalam kitab Al-Qur’anul Karim.
Pintu Ketakwaan
Kepada Allah SWT.
Ketakwaan kepada
Allah SWT adalah tangungjawab semua umat manusia tidak kira di mana ia berada
atau dalam keadaan apa sahaja apabila kita memikirkan Allah. Manusia harus akur
kepada suasana perasaan sebagai hamba Allah. Pintu ketakwaan sebenar
membuka segala kefahaman kepada amalan hidup
yang berlandaskan kepada dasar hidup yang memelihara ukhuwah kemanusiaan dan
mengenali diri sebagai hamba Allah. Ketakwaan itu menjemput kita untuk lebih
tawadhuk atau rendah diri dalam hubungan bermasyarakat yang memelihara
ketamadunan hidup.
Pintu takwa juga telah
terbuka dalam menangani hidup yang sentiasa mencabar. Setakat kemampuan pencapaian itu kesyukuran
sentiasa melindungi kita dari kekufuran. Islam menggalakkan masyarakat agar
mensyukuri peringkat kemampuan masing-masing dan menjauhi diri dari mentafsir
pencapaian itu sebagai kegagalan dalam hidup. Sebaliknya kita harus mempunyai
ketabahan diri untuk menerima kenyataan bahawa apa yang ada cukup untuk
memenuhi kehendak.
No comments:
Post a Comment