Saturday, June 15, 2019

FALSAFAH PERSAUDARAAN SEJAGAT, HIDUP SEGAN MATI TA' MAHU


FALSAFAH PERSAUDARAAN SEJAGAT, SEGAN HIDUP MATI TA’ MAHU!
(Disiarkan pada 8. 6. 2019)
               Kewujudan manusia di alam jagat ini semestinya ada tujuannya. Allah tidak mencipta kan sesuatu itu tanpa agendanya. Allah wujudkan alam jagat ini dengan bersendikan satu faslsafah iaitu ilmu pengetahuan “cintakan hakikat” dan melakarkan satu kehidupan yang bersifat sejagat yang dibalut dengan perasaan kasih sayang. Perkataan Falsafah berasal daripada cantuman dua perkatan Yunani “Philo – Sophia” dengan terjemahannya ‘Cinta Hakikat’.
               Maka itu hakikat manusia sebagai penghuni alam jagat ini mempunyai agenda yang amat kompleks, maka masalah falsafah inilah melahirkan persaudaran sejagat itu sukar hendak diterapkan kepada kefahaman setiap individu manusia disebabkan kehadiran faktor-faktor hakikat kemanusiaan yang diselubungi oleh nafsu kehaiwaan.
               Kita telah dihidangkan satu masalah manusia yang telah ditimbulkan oleh manusia sendiri iaitu oleh zuriat manusia pertama, Nabi Adam a.s.. Asas timbulnya kejadian yang tidak disangka-sangka itu adalah bersendikan kepada ketidakfahaman mengenai hakikat manusia mengapa Allah wujudkan makhluk manusia.
Mengikut sejarah kaji bumi, usia  alam ini jauh lebih tua daripada usia kehadiran manusia di muka bumi. Allah SWT. memang tahu bahawa alam ini memerlukan makhluk manusia, maka itu Allah wujudkan manusia walaupun pada peringkat awalnya para Malaikat menentang.
Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“(Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi iaitu(Adam). Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan  kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Allah SWT berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Sebenarnya antara alam dan manusia mempunyai persamaan dari segi anatominya. Badan manusia mempunyai tulang berbagai jenis dan saiz serta fingsinya masing-masing.
Selain daripada itu badan juga mempunyai darah mengalir ke seluruh tubuh manusia untuk mengekalkan pergerakan fizikalnya. Ia mempunyai kerajaan tersendiri di mana otak sebagai pemimpin atau Perdana Menteri dan hati sebagai raja dalam diri manusia itu sendiri
Daya tahan badan atau anti-body merupakan tentera mengawal keselamatan kesihatan tubuh manusia. Makanan yang dimasukkan ke dalam mulut kemudian dihancurkan lalu dimasukkan terus ke dalam perut untuk dihadam merupakan satu perusahaan untuk menghasilkan berbagai bahan keperluan untuk badan membesar atau untuk mengekalkan hidup.
Saluran darah harus dijaga agar tidak ada yang peca dan berlaku pendarahan dalaman. Jika saluran atau urat itu rosak, maka darah akan keluar dengan derasnya kerana tolakan dari denyutan jantung yang mengekalkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan.
Dalam badan manusia kita mengalami kemuderatan kesihatan kerana kehadiran kuman berbagai jenis termasuklah AIDS, tuberculosis, kanser berbagai jenis dan sebagainya yang mengakibatkan wujudnya berbagai masalah yang memuderatkan kesihatan manusia.
Dalam hubungan alam pula kesemua apa yang ada dalam badan manusia ada pada alam bumi. Ia mempunyai pokok berbagai saiz dengan fungsinya masing-masin seperti mana tulang-tulang dalam badan manusia
Dalam  perut bumi paip berbagai jenis dan saiz terbentang untuk menghantar air di merata tempat di mana sahaja ada pembangunan seperti mana urat-urat dalam badan
Bumi mempunyai kerajaan sepertimana dalam badan manusia. Alam ini kita ada kerajaan dan pengawal keselamatan. Perdana Menteri sebagai ketua pemimpin dan raja ialah Yang dipertuan Agung. Pengawal-pengawal keselamatan disediakan oleh kerajaan untuk menjaga kesejahteraan, ketenteraman dan kedaulatan negara.
Perosak dalam masyarakat ialah penjenayah, perompak, pencuri, pelacur dan sebagainya.
Agama mengajar kepada kita bahawa janganlah kita buat sesuatu kepada orang lain jika kita sendiri tidak  suka dibuatkan demikian. “Don’t do things to others if you don’t like it to be done on to yourself.”
Kalau kita tidak suka sakit jangan buat sesuatu yang menyakitkan kerajaan. Anggaplah kerajaan itu sebagai tubuh badan kita sendiri. Segala apa yang kita lakukan harus berfikir dalam hubungan badan kita.
Kita suka badan kita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih, maka makanlah makanan yang baik dan bersih. Begitu juga kebersihan alam terutama sekali pergerakan jentera kerajaan dalam melaksanakan pembangunan.
Kejujuran dan keikhlasan hati jentera pelaksana pembangunan, melaksanakan tugas yang diamanahkan harus diberi keutamaan supaya ganjaran yang diterima adalah bahan yang bersih untuk badan kita menggunakannya. Kalau ganjaran yang kita dapat dari pelaksanaan tugas yang betul seluruh anggota keluarga akan menikmati ganjaran itu tanpa keraguan.
Kalau pelaksanaan perkhidmatan yang diamanahkan tidak diselenggarakan dengan jujur, ganjaran atau gaji yang kita terima sudah pasti kurang bersih atau halal.
Akibatnya nanti adalah kepada keluarga sendiri yang akan menerima makanan yang dibeli dengan wang yang tidak halal dan tidak bersih.
Kebersihan alam seharusnya difikirkan daripada kebersihan manusia yang mengolah kannya. Perubahan alam adalah akibat sentuhan tangan manusia. Jika manusia inginkan kebesihan pada dirinya alam ini juga wajar dijaga kebersihannya yang kelak akan mengun- dang pembangunan manusia itu sendiri.
Ketidakfahaman zuriat manusia pertama mengenai hakikat manusia pada mulanya melahirkan sifat-sifat kehaiwanan  yang tidak mementingkan kekuasaan Allah yang mewu- judkan makhluk manusia sebagai hamba Allah, maka itu melahirkan satu peristiwa yang tidak sepatutunya berlaku sebagai asas pembangunan manusia pada mulanya.
Anak Nabi Adam a.s. bernama Kabil dan Habil telah lahir berpasangan dengan  Ikhlimah dan Labudah. Allah perintahkan Nabi Adam supaya zuriatnya haruslah dipasangkan dengan mengikuti disiplin bersilang, iaitu hanya dibenarkan mengawini  anak dengan anak kembar yang lain dan bukan dengan anak kembarnya sendiri.
               Anak Nabi Adam bernama Kabil dilahirkan dengan kembarnya Iklimah, dan anak Nabi Adam bernama  Habil dilahirkan  dengan kembarnya Labudah. Anak perempuan Nabi Adam bernama Ikhlimah amat cantik roman mukanya berbanding dengan anak perempuannya bernama Labudah. Maka itu mulalah nafsu manusia mengawal tindakannya apabila Kabil tidak ingin dikahwinkan dengan Labudah dan berkeras hati supaya dikahwinkan dengan kembarnya sendiri bernama Ikhlimah.
               Dalam konteks perikamunusiaan atau dalam erti kata lain, hakikat manusia, Kabil telah kufur kepada perintah ayahnya bersama sekali dengan perintah Allah SWT. Walaupun Kabil pada hakikatnya ia bersetuju mengawini Labudah tetapi dilubuk hatinya yang dikawal oleh hawa nafsu kehaiwanan, maka berlakulah tindakan yang tidak berkiblat kepada hakikat kemanusiaan.
Kabil membunuh adiknya Habil kerana rasa cemburu yang meluap dalam hatinya. Maka peristiwa demikian rosak dan musnahlah hakikat manusia yang cintakan kedamaian.  Kasih sayang yang Allah sematkan dalam sanuberi manusiapun telah berkecai dalam khidupan manusia.
               Maka kekecohan pembanguan kehidupan manusia di alam jagat masa kini yang berlaku di merata tempat dibumi yang Allah sediakan untuk makhluk manusia untuk ditarbiahkan dan dijaga agar ia menjadi tempat yang aman dan damai telah menjadi hura-hara berpuncakan daripada hikmah yang telah dilahirkan oleh manusia sendiri.  
          Kelahiran ilmu membunuh manusia dalam disiplin pembangunan insan telah merosak dan memusnahkan hakikat kemanusiaan. Allah ciptakan manusia dengan berbagai fitrah pembangunan               terutama sekali fitrah kasih sayang dan ukhuwah kemanusiaan guna untuk merapatkan siraturahim telah tidak menceminkan lagi keasliannya. Apakah tujuan asal manusia, Allah ciptakan di alam jagat ini? Manusia dipertanggungjawabkan memelihara amanah sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan kehidupan segala makhluk di alam jagat ini. Tetapi manusia sendiri telah mengkufurkan amanah tersebut dan melaksanakan budaya “Pagar makan Padi”.
               Kesucian ciri-ciri kejadian manusia sebagai hamba Allah di mana unsur kerohanian manusia yang Allah berikan dari roh ciptaan Allah sendiri yang dihembuskan ke dalam diri manusia menjadikan ia berperasaan dan membangun telah tercemar kesuciannya. Maka lahirlah manusia yang tidak mengenali hakikat kemanusiaannya seperti mana yang sedang berlaku dalam pembangunan manusia masa kini di seluruh dunia atau dialam jagat ini. 
               Manusia dianggap lebih rendah daripada haiwan. Di sana sini di muka bumi ini berlaku pembunuhan  manusia dengan cara seperti menyembilih haiwan. Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana Allah wujudkan cuaca matahari yang amat panas di negara Syiria sehingga manusia tidak tahan menanggung azab Allah tersebut akibat budaya hidup tidak menghormati manusia dan melepaskan gairah kebenciannya terhadap manusia dengan menyembelih manusia seperti haiwan sama gayanya menyembeli  kambing  atau sapi. Begitu juga berlakkunya di negara-negara lain, kerana mengambil organ manusia untuk kegunaan sains.
Pembunuhan manusia di alam jagat ini pun lahir berbagai kategorinya. Kalau  dahulunya manusia membunuh seorang insan yang tidak berdosa seperti menanam anak-anak perempuan hidup-hidup tetapi masa kini manusia sudah membunuh manusia lebih dasyat daripada itu. Manusia yang belum lahirpun sudah dibunuh gara-gara menutup keiban diri, kerana mengandungkan anak yang tidak melalui pintu nikah yang telah diwujudkan oleh Allah SWT.
               Kelahiran atau kewujudan budaya membunuh yang Allah tidak wujudkan dalam pembangunan kehidupan makhluk manusia telah dilahirkan atau diciptakan oleh manusia sendiri kerana kegagalan memelihara cinta hakikat kemanusiaan itu sendiri. Sedangkan mengurus mayat kawanya yang telah dibunuhnya seperti peristiwa yang berlaku kepada Khabil membunuh adiknya Habilpun tidak punya ilmu bagaimana hendak melaksanakannya sehingga seekor haiwan (burung) menunjukkan bagaimana menguruskan  kawannya yang telah dibunuhnya.
               Allah tidak bekalkan manusia dengan ilmu membunuh kecuali apabila manusia tidak mengikuti ilmu yang Allah wahyukan kepada manusia supaya hidup mengikuti jalan yang Allah tunjukkan dalam al-Quran iaitu agama Islam sebagai cara hidup manusia. Sejarah telah menunjukkan bagaimana Allah hapuskan makhluk manusia setelah permohonan daripada hamba-Nya(nabi) diterima seperti halanya peristiwa Nabi Nuh setelah mentarbiahkan umatnya selama sembilan ratus lima puluh tahun lamanya dan hanya sembilan orang sahaja yang mengikuti Nabi Nuh. Allah perintahkan air membenamkan alam bersama dengan makhluk manusia yang ingkar kepada ajaran Nabi Nuh, dikecuali umatnya yang setia pada ajarannya kerana selamat masuk dalam bahtera yang Nabi Nuh bina.
               Allah telah juga menunjukkan kekuasaannya untuk menundukkan api supaya menjadi sejuk untuk keselamatan Nabi Ibrahim yang dilimparkan ke dalam unggun api oleh umatnya yang diketuai oleh Raja Namrud, akibat Nabi Ibrahim menghancurkan berhala-berhala sembahan umatnya. Bangunya Ibrahim dari debuh kayu-kayu yag membakar Ibrahim tetapi anihnya tiada juga mempercayai ajaran Nabi Ibrahim mengenai kekuasaan Allah SWT.
               Di zaman sains dan teknologi ini manusia (ahli sains)hanya mempercayai sesuatu fakta yang telah diuji kesahiannya tetapi kesahian kuasa Tuhan tidak dapat diterima mengenai Nabi Ibrahim tidak dapat dimakan oleh api. Mangapakah demikian berlakunya peristiwa berkenaan? Manusia sebenar tidak sewinangnya mengikut apa yang dilihat oleh mata kepalanya kerana jiwanya adalah kekuasaan Tuhan untuk mewujudkannya, maka itu apabila Allah membuka hidayahnya untuk menerima fakta yang telah berlaku maka barulah individu berkenaan dapat menerimanya.  
               Sebagai satu contoh yang paling baik mengenai makhluk manusia yang tiada menerimah hidayah Allah, Pa man Abu Talip menghemuskan nafas terakir tanpa mengucap ‘laillahaillah’ kerana hidayah Allah tidak sampai kepada beliau walaupun Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. mahu beliau mengatakannya di hadapan baginda.  
               Dari segi sejarahnya, Pa Man Abu Talip adalah manusia yang paling kuat mempertahankan Islam menentang masyarakat Quarisy yang memerselekehkan perjuangan Rasulullah S.A.W.. Maka itu hasil perjuangannya itu tidak mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. dan menjadikan hatinya sukar menerima Islam sebagai Agamanya sebelum ia menerima sakartul maut. Oleh itu diriwayatkan bahawa Pa Man Abu Talib adalah manusia pertama mendapat dosa yang amat ringan dari Allah S.W.T.
               Kemuderatan falsafah persaudaraan manusia sejagat adalah dalam suasana ‘Segan hidup  mati ta mahu’, disebabkan manusia seakan-akan sudah mengkufuri pedoman hidup seperti dokumen wahyu Al-Qur’anul Karim yang menyedarkan manusia kepada falsafah kejadiannya bahawa  manusia di muka bumi ini adalah satu keluarga besar Nabi Adam a.s.. Manusia  sudah membelakangi amanah Allah yang dipertangungjawabkan kepada makhluk manusia sebagai khalifah Allah SWT di alam jagat ini!     Bicara Minda mengambil kesmpatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

No comments:

Post a Comment