KEROSAKAN BANGSA
MANUSIA
(Disiarkan pada 8. 6. 2019)
Kewujudan sesuatu fenomena alam
terutama sekali makhluk yang hidup, sentiasa mengalami dua keadaan dalam
hidupnya iaitu susah dan senang. Allah wujudkan keadaan sedemikian rupa kerana
dengan kehadiran kedua fenomeaa kehidupan tersebut, akan mendidik makhluk
berkenaan dapat memahami makna hidupnya.
Selain daripada fenomena
berkenaan Allah juga wujudkan makhluk tersebut dalam keadaan bepasangan yang
juga terlibat makhluk-makhluk yang tidak hidup atau tidak aktif. Makhluk
manusia sebagai ciptaan Allah yang amat sempurna berbanding makhluk lainnya.
Setiap kewujudan sesuatu fenomena alam akan mengalami kemuderatan pada dirinya.
Manusia mempunyai ciri-ciri
kehidupan yang amat kompleks berbanding dengan makhluk lain di alam kehiduapan
ini. Ciri-ciri kehidupan manusia yang lebih kompleks berbanding makhluk lainya
ialah kehadiran berbagai fitrah yang Allah bekalkan kepada makhluk manusia.
Fitrah yang amat penting dalam hidup manusia ialah mempunyai akal, nafsu dan
kemahiran berfikir.
Walaubagaimana pun kehadiran
fitrah berkenaanlah maka wujud kerosakan bangsa manusia dalam sinario
kehidupan. Allah wujudkan manusia dengan satu tujuan khas iaitu sebagai
pemakmur alam kehidupan di alam jagat ini. Maka Allah gelarkan darjat manusia
sebagai khalifah-Nya. Ciri-ciri manusia yang ada pada kehidupannya yang Allah
bekalkan ialah kehadiran nafsu. Fitrah inilah antara lain yang membezakan
manusia berbanding dengan pembangunan
kehidupan makhluk malaikat.
Fitrah nafsu juga Allah bekalkan
manusia dalam dua dimensi pembangunan
iaitu nafsu kemalaikatan iaitu yang menjurus kepada nafsu yang membangunan
tamadun manusia dan nafsu kehaiwanan iaitu fitrah yang merosakkan kudrat
kemanusiaan. Walau bagaimana pun Allah bekalkan manusia satu fitrah yang boleh
menundukan nafsu kehaiwanan iaitu fitrah akal. Tetapi akal ini kadangkala dilemahkan
oleh nafsu kehaiwanan maka berlakulah tidakan
yang merosakkan manusia.
Fitrah nafsu tidak ada pada
makhluk malaikat. Manusia diwujudkan Allah sememang nya mempunyai kelemahan.
Dan Fitrah inilah yang telah melahirkan
kemurkaan Allah terhadap manusia pertama (Adam) yang pada asalnya diwujudkan di
tempat yang suci itu syurga Allah.
Allah itu maha penyayang dan maha
pengasihani terutama sekali terhadap hamba-Nya (Adam) maka setelah wujud
manusia di syurga Allah bekalkannya (Adam) dengan teman hidup iaitu Siti Hawa
untuk melahirkan kegembiraan hidup di syurga. Kegembiraannya itulah yang
merosakkan manusia kerana mengkufuri
amanah Allah supaya jangan mendekati pokok yang dilarang Allah itu. Maka
manusia (Adam) terpaksa hidup di alam dunia seorangan selama dua ratus tahun
sebelum dipertemukan kembali dengan isterinya Siti Hawa di Padang Arafah iaitu tempat
para jemaah Haji wukuf pada musim Haji sebagai syarat mendapatkan haji Mabrur.
Pertemuan kembali Nabi Adam dengan
istrinya Siti Hawa maka mulalah membiak manusia dibumi Allah ini. Semua
anak Nabi Adam seramai 20 orang, dilahir
dalam keadaan kembar, lelaki dan perempuan. Satu disiplin perkahwinan zuriat
nabi Adam, oleh kerana belum ada manusia lagi di alam dunia ini, maka sistem
perkahwinan zuriat Nabi Adam dibenarkan oleh Allah mengawini adiknya yang sebapa
dan seibu. Tetap tidak boleh mengawini adik kembarnya sendiri.
Belaku satu peristiwa Siti Hawa melahirkan anak kembar dua pasang. Pertama lahirkan pasangan Qabil dan adik perempuanya yang
diberi nama Iqlimah, kemudian menyusul pasangan
kembar kedua Habil dan adik perempuannya diberi nama Labuda. Anak
perempuan bernama Iqlimah mempunyai raut wajah yang ayu dan comel tetapi anak
perempaun bernama Labudah anak kembar dengan Habil, tidak lawa kurang menarik.
Raut wajar perempuan yang cantik
dan ayu sememangnya menjadi pilihan setiap jejaka; apa lagi untuk pilihan
sebagai jodoh dalam hidup.
Dalam usia remaja mereka
masing-masing melaksanakan satu perusahan. En. Qabil melakukan pertanian gandum
manakala Habil menternakkan kambing. Oleh sebab Qabil tidak dapat menerima
keputusan ayahnya supaya anak-anaknya hanya boleh mengawini adiknya yang bukan
kembarnya, maka diadakan satu kurban diserahkan kepada Allah. Siapa kurban yang
diterima Allah akan mengawini Iqlimah.
Qabil dan Habil menerima baik jalan
penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa seekor kambing yang paling
dicintainya di antara binatang peliharaannya, sedang Qabil datang dengan
sekarung gandum yang dipilihnya dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk,
kemudian diletakkanlah kedua kurban itu, kambing Habil dan gandum Qabil, di
atas sebuah bukit, lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan
terjadai atas dua jenis kuurban itu.
Kemudian dengan disaksikan oleh
seluruh anggota keluarga Adam yang menantikan dengan hati yang berdebar apa
yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua kurban itu diletakkan,
terlihatlah api besar yang turun dari langit menyembar kambing, binatang kurban Habil, yang seketika itu
musnah disambar oleh api, sedangkan karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh
sedikit pun oleh api dan tetap tinggal ituh.
Maka dengan demikian keluarlah
Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu kerana kurbannya kambing telah
diterima oleh Allah; sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memili
siapakah di antara kedua gadis, saudaranya itu yang akan dipersunting menjadi
isterinay.
Dengan telah jatuhlah keputusan
dari langit yang menerima kurban Habil dan menolak kurban Qabil, maka pudarlah
harapan Qabil untuk mempersuntingkan Iqlamah. Walaubagaimana pun Qabil tidak
puas hati dengan keputusan itu, namun tidak ada jalan untuk menolaknya. Ia
menyerah dan menerimanya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam
terhadap Habil yang akan dibunuhnya apabila peluang itu ada.
Hasrat Qabil berdendam kepada adiknya
Habil mencatatkan sejarah bahawa hakikat kemanusiaan yang Allah ciptakan maka
jadilah manusia pertama, Adam telah musnah di tangan Qabil. Manusia sendiri, iaitu
zuriat Nabi Adam melahirkan pembunuhan
pertama kepada manusia. Maka cintakan hakikat kemanusian telah rosak dan
berkecai maka begitulah kerosakan bangsa manusia d ialam jagat ini.
Keputusan Allah menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh Qabil untuk niat menyunting adik kembarnya sendiri,
dengan menerima kurban adiknya Habil dan menolok kurban Qabil telah melahirkan
kekufuran manusia (Qabil) terhadap perintah Allah. Qabil melayani kekuatan
bafsu kehaiwanannya daripada ketakwaannya kepada Allah yang menciptakan manusia
di alam jagat ini.
Dengan nafsu kehaiwanan Qabil,
telah melanggar tiga amanah yang
dipertanggug jawabkan kepadanya. Pertama,
amanah Allah supaya mematuhi peraturan perkahwinan yang diatur oleh ayahnya
iaitu tidak dibenarkan mengawini adik kembarnya sendiri. Kedua, ialah tidak memelihara amanah yang dipertamgungjawab oleh
ayah kepadanya untuk menjaga keamanan keluarga apabila ayahnya keluar rumah berperigian
di luar kota. Dan ketiga tidak
menerima nasihat adiknya Habil supaya memelihara keputusan Allah, siapa punya kuban
yang diterima Allah.
Habil dengan hati yang ikhlas
mengatakan bahawa dia tidak akan mengangkat tangannya untuk melawan abangnya
apabila ia melakukan pembunuhan terhadapnya. Ia rela menerima keputusan
abangnya kerana ia memelihara ketakwaannya kepada Allah SWT. Ia cintakan
akhirat lebih daripada cintanya kepada dunia.
Qabil dan Habil memerima
baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Tetapi setelah berlakunya
peristiwa Allah menerima kurban adiknya Habil maka Qabil perpaling tada tidak merestui
keputusan Allah SWT. Ia melanggar perintah Allah kerana dikuasai oleh nafsu
kehaiwanannya yang cintakan dunia. Qabil mengkufuri fitrah kasih sayang yang
Allah bekalkan kepada manusia bersama roh yang Allah ciptakan untuk manusia
sebagai unsur kehidupan manusia di alam jagat ini. Maka itu rosaklah kudrat
kemanusiaan yang Allah bina sebagai khalifah-Nya di alam jagat ini.
Pembangunan kehidupan
manusia di alam jagat ini sudah rosak dan tidak dapat dipulih kembali lagi.
Allah utuskan 25 orang rasul ke dunia dengan berbagai cara dan ikhtiar mendidik
dan mengawal selia pekembangunan manusia tetapi kelemahan manusia untuk
memelihara fitrah kemalaikatan yang Allah serikan kepada kehidupan setiap
kelahiran insan ke dunia ini akan sentiasa menguasai tindakannya.
Semakin manusia berilmu,
semakin tinggi juga nafsu kehaiwanannya. Naluri manusia hendak mengawal selia
tindakannya agar sentiasa mematuhi kesucian fitrah manusia dengan unsur
kerohaniannya yang Allah berikan pada setiap insan, kerap megalami keruntuhan.
Jika kita tinjau permasalahan yang dialami oleh setiap Rasul di alam jagat ini
mempunyai karenah-karenah yang serupa.
Nabi Nuh a.s. memimpin
umatnya memperkenalkan Allah yang wajar disembah selama lebih kurang sembilan
ratus lima pulah tahun tetapi apa yang Nabi terima hanyalah ejikan semata dari
umatnya. Mereka mengatakan bahawa Nabi Nuh seorang yang tidak ada akal kerana
membina bahteranya di gunung. Umat Nabi Nuh yang beriman kepada Allah hanya
seramai 9 orang sahaja dan kebanyakan mereka dari gulungan yang miskin dan
tidak ada peranan dalam sebarang pembangunan.
Umat Nabi Nuh yang ingkar
kepada ajarannya menyembah patung buatan
mereka sendiri. Mereka tidak ada keimanan kepada Zat yang mewujudkan segala apa
yang ada dalam alam jagat ini. Oleh kerana umat nabi Nuh semakin bertambah yang
kufur kepada dakwa Nabi Nuh maka ia memohon kepada Tuhan agar dijatuhkan azab.
Sebelum datangnya azab Allah, Nabi Nuh
diperintahkan membina bahtera untuk umat yang beriman, meyelematkan mereka dari
azab Allah yang akan menenggelamkan alam jagat seluruhnya bersama umat Nabi
Nuh yang kufur kepada dakwahnya termasuklah
anak Nabi Nuh sendiri bernama Kan’aan kerana tidak mempercayai dakwah ayahnya.
Selain dari dakwah para Rasul kepada
umatnya supaya beriman kepada Allah SWT. Allah juga turunkan mukjizat menunjukkan kekuasaan-Nya di hadapan umat
Rasul-Nya. Kita ambil peristiwa Nabi Ibrahim yang menghancurkan berhala-berhala
sembahan umatnya. Nabi Ibrahim dijatuhkan hukuman supaya dibakar hidup-hidup di
hadapan umatnya dan juga pemerintah Raja Namrud kerana ia merosakkan patung-patung
yang dibina mereka sendiri sebagai sembahan mereka.
Setelah Nabi Ibrahim dilimpar di
tengah-tengah gejolak api yang disaksikan oleh umatnya berserta pemerintah Raja Namrud. Mereka menanti sehingga unggung api itu habis menjadi abu dan menyaksikan apa jadi kepada
Nabi Ibrahim. Firman Allah yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai
api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan
bagi Ibrahim.”
Sejak keputusan hukuman
dijatuhkan sampai saat ia dilimparkan kedalam unggung apai yang menyala-nyala
itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal, kerana iman dan
keyakinannya bahawa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi
makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir, musuh Allah.
Dan memang demikianlah apa
yang terjadi tatkala ia berada dalam perut bukit api yang dahsyat itu, ia
merasa dingin sesuai dengan seruan Allah Perlindungannya dan hanya tali-temali
dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh
dan pakaian yang melekat pada tubuh tetap utuh, tidak sedikitpun tersentuh oleh
api yang mana merupakan suatu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada hamba
pilihannya.
Para penonton upacara pembakaran hairan
dan tercengang tatkala melihat Nabi Ibrahim
keluar
dari bukit api yang sudah padam dan menjadi abu itu dalam keadaan selamat.
Mereka bersurai, meninggalkan tempat itu dalam keadaan hairan. Mereka adalah
manusia yang telah rosak mengikuti pemimpin yang telah rosak.
Satu lagi peristiwa
menunjukkan kerosakan manusia adalah sejarah
mengenai Raja Firaun yang amat zalim dengan rakyatnya Bani Israil.
Kekuasaannya memimpin negara Mesir begitu yang amat zalim dan tidak
ada perikamanusiaan itu sehingga sampai ke kemuncik kebiadabannya menganggap dirinya
sebagai Tuhan. Akibat dari pandangan ahli nujum bahawa ada seorang anak lelaki
yang akan lahir dan memerintah negara Mesir; maka Firaun memerintahkan bahawa
setiap ibu yang melahirkan anak lelaki akan dibunuhnya.
Atas kekuasan Allah maka
lahir seorang bayi lelaki. Kelahiran bayi lelaki itu dirahsiakan oleh bidan
yang menolong ibu Yukabad itu melahirkan anak. Setelah anak itu berumur tiga
bulan ibunya menempatkannya di dalam peti dan menghanyutkannya di sungai Neil.
Peti itu dibawa air melalui istana Firaun lalu dayang-dayang istana menjumpai
peti itu yang berisi bayi yang baru lahir. Kemudian bayi itu diserahkan kepada
isteri firaun,Asiah yang kemudian jatuh cinta kepada anak itu comel lalu
diambilnya sebagai anak angkatnya. Anak itu dinamakan Musa yang bermakna air
pohon. Mu+air, Sa+pohon. Sesuai dengan tempat ditemukannya peti bayi itu.
Anak itu diasuh oleh keluarga Firaun
sehingga besar. Musa kemudian menjadi nabi setelah berjumpa dengan Allah dalam bentuk api
di bukit Tursina. Allah bekalkan Musa dengan beberapa mukjizat dan Alllah
perintahkan Musa untuk berdakwa kepada Firaun bahawa dia bukanlahTuhan seperti
mana ia ikhtiarkan kepada rakyatnya. Tuhan adalah yang mengwujudkan bumi dan
langit dan segala makhluk di alam jagat ini.
Musa mengambil Harun sebagai
rakannya untuk menyampaikan dakwah kepada Firaun. Firaun berkeras hati tidak
menerima dakwah Musa maka Firaun
rancangkan strategi untuk membunuh Musa. Kemudian Musa bersama Bani Israil yang
ditindas dan diseksa oleh Firaun lari meninggalkan Mesir. Setelah sampai di
lautan merah Allah perintahkan Musa untuk memukul air laut itu dan airnya
berbelah menjadi kering untuk nabi Musa dan pengikut-pengikutnya melaluinya
setelah
Firaun dengan tenteranya yang megejar
dari belakang sampai. Mereka juga turut sama melalui jalanan yang air berbelah
itu. Kemudian apabilah Firaun dengan tenteranya berada ditengah-tengah laut
kemudian Allah perintahkan Musa untuk memukul air laut itu lalu menutup laluan
yang Firaun sedang berada. Firaun dan semua tenternya mati lemas dalam air laut.
Semua manusia yang rosak akibat tidak beriman
kepada Allah dilenyapkan di muka bumi ini, tetapi kemudiannya ada juga lahir manusia berhati rosak menjadi perosak
kepada pembangunan manusia seperti mana Allah wahyukan dalam al-Qur’an. Manusia memang tidak dapat mengikuti falsafah
hidup sepertimana Allah perintah dalam
Al-Quran di sebabkan kerosakan telah lahir dari manusia pertama seperti
peristiwaQabil membunuh adiknya Habil.
No comments:
Post a Comment