ALLAH SWT CIPTAKAN
MNUSIA DENGAN SIFAT SEMPURNA.
(Disiarkan pada 06.07.
2019)
Permasalahan kehidupan manusia sejagat
ialah mengenai disiplin pembangunan rohani yang sering manusia tidak memberi
keutamaan dalam menangani kehidupan. Allah SWT bekalkan setiap individu manusia
dengan unsur kerohanian yang diciptakan-Nya. Unsur inilah yang punca bagaimana manusia
menangani kehidupan yang mampan. Tanpa unsur tersebut manusia tidak wujud di
alam jagat ini.
Allah SWT menciptakan manusia dengan sifat
yang amat sempurna. Kewujudan manusia di alam jagat ini, dalam dua unsur iaitu
satu unsur yang bersifat nyata dan unsur yang kedua ialah bersifat ghaib; maka
wajiblah hidup ini ditangani bersendikan kepada kedua-dua fenomena tersebut
iaitu dunia dan akhirat.
Tujuan hidup makhluk manusia ialah beribadah
kepada Allah sambil menjadi masyarakat alam jagat ini yang berkasih sayang antara
sesama manusia iaitu hablum minannas dan setelah selesai
agenda di dunia, hidup ini berpindah
kepada alam akhirat iaitu sama ada ke neraka bagi orang yang mengkufuri
nikmat hidup sebagai hamba Allah atau ke syurga bagi manusia yang hidup sebagai
masyarakat mukmin yang sentiasa memelihara hubungan manusia dengan Allah yang
dikenali sebagai hablum minallah.
Masyarakat mukmin cintakan Allah dan
sentiasa bersyukur terhadap segala bentuk pengurniaan Allah SWT yang bersifat
nyata mahupun yang ghaib. Masyarakat inilah yang telah melaksanakan segala
perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Manusia inilah yang memelihara
ibadah yang berunsur pembangunan rohani demi kemanfaatan kebajikan pembangunan
jasmani.
Hidup manusia di alam jagat ini
sememangnya mereka mengerjar kemuliaan hidup. di samping beribadah kepada Zat
yang Maha Pencipta itu. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Hai
manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan
bapa) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan
bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah maha
mengetahui lagi maha amat mengetahui.”
Allah SWT menerangkan bagaimana pergaulan sesama
manusia yakni bukan berpe- rang atau bersengketa melainkan supaya
berkenal-kenalan dan berkasih-kasihan antara satu dengan yang lain. Satu bangsa
tidak lebih baik daripada yang lain, melainkan dengan ilmu pengetahuannya,
sedangkan seorang yang lebih mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang lebih
bertakwa.
Manusia apabila dipandu oleh alam
kebendaan, maka ia mempunyai pembawaan
diri yang tinggi dan ridak akur kepada peraturan kemanusiaan sebagai panduan
untuk membudaya kan amalan hidup yang bebas dari perasaan sombong, takbur dan
merasakan diri itu lebih hebat dari orang lain. Pembawaan diri serupa demikian
amatlah rendah di sisi Allah SWT kerana hanya Allah SWT sahajalah yang berhak
untuk merasakan kehebatan diri segala-galanya,
Umat manusia harus faham bahawa tanpa
kekuasaan Allah SWT tidak wujud kehidupan ini, Kesedaran diri harus menjadi
budaya untuk mendekati Allah SWT dan merasakan diri itu tidak ada apa yang
boleh ditujukkan kehebatannya tanpa pertolongan dari Allah SWT.
Permasalahan manusia dalam pembangunan
kehidupan sejagat ialah mengenali dirinya sebagai makhluk Allah dan sebagai
hamba-Nya sebelum kita beralih kepada memahami falsafah pembangunan yang
diamanahkan Allah kepada makhluk manusia
yang difahami sebagai khalifah Allah di alam jagat ini. Faktor inilah yang
wajar difahami semasak-masaknya sebelum beralih kepada pembangunn kehidupan
yang lain yang kurang memberi impak kepada kesempurnaan pembangunan
kehidupan yang bersifat kemanfaatan keutuhan kehidu
pan
yang sebenar.
Jika kita meninjau permasalahan manusia
yang menimpa umat para Rasul yang diutus oleh Allah ke alam jagat ini,
kesemuanya berkiblat kepada ketidakfahaman manusia mengenai pembangunan rohani
yang Allah bekalkan kepada manusia di alam jagat ini. Mulai dari manusia
pertama, Adam hinggalah kepada penutup para kerasulan iaitu baginda Rasul Nabi
Muhammad SAW permasalahannya kesemua menimpa kepada keruntuhan akhlak manusia
iaitu kegagalan setiap individu mengenali dirinya sebagai hamba Allah SWT dan
sebagai Khalifah-Nya di alam jagat ini.
Allah SWT bukan hanya bekalkan manusia
dengan kerohanian tetapi juga dengan agama (Islam) sebagai cara hidup yang
diredai Allah SWT. Firman Allah Surah Al-Maaidah ayat 5:3 yang bemaksud:
(terjemahan)
(Pada
hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada
mu nikmat Ku dan telah Ku redai Islam
itu jadi agama bagi mu.”)
Di samping itu juga Allah tunjukkan
iktibar-iktibara kehidupan manusia yang mengkufuri falsafah pembangunan manusia
yang bersendikan kepada akidah Islam, seperti halnya yang terjadi kepada Raja
Firaun yang terkenal pemerintahannya yang amat zalim dan tidak ada peri
kemanusian. Keganasannya amat melampau sehingga mengiktiharkan dirinya sebagai
Tuhan.
Setelah mengetahui daripada persepsi
ahli nujumnya bahawa Negara Mesir akan dikuasai oleh seorang lelaki yang akan
lahir nanti, maka ia memerintah semua wanita yang hamil, jika ia melahirkan anak
lelaki, anak itu nanti akan dibunuh.
Tetapi kuasa Tuhan tidak ada yang dapat
menghalangkan kelahiran anak lelaki dan akan menjadi pendakwa kepada Firaun
bahawa ia bukanlah Tuhan seperti mana ia ikhtiharkan kepada rakyatnya tetapi ia
adalah manusia biasa dan wajar akur kepada disiplin kehidupan yang menyembah
Allah.
Raja Firaun berkeras hati tidak mempercayi
dakwah anak angkatnya bernama Musa, untuk menyembah Allah sebagai Tuhan yang
sebenar. Maka itu ia merancang akan membunuh
Musa untuk dilenyapkan di muka bumi ini. Oleh sebab Allah telah tauliahkan anak
angkatnya Musa sebagai rasul, Firaun tidak dapat melaksanakan niatnya yang
jahat itu kepada anak angkatnya, maka Firaun mengakhiri riwayatnya bersama
pengawal-pengawal tenteranya semua mati lemas di lautan merah.
Kekuasaan Allah tunjukkan kepada manusia
yang rosak kemanusiaannya tidak mengambil peristiwa tersebut sebagai ikhtibar.
Inilah contoh yang paling baik untuk diambil sebagai iktibar bahawa kekuasaan
Allah SWT itu tiada sesiapa pun yang boleh menghalang Nya berlaku.
Nisbah manusia yang menghuni alam jagat
ini yang tidak mengenali dirinya sebagai
hamba Allah dan khalifah-Nya ialah jauh lebih besar berbanding dengan
manusia yang bersifat mukmin yang bersyukur atas kurniaan nikmat hidup yang
Allah redakan kepada mereka.
Satu masalah besar juga ialah manusia
mukmin yang hidup beratapkan langit lebih suka hidup berjihad kerana Allah daripada bertahan
menyaksikan negaranya dihancur dan keluarga tersayang ditindas dan dimusnah
oleh musuh-musuh Allah.
Meletusnya peperangan disana sini
diseluruh alam jagat ini adalah berpangkal kepada kerosakan manusia sebagai
hamba Allah dan sebagai khalifah-Nya. Masalah utama yang manusia perlu
menangani ialah mengenali dirinya sebagai individu yang diperlukan untuk
berparticipasi dalam pembangunan rohani. Pengenalan diri merupakan faktor utama
menyedarkan manusia sebagai hamba Allah dan seterusnya sebagai khalifah Allah
SWT di alam jagat ini.
Dari segi sejarah kewujudan manusia di
alam jagat ini, Allah ciptakan manusia dari pada sari pati tanah. Kemudian
Allah tiupkan roh-Nya ke dalam jasad lembaga itu maka jadilah makhluk manusia
yang berperasaan. Roh Allah itulah menjadikan lembaga tersebut sebagai manusia
yang mempunyai jiwa. Dalam erti kata lain manusia hidup dalam dua unsur, iaitu
jasmani yang asalnya daripada tanah dan rohani yang asalnya daripada ciptaan
Allah SWT yang telah ditiupkan-Nya ke dalam badan lembaga berkenaan.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah
Al-Mu’minun ayat 23:12-14 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demi
sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan manusia (Adam) itu daripada pati
(yang dikeluarkan) dari tanah. Kemudian manusia (keturunan Adam) itu kami jadikan (berasal daripada) setitis air
mani (yang dipertaruhkan) di dalam simpanan
yang kukuh (rahim ibu).Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal
darah, lalu darah yang segumpal itu, Kami jadikan seketul daging,lalu seketul
daging itu Kami jadikan rangka tulang, maka tulang itu Kami bungkus dengan
daging, kemudian Kami jadikan dia
makhluk yang lain, maka Maha berkat Allah. Tuhan sebaik-baik pencipta.”
Roh inilah membolehkan manusia hidup.
Walau bagaimana pun dalam kehidupan manusia semestinya memahami bahawa
kedua-dua unsur kehidupan manusia itu memerlukan kebajikan untuk terus hidup.
Fenomena yang penting sekali dalam
kehidupan manusia, ialah mengenali
dirinya sebagai hamba Allah dan meneliti
disiplin pembangunan yang Allah telah lengkapkan kepadanya. Allah ciptakan
manusia dalam keadaan yang amat sempurna. Allah bekalkan fitrah kekuatan
mentalitinya guna untuk menjadi asas kekuatan kepada pembangunan
kekhalifahannya di alam jagat ini.
Masalah besar juga menimpa kepada
korosakan manusia sejagat ialah kekufurannya membina rasa kesyukuran dalam
dirinya kepada Allah SWT yang Maha Pencipta itu. Allah menciptakan segala alam
yang wujud di alam jagat ini terutama sekali makhluk udara, air dan matahari
yang sentiasa membantu pembangunan alam jagat ini.
Memahami mengapa kesyukuran kepada Allah
itu wajib, ialah berpaksi kepada falsafah bagaimana makhluk manusia dapat hidup
di alam jagat ini dengan menikmati segala rahmat yang Allah sediakan kepada
manusia terutama sekali merasakan kenikmatan hidup dengan segala fitrah yang
disediakan Allah sama ada dalam diri manusia itu sendiri dan juga di alam jagat
ini.
Mempunyai badan yang sihat dengan segala
tenaga yang diperlukan demi menseim- bangkan pembangunan rohani dan jasmani
sering tergelincir nikmat kesyukuran kepadanya kerana berhadapan dengan
kebodohan manusia yang berlagak lebih pintar dan mulia pembangunannya
berbanding Allah SWT yang mewujudkan manusia. Manusia diseluruh alam jagat ini
sudah dimabukkan dengan ilmu yang mereka
perolehi dengan menggunakan otak yang Allah beri dalam pembangunan kehidupan
manusia. Manusia telah kufur kepada nikmat
memapunyai otak yang pintar pemberian dari Allah SWT dan tidak bersyukur
kepada-Nya.
Pokok kepada segala kepintaran manusia
menangani pembangunan kehidupan ialah kehadiran unsur rohani dalam dirinya yang
Allah ciptakan untuk manusia. (Surah Al-Mu’minun ayat 23:12 – 14). Manusia wajar tanamkan kefahaman tentang bagaimana
Allah ciptakan manusia sebagai hamba-Nya dan juga sebagai Khalifah-Nya.
Sebagai hamba Allah manusia diwajibkan
melaksanakan ibadah kepadanya kerana tugas beribadah kepada Allah merupakan
khidmat utama manusia dijadikan dalam alam jagat ini. Ini menjadi keutamaa
manusia dalam hidup ini iaitu memurnikan hubungan antara manusia dengan Allah
SWT. Ini wajib kerana ia menjadi tanda kesyukuran kepada Allah SWT sebagai
pencipta manusia. Allah nayatakan dalam firman-Nya surah Az-Zaariyat ayat 50:56
yang bermaksud: (terjemahan)
“Tidaklah
Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”
Allah menjelaskan, bahawa tujuannya
menjadikan makhluk dari bangsa jin dan
manusia tidak ada
maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya
menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada–Nya dan mengesahkannya – bukan
supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan
bertunghkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat
bagi diri mereka, akan tunduk kepada qadak-Nya.
Allah berfirman surah Az-Zariat ayat
51:57-58 yang bermaksud: (terjemahan)
“(Aku)
Allah tidak menghendaki sedikit pun rezeki dari mereka dan aku tidak meng
hendaki supaya
mereka memberi aku makan. Sesunguhnya Allah itulah pemberi rezeki, yang
mempunyai kekuuatan lagi sangat tegap.”
Dengan menugaskan mereka menyembah
Allah, bukanlah Allah hendak meminta rezeki dan memberi-Nya makan daripada
mereka sedikit pun, atau mereka menanggung rezeki dan makan mereka sendiri atau rezeki dan makan
pihak yang lain, tidaklah sekali-kali!
Sebaliknya Allah itulah sebenarnya, yang
mempunyai kuasa memberi rezeki kepada sekalian hamba-Nya dan menjamin adanya
rezeki bagi mereka yang menghajatinya.
No comments:
Post a Comment