Saturday, July 13, 2019

DALANG KEROSAKAN MANUSIA


DALANG KEROSAKAN MANUSIA
(Disiarkan pada 13.7 2019)
Manusia dan makhluk jin diciptakan Allah dengan satu tujuan yang amat baik untuk pembangunan di alam jagat ini. Walau bagaimana pun kedua-dua makhluk Allah tersebut Allah ciptakan daripada bahan yang berbeza iaitu manusia daripada tanah dan jin daripada api.  Tujuan Allah menciptakan manusia dan jin semangnya ada kemanfaatannya kepada kehidupan di alam jagat ini.
Manusia diciptakan Allah untuk melaksanakan ibadah sebagai khalifah-Nya ia itu untuk memakmurkan alam kehidupan di alam jagat ini. Walau bagaimana pun, makhluk  jin belum sempai Allah mengikhtiharkan tujuannya menciptakan jin selain daripada ujuan asalnya untuk beribadah kepada Allah SWT, makhluk jin telah mengkufuri dirinya di hadapan Allah SWT apabila jin tidak mematuhi perintah Allah untuk sujud, tanda hormat kepada manusia (Adam) kerana makhluk manusia telah memboktikan kelebihan kemuliaannya berbanding dengan makhluk Allah yang lain termasuklah jin, kerana mempunyai ilmu dalam dadanya.    
Sebelum Allah ciptakan manusia (Adam) iblis amat rapat dengan malaikat sehingga menjadi imam dalam mengerjakan solat kerana Allah. Azazil sebagai ketua masyarakat iblis sentiasa berdamping rapat dengan malaikat dan melaksanakan ibadah kerana Allah seperti mana para malakat lakukan. Azazil sering menjadi iman para malaikat apabila mereka mendirikan ibadah sembahyang. Rupa wajah Azazil pada mulanya pun cantik tetapi satu tabiat semulajadinya ialah kuat menentang kepada sesiapa sahaja termasuklah Zat yang menciptanya, Allah.
Makhluk iblis Allah ciptakan daripada api, berbeza dengan makhluk manusia. Dari ciri-ciri kejadian iblislah maka ia tidak sujud hormat kepada manusia walaupun Allah perintakannya supaya melaksanakan perintah tersebut. Iblis memberi alasan mengapa ia tidak sujud (tanda hormat)kepada manusia kerana ia memikirkan bahawa ia lebih mulia daripada manusia kerana ia diciptakan Allah daripada api berbanding dengan manusia (Adam), Allah ciptakan daripada tanah.
Persepsi iblis bahawa api adalah lebih mulia daripada tanah maka itu ciri inilah maka iblis kufur kepada perintah Allah. Memandang kepada kemanfaatan pembangunan kedua dua fenomen tersebut, tanah mempunyai banyak kemanfaatannya berbanding fenomena api. Banyak makhluk Allah hidup dengan kehadiran tanah daripada kehadiran api. Api memusnahkan kehidupan berbagai makhluk, tetap tanah sentiasa menjadi tempat hidup  berbagai makhluk  termasuklah tumbuh-tumbuhan.
Maka itu Allah amat murkah kepada jin apabila ia menampilkan kesombongannya di hadapan Allah SWT. Akhlaq jin yang dipersembahkan kepada Allah menunjukkan seolah-olah jin lebih berkuasa dan lebih pintar daripada Allah maka jin tidak tunduk kepada perintah Allah untuk mengikuti perintah-Nya.
Oleh sebab tingkah laku jin begitu amat menjijikan kepada Allah untuk mendengar nya, maka Allah mengambil balik segala nikmat dan rahmat Allah yang ada pada jin sehingga jin menjadi makhluk yang amat hena berbanding dengan semua makhluk Allah yang di alam jagat ini. Dan bukan itu sahaja tetapi Allah keluarkan jin dari syurga kerana Allah mengatakan bahawa syurga-Nya bukanlah untuk makhluk yang kotor,  sombong dan suka meninggi ninggi kan diri bahawa dia adalah yang termulia dari segala makhluk Allah!
Jin tidak merasakan dan memahami kemurkaan Allah terhadapnya walaupun Allah tarik balik segala nikmat dan ramat Allah daripadanya dan dikeluarkannya dari syurga Allah. Jin tidak pernah mengucapkan kata-kata merendahkan dirinya seperti meminta maaf kepada Allah kerana tersasul kesombongannya terhadap manusia (Adam).
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengesihani terhadap makhluknya jika makhluk
berkenaan dapat merendahkan dirinya hendak meminta maaf. Allah sentiasa menerima kemaafannya. Sebagai contoh, apabila Allah bertanya kepada nafsu, “Siapakah kamu?” Nafsu mengatakan: “Saya adalah saya dan kamu adalah kamu”. Dengan jawapan demikian, Allah lemparkan nafsu ke jurang neraka dan di biarkan di sana selama seratus tahun. Kemudian Allah ambil kembali nafsu dari neraka dan lalu kemukakan  pertanyaan yang sama, dan nafsu menjawab sama seperti pada kali pertama Allah soalkannya. Allah campakkan nafsu balik ke neraka selama lebih lama lagi daripada yang pertama. Allah ulangi pertanyaan yang sama sampai tiga kali dan jawapan yang sama nafsu berikan. Kali ini Allah buangkan  nafsu ke neraka lebih lama lagi berbanding yang kedua.
               Pada kali keempat Allah mengambil balik nafsu dari neraka, kemudian Allah soalkan lagi nafsu dengan soalan yang sama. Nafsu menjawab “Saya ini adalah makhluk Allah dan Allah adalah pencipta aku”. Maka nafsu pun Allah tidak lagi buang ke neraka. Jawapan nafsu kali ini telah sedar dirinya bahawa tanpa Allah siapalah dia! 
               Allah tidak mengurniakan segala rahmat kepadanya dan yang paling berat sekali Allah    jatukan kepada jin ialah dia mengepali semua makhluk Allah yang kufur kepada Allah, masuk ke neraka. Hanya satu hadiah Allah berikan kepada makhluk jin atas permintaannya ialah jin tidak Allah matikan sehingga kiamat dan membenarkan jin untuk mengodakan manusia dengan syarat hamba Allah yang bertakwa dan beriman kepada Allah jin tidak dapat mendekatinya.   
               Kebenaran jin dapat daripada Allah untuk mengoda manusia, tetapi jin tidak dapat melaksanakan rancangan yang jahat itu terutama sekali mereka yang dekat dengan Allah kerana Allah telah berkata bahawa jin boleh mengodakan manusia tetapi ia tidak akan dapat mengoda yang beriman kepada Allah atau dalam eri kata lain masyarakat mukmin.
               Satu peristiwa telah berlaku dalam tahun 1979 di mana iblis atau jin berjaya mengoda manusia agar mereka mengakhiri jiwa mereka secara beramai-ramai dengan memakan racun yang dibuat oleh mereka sendiri. Peristiwa ini telah dipimpin oleh ketua gereja Pepople’  Temple bernama Jim Jones yang berada di Amerka Latin. Mengikut cerita, mereka telah merasa kehidupan ini amat menggembirakan dan mereka tidak mahu perasaan itu lari dari jiwa mereka.
               Mengukuhkan cinta kasihsayang yang ada pada mereka padrinya Jim Jones menca- dangkan supaya mereka membawa perasaan kasih sayang itu ke surga bersama mereka. Maka berlakulah upacara membunuh diri beramai-ramai termasuklah anak-anak yang belum baliqh. Mereka membuat rancun untuk diminum. Untuk kanak-kanak yang belum baliqh akan dibantu oleh yang besar untuk membunuh diri dengan meminum racun itu.
               Kesemua mereka yang mati meminum racun itu meningkat kepada sembilan ratus orang. Tetapi Padri jim Jones tidak berani meminum racun itu lalu pihak pemerintah menangkapnya dan mungkin di hukum  bunuh juga. Inilah kejayaan iblis mengoda manusia untuk mengikuti jalannya ke neraka.
               Mereka yang tidak ada kepercayaan apa-apa agama seperti masyarakat atheist mudah digoda oleh iblis untuk mengikuti telunjuknya. Apabila iblis mengoda manusia, agendanya ialah merosakkan manusia. Apabila manusia rosak hatinya tidak dapat melihat sesuatu petunjuk Allah maka kiblat pemikirannya ialah hawa nafsu kehaiwana kerana manusia tidak lagi berpegang kepada akal yang difahami sebagai malaikat dalam diri manusia.
               Tujuan iblis merosakan manusia ialah supaya ia bersekokol dengannya dan akan menjadikanya sebagai pemimpin dalam segala kepincangan dalam kerukunan hidup sebagai manusia. Iblis akan mengangkatkan benderanya apabila ia berjaya menggoda manusia untuk mengikutinya.
               Dengan kejayaannya demikian ia merasa gembira kerana ia telah memenuhi niatnya di hadapan Allah SWT bahawa ia akan merosakkan manusia. Iblis tidak ada apa-apa yang dibanggakan pada dirinya kerana Allah telah ambil kembali segala kenikmatan dan kekuasaan nya. Hanya iblis dapat melakukan ialah memboktikan kepada Allah SWT bahawa dia tidak keseorangan di alam jagat ini. Iblis menjadi dalang dalam semua keganasan makhluk manusia sama ada secara nyata mahupun secara ghaib.
                       Di kaca-kaca television sentiasa disibukkan dengan bermacam-macam jenis keganasan manusia untuk melayani kegairahan hendak melakukan budaya samsing merosak kan disiplin pembangunan manusia yang didukung oleh pihat polis. Selain daripada agenda 999 yang sentiasa menyibukkan pihak polis membentraskan gejala sosial, tidak kurang juga manusia menyibukkan tempat-tempat melakukan kemaksiatan yang majoritanya  datang dari negara jiran. Kesemua ini adalah perbuatan iblis menjadi dalang mengenai aktiviti manusia yang tidak beromoral itu.
               Selain daripada itu gejala-gejala sosial juga yang dilakukan oleh kumpulan profesional yang mereka ciptakan satu cara hidup yang bersifat “cepat kaya”, menyibukkan makamah-makamah pengadilan diseluruh negara. Masyarakat pendokong undung-undang juga turut sama dilibatkan untuk mengendalikan pengadilan dan penghakiman yang saksama.
               Kalau dahulunya mereka disibukkan untuk memikir bagimana hendak memimpin  masyarakat agar dapat  mengendalikan amanah yang dipertangungjawab pada tahap yang amat berwibawa, tetapi sekarang otak mereka disibukkan untuk mencari alasan bagaimana  memberi jawapan yang munasabah. Inilah kehandalan makhluk iblis melaksanakan dalang  memukau manusia agar individu berkenaan yang diamanahkan memegang tanggungjawab,  mudah tergelincir  dilandasan yang diamanahkan oleh Agama.
               Malik bin Dinar ditegur oleh masyarakat yang baru kenal denngan beliau, mengapa dia tidak pernah melimparkan senyuman kepada rakan-rakannya? Malik menjawab: “Bagaimana hendak  senyum, kerana mimpi sahaja di lempar ke neraka pun, kulit badan saya sudah dalam keadaan berkelupak bagikan terkena api agaknya?
               Malik bin Dinar terkenal seorang yang multi jutawan. Kekayaannya melimpah ruah, maka kekayaannya itulah  Malik bin Dinar mengambaikan ibadah kepada Allah SWT. Beliau memelihara kemewahan dunia yang memabukkannya dengan kemaksiatan yang keterlaluan dan tidak memberi ruang dalam hatinya untuk menyemarakan budaya ukhuwah kemanusiaan. Nasihat dan teguran dari orang yang diangkapnya orang sampingngan dalam hidupnya tidak diberi ruang dalam hidupnya untuk memberi kesempatan mendengaarnya dan memahami nasihatnya.
               Malik bin Dinar bertaubat dengan meninggalkan istananya serta kekayaannya dan menukar baju pakaiannya yang berjenama itu kepada kain yang biasa masyarakat awam pakai. Ia berdakwah mengelilingi seluruh alam jagat ini, sehingga ia mempunyai pengikutnya seramai seribu orang. Taubatnya kepada Allah terhadap segala salah lakunya sebagai muslimin telah diterima oleh Allah yang Maha pengampun dan Maha Pengasihani itu kepada hamba-hamba-Nya yang sedar diri untuk balik ke pangkal jalan.
               Kita tahu bahawa sejak manusia pertama (Adam) kehidupannya sentiasa mengalami kelemahan. Walaupun Adam diwujudkan Allah di syurganya dan Allah ciptakan Hawa sebagai teman hidupnya, namun kebahagiannyalah yang membawanya merendahkan kuderat kemanusiaan sebagai bapa manusia pertama di alam jagat ini. Kita manusia ditakdirkan sebagai makhluk yang lemah maka itu persiapkan dirimu untuk melaksanakan taubat dan meminta ampun kepada Allah SWT. InsyAllah!
               Jika kita melihat di seluruh pelusuk alam jagat ini, tidak ada lagi kawasan yang sunyi dengan persengkitaan dan pertumpahan darah, seperti mana yang dibayangkan oleh para malaikat untuk menentang rancangan Allah SWT menciptakan manusia sebagai khalifah-Nya.  Walau bagaimana pun Allah SWT telah menjawab hujah para malaikat apabila Allah menduga semua makhluk yang hadir di upacara tersebut untuk menguji kepada kepandaian makhluk-makhluk dan Allah menunjukkan kebenar-Nya akan menciptakan manuia sebagai khalifah.
               Alam ini Allah ciptakan bersama dengan semua makhluk yang ada di dalamnya sama
ada yang bersifat nyata mahupun yang bersifat ghaib. Semua kewujudannya adalah dalam suasana berpasangan seperti baik dan buruk, berat dan ringan, besar dan kecil, luas dan sempit, tinggi dan rendah, cantik dan hodoh, pintar dan bodoh, kaya dan miskin dan sebagainya. Dan untuk memilih yang mana harus kita tempuhi dalam hidup, Allah bekalkan kita dengan agama yang memandu makhluk manusia untuk mengikuti jalan yang lurus yang di redahi Allah SWT.
Maka itu hidup harus bersendikan agama (Islam) demi meransang manusia supaya ia tidak mersendikan budaya kelemahannya yang sentiasa menemaninya dalam arus pembangun an diri dari buaian hingga ke liang lahad. Hiasilah pemikiran kita dengan sentiasa berkiblatkan kepada ilmu yang kita bawa ke laing lahad. Amin.

No comments:

Post a Comment