PENDUKUNG
PERSAUDARAAN SEJAGAT
(Disiarkan pada
20. 07. 2019)
Kelahiran seorang insan di alam
jagat ini semestinya dimuliakan hidupnya dengan kehadiran ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan menjadi keutamaan dalam pembangunan kehidupannya mulai dari
buaian hinggalah ke lahad. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu
pertama dari langit memerintahkannya supaya membaca. Perintah tersebut dijawab
oleh Baginda dengan alasan dia tidak pandai membaca. Walau bagaimana pun perintah
tersebut diulangi beberapa kali oleh malaikat Jibril dan Baginda Rasul juga
mengulangi jawapannnya yang sama.
Manusia dibekalkan dengan
kemahiran berfikir maka itu harus disulami hidupnya dengan ilmu pengetahuan.
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW hidupnya
sebagai anak yatim piatu maka pembangunan sosialnya tidak ada yang menolongnya
terutama sekali menuntut ilmu. Tetapi kemiskinan dan hidup tanpa keluarga yang
menyantuninya bukan menjadi alasan untuk tidak menuntut ilmu. Pembangunan
manusia semestinya dengan ilmu kerana yang mengilmu seorang insan ialah Allah
SWT.
Manusia dibekalkan oleh Allah
fitrah berbagai deria yang boleh digunakan sebagai faktor menerima ilmu. Lima
deria yang ada pada diri seorang insan ialah mendengar, melihat, sentuhan,
merasa dan menghidu. Untuk menerima ilmu
yang baru adalah menggunakan salah satu atau lebih daripada deria-deria yang
ada pada seorang insan. Rasulullah SAW menerima ilmu dari langit (wahyu) dengan
menggunakan pendengarannya sahaja. Baginda Rasul SAW adalah sorang insan yang
ummi atau buta huruf kerana beliau tidak pernah menjejaki kaki dibangku sekolah
kerana hidupnya dalam keadaan anak yatim piatu.
Menuntut ilmu tidak semestinya
seorang insan itu pandai menulis dan membaca tetapi jika Allah SWT inginkan
seorang insan itu menerima ilmu, tidak mustahil bagi Allah SWT mengilmukan
hambah-Nya. Rasulullah SAW menerima ilmu langsung dari Allah SWT atau dengan
perantaraan malaikat Jibril dengan menggunakan pendengaranya sahaja. Adakalanya
Rasulullah SAW mengulangi wahyu yang disampaikan terlalu awal sebelum wahyu itu
habis disampaikan oleh malaikat Jibril. Dalam keadaan demikian Allah menegur
Rasul supaya bersabar. Rasul menjawab, ia takut kalau-kalau ia tidak akan dapat
mengingati wahyu yang disampaikan jika ia terlalu panjang.
Kekuatan manusia menyimpan ilmu
dalam dadanya yang diterimanya melalui wahyu Allah SWT adalah prerogatif Allah
SWT. Maka manusia tidak watir soal boleh mengingati nya atau tidak. Ingatan
manusia boleh bertahan lama jika ilmu
yang diterimanya dapat diamalkan sebaik sahaja ia terima.
Rasullah diminta dalam Al-Qur’an supaya
berdoa untuk menambahkan ilmu
pengetahuannya: (Rabbzidni ‘Ilma) .
Baginda sendiri telah menegaskan nilai ilmu pengeta- huan dan menonjolkan
kepentingan memperoleh ilmu pengetahuan, bagi orang Islam sama ada orang lelaki
mahupun perempuan. Sabdanya, “Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina”;
“Carilah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad,” – dan malahan seterusnya
baginda bersabda bahawa memperoleh ilmu merupakan tanggungjawab yang dikenakan
ke atas setiap orang Islam, baik laki-laki mahupun perempuan.
Dalam perspektif orang Islam, kehidupan
terbaik adalah bagi mereka yang menum- pukan perhatian untuk memperoleh ilmu
pengetahuan sehingga perolehan ilmu pengetahuan boleh dianggap suatu
tanggungjawab agama yang suci, yang dikenakan ke atas setiap orang Islam laki-laki mahupun perempuan.
Ilmu pengetahuan mestilah bersifat benar
dan hakikat seperti apa yang dikatakan oleh Al-Qur’an sebagai (Haq) dan mestilah diperoleh untuk
tujuan kegunaan dalam kehidupan harian.
Ini supaya hidup yang dijalani oleh manusia menurut tujuan dan matlamat yang
dijadikannya, dan perintah yang diberikan mestilah dipenuhi. Tidak hairanlah
dalam salah satu doa Rasulullah ada
menyebutkan ‘Oh Tuhan, berikanlah aku penglihatan supaya dapat aku melihat yang sepatutnya yang aku lihat’.
Doa ini perlu untuk membezakan hakikat benda daripada rupanya. Secara
kebetulan, apa yang dilihat oleh manusia hanyalah sumber ilusi. Ini kecuali
kepada perkara yang diuji pada landasan pengematan taakulan yang jelas. Yang
berakhir apa yang dipanggil sebagai kriteria Pembukaan rahsia.(1)
Pendukung persaudaraan sejagat adalah
manusia yang berilmu pengetahuan serta mengenali dirinya dan seterusnya
mengenali Allah SWT. Pendekatan diri kepada Ilahi wajar menjadi agenda dalam
pembangunan diri. Dalam melaksanakan bimbingan baik dengan diri sendiri,
keluarga dan masyarakat, hendaklah mempunyai kesucian itu harus disertai dengan
kekuatan. Jika kesucian tidak disertai dengan kekuatan maka kita akan hancur di
dalam perjuangan hidup ini.
Kita harus waspada dengan diri sendiri,
kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan kemaksiatan dan dosa. Jestru itu
perlu ditanamkan jiwa yang menyerahkan diri kepada Allah
SWT,
dan tidak mencari yang lain sebagai tempat bergantung. Firman Allah surah
Ath-thalaq ayat 65:2-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“.......Barang siapa bertakwa
kepada Allah nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangkanya. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan
mencukupkan keperluannya. Sesungguh- nya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
setiap sesuatu.”
Membentuk jiwa
yang takwa dalam diri, iaitu mengusahakan supaya kita menyedari akan kekuasaan
dan rahmat Allah SWT. Kemudian dengan bersungguh-sungguh memeli- hara diri dari
sesuatu yang diperintah dan dilarang-Nya. Begitu juga kita perlu membina jiwa
agar mampu menerima kesucian diri, dan mengarahkan pemikiran ke jalan yang diredai Allah SWT.
Jiwa yang bertakwa dan selalu
mengingat kepada Allah itu memberi pengaruh kepada amal perbuatan dan segala aktiviti kehidupan kita. Sebab segala sesuatu yang
kita lakukan itu tidak lepas dari menaggungkan
ilahi. Jika jiwa seorang itu telah
sampai kepada kasih sayang Allah, bererti seseorang itu telah sampai
kepada jiwa ini maka manusia akan mempunyai motivasi yang tinggi dalam berjuang
menegakkan kebenaran.
Pendukung persaudaraan sejagat
diertikan bahawa manusia telah sedar asal usul kewujudan seorang insan,
semestinya berpangkal kepada keturunan dari keluarga besar Nabi Adam a.s.
Manusia diwujudkan Allah dengan berbagai fitrah kehidupan yang septutnya
menjadi kekuatan pada diri manusia menangani karenah-karenah kehidupan yang
sentiasa memesongkan hatinya di landasan yang diredai Allah SWT.
Muhammad Isa Selamat menulis
dalam bukunya bertajuk: “Penawar Jiwa – Psikologi Ketenangan Minda”, telah
memperkenalkan kelemahan dan kekuatan manusia dalam menangani pembangunan
kehidupan, berpangkal kepada hati. “Hati”, mengikut pendapat Baginda Rasul SAW,
adalah raja dalam diri manusia. Jika ia baik maka baiklah segala tindakan
manusia dan jika ia buruk maka buruklah padanya.
Rasulullah SAW bersabda
maksudnya:
“ Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh ini ada sebuku daging.
Apabila ia baik,maka baik pula seluruh tubuh, dan jika ia rosak, maka rosak
pula seluruh tubuh. Ketahuilah sebuku daging itu ialah hati.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Hati merupakan alat yang mengendalikan semua anggota tubuh..
Melalui hatilah anggota tubuh yang lain mengambil teladan atau model, baik dalam
ketaatan mahupun dalam kemungkaran. Hati
yang dijadikan Allah SWT dalam diri manusi itu merupakan bahagian yang harus
dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. Ke mana akan
kita bawa hati yang memiliki fungsi yang sangat besar itu. Semuanya harus
dijawab kelak di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT surah Al-Isra’ ayat 17:36
yang bermaksud; (terjemahan)
“Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu adalah akan ditanya.”
Setiap perbuatan
anggota tubuh tidak akan lurus dan benar sebelum ada tujuan dan niat yang
dikehendaki oleh hati. Hatilah yang mempunyai tanggungjawab setiap pergerakan
tubuh. Disababkan keddukan hati yang tinggi inilah, sehingga ia menjadi pusat
perhatian para solihin atau para sufi yang ingin memperolehi kebenaran hakiki
dan kesucian jiwa. Untuk melembutkan hati, meluruskan serta mengubati penyakit-penyakitnya
adalah merupakan ibadah yang paling utama bagi mereka.
Hati manusia juga memiliki sifat
hidup dan mati. Ada tingkatan hati manusia.
1,
Qalbun Shahih (hati yang suci)
2. Qalbun Mayyit (hati yang mati)
3.
Qalbn Maridh (Hati yang sakit)
Hati yang suci iaitu yang sihat,
suchi dan bersih daripada gangguan yang menentang perintah dan larangan Alah
SWT. Sehingga ia selamat daripada mengabdi dan mempercaya selain daripada
Allah. Hati yang suci ini juga terselamat daripada mengambil hukum yang
bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Hati ini murni ubudiyahnya atau pengabdian kepada
Allah SWT. Baik ubudiyah dalam iradat, cinta, tawakal, bertaubat, tunduk patuh, mahupun mengharapkan kurnia daripada
AllahSWT.
Seluruh aktivitnya hanya untuk
Allah semata. Jika ia mencintai maka cintanya itu kerana Allah, jika ia benci,
maka bencinya itu pun kerana Allah. Begitu juga ketika ia bersedakah atau tidak
dapat memberi, semuanya kerana Allah SWT. Ia mempunyai prinsip perinsip dan
asas yang kuat di dalam mempercayai bahawa Nabi Muhammad sebagai penghulu para
Rasul dan suri teladan bagi seluruh umat manusia.
Orang yang mempunyai hati yang
suci bersih ini menjadikan Rasulullah sebagai model atau contoh dalam
kehidupannya. Dalam kehidupan sehari-hari ia berusaha untuk menunju ke arah
kemuliaan hati Rasul SAW. Pada dasarnya, setiap tingkah laku serta akhlaknya
sesuai dengan Sunnah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT surah Al-Hujurat ayat
49:1 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan betakwalah kepada Allah. sesungguhnya
Allah Maha Mendengar dan Maha mengetahui.”
Allah menyeru kepada mereka yang mengaku beriman dan
percayakan kitab Allah, supaya jangan terburu-buru di dalam tindakan mereka-
sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan – unuk mendahului perintah Allah
dan Rasul-Nya. Misalnya:Kalau dikemukakan sesuatu masalah dalam majlis
Rasulullah SAW janganlah lekas terburu-buru mendahului menjawabnya sebelum
Baginda menjawaab.
Kalau dihidangkan makanan janganlah
mereka mendahuluinya makan sebelum dipersilakan. Kalau berperigian bersama
Baginda ke suatu tempat, janganlah mendahuluinya berjalan di hadapannya,
janganlah terburu-buru menjatuhkan hukum-hukum dalam sesuatu pekara sebelum
Allah dan rasulnya memberikan hukum kepada mereka. Ini ditakuti kelak akan
menghukumkan sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kerana
Allah mendengar apa yang mereka katakan, lagi mengetahui tujuan kata-kata yang
diucapkan, walau pun disemunyikan didalam hati .
Ada dua jenis hati selain dari hati yang
suci iaitu hati yang mati dan hati yang sakit. Kedua-dua jenis hati tersebut
bukan gulungan manusia yang Pendukung
Persaudaraan sejagat. Manusia serupa ini arah tuju pemikirannya sentiasa
berkiblat kepada hawa nafsu keduniaan.
Hati yang mati tidak pernah mengenal
Allah Pencipta, tidak menyembah Allah, serta tidak mencintai dan redhai
kepada-Nya. Hati itu berdiri bersama-sama sengan syahwat serta mengikuti keinginan nafsu syahwat semata.
Hati yang mati itu tidak peduli lagi apakah Allah
SWT
redha atau murkah terhadap perkara yang dikerjakannya, sebab ia telah
mengabdikan selain daripada Allah SWT. Hawa nafsu lebih dituruti dan dipatuhi
daripada rasa cinta atau mahabbah kepada Allah SWT. Bagitulah hati yang mati,
tidak mampu mendegar seruan Allah SWT, tetapi ia hanya mendengan seruan syaitan,
disebabkan mata hatinya telah ditutupi oleh nafsu, menyebabkan ia menjadi buta
dan pekak.
Qalbun Maridh, iaitu hati yang masih memiliki kehidupan namun di
dalamnya tersimpan benih-benih penyakit. Kadang kala ia hidup sihat dan pada
masa tertentu ia hidup dalam keadaan berpenyakit. Beriman kepada Allah, ikhlas
dan tawakal merupakan makanan yang akan menghidupkan hati yang sakit ini.
Begitu juga sebaliknya, lebih
mengutamakan dunia, cinta syahwat, tamak, dengki, takabur dan ujub adalah
merupakan racun yang dapat menghancurkan hati insani, mungkin aampai pada
peringkat mematikan hati kita. Hati yang sakit ini pada asasnya mempunyai dua motivasi, pertama motivasi yang mengajaknya, menuju Allah dan Rasul-Nya untuk
mecari kebahagian abadi di akhirat, kedua motivasi yang mengajak menuju kepada
kebahagian dunia yang sifatnya sementara. Hati yang semacam ini akan mengikut
pengaruh mana yang paling kuat menguwasai dirinya dan ia akan masuk ke pintu
pengaruh tersebut.(2)
(1) A.K.Brohi: Suatu
Pegangan Hidup : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur 1992.
(2)
MUHAMMAD
ISA SELAMAT:PENAWAR JIWA – Psikologi Ketenangan Minda. Daarl Numan 1998
No comments:
Post a Comment