Saturday, April 13, 2019

PEMBANGUNAN ANG MAMPAN MULIAKAN IBADAH


PEMBANGUNAN YANG MAMPAN MULIAKAN IBADAH
(Disiarkan pada 13.4.2019)
               Menurut perspektif Islam, tanggungjawab manusia bukan sekadar memuaskan keper luan yang sesuai dengan tabiat jasmani atau tabiat rohani sahaja. Sebaliknya, manusia perlu hidup secara sederhana dan realistik dengan menggabungkan keperluan rohani dan jasmani. Untuk mengawal kedua-dua keperluan tersebut daripada menjadi keterlaluan, manusia memer lukan peraturan yang kekal dan suci seperti yang terkandung dalam syariah Islam.
               Dari sudut pembangunan, manusia hari ini tidak banyak berbeza dari manusia pada masa dahulu, melainkan manusia di zaman ini lebih beruntung dari segi kemajuan sains dan teknologi. Bagaimana pun kemajuan sains dan teknologi bukan merupakan kriteria utama mengukur pembangunan manusia. Sebaliknya, pembangunan manusia bergantung pada darjah ketakwaan. Istilah ketakwaan bermaksud penyerahan diri kepada Allah, kesedaran tentang keesaan-Nya, kepatuhan kepada suruhan-Nya dan keinginan untuk mendapat keredaan-Nya.
               Manusia yang paling membangun ialah manusia yang berjaya mengabdi kan diri secara menyeluruh kepada Allah, manakala manusia yang paling mundur ialah manusia yang gagal mematuhi suruhan dan larangan Allah. Menurut Naquib (1992), konsep pembangunan yang diutarakan oleh Islam merujuk usaha manusia untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang disarankan dan diamalkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat baginda, dan para mukmin yang sejati.
               Dalam konteks ini, konsep pembangunan berhubung rapat dengan konsep lain seperti adab, keadilan, dan hikmah. Malah, pembangunan manusia  menurut Islam merupakan pemba ngunan yang bertumpu kepada usaha memaksimumkan penghayatan adab, keadilan, dan hikmah dalam seluruh aspek kehidupan manusia.
               Kiblat pembangunan manusia harus bermuara dari pembangunan insan sebagai produk dalam membina keluarga bahagia. Pembangunan profesional dalam kehidupan berkeluarga mempunyai pelbagai bentuk yang berbeza. Perkembangan profesional yang konstruktif meng- hasilkan perubahan kualitatif yang bermakna berpanjangan dalam pemikiran dan pendekatan pasangan suami isteri terhadap pembinaan kehidupan berkeluarga yang bahagian. Dengan itu,  adalah penting bagi pasangan suami isteri menjalankan aktiviti bersepadu secara  berautonomi untuk membangunkan keluarga.
               Untuk menjadi ibubapa yang profesional, pasangan suami isteri perlu membentuk dan mengembangkan wawasan yang dinamik tentaang perkembangan profesional dalam kontek kehidupan berkeluarga. Ini memerlukan tahap autonomy yang mencerminkan dorongan ke arah profesionalisme. Tiga prinsip yang mendasari pendekatan baru bagi pembangunan keluarga.
               Prinsip pertama,  ialah membina keintiman dan kebahagiaan dalam keluarga melalui proses pembangunan insan secara menyeluruh. Ini membabitkan usaha  mempertingkatkan kesejahteraan (al-falah) manusia ke tahap yang optimum dalam semua aspek kehidupan dengan berlandaskan pendekatan tauhid. Dalam pembangunan insan, aspek kerohanian dianggap sebagai pokok, manakala  aspek yang lain seperti sainstifik, ekonomi, teknologi, perniagaan, dan sosial dianggap sebagai cabang kepada pokok tersebut (lihat Nik Azis, 1994).
               Prinsip kedua pula ialah pembinaan dalam konteks persekitaran fizikal dan interaksi sosial yang membabitkan aktiviti yang bermatlamat. Pembinaan skim pengetahuan yang baru pula akan medorong individu untuk  membentuk matlamat hidup yang baru. Ringkasnya, matlamat kehidupan bekeluarga bergantung pada tahap pemahaman seorang individu tentang fungsi keluarga.
               Seterusnya, prinsip ketiga menegaskan pembinaan skim pengetahuan yang baru ber- gantung pada pengalaman lalu dan suasana semasa. Pendidikan keibubapaan ialah pengua- saan sesuatu pendekatan baru. Dalam kehidupan berkeluarga yang sedia ada. Bagaimana pun untuk menjadi ibu bapa yang profesional, pasangan suami isteri perlu membentuk wawasan baru tentang perkembangan profesional, pasangan suami isteri perlu membentuk waasan baru tentang perkembangan profesional.
Ilmu pengetahuan yang disajikan dengan amal ibadah merupakan nadi pembangunan yang menjanjikan kejayaan dalam arena memodenkan pembangunan manusia keseluruhan nya. Pembangunan itu membasmikan kejahilan dan melahirkan satu dimensi perubahan kehidupan manusia seutuhnya. Berfikir adalah suatu aktiviti otak mengolahkan minda melalui teknik-teknik pemetaan dengan menggunakan mata hati untuk melihat cakrawala infrastruktur  kehidupan.
               Pembangunan yang mampan adalah produk dari takwim kerja amal yang sentiasa melihat sesuatu perubahan hidup berlandaskan kepada keredaan Allah SWT  sebagai architect atau jurubina kepada pembangunan manusia yang bersifat sempurna. Dunia sains dan teknologi telah memaksa tamadun manusia mengikuti arus pemodenan hidup seiring dengan kepekaan manusia memahami perubahan yang disandarkan kepada Islam sebagai cara hidup.
                              Kehidupan itu suatu disiplin hidup yang mempunyai kesinam bungan dari satu bentuk alam ke satu bentuk alam yang lain yang dihiasi dengan disiplin hidup yang mempu- nyai hubungan dengan alam ini sendiri. Manusia telah diperutukkan oleh Allah SWT melalui empat alam yang mempunyai suasana yang berbeza antara satu dengan yang lain.
               Antaranya ialah alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.. Pembangu- nan insan berlaku dalam dua alam iaitu alam rahim dan alam dunia. Alam rahim adalah  peringkat pembentukan jasmani manusia dilengkapi dengan roh Allah SWT apabila gayi itu berusia 120 hari dalam rahim ibu. Kehidupan dalam alam rahim lamanya hanya sembilan bulan sepuh hari sahaja.
               Pembangunan insan sudah bermula sejak dalam rahim ibu di mana sifat-sifat kemanu siaan itu akan terbentuk mengikut disiplin hidup yang diamalkan oleh kedua pasangan hidup si suami dan si isteri yang mengandung. Ciri-ciri pembangunan insan seperti akhlak, kebersihan jasmani dan kekuatan mental adalah antara zat yang kedua pasangan hidup wajib menjaganya agar anak dalam kandungan isteri mempunyai kekuatan untuk meyelamatkan diri daripada segala karenah hidup yang bakal dilalui oleh bayi apabila dia lahir kelak.
               Pembangunan insan memerlukan pembentukan akhlak yang sempurna. Akhlak manu- sia sememangnya terbentuk dalam rahim ibu berpandukan kepada akhlak ibu itu sendiri semasa mangandung dan juga akhlak suami yang hidup bersamanya. Apa sahaja ibu lakukan semasa mengandung akan mengikutinya dan begitu juga gerak laku si suami akan menjadi bahan pembangunan kepada akhlak anak yang dikandung isteri.
               Sebagai contoh satu keluarga di kampung Baginda, Keningau; apabila isterinya meng- andung anak yang kedua, dia sentiasa mengisi masa lapangnya untuk mengaji. Kebanyakan orang yang mengandung  terutama sekali pada dua bulan pertama, mereka mengamalkan budaya mengidam. Masa mengidam si isteri sentiasa menginginkan sesuau makanan. Tetapi lain pula halnya isteri berkenaan, ia mengidam suka mengaji khususnya membaca surah Yassin.
               Setelah anak yang dikandungnya lahir, dalam usia  empat tahun anak itu  sudah hafaz surah Yassin. Anak itu telah mempersembahkan  bacaannya dalam tahun 1981 di khalayak orang ramai semasa menyambut hari Mauludirasul peringkat negeri anjuran kerajaan negeri Sabah yang diadakan di padang bandaran Kota Kinabalu.
               Telah ditemuduga oleh orang tertentu, kepada ibubapa anak berkenaan setelah selesai  menyambut upacara Mauludirasul, bagaimana mereka mendidik anak yang begitu kecil sudah dapat menghafal surah Yassin? Maka bahan yang dipersembahkan kepada menemuduga ialah mengenai amalan  isterinya suka membaca surah yassin semasa mengandung. Ia tidak mengi- dam untuk memakan makanan lain hanya mengidam untuk membaca surah Yassin sahaja.
               Sayugia dikatakan juga bahawa telah berlaku pada sebuah keluarga, semasa interinya mengandung pada anak yang ketiga. Si suami telah pergi memburu burung dengan mangguna kan sinapang patahnya. Ia kelihatan seekor burung helang di atas pokok, kemudian dia menimbaknya lalu jatuh. Apabila isterinya bersalin anak itu  mempunyai mata yang anak matanya tidak tenteram, iaitu bahagian mata yang berwanah hitam, setiasa bergerak. Ia merujuk kepada pakar mata tetapi doktor mengatakan bahawa matanya sudah begitu keadaannya dan tidak oleh buat apa-apa untuk memperbaikinya.
               Apabila ibu yang mengandung sampai masa mengidam tetapi si suami tidak dapat membekalkan isterinya dengan makanan yang ia ingin benar memakannya, maka anak itu apabila dilahir kelak ia sentiasa mengeluarkan air liurnya. Ia tidak dapat mengawal air iurnya keluar dari mulunya. Maka ibunya sentiasa memasang napkin di dadanya semasa tahun pertama ia dilahirkan.
               Pembangunan insan harus dilihat daripada kaca mata agama dan juga sains dan tekno- logi. Makanan yang seimbang harus diamalkan oleh ibu agar otak anak akan terbentuk dari zat yang membina dan membangun kelak akan mudah menerma pembaharuan dalam mengan- jalkan pembangunan kehidupan
Para ibu-ibu yang mengandung harus memikirkan bahawa tanggungjawab kita sebagai kilang tempat pemprosesan atau membina manusia, jiwa kita sentiasa dengan Allah kerana dialah jurubina atau akitek yang mewujudkan insan yang kamil sebagi penerus cerita dan pembina sejarah pembangunan manusia yang kita ingini di alam kehidupan.
Masyarakat guru adalah gedung ilmu dalam membentuk generasi yang bertamasun. Pembangunan insan merupakan agenda utamanya dalam mengilap akhlak anak-anak agar menjadi manusia yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Peranan utama pendidik ialah mengilmukan manusia agar dapat memahami tanggungjawab dalam kehidupan.
Memanusiakan ilmu adalah tanggungjawab semua agar ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh generasi pelapis tidak disalahgunakan. Didikan agama adalah wajib untuk pembangunan insan yang sempurna. Para pendidik harus berkerjasama dengan ibubapa dan masyarakat agar misi untuk mengilmukan  manusia akan terlaksana dengan sempurna. Manu- sia adalah makhluk yang bemasyakat. Ia mempuyai ciri-ciri pembangunan yang belandaskan kepada kepekaan mendifinasikan maklumat-maklumat yang ditemuinya dalam hidup.
Pembangunan insan wajib dalam dua dimensi iaitu dimensi duniawi (jasmani) dan dimensi ukhrowi (akhirat). Ilmu pengetahua sebagai sumber kebahagiaan, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Tetapi ilmu pengethuan duniawi semata tidak menjanjikan kebaha- giaan jika tidak disajikan dengan ilmu pegetahuan rohaniah (akhirat).
Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan pesan bahawa jika kita inginkan kebahagiaan di dunia perolehi  ilmu pengetahuan dan jika kita inginkan kebaahagiaan di akhirat  nanti perolehi ilmu pengetahuan dan jika kita inginkan kebahagiaan kedua-duanya, dunia dan akhirat juga  perolehi ilmu pengetahuan.
Pembangunan keluarga wajar bersendikan ilmu yang Allah telah sediakan di alam kehidupan ini seperti mana yang telah diperintahkan-Nya dalam wahyu Allah pertama yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad SAW. Iaitu kalimah “Iqra”, atau baca. Apa yang dibaca ialah dua dokumen yang Allah telah sediakan.
Pertama, dokumen yang Allah telah ucapkan iaitu Al-Qur’an yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW selama 22 tahun dalam perantaraan Malaikat Jibril. Dokumen kedua ialah yang tercipta oleh Allah SWT iaitu alam ini dengan segala makhluk-Nya, sama ada yang hidup mahupun sebaliknya.
Pembangunan manusia, kita boleh analogikan seperti makhluk rumput yang tumbuh di merata tempat. Kalau kita tanam padi tanpa diundang rumput tumbuh sama, tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh sama. Tamsilan bahasa yang dihidangkan oleh fenomena berkenaan ialah jika kita pelihara pembangunan akhirat, dunia akan turut sama terbela, tetapi jika kita tumpukan pembangunan dunia semata, maka pembangunan akhirat tidak akan turut sama terpelihara.
Pembangunan insan harus berteraskan ibadat kepada Allah SWT kerana segala pembangunan dalam hidup ini bersumber daripada Allah SWT dan pembangunan itu hanya dapat diraih dengan bekalan ilmu pengetahuan, tanpanya manusia telah mengkufuri nikmat hidup yang Allah bekalkan kepada manusia.
Pembangunan insan harus berteraskan budaya hidup yang sentiasa diredhai oleh Allah SWT. Manusia hanya mampu bertawakal melaksanakan dan megusahakan agenda kehidupan. Kejayaan dan penghasilannya adalah prerogatif dan keredhaan Allah SWT.
Pembangunan sosial bukan hanya menumpukan kepada mengimukan manusia tetapi juga mewujudkan manusia yang seimbang dan harmoni yang mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyumbangkan kepekaannya untuk berbakti dan berjasa kepada nusa dan bangsa.
Dari perspektif Islam, kehidupan terbaik adalah bagi mereka yang menumpukan perhatian untuk memperolehi ilmu pengetahuan sehingga perolehan ilmu pengetahuan dianggap suatu tanggungjawab agama yang suci. Dunia pada masa ini mempercayai ilmu pengetahuan sebagai nadi pembangunan sosial dan berusaha untuk membolehkan masyarakat manusia menjadi kemestian untuk memperolehinya.
            Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umatnya untuk menuntut ilmu mulai dari buayan hingga ke liang lahad; dan Baginda juga menasihatkan umat manusia bahawa menuntut ilmu  adalah untuk sepanjang usia hidup di alam dunia.yang fanah ini.

No comments:

Post a Comment