ILMU
KESEJAHTERAAN HIDUP MANUSIA
(Disiarkan pada 14. 9. 2019)
Islam memberi galakan khas untuk
mendapatkan ilmu, sebab seorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi
maju kecuali dengan ilmu. Allah berfirman dalam menegakkan demkian dalam surah Az-Zumar
ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima
pelajaran.”
Adakah orang yang tahu tentang
berbuat ibadat kepada Allah diberi pahala dan yang derhaka lantaran berbuat
maksiat akan diseksa samakah keadaannya dengan yang tidak tahu akan hal itu. Tentulah
tidak sama. Ayat ini sebagai melengkapkan kenyataan Allah yang dimuali dengan
amal dan diakhiri dengan ilmu. Adakah amal itu merupakan (perjuangan) dan ilmu
merupakan penyingkapan. Kalau manusia beramal dengan berilmu menunjukan
kesempurnaan dan kelebihan dirinya.
(“Hanyasanya yang mengambil pengejaran itu ialah orang-orang yang
berakal.”
Orang yang mengambil teladan
mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya
itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang jahil dan cuai – kerana yang
berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang
tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
Kemudian kita lihat ayat lain
dalam Al-Qur’an menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah.
Firman Allah dalam surah Al-Mujadilah ayat 58:11 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat”.
Allah akan meninggikan darjat
orang-orang Mukmin lantaran mereka mematuhi perintah Allah dan perintah
rasul-Nya. Begitu pula orang-orang yag berilmu pengetahuan. Sebenarnya orang
yang berilmu pengetahuan itu tinggi benar darjatnya, bukan saja di kampung
akhirat, malahan juga di atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang
mempunyai pengetahuan dipandang tinggi.
Dan biasanya pula pandangan itu
ditumpukan kepada ijazah-ijazah. Sesiapa yang memiliki ijazah pengajian, maka
mudahlah mendapat kedudukan dan senanglah mendapat pekerjaan. Tentu saja bukan
ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, malahan juga semua
ilmu pengetahuan yang berfaedah untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Sebab
itu kaum Muslimin digesa supaya kuat menuntut ilmu, biar di bumi mana saja ilmu
itu berada.
Demikian juga Allah mengakui
penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman surah Ali Imran
ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang
menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan
yang demikian itu.”
Allah menyamakan
antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang yang berilmu dan penyaksian
malaikat Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberi kepada
orang-orang yang berilmu.
Dari segi lain kita lihat, Al-Qur’an
tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah surah Ar-Rum ayat
30:59 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu)
memahami”.
Begitulah Allah
menutup pintu hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehingga tidak dapat lagi
menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan
yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterngan
yang dibacakan dari Kitab Allah, disebab buruknya persediaan mereka, buruknya
tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.
Allah juga menyatakan tidak ada
batasan dalam ilmu. Kata-kata pengkaji ilmu, “The more I know the more I don’t know” “Semakin saya tahu semakin
saya tidak tahu!” maknanya bahawa tidak ada batasan dalam ilmu. Semakin kita
mengkaji sesuatu ilmu kita akan menemukan diri kita bahawa semakin banyak lagi
ilmu yang wajar diterokai.
Allah itu Maha Bijaksana dan Maha
sempurna. Segala ilmu yang Allah wujudkan dalam hidup ini semestinya ada
manfaatnya. Allah tidak menciptakan ilmu dengan sia-sia. Maka itu manusia diciptakan Allah untuk
menuntut ilmu dalam kehidupan. Sayugia juga bahawa amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada manusia ialah menjadi khalifah-Nya di atas muka
bumi ini. Maka itu wajar mempunai ilmu yang luas demi kesejahteraan pembangu
nan kehidupan.
Kita berkhidmat dengan kerajaan, kita
akhiri khidmat kita dengan persarahan mengikut usia yang ditentukan oleh kerajaan tetapi menuntut ilmu
tidak ada batasan dalam ilmu. Semakin banyak ilmu kita perolehi dalam hidup
semakin mulia darjat kehidupan kita dalam masyarakat
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW
menyarankan bahawa menuntut ilmu adalah sepanjang zaman. Beliau mengatakan
bahawa tuntutilah ilmu mulai dari buaiyan hingga ke liang lahad. Maksudnya
menuntut ilmu adalah sepanjang hayat.
Nabi Musa a.s telah ditegur oleh
Allah SWT supaya beliau mengikuti Nabi Khijir untuk menuntut ilmu darinya,
kerana Nabi Musa merasa gagah dengan ilmunya kerana ia berjaya menjatuhkan empayar
Raja Firaun yang mengakui dirinya sebagai Tuhan. Nabi Musa gagal memelihara syarat yang diberi
oleh Nabi Khijir jika Nabi Musa hendak menuntut ilmu darinya ia mesti tahan
melihat perlakuan yang dilakukan oleh Nabi Khijir.
Ilmu Nabi Khijir jauh lebih
banyak berbanding dengan ilmu Nabi Musa. Nabi Khijir boleh melihat keadaan
kehidupan seseorang lebih jauh sebelum ia berlaku. Allah SWT memberinya (hidayah)
iaitu satu kekuatan untuk mengetahui disiplin pembangunan insan tertentu.
Firman Allah surah Yusuf ayat
12:78 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Di atas tiap-tiap orang yang
berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.”
Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang
berilmu, supaya jangan membangga banggakan
dirinya dengan kenunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang yang lebih pandai,
Tetap hendaklah semakin merendah diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu
kepadanya. Bahawa saudara-saudara Yusuf adalah orang-orang yang alim, tetapi
Yusuf lebih alim daripada mereka.
Ayat ini bertujuan supaya
orang-orang yang berilmu tidak merasa besar diri dan mereka akan berusaha
menambahkan ilmu, serta mereka akan menganggapkan diri mereka boleh dikeritik
oleh orang lain
Al-Qur’an menuntut orang-orang Islam supaya
mencari ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki
tentang hakikat alam.
Firman Allah surah Taha ayat 20:114 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Dan
katakanlah: Ya Tuhanku, tambahlah kepadaku ilmu pengetahuan”.
Islam tidak menghadkan setakat menyeruh
manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui prinsip yang boleh mencegah
kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam
prinsip-prinsip berikut:
Islam agama hujjah dan bukti. llmu pegetahuan
tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin.
Al-Qur’an juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu
sebagai benar kecuali apabila diperteguhksn dengan dalil: Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:111 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Dan
mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata:
Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi
dan Nasrani. Demikian itu (hanya) angan-
angan mereka yang
kosong belaka. Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaran jika kamu
orang yang benar.”
Tidak harus
mempercayai sesuatu kecuali dengan bukti: Orang-orang yang syirik secara
bertaklid kepada orang lain akan dihisab oleh Allah.
Firman Allah surah Al-Mu’minun
ayat 23:117 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan barangsiapa menyembah bersama Allah Tuhan yang lain–tanpa
mempunyai bukti - sesungguhnya perhitungannya di sisi Allah. Sesungguhnya
tiadalah beruntung orang-orang yang kufur itu.”
Dalam ayat lain Allah meminta
bukti dari orang-orang musyrikin tentang patong-patong yang mereka jadikan
sebagai Tuhan, untuk memperlihatkan kelemahan mereka.
Firman Allah surah An-Naml ayat 27:64
yang bermaksud: (terjemahan)
“Bahkan siapakah (lagi kalau bukan Allah) yang mula-mula menjadikan
makhluk kemudian mengulanginya sekali lagi, dan siapakah yang memberikan kamu
rezeki dari langit dan bumi? Masih adakah Tuhan yang lain bersama Allah? Katakanlah:
“Bawakan keterangan-keterangan kamu (sebagai bukti) sekiranya kamu orang yang
benar.”
Ayat-ayat Al-Qur’an yang kita
sebutkan adalah jelas menyatakan bahawa setiap perkataan hendaklah diberi bukti
kebenarannya. Orang yang mendengar hendaklah meminta bukti, jika tidak ada
bukti maka jangan didengar perkataan atau percakapan itu.
Islam, agama keyakinan. Ilmu
pengetahuan sentiasa pengawasi sesuatu yang tidak yakin (sebenar) daripada
menjadi yakin. Ia juga menjaga dari bertukarnya dan (persangkaan) menduduki
tempat yakin. Ia mengkiaskan kadar hampirnya masalah kepada kebenaran dengan
kadar kukuhnya hujjah yang membuktikan masalah. Jika hujjah kukuh maka masalah
adalah benar, jika tidak maka ianya dhan sahaja.
Perbezaan yang dibuat oleh ilmu
pengetahuan terhadap kedudukan hak dan dhan adalah bersesuaian dengan ajaran Al-Qur’an
yang menyuruh berawas dari dhan atau waham. Alasannya ialah kerana kedua-dua
itu menjadi sebab menyesatkan manusia dan merosakkan akidah mereka.
Firman Allah surah Al-An’am: ayat
6:116 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah; mereka tidak lain
hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
(terhadap Allah)
Allah berfirman
lagi dalam maksud yang sama surah Yunus ayat 10:36 (terjemahan)
“Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti persangkaan sahaja. Sesungguhnya
per- sangkaan itu tidak dapat menggantikan
kebenaran sedikit jua pun. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang mereka
kerjakan”,
Al-Qur’an
menyuruh berpegang kepada ilmu yang yakin. Ia mengingkari orang-orang yang menurut waham dan dhan. Sesungguhnya
kebanyakan orang musyrik itu hanya mengi- kut sesuatu perkara yang mereka semdiri
tidak mengetahui hakikatnya dengan pasti, hanya persngkaan atau ragu dan
sebagai Pa turut. Umpamanya menyembah berhala yang diamalkan oleh nenek moyang
mereka, mereka sangkakan baik dan dapat menolong, lalu mereka mengikut pula
menyembah berhala. Atau adanya hari
kebangkitan itu mereka sangka mustahil berlaku, dan diutusnya Muhammad SAW
sebagai Rasul, mereka ragu lalu mendustakannya.
Sedikit benar daripada mereka
yang mengakui bahawa apa yang telah dibawa oleh Nabi SAW itu adalah perkara
yang hak lagi benar. Malah kebanyakan mereka mendustakanya kerana takut
pengaruh mereka hilang, selama itu mereka sebagai ketua yang diikuti enggan
bertukar menjadi pengikut.
Allah kemudian menjelaskan:
Sesungguhnya persangkaan itu tidak dapat
mengganti kan kebenaran sedikit jua pun.
Setiap yang hak atau kebenaran,
pasti akan berdiri tetap dan tidak akan dapat dirobohkan oleh syak atau
persangkaan, apalagi hendak menggantikan tempat keyakinan
walau
sedikit pun.
“Seungguhnya Allah itu tahu apa yang mereka kerjakan”.
Allah
mengetahui tentang kepercayaan orang yang didasarkan di atas persangkaan dan
meniru secara buta yang tentunya Allah akan memberi balasan di atas perbuatan mereka
itu.(1)
(1)Alif Abd.Al-FattahTabbarah:
Nadi Ajaran Islam:Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdanan Menter , Kuala Lumpur
1993
No comments:
Post a Comment