KEHIDUPAN YANG MAMPAN SEMESTINYA DENGAN ILMU
(Disiarkan pada 28. 9. 2019)
Islam memberi galakan khas untuk mendapatkaN
ilmu, sebab seseorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju
kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam menggalak kan demikian dalam surah
Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah:
adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”
Hanyasanya yang mengambil pengejaran
itulah orang-orang yang berakal. Orang yang mengambil teladan menberi bukti-bukti
yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripa danya itulah dikatakan
berakal – bukanlah orang yang cuai – kerana orang yang berakal dapat membezakan
antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang tidak berakal tidak pula
dapat membezakan.
Kemudian kita lihat al-Qur’an ayat yang lain
menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Firman Allah
surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermak- sud: (terjemahan)
“Allah
akan mengangkat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat”.
Allah meninggikan orang-orang yang
beriman di antara kamu dan orang-orang ber ilmu pengetahuan itu beberapa
darjat. Sebenarnya orang berilmu pengetahuan itu tinggi benar darajat, bukan
saja di kampung akhirat, malahan juga atas dunia ini dalam pandangan manusia
orang yang mempunyai pengetahun dipandang tinggi. Tentu saja bukan ilmu
pengetahan yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, malahan juga semua ilmu
yang berfaedah untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Sebab itu kaum
Muslimin digesa supaya kuat menuntut ilmu biar di mana saja ilmu itu berada.
Demikian juga Allah mengakui penyaksian
ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman surah Ali Imran ayat 3:18
yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah
menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia yang menegakkan keadilan.
Para Malaikat dan orang-orang yang berilamu juga menyatakan yang demikian itu”.
Allah menyamakan antara penyaksian-Nya,
penyaksian orang-orang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjukkan
bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
Dari segi lain kita lihat Al-Qur’an
tidak menyukai orang-orang yang tidak
berilmu. Allah berfirman surah Ar-Rum: ayat 30:59 yang bemaksud: (terjemahan)
“ Begitulah
Allah mencapkan (menutup) mata hati mereka yang tidak berilmu.”
Allah menutupkan pintu hati mereka
rapat-rapat dan dipatrinya, sehingga tidak dapat lagi menerima pengetahuan,
pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas
bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan
keterangan yang dibaca dari kitab Allah, disebabkan buruknya persediaan mereka,
buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.”
Ada juga
menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Firman Allah surah Yusof ayat
12:76 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dia
atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui”.
Kata Ibnu Abas (r.a): Di atas orang alim
ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterusnya hingga terhenti ilmu itu kepada
Allah Taala, maka Allah Taala di atas segala yang alim. Ayat ini mengingatkan
kepada orang-orang yang berilmu, supaya jangan membangga- banggakan dirinya
dengan menunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang lain yang lebih pandai,
tetapi hendaklah semakin merendah diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu
kepadanya.
Ini bermakna supaya orang-orang
yang berilamu tidak merasa besar diri dan mereka akan berusaha menambahkan ilmu, serta
mereka akan menganggapkan diri mereka
boleh dikritik oleh orang lain
Nabi Musa (a.s.) apabila ditanya
oleh pengikutnya: “Siapakah yang paling pandai di dunia?” Nabi Musa tidak
menjawab tetapi hanya bercakap dalam hati bahawa tidakkah tahu orang ini bahawa
saya telah menjatuhkan Raja Firaun yang amat zalim itu; dan mengaku dirinya
sebagai tuhan! Oleh kerana Nabi Musa telah menunjukkan kepintarannya dan merasa megah dalam hati di hadapan Allah,
maka Allah perintahkannya untuk menuntut imu daripada Nabi Khijir. Maka Nabi
Musa mendapatkan nabi Khijir dan mengikutinya untuk menimba ilmu darinya.
Nabi Khijir memberinya peluang
mengikutinya dengan satu syarat: Iaitu jangan bertanya kepadanya jika ia
melakukan sesuatu ibadah. Semasa mereka pergi satu tempat di tepi pantai
kemudian Nabi Khijir melihat seorang kanak-kanak bermain di tepi pantai. Nabi
Khijir melihat anak itu kemudian ia
membunuhnya. Nabi Musa melihat keadaan demikian lalu ia betanya kepada Nabi
Khijir mengapa ia membunuh budak itu? Nabi Khijir tidak menjawab lalu mereka
pergi ke satu perkampungan di pulau.
Mereka menaiki perahu kepunyaan kampung
tersebut. Perahu itu cantik baru dibelih. Apabila mereka mengikutinya, kemudian
Nabi Khijir membocorkan perahu itu pada satu
tempat. Melihat gelagat Nabi Khijir itu, Nabi Musa tidak dapat menahan
hatinya tidak bertanya mengapa ia mencacatkan perahu yang cantik itu. Nabi Khir
juga tidak menjawabnya.
Kemudian mereka sampai di kampung
tersebut dan memohon kalau mereka dapat menginap semalan sahaja. Masyarakat
kampung tidak memberi galakan kepada mereka, lalu mereka tidur di satu sulap yang tidak ada
penghuninya. Setelah keesokan harinya mereka balik pulang, tetapi Nabi Khijir
membaiki sulap yang mereka tempat menginap semalam kerana sulap itu sudah
mereng dan dibaiki oleh Nabi Khijir. Nabi Musa mengatakan bahawa buat apa kita
baiki sulap ini, sedang mereka tidak memberi izin kepada kita bermalam di
kampung mereka!
Nabi Khijir kali ini ia menjawab kepada
ketiga-kita pertanyaan Nabi Musa. Nabi Khijir membunuh budak yang kecil itu
kerana apabila dia besar nanti dia akan membunuh bapanya. Maka itu elok
lenyamkan budak itu sebelum ia besar. Nabi Khijir mencacatkan perahu yang
mereka naiki kerana perompak-perompak akan mengambil perahu yang cantik itu.
Jika ada kecacatannya maka perompak tidak ingin mencurinya kerana sudah cacat.
Nabi Khijir membaiki sulap yang tidak
mempunyai penghuni itu yang tempat mereka bermalam. kerana di dalamnya ada
harta karun. Bapa budak yang tinggal di kampung itu sudah meninggal dunia maka
Nabi Khijir baiki sulap itu takut orang mendapati harta karun itu sebelum budak
itu sempat mengambilnya. Maka Nabi Musa telah melanggar perjanjian yang diberi
oleh Nabi Khijir maka Nabi Musa tidak dibenarkan mengikuti Nabi Khijir lagi.
Al-Qur’an menuntut orang-orang
Islam supaya mencari Ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka
kehendaki tentang hakikat alam.
Allah berfirman surah Taha ayat
20:114 yag bermaksud: (terjemahan)
“Dan katakanlah: Ya Tuhanku, Tambahkan ilmu kepada ku ilmu
pengetahuan.”
Setelah
menyebutkan keagungan Kitab-Nya maka di sisi Allah menyebutkan keagungan
Diri-Nya dengan mengatakan: Bahawa diri-Nya adalah Maha tinggi dengan segala
sifat kesempurnaan dan maha suci daripada sifat kekurangan. Dialah sebagai raja
yang berkuasa memerintah dan juga mencegah. Sungguh benarlah janji-Nya akan
ditepati, ancaman-Nya ditakuti, dan Dia tetap
ada dengan tidak berubah-ubah – apa lagi hilang atau lenyap jauh sekali’
Janji-Nya benar, ancaman-Nya juga benar – sedikit pun tidak akan berselesi.
Islam tidak menghadkan setakat menyeruh
manusia supaya mendari ilmu maka ia
mengakui
perinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi
batu.
Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
ISLAM, AGAMA
MUJJAH DAN BUKTI.
Ilmu pengetahua
tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin.
Al-Qur’an juga nenyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan
dengan dalil.
Firman Allah SWT suah Al-Baqarah
ayat 2:111 yang bermaksud (terjemahan)
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk
syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nasrani. Demikian itu
(hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah:Tunjukanlah bukti
kebenaranmu jika kamu orang yang benar.”
Orang Yahudi mendakwa, tidak ada
orang yang masuk syurga melainkan orang yang beragama Yahudi. Begitu juga orang
Nasrani mendakwa, tidak ada orang yang masuk syurga melainkan orang yang beragana
Nasrani. Semua mereka itu mengangan-angankan perkara yang batil (salah) kerana
Tuhan telah menyuruh tanyakan kebenaran hujah-hujah mereka dengan firman-Nya
yang berbunyi:“Katakaanlah ya Muhammad,
tunjukkan alasan kamu sekiranya kamu orang-orang yang benar.”
Tidak harus mempunyai sesuatu
kecuali dengan bukti. Orang-orang yang syirik secara bertaklid kepada orang
lain akan dihisab oleh Allah.
Firman Allah SWT surah
Al-Mu’minun ayat 23:117 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan barang siapa menyembah
bersama Allah Tuhan yang lain – tanpa mempunyai bukti – sesungguhnya
perhitungannya di sisi Allah. sesungguhnya tiadalah beruntung orang yang kafir
itu.”
Barang siapa yang
menyembah Tuhan yang lain – padahal dia tidak layak untuk disembah kerana tidak
ada keterangan dan dalil yang menunjukkan benarnya sekutu Allah itu sebagai
Tuhan – maka balasannya ada di sisi Allah, dan
Dia nanti akan melaksanakan pembalasan itu kepada orang yang layak untuk diberi pembalasan dan
seksaan
Ini menunjukkan sebagai suatu
cacian dan celaan kepada mereka yang menyembah berhala.
“Sesungguhnya tidaklah beruntung orang-orang yang jufur itu”
Orang
yang syirik tidak akan bahagia hidupnya, dan tidak akan terselamat daripada
seksa.
Demikian Allah mengakhiri ayat ini. Dan
bayangan yang digambarkan oleh surah “al-Mu’minun” ini begitu halus yang mana
surah al-Mu’minun ini dibuka dengan menyebutkan tentang kerjayaan dan kemenangan yang didapati
oleh orang-orang Mukmin, kemudian ditutup pula dengan menyebutkan tentang
kekecewaan orang-orang yang kufur dan kegagalan mereka dari memperolehi apa
yang mereka harap-harapkan.
Setelah menyebutkan keadaan orang-orang
kafir dan kebodohan mereka di dunia begitu pula seksaan yang akan mereka terima
di akhirat, maka diperintahkan Rasul-Nya, Muhammad SAW jangan hiraukan mereka,
bahkan supaya menumpukan perhatiannya terhadap Allah SWT, iaitu dengan
memohonkan pengampunan, begitu juga belas kasihan-Nya – dengan firman-Nya surah
Al-Mu’minun ayat 23:118 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan
katakan Wahai Tuhanku! Ampun dan kasihanlah, kerana Engkau sebaik-baik Tuhan
yang mengasihani.”
Katakanlah wahai Rasul: Tuhanku
tutupilah dosa saya dengan pegampunan yang Engkau berikan kepada saya, dan
kasihanilah saya dengan menerima taubat saya dan tidak mengenakan seksaan
kepada saya di atas dosa dan kesalahan yang telah saya lakukan, kerana
Engkaulah Tuhan kami – sebaik-baik Tuhan yang bersifat belas kasihan kepada
orang yang berdosa, lalu diterima taubatnya dan memaafkannya daripada dikena
hukuman. Engkaulah yang mengetahui niat dan rahsia hati seseoang, yang
diharapkan dapat memperbaiki apa yang disembunyikan dalam hatinya.
Dalam hubungan ini al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi
dan juga Ibnu Hibban besama
sekumpulan
para Muhaddithin telah meriwayatkan – daripada Sayidina Abu Bakar – bahawsanya
Sayidina Abu Bakar telah berkata kepada saya suatu doa, yang akan saya bacakan
dalam sembahyang”. Jawab Baginda, bacalah (terjemahan)
“Ya
Allah! Sesungguhnya saya telah
menganiaya diri saya dengan
aniyaya yang banyak. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan
dosa, melainkan Engkau. Oleh itu ampunkanlah dosa saya dari sisiMu, dan
kasihanilah saya, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Pengampun lagi Penyayang.”
No comments:
Post a Comment