PEMBANGUNAN DIRI
MENGIKUT KONSEP ILMU PENGETAHUAN.
(Disiarkan pada 5. 10. 2019)
Ilmu pengetahuan dalam Islam terbahagi
kepada dua, iaitu ilmu pengetahuan mengenai Fardhu Ain dan ke dua ilmu
pengetahuan mengenai Fardhu Kifayah. Fardu Ain, taat kepada perintah Allah.
Berilmu dan fikiran yang positif dan rasional. Meliputi ibadah secara langsung
(direct). Fardu Kifayah mempunyai pertalian dengan masyarakat dan sesama
manusia.
Tujuan ilmu ialah supaya ia menghakimi
akal pada setiap perkara yang terbentang kepada seseorang. Maksud akal ialah
akal yang mencukupi syarat fahaman yang memboleh kannya mengetahui apa sahaja yang dibentangkan
kepadanya.
Al-Qur’an menerangkan bahawa akal
merupakan ni’mat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Dalam
banyak ayat, Allah berfirman:
“
Kami telah nyatakan tanda-tanda bagi kaum yang berakal.”
Kepada orang-orang yang tidak
menggunakan akal Allah berfirman surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Atau
apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami
(kebenaran)? Mereka itu tidak lain, hanya seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat dijalannya dari binatang ternak itu.”
Demikian juga meninggal penggunaan akal
menjadi sebab kepada keseksaan di akhirat seperti firman Allah mengenai
orang-orang kafir dalam surah Al-Mulk ayat 67:10 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan
mereka berkata:: Sekiranya Kami mendengarkan dan memahami (peringatan itu)
nescaya tidaklah kami bersama-sama dengan penghuni-penghuni neraka yang
menyala-nyala”.
Inilah suatu galakan besar bagi pengguna
akal yang diberikan oleh Islam. Perkara seperti ini tidak dapat ditandingi oleh agama-agama lain.
Apakah maksud ilmu yang diserukan Islam?
Ilmu menghapuskan kejahilan, sama ada dalam perkara dunia ataupun urusan
kebendaan. Ilmu-ilmu sains, ilmu jiwa, sejarah, ilmu alam, ilmu masyarakat dan
lain-lain juga dimaksudkan oleh Al-Qur’an di samping ilmu agama.
Allah memberi galakan kepada orang-orang
Islam mempelajari ilmu-ilmu ini supaya mereka lebih mengetahui kebesaran dan
kekuasaan Allah seperti firman-Nya surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Sesungguhnya
yang takutkan Allah daripada hamba-Nya ialah ulama’-ulama’ (orang-orang yang
berpengetahuan).”
Orang yang takutkan Allah (menghindarkan
diri dari seksa-Nya) dengan mentaati-Nya, tidak lain hanyalah para ulama yang
mengetahui kekuasaan Allah di atas segala sesuatu di samping meyakini adanya
seksa yang dikenakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat.
Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi
yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan
maknawi atau kebendaan, kehidupan akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai
jalan keimanan dan peransang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama
yang menjadikan manusia sebagai khalifah; kerana mereka paling kuat beribadat
kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh Malaikat) akan melakukan
kemusnahan dan menumpahkan darah di
ataspermukaan bumi. Lalu Allah telah
menolak sangkaan para Malaikat dengan firman-Nya surah Al-Baqarah ayat 2:30-33
yang bermaksud: (terjemahan)
Sesungguhnya
aku Maha mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarkan Adam
nama-nama keseluruhannya.”
Islam adalah agama ilmu, al-Qur’an
al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama
diturunkan
kepada Rasulullah SAW, ialah berkenaan dengan ilmu iaitu: “Bacalah dengan
Nama Tuhanmu yang
telah menciptakan.”
Membaca adalah pintu keilmuan semantara
al-Qur’an merupakan: “Kitab yang
diperjelaskan ayat-ayatnya, iaitu bacaan di dalam bahasa Arab, untuk kaum yang
berilmu.”(Fusilat ayat 41:3)
Beberapa seruan supaya mempelajari
ilmu-ilmu tabi’e. Banyak terdapat ayat-ayat yang memberi galakan untuk
mempelajari ilmu sains tabi’e. Antaranya ialah Firman Allah SWT surah Ar-Rum
ayat 30:22 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan dan warna kulitmu,
sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
orang-orang yang mengetahui.”
Di antara tanda-tanda yang menunjukkan
kekuasaan Allah itu ialah, terciptanya langit yang penuh terhias dengan
bintang-bintang yang bergemerlapan cahayanya dari jenis bintang- bintang tetap
dan beredar, yang kelihatannya begitu kecil kerana terlalu jauh letaknya,
begitu jua terciptanya bumi yang bergunung, berlurah, berlaut, berpadang-pasir ,
ditumbuhi pohon-pohonan dan didiami binatang-binatang dan haiwan-haiwan yang
berselerak di mana-mana.
Seterusnya
terciptanya bahasa-bahasa manusia yang berlain-lainan pertuturannya, satu dengan
yang lain tidak sama dan ada yang hanya sedikit perbezaannya. Di antara bahasa
itu seperti: bahasa Melayu, bahasa Arab, Cina, India, Perancis, Jerman,
Inggeris dan lain-lainnya lagi dengan segala macam suku dan pecahaan yang tidak
terkira banyaknya, kecuali Tuhan pencipta bahasa itu sendiri yang
mengetahuinya.
Di
samping itu terdapat bentuk, rupa,
potongan dan warna kulit manusia yang bermacam-macam serta bunyi dan suaranya
yang berlain-lainan. Hal ini tidak syak lagi menunjukkan adanya cara hidup
mereka yang berlain-lainan pula, sehingga dapat dibezakan siapakah pula yang
dianggap menjadi lawan, masing-masing dapat dibezakan bahasanya dan diketahui
dari bangsa apakah dia.
Kesemua
yang disebutkan ini adalah menunjukkan tentang kekuasaan Allah. Ciptaanya yang
mengandung hikmat yang halus ini akan difahami oleh orang-orang yang
berpengetahuan. Tahukah mereka bahawa semua ini diciptakan bukan sia-sia,
bahkan menjadi teladan bagi orang-orang yang mahu mencontohinya.
Ilmu
pengetahuan yang berasaskan kepada konsep keadilah menjadi keutamaan dalam pembangunan
diri. Islam telah memerintah umatnya supaya melaksanakan keadilan di kalangan
manusia. Firman Allah SWT surah An-Nisa ayat 4:135 yang bermaksud: (terjema-
han)
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah
kamu orang-orang benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun
terhadap dirimu sendiri atau ibubapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun
miskin, maka Allah lebih tahu kemasalahatanya. Maka janganlah kamu mengikuti
hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan
(kata-kata) atau menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui
segala apa yang kamu kerjakan.”
Al-Quran tidak
memadai dengan ini sahaja malah ia
menyuruh umat Islam supaya menjaga keadilan walaupun terhadap pihak musuh.
Allah menyeru umat Islam supaya berlaku adil di dalam semua lapangan, serta
diseru supaya memberikan penyaksian yang benar kerana Allah semata-mata.
Sebabnya ialah, sekiranya di dalam sesuatu masyarakat tidak ada seorang yang
berlaku adil dan tidak ada orang yang suka memberi penyaksian yang benar dan
jujur semasa berlaku sesuatu perbicaraan, nescaya timbullah kekacauan dalam
masyarakat itu, sehingga tidak ada keamanan dan ketentaraman. dan masyarakat
itu tidak akan teratur.
Kejujuran
sewaktu menjadi saksi itu adalah perlu dan sangat-sangat dituntut, walaupun,
umpamanya akan melibatkan atau merugikan diri sendiri, atau orang yang
dikasihi,
seperti ibu bapa dan kaum kerabat.
Bila
syari’at Islam dijadikan alternatif, maka ia mengikat semua warga. Juga kepada
mereka yang non-Muslim. Syari’at Islam
tidak menzalimi dan tidak berat sebelah, serta tidak memihak kepada sesiapapun.
Itu
semuanya kerana keadilan Islam adalah keadilan Allah. Dan ia tidak akan
menzalimi hamba-hamba-Nya, baik orang perseorangan mahupun kelompok. Dia hakim
yang adil. Ini dapat dilihat di zaman Rasulullah SAW terdapat sebuah kes, di
mana seorang Yahudi dituduh melakukan jenayah, padahal ia sama sekali tidak
melakukannya. Melalui firman-Nya, Allah membela Yahudi itu surah A-Nisa’
ayat4:105-113 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadanya
(wahai Muhammad) Kitab (al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau
menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepada
kepadamu (melalui wahi-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi
orang-orang yang khianat.”
“Dan hendaklah engkau memohon
ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Mengampun, lagi Maha
Mengesihani.”
“Dan janganlah engkau berbahas
untuk membela orang-orang yang menghianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa
berdosa.”
“Mereka menyembunyikan (kejahatan
mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembuyikan (kejahatan
mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka
merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan
(ingatlah) Allah sentiasa meliputi Pengetahuan-Nya akan apa yang mereka
lakukan.”
“Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah
menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah)
dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk
membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi
perlindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?”
“Dan sesiapa yang melakukan
kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian
ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun,
lagi Maha mengasihani.”
“Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu
dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya
sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
“Dan sesiapa yang melakukan
sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang
yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat
dusta, dan melakukan dosa yang amat nyat.”
“Dan kalaulah tidak kerana lipah
kurnia Allah dan rahmat-Nya kepadamu (wahai Muuhammad), nescaya berhasillah
cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkan mu, padahal
mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak akan
dapat mendatankan muderat kepadmu sedikit pun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu
Kitab (al-Qur’an) serta hikmah ((pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu
apa yang engkau tidak mengetahuinya, Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkan-Nya
kepadamu amatlah besar.”
Peradilan Islam memang tidak ada
yang menyamainya. Ia menetapkan; berlaku adil pada semua orang. Oleh itu,
jangan merasa hairan apabila suatu ketika terjadi seorang Yahudi yang diadili
oleh hakim telah memenagi kes tersebut ke atas Amirul Mukminin Ali bin Thalib r.s.misalnya, Dan itulah keuggulan
Islam.(1)
Antara nilai-nilai utama
kemanusiaan yang dibawa oleh Islam, yang menjadikannya sebagai pengukuh
kehidupan individu, rumahtangga, masyarakat dan politik ialah: keadilan.
Hinggakan
al-Qur’an telah menjadikan penegakkan keadilan di antara manusia sebagai matlamat
semua risalah samawi. Allah SWT telah berfirman surah Al-Hadid ayat 57:25 yang
bermaksud:
(terjemahan)
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul-rasul Kami dengan membawa
bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan
neraca keadilan supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.”
Tidak ada yang
lebih besar bagi nilai keadilan dari menjadikannya sebagai matlamat utama dalam
pengutusan para Rasul Allah SWT serta penurunan kitab-Nya.
Lantaran keadilanlah diturunkan
al-Kitab serta diutuskan para Rasul dan lantaran keadilanlah dibangunkan langit
serta bumi. Allah berfirman surah al-Rahman ayat 55:7-9 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan.
Agar kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkan lah timbangan
dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (2)
(1)
Yusuff
Al-Qardhawi, Prof. Dr.: ISLAM SEPANJANG ZAMAN DAN SEMUA TEMPAT Al-Hidayah Publishers Kuala lumpurt.
2001
(2)
Yusuf
Aal-Qardhawi, Ptof. Dr.. CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN.
Penerbitan Seribu Dinar KL 2000.
No comments:
Post a Comment