Thursday, October 17, 2019

HENDAK SERIBU DAYA TA' HENDAK SERIBU DALI


HENDAK SERIBU DAYA TA’ HENDAK SERIBU DALI
(Di siarkan pada 12. 10 20)
               Hidup ini merupakan perjuangan. Allah sediakan segala agenda pembangunan maka manusia perlu berkorban tenaga, masa dan semangat, untuk merealisasikan pembangunan itu menjadi kenyataan. Setiap agenda pembangunan semestinya dilandasan yang positif yang dikategorikan sebagai semangat hendak seribu daya. Tidak ada agenda pembangunan yang tidak  dilandaskan kepada semangat ingin berjaya dengan sedaya tenaga kerana Allah wujud kan manusia semestinya beribadah kepada-Nya. Firman-Nya dalam surah Az-Zariyaat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepadaku.”
               Di samping kejadian manusia sebagai Makhluk Tuhan dan mesti melaksanakan tugas utama dalam hidup iaitu  beribadat kepada Allah SWT, ia juga diamanahkan sebagai Khalifah Allah untuk memakmurkan alam kehidupan. Kedua-dua amanah tersebut menjadi tanggung jawab setiap insan hidup di dunia; sama ada ia suka atau sebaliknya.
               Dalam semua perjuangan hidup di dunia agenda yang amat rumit dan berat dilaksana kan ialah ibadah yang dipertanggungjawabkan kepada baginda Rasul Nabi Muhammad SAW, iaitu menyebarkan dan mentarbiahkan agama Islam iaitu agama Allah SWT kepada semua manusia di alam dunia ini.
               Kalau kita telusuri kembali para Nabi dan Rasul yang diamanahkan Allah SWT untuk menyempurnakan akidah Islam sebagai agama benar manusia (Deen Al-haq) yang meliputi Islam sebagai agama Allah atau sebagai Addin sejak kewujudan manusia di alam jagat ini, semua para Rasul sebanyak 25 orang itu tidak sunyi dengan masalah. Ada Rasul yang tidak tahan  meneruskan  dakwah Islamiahnya dan diakhiri dengan permohonan azab dari Allah SWT agar manusia yang keras hati tidak megikuti dakwahnya ditimpa balak bencana sahaja.
               Nabi Nur a.s. menjalankan dakwah akidah Islam kepada umatnya selama 900 tahun tetapi yang berjaya mengikuti beliau hanya 9 orang sahaja. Dan kebanyakan mereka dari kumpulan masayarakat yang miskin. Mengambil purata yang berjaya ditarbiahkan ialah hanya seorang sahaja mengikuti dakwahnya dalam tiap seratus tahun. Anak Nabi Nuh sendiripun tidak mengikuti ayahnya masuk Islam sehingga dia lemas dibawa arus air  yang mengganas menenggalamkan manusia yang kufur kepada ajaran Nabi Nuh.
               Nabi Musa a.s berjaya membawa umatnya lari dari kekuasan kuku besi Raja Firaun. Apabila Raja Firaun bersama tenternya menelusuri jejak perjalanan Nabi Musa bersama umatnya menyeberangi lautan merah yang telah berbelah atas kuasa Allah SWT untuk memberi laluan kepada Nabi Musa bersama umatnya, Allah SWT kemudian menutup kembali laluan tersebut mengakibatkan Raja Firaun bersama tenteranya lemas  di tengah lautan.
               Nabi Ibrahim telah menghancurkan  berhala-berhala sembahan umatnya mengakibat kan beliau dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud tetapi Allah selamatkan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan  api supaya menjadi dingin  untuk keselamatan Ibrahim. Nabi Ibrahim terpaksa berpindah ke Palestin kerana menyelamatkan diri dari bahaya raja Namrud yang keras hati tidak mengikuti dakwah Nabi Ibrahim a.s..
               Demikian beberapa contoh-contoh yang telah berlaku kepada para Nabi dan Rasul semasa mereka melaksanakan dakwah Islamiah kepada umat mereka. Berlaku juga peristiwa di mana umat yang mukmin pun setelah beberapa lama dalam akidah Islam berpaling tadah menjadi murtad. Demikianlah umat manusia yang tidak berpegangkan kepada akal yang tulin sebagai rasul dalam dirinya.
               Walaubagaimana pun setelah 24 orang Rasul memimpin manusia dan mentarbiahkan  agama Allah SWT, Allah wujudkan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai penutup para Rasul di alam jagat ini. Akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW amat sempurna dan memunyai daya tahan mental untuk menangani sebarang ujian dihadapinya dalam usaha membawa Islam sebagai agama benar manusia.  Kalau para Rasul dan Nabi sebelum in memohon azab Allah untuk dijatuhkan kepada umatnya tetapi Muhammad tidak permah berbuat demikian. Beliau sabar menghadapi sebarang ijian dan dugaan. Sama ada kawan atau lawan semuanya adalah sahabat beliau.
               Siti Aminah binti Wahab daripada keturunan suku Abdul Manaf. Abdul Muttalib mengawinkan anaknya Abdullah dengan Siti Aminah. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kiab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan.
               Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Medinah. Abdul Mutalaib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.
               Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. SitiAminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.”
               Kelahiran Muhammad adalah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 5 hari selepas peristiwa tentera gajah yang dirancang untuk merobohkan Kaabah.
               Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri Syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini becerita kepada mereka akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menaamakan cucunya lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad.
               Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung  istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-beribu  tahun yang  tidak pernah padam sebelum ini terpadam.  Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus.
               Apabila  kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik itu dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendita-penditanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhamamd boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit apa yang akan belaku di dunia. Tetapi sekarang barang siapa mencuri mendengar akan dipanah. Ada antara pendeta menyebutkan pada kisra, peristiwa berlaku kerana kelahiran seorang nabi,
               Allah berfirman surah al-Jin ayat 72:9 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan sesungguhnya kami dahulunya dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengar (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuri) mendengar-dengar (seperti itu) tentu akan menemui panahan  api yang mengintai (untuk membakarnya)
               Kata rombongan jin lagi: “Sesungguhnya sebelum ini kami selalu dapat menduduki beberapa tempat di langit – sebabnya, tidak ada pengawal dan panah-panah api – untuk mendengar berita-beritanya. Tetapi sekarang kami telah dihalau dari mendekati langit untuk mencuri-curi  berita dari Quran yang bakal kami sampaikan kepada tukang tenung dan ahli nujum. Barang siapa yang cuba hendak mencuri-curi pendengaran seperti itu pasti akan menemui panahan api.
               Selepas kematian kisra iaitu Raja Farsi anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa
empat tahun sahaja 10 orang kisra memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan
Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempana kelahiran Muhammad.
               Siti Aminah menawarkan kepada Halimah anaknya Muhammad. Halimah Saadiah dan keluarganya pada masa itu sangat miskin. Oleh kerana terlalu miskin dan  kurang makan, Halimah  hampir kehilangan susu. Apabila Halimah mengetahui Muhammad seorang anak yatim Halimah pada mulanya menolak penawaran Siti Aminah anaknya untuk disusukan kepada Halimah. Oleh sebab tidak ada orang lain datang menawarkan anaknya kepada Halimah maka terpaksa, atas persetuan Suaminya, menerima Muhammad..
               Setelah Halimah menyusukan Muhammad, keberkatan demi keberakatan berlaku dalam hidup keluarga Halimah yang miskin. Keberakatan pertama, keldainya Halimah yang tidak larat hendak berjalan menjadi keldai yang paling pantas dan sentiasa berada di hadapan rombongan.
               Keberakatan kedua, susu Halimah yang hampir kering menjadi semakin banyak. Cukup untuk anaknya dan cukup untuk Muhammad sampai kenyang. Unta ternakan Halimah yang sudah tua menjadi sihat dan mengeluarkan susu pula. Kambing-kambing Halimah pun menjadi sihat dan gemuk dan membiak dengan cepat.
               Kehidupan Halimah menjadi semakin baik. Apabila Muhammad bin Abdullah berumur dua tahun, Halimah mendapati proses pembesaran Muhammad tidak seperti anak-anak lain, Muhammad, semasa umur dua tahun kematangannya seperti kanak-kanak yang berumur enam tahun. Ia sudah fasih bercakap.
               Semasa Siti Aminah  mengandung, ayah Muhammad meninggal  dunia sebelum beliau dilahirkan. Semasa Muhammad berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah meninggal dunia, oleh itu Muhammad dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib ketua penduduk Mekah. Walaupun Abdul Mutalib ketua penduduk Mekah, tetapi hidupnya miskin kerana hartanya dihabiskan memberi khidmat dan melayan tetamu-tetamu Kaaba. Maka sejak kecil Muham- mad belajar kehidupan fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak. Muhammad juga menjadi orang yang benar-benar tahu bagaimana kehidupan fakir miskin. Muhammad setiasa menemani datuknya Abdul Mutalib selama dua tahun dalam majlis-majlis menerima kunjungan demi kunjungan daripada semua pembesar Arab.
Selepas Muhammad berusia lapan tahun Abdul Mutalib meninggal dunia. Muhammad dibela pula oleh bapa  saudaranya Abu Talib yang juga Ketua Mekah menggantikan  ayahnya Abdul Mutalaib. Abu Talib lebih miskin daripada Abdul Mutalib. Anak-anaknya semua berkerja membantu kerja-kerja Abu Talib. Muhamad juga  mula bekerja dengan sepupunya membantu meringankan tanggjawab Abu Talib.
Muhammad betugas membela kambing. Dengan itu Muhammad selalu berada di padang pasir, di luar daripada kesibukan Kota Mekah. Kadang-kadang berhari-hari dan bermalam-malam Muhammad tidak balik ke Mekah. Muhammad mula hidup berdikari. Hidup di atas  hasil usaha tangannya sendiri.
Tempuh Muhammad mengembala kambing agak lama iaitu daripada beliau berumur lapan tahun sehinggalah beliau berumur 21 tahun. Menggembala kambung selalu berada di padang pasir. Ini menyebabkan dia selalu bersendirian. Orang yang selalu bersedirian mempunyai banyak masa berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan di langit, matahari, bulan, bintang, awan dan alam sekelilingnya. Begitu juga akan selalu dapat menilai dirinya. Keadaan ini menjadikan jiwanya bersih dan jernih.
Semasa remaja Muhammad bin Abdullah juga pernah menyertai keluarga dan kaumnya bagi mempertahankan Mekah.. Pernah suatu masa, suku Hawazin menyerang Mekah. Muhammad membantu bapa-bapa sudaranya menyediakan panah panah. Dari situ Muhammad dapat belajar strategi peperangan dengan labih dekat.
Muhammad juga adalah salah seorang anggota membela orang-orang dizalimi di Mekah. Siapa sahaja yang dizalimi, pakatan ini satang membantu. Begitulah keterlibatan Muhammad dengan masyarakat pada masa itu. Dengan itu Muhammad terkenal di kalangan
semua lapisan masyarakat sebagai seorang yang berperibadi mulia dan dihormati.
Ada seorang wanita kaya benama Siti Khadijah bibti Khuwailid. Kekayaannya menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Apabila dia mendengar berkenaan Muhammad bin Abdullah, kejujuran beliau dan peribadi beliau yang mulia, Siti Khadijah menawarkan kepada Muhammad menguruskan perniagaan di Syam. Muhammad bersetuju. Muhammad keluar ke Syam membawa barang dagangan Siti Khadijah. Muhammad juga ditemani oleh Maaisarah, salah seorang pekerja Siti Khadijah. Sepanjang perjalaan mereka ke Syam Maaisarah kelihatan awan melindungi mereka daripada cahaya matahari. Sebelum sampai ke Syam  mereka berhenti di tempat yang  biasa rombongan lain berhenti tetapi Muhammad tidak berhenti disitu. Ia berhenti di bawah se batang pokok. Padri itu melihat dahan dan ranting-ranting pokok itu bergerak menaungu Muhammad daripada cahaya matahari.
                    Muhammad bin Abdullah berhadapan dengan pelbagai suasana dengan orang muskin, dengan pembesar, dalam peperangan, mengembala kambing, interaksi dengan alam, dan sekarang kita melihat bagaimana Muhammad berhadapan dengan perniagaan iaitu dengan harta.
                    Perniagaan  Siti Khadijah bertambah untung (berlipat ganda); ditambah pula cerita-cerita  dari Maaisarah yang pelik-pelik. Maka Khadijah ingin menjadi isteri Muhammad bin Abdullah. Muhammad berumur 25 tahun manakala Siti Khatijah 40 tahun (janda yang sudah kematian dia orang suami). Siti Khadijah adalah perempuan yang baik, cantik, kaya dan bangsawan pula.(1)   (Bersambung)
(1) Zulkifli Mohd, Yueuf, Nor Naemah And. Rahman. BIOGRAFI  MUHAMMAD ABDULLAH - PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI. PTS ISLAMIK SDN. BHD. BATU CAVES, SELANGUR 2013..       

No comments:

Post a Comment