HENDAK SERIBU
DAYA TAK HENDAK SERIBU DALI
( Siarkan pada 9.11. 2019)
Perjuangan rasul untuk
menyebarkan dakwah agama Allah (Islam) tidak ada tolak bandingnya sehingga
jiwanya menjadi taruhan sekalipun ia tidak berganja.. Masyarakat Quraisy sedaya
upaya dengan bermacam-macam tawaran kepada beliau untuk menggagalkan usaha
beliau tetapi beliau mengatakan kalaupun mata hari diberi di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,
soal hendak berhenti dakhwah Islam ini jauh sekali.
Sebelum Muhammad bin Abdullah dilantik menjadi rasul,
beliau selalu bersendirian dan
mengasingkan diri untuk beribadah di Gua Hira’. Setiap tahun Muhammad
mengkhususkan beberapa hari di sana, khususnya pada bulan Ramadhan iaitu bulan
ke sembilan dalam kalendar Islam.
Muhammad pulang ke rumah sekali
sekala bagi mengambil makanan, menziarahi keluarganya dan sebagainya. Satu hari
dalam bulan Ramadhan tahun itu, semasa Muhammad sedang menuju ke Goa Hira’, ada
suara memberi salam. “Assalamulaikun, wahai pesuruh Allah.” Apabila beliau
menoleh ke belakang tidak ada orang di situ.
Kemudian, apabila Muhammad sudah biasa dengan Malaikat Jibril, beliau
bertanya kepadanya. “Suara siapa yang
memanggilnya ketika dia ke Gua
Hirah’ suatu ketika dahulu.” Jibril berkata, “Itu adalah suara batu-batu dan
pokok-pokok yang memberi salam kepada kamu wahai pesuruh Allah.”
Sebelum menjadi nabi, beliau
sudah menerima mimpi yang benar. Apa yang beliau lihat dalam mimpinya berlaku.
Oleh itu, Muhammad ada menyebut, “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada
36 bahagian kenabian.”
Akhirnya sampailah hari yang
bersejarah, di mana dengan itu belaku perubahan besar kepada dunia, juga kepada
sejarah manusia dan sejarah dunia. Mengikut pandangan yang dipilih oleh para
ulama, tarikh itu adalah 27 Ramadhan. Ketika
Mukammad sedang beribadah di Gua Hira’, tiba-tiba muncul seorang lelaki
berpakaian putih menceritakan peristiwa itu.
Muhammad berkata, “Aku menjadi
takut apabila lelaki itu muncul secara tiba-tiba. Dia berjalan ke arahku dan
menyeruh aku membaca, ‘Iqra’ (Baca!)’.
Aku menjawab dalam ketakutan ‘Aku tidak tahu membaca’. Ketika itu lelaki itu
memelukku dengan pelukan yang sangat kuat, hampir-hampir nyawa aku keluar dari
jasad. Ketika hilang rasa takut aku. Lelaki itu menyuruh aku lagi “Iqra”. Aku menjawab. ‘Aku tidak boleh
membaca.” Dipeluknya aku lagi seperti
pelukan yang pertama tadi. Dia menyuruh lagi. ‘Wahai Muhammad baca’. Sekali lagi aku menjawab. ‘Aku
tidak boleh membaca’. Lelaki
memelukuk lagi kali ketiga, hampir-hampir aku mati. ‘Wahai Muhammad, baca’ Aku jawab
lagi, ‘Aku tidak boleh membaca’. Lelaki itu berkata. ‘Bacalah wahai Muhammads
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia menciptakan manusia
daripada segumpal darah; Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya”
Kata-kata lelaki itu terdapat di
dalam al-Quran, dalam surah Al-Alaq ayat
96:1-5: (terjemahan)
“ Bacalah olehmu (Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (alam).
Dialah yang menjadikan manusia dari segumpal darah (beku). Bacalah! Dan Tuhan
engkau sangat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan kalam. Dia mengajar
manusia perkara-perkara yang tiada diketahuinya,”
Inilah permulaan
kata-kata Illahi, ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW yang menyuruhnya, membaca,
menulis dan mencari ilmu pengetahuan. Seruan demikian merupakan cogan agama
Islam yang bermaksud: Bacalah oleh mu Muhammad, kitab suci Al-Quran yang
dimulakan dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menjadikan sekalian makhluk
dan sekalian alam.
Tuhan yang menjadikan manusia dengan
bentuknya yang sangat indah, dan memuliakannya lebih dari makhluk lain. Kejadiannya dari air mani
yang mengandungi haiwan-haiwan yang sangat halus, ta’ dapat oleh mata kasar kecuali
dengan perantaraan alat pembesar (makroskop), dengannya dapat dilihat bahawa
haiwan tersebut mempunyai kepala dan
ekor yang panjang. Maha Suci Tuhan sebaik-baik pencipta. Kemudian air mani yang
sudah dipersenyawakan itu pun menjadi segumpal darah beku yang dinamakan ‘alaq.
Bacalah oleh mu
ya Muhammad, sedang Tuhanmu sangat
Pemurah, tidak ada tara-Nya. Bukti-Nya Maha Pemurah, kerana Dia telah mengajar
manusia pandai menulis dan melukis dengan menggunakan pena atau kalam. Manusia
diajar-Nya berbagai-bagai ilmu dan
pengetahuan yang tidak pernah
diketahuinya. Diubah-Nya manusia dari kegelapan dan kejahilan kepada
cahaya ilmu pengetahuan yang terang benderang. Sebagaimana Allah mengajar
menulis dengan perantaraan kalam. Dia juga mengajar engkau tanpa memakai
perantaraan, sekaipun engkau seorang buta huruf, tak tahu menulis dan membaca.
Kata Al-Quirtbi: Allah Taala
mengingatkan tentang kelebihan kepandaian manusia manulis, faedahnya sangat
besar dan ta’ terduga oleh manusia. Kerana setiap ilmu dapat dicatat, begitu juga
hukum-hukum dan perkhabaran orang dahulu kala, serta tutur kata mereka, bahkan
kitab Allah yang diturunkan itu, semuanya tercatat dengan perantaraan tulisan.
Tanpa tulisan, semua urusan dunia dan agama tidak dapat dijalankan dengan
betul. Manusia dimuliakan oleh Allah dengan adanya ilmu, yang diperolehinya
dengan perantaraan membaca dan menulis.
Kata Muhammad, “Selepas aku
membaca ayat itu lelaki tadi pun hilang.” Muhammad mejadi semakin takut apa
yang sebenarnya yang sedang berlaku pada dirinya. Pada masa itu isterinya Siti
Khadijah berada di rumah. Beliau bagi merasakan ada sesuatu yang berlaku pada
suaminya. Lalu Siti Khadijah menghantar pekerjanya melihat Muhammad di Gua
Hira’ Pada masa itu Muhammad sudah bergerak turun dari Gua sambil berlari
selepas mengalami peristiwa besar tadi. Apabila pekerja tiba di Gua, dia
mendapati Muhammad tidak ada di situ,
Pada masa itu Muhammad sedang berlari
menuju Mekah. Semasa Muhammad berlari
datang suara dari langit memanggil, “Wahai Muhammad.”
Muhammad mendongak ke langit ia melihat
pemandangan yang paling pelik. Pada masa
itu ia melihat Jibril sedang duduk di
atas Arasy di atas udara dengan 600 sayapnya memenuhi langit dari timur ke
barat. Ke mana sahaja Muhammad pandang tetap nampak Jibril.
Jibril menyeru, “Wahai Mumhammad, engkau
pesuruh Allah, akulah Jibril.”
Kerana hebatnya peristiwa itu,
Muhammad berdiri di tempatnya tidak
bergeral-gerak. Tuhan menggambarkan peristiwa ini di dalam Al-Quran surah Al-Najm ayat 53:1-5: yang bermaksud:
(terjemaham)
“Demi
bintang semasa di terbenam, rakan kamu Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai
tuduhan itu,
tidaklah ia
menyeleweng dari jalan yang benar dan ia pula tidak sesat dengan kepercayaan
yang salah. Dan ia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama
Islam menurut kemahuan dan pendapatnya
sendiri. Segala yang diperkatakannya itu sama ada Al-Quran atau hadis tidak
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Wahyu itu
disampaikan dan
diajarkan kepadanya oleh malaikat Jibril yang amat kuat lagi gagah.”
Jibril adalah yang tersangat gagah dan
ketua para malaikat, dialah yang berperanan menyampaikan wahyu kepada para nabi
dan rasul. Dengan hujung satu sayapnya, dia mengangkat satu negeri dan
dibenamkannya kembali ke bumi. Akhirnya, kawasan itu menjadi laut. Itulah laut
Mati yang ada di sempadan Jordan dan Palestin sekarang.
Sampailah suatu hari semasa Muhammad bin
Abdullah berada si tempat tidurnya dalam keadaan berselimut sedang Jibril
menyeruhnya, “Wahai orang yang berselimut bangunlah dan berilah peringatan.”
Wahyu kali ini adalah perintah menyampaikan..
Allah berkata dalam surah al-Muddathir ayat 74: 1-7 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai
orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada
umat manusia. Dan Tuhanmu, ucaplah dan ingatlah kebesarannya! Dan pakaianmu,
hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, hendaklah engkau jauhi. Dan
janganlah engkau memberi sesuatu. Dengan tujuan hendak mendapatkan lebih banyak
daripadanya. Dan bagi menjalankan perintah Tuhanmu, hendaklah engkau bersabar
ke atas rentangan
musuh!”
Selepas itu, Jibril datang lagi
dengan perintah melakukan ibadah. “Wahai orang yang berselimut (wahai
Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari melalinkan sedikit sahaja.”
Kemudian turun surah al-Dhuha ayat
93:1-4 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi, Tuhanmu wahai
Muhammad tidak meninggalkan kamu dan Dia tidak benci kepadamu, bagaimana yang
dituduh oleh kaum Musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih
baik bagimu daripada permulaannya.”
Allah bersumpah
(untuk menguatkan kata-kata-Nya) dengan nama dua masa, iaitu permulaan siang
yang memperlambangkan kesibukan dan bekerja, dan malam yang memperlambangkan
sunyi sepi sesuai untuk tidur dan dan berehatkan diri.
Percayalah Ya Muhamma, bahawa
kurnia yang diberi kemudian hari di (akhirat) itu lebih baik daripada yang
diberi lebih dulu di dunia ini, kerana akhirat itu kekal dan dunia akan fanah.
Selepas itu, wahyu tidak datang
dalam tempoh enam bulan. Orang-orang Musyrikin menunduh Tuhan melupai
rasul-Nya! Apabila Muhammad diperintahkan menyampaikan Islam, orang pertama
yang beliau sampaikan adalah Isterinya Siti Khadijah. Beliau tidak teragak-agak
sedikit pun menerima Islam. Selepas itu, Zaid bin Harithah masuk Islam. Semasa
beliau masih kecil, sukunya diserang dan dia ditawan. Kemudian dia dijual
sebagai hamba. Dia berpindah daipada satu tangan ke satu tangan sampailah kepada
Siti Khaditjah. Apabila Siti Khadijah
berkahwin dengan Muhammad, beliau menghadiahkannya kepada Muhammad. Jadilah
Zaid perkerja Muhammad.
Selepas peperangan, ayahnya
mencari Zaid dari satu tempat ke satu tempat. Akhirnya dia mendapat tahu
anaknya itu berada di Mekah. Diringkas cerita, ayahnya datang berjumpa Muhammad
bagi menebus anaknya. Muhammad tidak mahu menerima tebusan. Sebaliknya, beliau
memberi pilihan kepada Zaid sendiri. Adakah dia mahu pulang bersama ayahnya
ataupun mahu terus tinggal bersama Muhammad.
Zaid berkata,
“Demi Tuhan aku tidak akan mendapat orang yang memberi kasih sayang kepadaku
lebih baik daripada Muhammad walaupun ibu dan ayahku sendiri.”
Semua orang terkejut, ayahnya
terkejut dan Muhammad juga terkejut. Bagi memuliakan ayahnya serta Zaid,
Muhammad mengiklankan yang Zaid dimerdekakan dan menjadi anak angkat Muhammad,
Zaid bin Muhammad. Kemudian turun ayat melarang mem’bin’kan anak angkat kepada
ayah angkatnya. Muhammad menukar kembali nama Zaid daripada Zaid bin Muhammad kepada
nama asalnya Zaid bin Haithah. Apabila Muhammad mengajukan Islam kepada Zaid,
dia terus menerima Islam.
Ali bin Abu Talib mengambil Ali
tinggal dengan Muhammad kerana Abu Talib menghadapi kesempitan. Ali masuk Islam
semasa usianya 10 tahun. Begitu juga
anak-anak perempuan Muhammad iaitu Ruqayyah, Ummu Kalthum, Zainab dan Fatimah.
Semuanya masuk Islam.
Dari luar rumah pula orang pertama
yang Muhammad ajak memeluk Islam ialah Abu Bakar. Muhammad berkata, “Tidak
seorang pun yang aku ajukan Islam kepadanya melainkan banyak bertanya kepada
aku kecuali Abu Bakar.” Abu Bakar tidak banyak soal dia terus beriman dengannya
yang dilantik menjadi rasul.
Selepas Abu Bakar masuk
Islam, dia tidak menjadikan Islam untuk dirinya sahaja.. Dia turut membantu
Muhammad menyampaikan Islam. Dengan pengaruh, kedudukan dan kepercayaan orang
kepadanya, dia terus bergerak. Abu Bakar menyampaikan kepada Uthman, Zubair bin
Awwam yang baru berusia 16 tahun dan Saad bin Waqqas. Mereka semua masuk Islam.
Apabila Saad masuk Islam, ibunya tidak mahu bercakap dengannya dan tidak mahu makan
serta minum. Dia mogok dan berharap Saad keluar semula daripada Islam. Tetapi
Saad tetap dengan imannya. Akhirnya, ibunya mengalah dan kembali makan dan
minum. Dia tidak berjaya mempengaruhi anaknya dengan cara itu.
Kemudian Abdul Rahman bin
Auf dan Talhah bin Ubaidillah masuk Islam. Mereka adalah golongan al-Sabiqun al-Awwalin iaitu orang yang
paling awal masuk Islam dan sahabat-sahabat utama Muhammad. Mereka masuk Islam
di tangan Abu Bakar. Muhammad bin Abdullah berkata. Kalaulah ditimbang
iman umat ini dengan iman Abu Bakar,
nescaya iman Abu Bakar akan lebih berat.”
Selepas itu, Muhammad bin
Abdullah diperintahkan mengiklan dakwahnya bukan sahaja ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya yang terdekat bahkan kepada semua manusia. Firman Allah SWT
dalam surah al-Hijr ayat 15:94 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Maka siarkanlah dengan berterang-terangan apa yang diperintahkan
kepadamu, dan jangan engkau hiraukan orang-orang musyrik itu.” (1)
Setelah Allah
menyebutkan tentang tugas rasul-Nya, iaitu tabligh (menyuruh sampaikan) apa
yang didatangkan kepadanya daripada hukum-hukum syarak dan agama, maka di situ Baginda
telah digesa, supaya menyampaikan apa yang diperintahkan kepadanya itu dengan
secara terang-terangan, dan supaya menyiarkan agama Islam secara terbuka kepada
orang ramai. Dan jangan menghiraukan
perbuatan orang-orang musyrik yang menghalang-halangi seruannya, begitu juga
ejekan atau cacian mereka. Kerana Allah akan melindungi dan memeliharanya agar
agama Islam tetap tersiar ke mana-mana.
(1)Zulkifli Mohd.
Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman – Biografi MUHAMMAD BIN ADULAH (Perajalanan
Hidup Seorang Nabi) PTS ISLAMIKA SDN BHD. 2007. (BERSAMBUNG)
No comments:
Post a Comment