Monday, December 2, 2019

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALI (SAMBUNGAN)


 HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIU DALI
(Dakhwah Muhammad Ke atas Quraisy)
(Disiarkan pada 16. 11. 2019)

 Muhammad bin Abdullah melihat penderitaan yang dialami oleh sahabat-sahabatnya di mana orang-orang Quraisy yang belum Islam  mahu mengazabkan mereka termasuklah yang bukan hamba seperti Zubair bin  Awwam, Uthman bahkan Abu Bakar sendiri, pada masa itu Muhammad menginzinkan mereka berpindah ke Habsyah.
Muhammad berkata, “Sesungguhnya di bumi Habsyah ada  seorang raja. Tidak ada orang yang zalim di negaranya. Berpindah ke sana sehingga Allah mendatangkan jalan keluar daripada apa yang kamu hadapi.”
Orang pertama berhijrah adalah Uthman dan isterinya Ruqayyah, anak perempuan Muhammad. Kemudian diikuti oleh Abi Huzaifah, Zubir, Mas’ab bin  Umair, Abu Salamah dan isterinya Ummu Salamah dan Usthman bin Mazium. 12 orang semuanya yang berhijrah ke Habsyah.
 Abu Bakar pun berhijrah juga. Tetapi selepas dua hari perjalanan, dia tiba di kawasan Ahabish. Ketua masyarakat Ahabish bernama Dughnah. Apabila Dughnah ternampak Abu Bakar, iaitu salah seorang pemuka  Quraisy yang terkenal dengan akhlak mulia dan seorang yang baik, dia terkejut apabila mendengar daripada Abu Bakar apa yang berlaku.
Kemudian Dughnah membawa Abu Bakar balik ke Mekah dengan jaminan Dughnah dan suku kaum Ahabish. Apabila tiba di Kaabah, Dughnah mengiklankan kepada bukan Islam Quraisy bahawa Abu Bakar adalah dalam jaminannya. Sesiapa mengganggu Abu Bakar, dia akan diperang oleh Ahabish.
Tekanan dan kezaliman Quraisy yang belum Islam terus berlaku sehingga  berlaku peristiwa yang menggembirakan Muhammad bin Abdullah. Peristiwa itu adalah peristiwa Umar al-Khattab masuk Islam; salah seorang daripada dua  orang pemimpin bukan Islam Quraisy yang memusuhi Islam. Peristiwa itu  berlaku pada tahun ketiga selepas kenabian. Muhammad berdoa: Ya Allah, perkuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua Umar.
Dua Umar yang dimaksudkan adalah Umar al-Khattab dan Amru bin Hisyam iaitu Abu Jahal. Ini kerana dengan adanya orang yang berwatak sebegini dalam Islam, ia menguatkan Islam. Allah mengabulkan doa Muhammad kepada Umar al-Khattab.
Umar berjumpa dengan adiknya Fatimah bersama suaminya Saad bin Zaid. Setelah mengetahui mereka sudah masuk Islam Umar menempling mereka sehingga berdarah hidung mereka. Fatimah menangis. Hatinya merintih supaya hati Umar lembut kepada Islam. Apabila suasana itu berlaku, Umar menjadi kasihan pula. Hatinya menjadi lembut.
Umar meminta Fatimah helaian yang dibacanya. Fatimah minta Umar mandi dahulu kerana dia belum Islam. Setelah mandi, Fatimah berikan helaian dari Al-Quraan yang dibacanya itu. Helaian itu mengandungi surah Taha ayat 20:14 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikan sembahyang untuk mengingati-Ku.”
Di sini Allah menjelaskan apa yang penting sekali di dalam wahyu yang disampaikan kepada Nabi Musa iaitu, mula-mula yang wajib atas orang mukallaf ialah mengakui serta mengetahui bahawasanya tidak ada Tuhan melaikan Allah yang Maha Esa dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan sekiranya  Aku (Allah) telah diakui sebagai Tuhan yang berhak disembah, maka janganlah menyembah kepada yang lain pula. Kepada- Ku sahajalah engkau menyembah dan merendah diri serta ikutlah apa yang perintahkan kepadamu
Begitu pula dirikanlah sembahyang mengikut peraturan yang Aku perintahkan kepadamu dengan sempurna syarat rukunnya, dan gunakan sembahyang itu ialah untuk mengingati Aku dan memohon kepada-Ku apa yang engkau hajati dengan ikhlas – tidak
bercampur perbuatan syirik  atau ditujukan kepada yang lain.
               Apabila Umar telah membaca ayat tersebut ia hendak bejumpa dengan Muhammad.. Khabbab membawa Umar berjumpa Muhamamd di Darul Arqam. Semua orang merasa cemas kerana Umar masih dalam bajunya dengan senjata lengkap sebagai orang yang pergi berperang. Memang pada mulanya Umar berniat hendak membunuh Muhammad tetapi selepas peristiwa menempiling adiknya Fatimah  bersama suaminya sehingga berdarah hidung mereka, maka hati Umar merasa kasihan tambahan pula setelah membaca surah Taha ayat 20:14 maka hatinya bertambah lembut. Apabila  Umar masuk Darul Arqam Hamzah bersedia hendak membunuhnya tetapi Muhammad halangnya dan persilakan Umar masuk.
               Umar lalu masuk dan berjumpa  dengan Muhammad. Umar dengan perawakannya yang gagah, terus dia mendekati Muhammad. Muhammad memegang hujung baju Umar dan disentapnya sampai bergegar Umar dan dia terduduk di depan Muhammad.
               Muhammad bertanya kepadanya. “Bila lagi kamu hendak menerima Islam, Wahai Ibnu al-Khattab? Adakah kamu hendak tunggu  sampai kamu ditimpa  bala?”
               Pada masa itu, Umar melafazkan, “Aku mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku engkalah persuruh Allah.”
               Terus Muhammad bertakbir iaitu memuliakan Allah dengan, menyebut: Allahuakbar: Sahabat-sahabat yang ada di dalam juga ikut bertakbir. Bergema yakbir Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Semua orang Mekah merasakan ada perkara yang berlaku.
               Setelah pembesar-pembesar Quraisy mengetahui Umar telah masuk Islam semua pembesar-pembesar memukul Umar, Umar melawan. Perlawanan itu berlaku dari pagi sampai mejelang senja. Umar merasa letih kerana seorangan sahaja melawan ramai pembesar Quraisy. Umar mencari siapa di kalangan mereka yang paling mulia, paling besar kedudukannnya di kalangan orang bukan Islam Quraisy.
               Umar nampak  Utbah bin Raiah. Umar menumbang Utbah ke tanah dan terus naik ke atas Uitbah serta diletakkan jarinya ke mata Utbah. Umar berkata. “Wahai Utbah, jauhkan mereka semua daripada aku. Kalau tidak aku butakan mata engkau.”
               Utbah yang tidak dapat berbuat apa-apa lagi terpasa meminta kepada semua pembesar Quraisy yang lain-lain beredar dari situ. Dengan itu, terlepaslah Umar daripada Quraisy. Keesokan harinya Umar datang ke Kaabah. Dia membaca Al-Quran dengan kuat. Tidak ada siapa yang berani mengganggu. Selepas itu, Umar datang berjumpa Muhammad di Darul Arqam.
               Umar merancang bersama Muhammad hendak menyerang pembesar-pembesar Quraisy. Muhammad mengumpul 40 orang  semuanya daripada Quraisy dan daripada keluarga bangsawan mereka. Apabila Umar masuk Islam, dakwah Islam semakin besar dan semakin terang-terangan. Abu Jahal yang mati akal datang berjupa Muhammad. “Wahai Muhammad, Kalau kamu cerca lagi Tuhan kami selepas hari ini, kami mencerca Allah.”
               Lalu turun ayat memberi panduan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan sikap Abu Jahal  tadi. Surah Al-An’am ayat 6:108 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelok pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka ada yang mereka lakukan.”
               Apabilah pembesar-pembesar Quraisy telah memaku Islam maka Pembesar-pembesar Quraisy yang belum Islam  membuat berbagai  tekanan kepada Muhammad bin Abdullah. Tambahan pula apabila Quraisy membuat berbagai tawaran kepada Muhammad tetapi semua nya ditulak oleh Muhammad.
               Berbagai cara Quraisy menggagalkan dakwah Muhammad tetapi Muhammad dengan
hati yang sabar tidak merasa marah apabika berbagai cara Quraisy menyakiti hati Muhammad
hinggalah muka Muhmmad di ludahi oleh musuh-musuh Islam. Pada suatu hari, Muhammad bin Abdullah sedang sembayang di Kaabah, Uqbah bin Mu’it meletakan perut unta yang bedarah dan bernajis itu dan meletakan di atas kepala Muhammad yang sedang sujud di Kaabah. Fatimah yang lalu di situ sambil menangis, ia membuang segala penghinaan Quraisy terhadap bapanya. Semua orang yang menganiya Muhammad mati dalam perang Badar.
               Perjuangan Muhammad dan sahabat-sahabatnya terus didepan, tetapi tidak pernah sunyi daripada ujian. Muhammad dan sahabat-sahabatnya tetap sabar dalam menempuh ujian dan tetap  yakin dengan bantuan dan panji-panji Allah saat-saat kemenangan akan datang.
               Pada tahun ke 10 selepas kenabian, Abu Talib meninggal dunia. Muhammad bin Abdullah sangat  sedih degan kematian Abu Talib, bapa saudara yang mengganti ayahnya membesarkannya dan berdiri di belakang perjuangannya, membelanya daripada kejahatan Quraisy yang belum Islam. Semasa Abu Talib nazak, Muhammad ada di sisinya. Berita ini sampai kepada Abu Jahal. Cepat-cepat Abu Jahal datang. Abu Talib masih nazak. Muhammad berada di kepalanya sedang memujuk Abu Talib.
               Muhammad berkata, “Wahai bapa  saudarku, ucapkanlah, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah. Perkataan yang membolehkan aku membela kamu pada hari akhirat nanti.”
               Abu Jahal terus menghalang Abu Talib daripada mengucap syahadah. Abu Jahal berkata,”Demi Allah wahai Abu Talib. Kalau kamu melafazkannya kamu akan memalukan kamu selama-lamanya.”
               Akhirnya Abu Talib berkata. “Aku takut nanti bangsa Arab memalukan aku dengan hal ini.” Abu Talib mati dalam keadaan tidak sempat mengucap syahadah. Muhammad terlalu sedih di atas kematian Abu Talib ini. tidak sempat beliau membawa bapa saudaranya yang dikasihi masuk Islam.
               Selepas sebulan kematian Abu Talib, Siti Khadijah pula meninggal dunia. Orang yang paling dekat dengan Muhammad, satu-satunya isteri beliau pada masa itu, ibu kepada anak-anak beliau. Orang yang pertama Islam dan orang yang pertama banyak membantu perjuangan beliau dari detik-detik awal perjuangan beliau lagi.
               Selepas menerima wahyu, Muhammad melibatkan diri sepenuh masa dengan oerjuangan dakwah membawa manusia kepada Allah, memperkenalkan Allah kepada manusia dan menyelamatkan manusia daripada siksa Allah. Siti Khadijah sendiri yang meminta Muhammad berdakwah sepenuh masa bahkan segala hartanya diserahkan kepada beliau untk pejuangan jihad pada jalan Allah. Jibril datang kepada Muhammad.
               Jibril berkata, “Wahai Muhammad, Allah Taala mengirim salam kepada kamu dan memerintahkan kamu memberi berita gembira kepada khadijah bahawa Allah menyediakan rumah untuknya di syurga.”
               Selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah, tahun itu dinamakan tahun kesedihan. Kesedihan ini ditambah lagi apabila Muhammad teringat dalam tempoh 10 tahun perjuangan Muhammad mengajak Quraisy kepada Islam, hanya ada 70 orang lelaki bersamanya di mekah. Tidak termasuk yang di Habsya. Tetapi jumlahnya masih sedikit dibandingkan dengan tempoh 10 tahun berdakwah.
               Muhammad mula berfikir menyampaikan dakwah kepada suku-suku yang berada di luar Mekah pula. Penentangan Quraisy semakin hebat selepas kematian Abu Taig dan Siti khadijah.
               Muuhammad berkata, “Penentangan yang dahsyat daripada Quraisy ke atas peribadiku tidak berlaku sebelum Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia.”
               Muhammad beralih menumoukan sakwa kepada  suku-suku yang berada si luar Mekah dan mencai orang-orang yang dapat membantu perjuangan beliau dari luar Mekah. Yang paling dekat dengan Mekkah adalah Taif. Pada bulan syawal tahun ke 10 kenabian, Muhammad bin Abdullah ditemani oleh Zaid bin Harithah keluar  berjalan kaki menuju ke Taif. Mereka berjumpa dengan tiga orang Ketua Taif. Mereka adalah Abdul Yalil, Mas’ud
dan Habib, tiga beradik anak-anak Amru bin umar. Ketiga-tiga  orang berkenaan  tidak menerima Muhammad bersama dengan dakwahnya. Muhammad dilimpar dengan batu oleh kanak-kanak Taif sehingga kaki Muhammad luka. Beliau balik ke Mekah dibawah jaminan seorang Quraisy bernama Mutim bin Adi. Dalam keadaan demikian  semakin kuat keinginan Muhammad mencari suku dari luar Mekah yang dapat membantu perjuangan beliau. Baliau bersedia meninggalkan Mekah demi menjayakan agama Allah itu.(1)
(1) Zulkifli Mohd. Yusoff, dan Noorr Naemah Abd.Raman: Perjalanan Hidup Seorang Nabi.PTS ISLAMIKA SDN Bhs. No.12 &12A Jalan DBO, Selangor 2007.

No comments:

Post a Comment