Monday, December 23, 2019

BERAMAL SEMESTINYA DENGAN ILMU


BERAMAL SEMESTINYA DENGAN ILMU
(Dsiarkan pada 21. 12 2019)
           Ilmu dan amal merupakan tunjang peribadatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan garam dan gulai dalam kehidupan seorang mukmin. Untuk mendapatkan sesuatu makanan atau lauk yang menjemput selerah, garam merupakan bahan yang menimbul kan rasa yang mejemput selerah makan. Garam itu diibaratkan sebagai ilmu dalam pembangu- nan umat.
           Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah SWT dalam perantaraan malaikat Jibril selama lebih kurang 23 tahun. Baginda Rasul menerima pendidikan langsung dari Allah SWT melalui malaikat Jibril. Wahyu pertama diterima Baginda ialah Allah memerintahkan nya supaya membaca (Iqra). Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam keadaan miskin dan setelah meningkat usinya 6 tahun menjadi anak yatim Piatu.
         Apabila baginda menerima wahyu pertama yang memerintahkannya untuk membaca, baginda  memberitahu malaikat Jibril bahawa dia tidak pandai membaca. Baginda Rasul memang seorang yang ummi atau buta huruf kerana ia tidak pernah menjejaki kaki di institute pendidikan. Malaikat Jibril mengulangi tiga kali perintah membaca dan Rasul juga mengu- langi tiga kali mengatakan ia tidak tahu membaca.
           Kemudian Malaikat Jibril mengajarnya untuk membaca. Jibril mengatakan “Bacalah Wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia menciptakan manusia daripada darah; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui nya.”
          Perintah membaca itu ditujukan kepada manusia. Apa yang dibaca ialah dua dokumen, iaitu dokumen yang terucap oleh Allah SWT iaitu al-Quran, melalui malaikat Jibril dan dokumen ke dua ialah yang tercipta oleh Allah iaitu isi alam ini termasuklah manusia sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan. Allah tidak mencipta sesuatu makhluk di alam ini tanpa tujuan.
          Manusia diwajibkan menuntut ilmu melalui pembacaan kerana dengan ilmu manusia mempunyai nilai dan nilai inilah menempatkan manusia lebih mulia daripada makhluk Allah yang lain. Walaubagaimana pun ramai manusia yang berilmu tidak faham  menjalankan peranan sebagai khalifah Allah SWT. Dalam erti kata lain individu berkenaan tidak faham bagaimana menterjemahkan ilmu kepada pembangunan, yang ada pada mereka.
           Perintah membaca yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia melalui wahyu-Nya yang disampaikan kepada Muhammad terbahagi kepada tiga kategory. Pertama ialah membaca dan memahami diri kita sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Kedua ialah membaca dokumen wahyu  yang Allah telah ucapkan seperti mana yang kita ada kepada Al-Quran dan ketiga ialah membaca isi alam ini iaitu dokumen yang Allah s.w.t. telah cipta; kerana Allah mencipta sesuatu makhluk semestinya ada tujuan dan manfaat-Nya.
           Mengenali diri kita adalah yang amat terpenting berbanding dokumen lainnya. Para ulama mengatakan bahawa mengenali dirimu sebelum anda mengenali Allah iaitu zat yang mencipta kita, adalah penting. Fitrah berfikir adalah suatu alat untuk mengenali diri sendiri, seperti mana yang telah dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkel dan lain-lain ulama’ zaman Acheh, yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali dirinya sendiri.
           Apakah yang amat penting untuk mengenali diri kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya di alam dunia ini? Setiap individu mukmin wajar mengenali  ciri-ciri yang membentuknya sebagai manusia. Manusia tercipta oleh Allah dalam dua unsur iaitu unsur yang bersifat nyata dan unsur yang bersifat ghaib. Unsur yang bersifat nyata ialah daripada tanah seperti jasad kita manakala unsur yang bersifat ghaib ialah roh iaitu ciptaan Allah SWT yang membentuk rohani kita.
           Maka itu sedarkanlah diri bahawa manusia mempunyai  dua tanggungjawab yang amat penting dalam melaksanakan pembangunan kehidupan. Tanggungjawab menjaga kebajikan  jasmani kita dan juga tanggungjawab menjaga kebajikan rohani kita. Sebuah buku yang telah dihasilkan oleh Bicara Minda, kini menanti diterbit bertajuk: “ Tanam Padi Rumput Tumbuh Sama Tetapi Tanam Rumput Padi Tidak Akan Tubuh Sama.” 
         Padi dianalogikan sebagai pembangunan manusia kerana ia menjadi makanan utama dalam kehidupannya; manakala rumput pula tidak menjadi makanan manusia. Maka itu padi dianalogikan sebagai pembangunan rohani dan jasmani manusia  dan rumput tidak dalam kategori tersebut. Oleh itu menumpukan kebajikan memelihara padi menjadi pembangunan manusia jasmani dan rohaninya. Tetapi tidak kepada rumput kerana bukan makanan manusia.       
          Tujuh anggota badan yang paling berpengaruh di dalam mengerjakan aktiviti dosa di antaranya ialah mata, lelinga, lidah, perut, kemaluan (farj), tangan dan kaki. Sehingga ada ulama’ yang mengatakan, Allah SWT menciptakan tujuh neraka itu sebagai penyeksaan terhadap anggota-anggota yang melakukan perbuatan dosa.
           Oleh sebab itu maka mata itu hendaknya digunakan melihat kepada yang baik dan suci, jangan melihat yang haram. Telinga untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Dan tidak  digunakan untuk mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Lidah hendaklah digunakan untuk mengucap zikir, istigfar membaca Al-Quran, berdakwah dan sebagainya.  
           Begitu juga perut, haruslah diisi dengan makanan yang halal bukan dari barangan yang haram, sebab makanan yang haram dapat menutup pintu hati. Kemaluan atau faraj itu hendaklah dikendalikan jauh dari berbuat zina dan sebagainya. Tangan, hindarkan dari perbuatan yang dilarang oleh agama seperti mencuri, memukul orang lain, membunuh, memegang  sesuatu yang haram dan sebagainya. Kaki juga harus digunakan untuk pergi mengerjakan ibadah, ke mesjid dan sebagainya. Sebaliknya tidak di gunakan untuk pergi ke tempat tempat maksiat, dan juga tempat-tempat yang berunsur haram seperti perjudian termasuklah membeli empat ekor.
           Sudut lain yang perlu kita mengetahui tentang diri kita ialah mengenai organ yang dikenali sebagai hati. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa di dalam tubuh kita Allah bekalkan segumpal daging. Jika ia tidak baik maka seluruh anggota badan kita turut sama tidak baik, tetapi jika dia baik maka seluruh anggota dalam badan kita turut sama baik. Itulah yang dikenali sebagai hati.
           Akal manusia juga baginda kategorikan sebagai rasul dalam diri seorang insan. Akal yang memimpin manusia ke jalan yang diredai Allah SWT.  Akal serupa demikian dianalogikan sebagai malikat dalam diri  seorang insan. Maka itu seorang insan mempunyai dua jenis akal iaitu akal kesyaitanan dan juga  akal kemalaikatan. Demikianlah ciri-ciri kemanusiaan dalam pembangunan tamadun kehidupan yang wajar dibaca dan difahami oleh seorang insan.
          Dokumen yang terucap oleh Allah SWT ialah dokumen yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril iaitu Al-Quran. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW mendapat pendidikan dari langit langsung dari Allah SWT melalui malaikat Jibril. Setiap wahyu Baginda terima dari Allah SWT melalui malaikat Jibril,  Baginda hafal dan terjemahkan ilmu berkenaan ke dalam diri baginda. Maka itu Al-Quran  mempunyai lebih kurang 6,666 ayat yang diterima Rasul dari Allah SWT melalui malaikat Jibril selama 23 tahun. 
           Al-Quran telah diterjemahkan Rasul dalam dirinya. Beliau menghuraikan makna setiap wahyu dalam Al-Quran untuk umatnya yang dikenali sebagai Hadith Nabi Muhammad SAW. Maka para cendikiawan mengenali Nabi Muhammad SAW sebagai “ Walking Al-Quran.” Al-Quran juga sebagai dokumen yang dikenali sebagai “Ad-deen” atau dalam bahasa Melayunya  sebagai cara hidup. Maka itu umat Islam diwajibkan membaca dan memahami perintah Islam seperti dalam Al-Quran kerana dokumen tersebut membetulkan cara hidup  manusia yang diredai Allah SWT.
           Menghafal Al-Quran menjadi kewajipan seorang mukmin kerana mereka yang berjaya menghafal Al-Quran dikategorikan sebagai Al-Hafiz. Jika seorang mahasiswa atau mahasiswi telah berjawa mendapat ijazah peringkat Phd. Maka ia mendapat gelaran Doctor falsafah. Di mana sahaja  namanya digunakan wajar disertai dengan gelaran Dr. (Doktor).
           Islam dikenali sebagai cara hidup manusia, maka beberapa ayat atau perkataan yang wajar disematkan dalam hidup manusia atau dizikirkan demi untuk mendapat hidayah dari Allah SWT.. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemberi rahmat kepada umatnya. Jika kita amalkan zikir sifat Allah tertentu, maka Allah akan sedia memberi rahmat kepada orang yang berusaha menuntut ilmu..
           Sifat Allah seperti  “Ya Kafi” - Allah yang Maha Mencukupkan. “Ya Ghani” – Allah yang Maha Kaya. “Ya Fatta” – Allah yang Maha Pembuka pintu rahmat. “Ya Razak” – Allah yang Maha pembekal Rezeki.
           Sifat-sifat Allah sedemikian suci, wajar manusia dapat mengenali dan menterjemahkan dalam diri individu berkenaan dengan amalan zikir. Inilah antara ilmu Allah yang wajar manusia mengenalinya serta menterjemahkan kepada kehidupan diri di dunia yang fana ini.
           Seperkara lagi dalam hidup ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT kita wajar mengenali  kalimah-kalimah Allah yang Allah untukan kepada kita sebagai hamba-Nya dan wajar dilakukan budaya zikir setiap hari: tujuh kali beredar dalam satu minggu mulai hari  hari Jumaat hingga hari Kamis.
          Pada hari  Jumaat iaitu peghulu kepada tujuh hari seminggu hendaklah amalkan zikir: “ Ya Allah” seberapa yang boleh, kalau mampu, sebanyak seribu kali terutama sekali semasa solat Jumaat. Manfaatnya - “Sentiasa taat kepada Allah SWT.
           Pada hari Sabtu kita amalkan zikir – “La illa ha illalah hu”- seberapa banyak yang boleh  - manfaatnya: “Tetapkan hati.”
           Pada hari Ahad kita amalkan zikir – “Ya Hayu ya  Qayyum.”sebanyak yang boleh; kalau mampu seribu kali sehari semalam. Manfaatnya sentiasa hidup  di dalam peliharaan Allah.
           Pada hari Isnin anda amalkan zikir – “La haula wala Quata illa bill Hil aa liiyul Azim”- seberapa yang rela. Manfaatnya: hilang riak dan takabur.
         Pada hari Selasa, anda amalkan zikir – “Allah Huma Salleh Allah Saidina Muhammad”. (salawat Nabi). Manfaat-nya – sebagai tanda  kasih sayang kepada Nabi muhammad SAW.
           Pada hari Rabu, anda amalkan zikir: “Astagfirullah hal azim”. Sebanyak yang boleh; kalau mampu seribu kali sehari semalam. Manfaatya  - hilang titik hitam di hati.
           Pada hari Kamis, anda  amalkan zikir  “Subhanallah Hill Azimi Wabih hamdih – beberapa kali yang mampu – manfaatnya hapus dosa sebesar buih.
   Demikian contoh-contoh  yang dapat kita perolehi melalui pembacaan terhadap dokmen yang terucap oleh Allah SWT.
            Membaca dokumen yang tercipta oleh Allah SWT adalah mengenai ilmu yang tercipta oleh Allah iaitu segala makhluk yang ada dalam cakerawala alam kehidupan sama ada yang hidup mahupun yang sebaliknya. Tumbuh-tumbuhan, haiwan, berbagai jenis insekta mahupun segala makhluk yang membawa kemuderatan kesihatan manusia seperti kuman berbagai jenis dan sebagainya.
           En Jerry D. Gray telah menulis sebuah buka bertajuk, “Rasulullah Is My Doctor.” telah menceritakan tentang hasiat Habbatussauda  atau (biji Jintan hitam). Biji Jintan hitam adalah herbal yang sangat baik terutama mempertahankan system kekebalan yang kuat dan sehat. Ia juga sangat berguna bagi mereka yang menderita asma dan masalah pernafasan. Biji jintan hitam merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan dan meningkatkan produksi interferon, melindungi sel-sel normal terhadap efek menghancurkan sel virus, mengahancur kan sel timor dan meningkatkan jumlah anti bodi yang memproduksi sel B.             
          Ramuan dari pasar – Apel (membantu mengurangi kadar kolesterol dan risiko kanker. Apel sangat tinggi serat membantu menghindari sembelit (sukar buang air besar). Kurma – Gula alami yang terkandung dalam kurma jauh  lebih sehat daripada gula pasir olahan. Buah kurma sangat baik untuk menyembuhkan batuk, pilek, asma radang tenggorokan, demam. Kurma juga menyediakan tenaga ekstra bagi mereka yang biasa melakukan olaraga fisik dan kerja keras.
           Demikialah contoh-contoh yang dipetik dari buku: “Rasulullah is My Doktor” ditulis oleh Jerry D. Gray mengenai herbal yang mempunyai hasiat sebagai perubatan. Beramal semestinya dengan ilmu kerana ilmu adalah kedatangan makna terhadap sesuatu fenomena.  termasuklah dokumen yang Allah sediakan kepada pembangunan manusia seperti al-Quran dan dokumen yang tercipta oleh Allah iaitu segala makhluk yang ada di alam kehidupan manusia.  Maka itu hiasilah diri anda  dengan ilmu kerana menuntut ilmu adalah sepanjang zaman. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa menuntut ilmu mula dari buaian hingga ke liang lahad.

No comments:

Post a Comment