BERSAMA MASA MUDAMU AGENDA
PEMBANGUNAN YANG MAMPAN
(Disiarkan
pada 11.01. 2020)
Allah berfirman dalam surah Al-Ra’d
ayat 13:11 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum
kalau kaum itu sendiri tidak mengubah nya.”
Pembangunan insan bermuara daripada pembentukan manusia dalam Rahim ibu. Segala amal ibadat kedua
ibubapa menjadi catalyst atau
pemangkin kepada keadaan insan yang dibena dalam Rahim ibu.
Semangat juang anak dalam menelusuri pembangunan kehidupan berpangkal
kepada fitrah Allah SWT berikan kepada insan itu. Menggunakan fitrah yang ada
padanya harus disulami dengan ibadah tawakal kerana Allah. Segala usaha atau
tawakal yang kita laksana kan, kejayaannya merupakan prerogative Allah SWT
untuk meredainya. Maka itu wajar diimbali dengan rasa syukur kerana kita
menemukan kejayaan dalam kehidupan.
Allah
SWT amat suka melihat hamba-Nya yang sentiasa ingin mengubah keadaan hidupnya kepada
yang lebih baik berbanding sebelumnya, kerana inilah menjadi perjuangan setiap
insan dalam menangani pembangunan diri
serta keluarga jika ia telah mendirikan rukun hidup berkeluarga.
Setiap
individu muslim wajar bina semangat juang dalam menelusuri pembangunan di alam
dunia sebagai persediaannya untuk mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup untuk
pembangunan kehidupan di akhirat nanti. Manusia yang hidup berwawasan
seharusnya mempunyai krateria yang diungkapkan oleh disiplin pembangunan yang
mengatakan bahawa “Pembangunan hari ini adalah lebih mulia dan baik berbanding
dengan keadaan pembangunan hari
kelmarin. Dan harus niatkan untuk pembangungan hari esok adalah lebih baik
berbanding hari ini dan seterusnya.
Semangat harus bina dalam diri setiap insan yang sentiasa memikirkan
bahawa hidup ini merupakan perjuangan.
Maka itu wajar membina diri untuk
meletakan wawasan hidup di atas landasan yang bersemangat “Saya mesti berubah
kepada kebaikan.”
Dalam
disiplin pembangunan, masalah tidak ada yang mustahil tidak dapat ditemukan
dengan penyelesaianya jika kita sandarkan usaha kita kepada tawakal kepada
Allah SWT. Allah itu Maha Kuasa serta bijaksana dalam segala pembangunan. Pembangunan
semestinya mengikuti disiplin masa bergerak secara intiqamah. Maka itu tidak
ada faktor masa yang bergerak tanpa mengikut disiplin istiqamah.
Fenomena masa merupakan teknologi alam kehidupan yang diwujudkan Allah
SWT untuk menguji kepekaan segala makhluk-Nya yang hidup terutama sekali
manusia, untuk menanganinya. Kehidupan itu merupakan teknologi Allah juga yang
dipinjamkan kepada manusia untuk menggunakannya dalam mewujudkan
kehidupan yang mampan.
Khidmat manusia menangani masa ialah melaksanakan ibadat kepada Allah
SWT. sebanyak yang boleh dan jangan biarkan masa itu berlalu tanpa sebarang
amal ibadat. Ibadat yang kita laksanakan semestinya memperolehi keuntungan
dalam bentuk pahala dari Allah SWT. Pahala merupakan sesuatu yang bersifat
ghaib yang amat penting kepada individu mukmin sebagai teman hidup di akhirat
kelak.
Antara
ibadat yang kita laksanakan dengan faktor masa yang bergerak secara intiqamah
merupakan satu disiplin yang bersifat perlumbaan. Oleh kerana ia merupakan satu
finomena yang bersifat perlumbaan maka kita memahami bahawa ia merupakan ujian Allah
SWT; maka itu apabila dua faktor bergerak secara simultinous atau serentak maka semestinya ada yang menang dan ada
yang kalah.
Jika
masa berlalu tanpa apa-apa ibadat yang kita amalkan demi menghasilkan pahala dari
Allah SWT, ini bermakna masa itu telah menang dalam perlumbaan tersebut. Maka
itu masa telah melaknatkan manusia kerana kegagalannya memperolehi pahala.
Dalam erti kata lain, manusia telah
mengalami kerugian dalam hidupnya kerana usianya telah mendekati
liang lahad tanpa membawa apa bekalan.
Tetapi
jika manusia menang daripada masa maka itulah yang dinamakan manusia telah membangun. Masa mudanyalah
sentiasa mengawasi masa bergerak maka itu ia sentiasa mendapat hidayah dari
Allah SWT. Umat mukmin yang sentiasa dalam perlindungan Allah akan selamat
dunia dan akhirat dan bukan itu sahaja tetapi keluarganya juga akan turut sama
terbela dan terdidik bagaimana
menggunakan masa sebaik mungkin dalam menangani kehidu pan di alam dunia yang
fana ini.
Masyarakat mukmin wajar melaksanakan amal
ibadah, zikirullahnya menjadi kemestian dalam hidupnya secara istiqamah. Zikir mempunyai
peranannya dalam membentukkan saksiah individu.
Masyarakat mukmin yang sentiasa dalam pelindungan Allah SWT adalah
mereka yang sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hidupnya sering dihiasi dengan kalimah-kalimah suci
yang diamalkan dalam zikirullah. Bibirnya sentiasa basah kerana amal ibadah
yang menjadi teman hidupnya yang membawa jiwanya dekat dengan Allah SWT melalui
ibadah zikirullah secara istiqamah. Setiap hari Ahad, siang dan malam tidak
sunyi dengan zikirullah terutama sekali kalimah “Ya Hayu Ya Qayyum.”yang maksudnya
“Sentiasa hidup di dalam peliharaan Allah.”
Kedua-dua fenomena alam iaitu
pergerakan masa dan pergerakan atau peningkatan hidup mempunyai peranannya
masing-masing, Allah telah wujudkan fenomena tersebut dengan satu tujuan. Jika
kita melihat dengan mata hati kita, keadaan kedua fenomena tersebut mempunyai
perbezaan; antaranya iaitu masa adalah dalam keadaan ghaib, tidak boleh dilihat
dan hanya boleh dirasai kesannya, tetapi hidup itu adalah dalam keadaan spara ghaib dan spara maujud. Hidup itu
sedemikian sifatnya kerana ia mempunyai dua unsur - jasmani yang bersifat nyata dan unsur rohani pula
bersifat ghaib. Kedua-duanya wajar dipelihara kebajikannya demi kelangsungan
hidup di alam dunia.
Perubahan dalam hidup itu juga mepunyai dua faktor, iaitu pembesaran
atau perubahan fisikal yang jelas kelihatan dan arus atau kuasa yang
menjadikannya berubah adalah bersifat ghaib. Ada teka-teki orang tua-tua yang
mengatakan: “Semua kewujudan makhluk
dalam alam ini boleh kita ingat tetapi satu fenomena dalam kehidupan kita tidak
boleh kita ingat, iaitu fenomena membesar.”
Membesar itu adalah dimainkan oleh faktor masa yang besifat ghaib. Oleh
yang demikian Allah bersumpah dalam Al-Quran mengingatkan manusia seperti dalam
surah Al-Asr ayat 103:1-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demi masa manusia adalah sentiasa dalam
kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya
menetapi kesabaran.”
Surah
ini menerangkan bahawa manusia yang tidak dapat menggunakan masa dengan sewajarnya,
termasuk golongan yang merugikan. Semua manusia berada dalam keadaan merugi
apabila dia tidak mengisi waktunya dengan pebuatan-perbuatan yang mengundang
kebaikkan hidup. Masa muda adalah masa diberi oleh Allah untuk manusia mengisi
dengan ibadat kepada Allah dan berbuat kebajikan sesama insan.
Menangguhkan usaha melaksanakan agenda manusia untuk memurnikan dirinya
seperti menimba ilmu pengetahuan sama ada ilmu fardhu Ain mahupun fardhu Kifaya
semasa usia persekolahan akan pengalami kemuskilan nanti dalam menelusuri
kehidupan kerana tidak ada masa lagi sebaik mungkin seperti keadaannya semasa
muda.
Pepatah bahasa Inggeris mengatakan bahawa: “Strike the iron while it is red hot”. Lebih kurang maknanya,
ketuklah besi itu apabila ia panas merah, kerana apabila besi itu dalam keadaan
demikian ia mudah dibentuk macam mana kita perlukan. Peribahasa ini memberi
makna bahawa, buatlah sesuatu ibadah apabila masa itu bersesuaian. Menuntut
ilmu sewajarnya semasa muda, kerana masa itulah tidak ada sebarang resiko yang
akan meng- ganggu disiplin pembelajaran.
Masa
mudanya jiwa masih dalam keadaan lapang. Maka masa mudalah sesuai untuk mengisi
dengan ilmu pembangunan. Imam Al-Ghazali orang yang mempunyai keyakinan
Bahawa jiwa manusia itu dapat dilatih, dididik,
dikuasai, diubah kepada mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji. Tiap sifat itu
tumbuh dari hati manusia dan melahirkan perbuatannya kepada anggota. Sebaliknya
tiap gerak anggota badan ada hubungannya dengan jiwa manusia.
Al-Ghazali berkesimpulan bahawa mendidik budi perkerti seseorang itu bukan
perkara yang mustahil, oleh sebab itlah Rasulullah pernah berpesan “Perbaiklah
akhlaq atau kelakuan.” Atau “Aku diuntukan ke dunia ini untuk menyempurnakan
akhlak.” Sabda Rasulullah itu menunjukkan bahawa jiwa manusia itu memang boleh
dididik. Kalau tidak tentu tidak berguna perintah yang menyuruh memberi nasihat
yang baik, pengajaran yang sesuai dan baik, dan diperintahkan supaya
mengerjakan yang makruf dan mencegah yang mungkar kepada manusia.
Sedang binatang liar dan buas dapat dijinakkan, apakah lagi
manusia tentu dapat dididik dari yang jahat menjadi manusia yang baik berbudi pekerti
yang luhur dan lemah lembut. Manusia adalah satu-satunya makhluk ciptaan Allah
yang amat sempurna berbanding makhluk lainnya. Kehadiran akal serta kemahiran
berfikir pada diri manusia itu memboleh kannya menyelami lautan ilmu yang
menjadi prasyarat dalam hidup manusia sebagai pemain dalam dunia pembangunan.
Ilmu pengetahuan merupakan nadi pembangunan insan dan juga menjadi agen
perubahan dalam usaha memunikan kehidupan. (1)
Membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan semasa muda, adalah kewajipan
setiap individu mukmin. Ilmu itu merupakan arkitek atau jurubena pembangunan
ummah, pemangkin diri menyelami dan menentang kesukaran-kesukaran yang dipasang
oleh musuh-musuh pembangunan manusia.
Perjuangan Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW dalam membebaskan manusia dari kejahilan hidup di dunia ini merupakan
satu petunjuk serta kekuatan ilmu yang diturunkan Allah SWT kepada banginda
demi memperbetulkan umat manusia hidup
berpedomankan ilmu tauhid yang Allah SWT telah turunkan kepada kekasih-Nya
Muhammad.
Masa
mudamu harus ditangani dengan sebaik mungkin. Landasan-landasan pemikiran yang
membina harus seirama dengan kehendak agama Islam agar ia tidak terpisong ke
lembah kehinaan dari kaca mata iman. Tegur menegur, ingat mengingati terhadap
kesilapan orang lain seharusnya menjadi budaya hidup bermasyarakat mukmin.
Menangani kelemahan diri harus menjadi perjuangan setiap insan untuk mengelakkan
diri dari terheret ke pengadilan Kadi Rabul Jalil di padang masyar nanti.
Konsep
agama adalah adeen atau cara hidup. Maka
itu agama merupakan santapan rohani manusia. Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai fitrahnya
sendiri-sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah, maka segala makanan
yang diperlukan oleh fisikal itu berasal dari zat-zat tanah. Begitu juga jiwa
yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi
keperluannya. Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai. Kerana
Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam
surah Yunus ayat 10:57 yang bemaksud:(terjemahan)
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang
berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Firman
Allah SWT dalam surah Ar –Rum ayat 30:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus
kepada agama Allah tetapkanlah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia
menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang
lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Menerusi ayat ini Allah menyuruh rasul-Nya dan umat Islam yang menjadi
pengikutnya, supaya meluruskan muka, yakni supaya menumpukan tujuan hidup
mereka lurus-lurus ke ara agama Islam. Ayat ini menggunakan lafaz “muka” sebab
muka itulah anggota tubuh manusia yang semulia-mulianya. Jika muka telah
menghadap kepada sesuatu arah yang ditentukan oleh Allah itu maka seluruh
anggota badan akan terbawa menuju ke sana dan turut menumpukan perhatian
kepadanya. Iaitu ke arah mentaati Allah atau agama Islam yang juga merupakan
agama yang lurus tidak bengkok dan tidak membawa kepada kesesatan. Bahkan dia
merupakan agama fitrah, yang sesuai dengan kejadian manusia. Dan Allah juga menyuruh
supaya mereka condong atau cenderung selama-lamanya kepada agama tersebut,
jangan sampai menyeleweng dari kebenaran.
Itulah agama Allah yang menciptakan manusia
sesuai dengan kejadian (agama tersebut).
Hendaklah benar-benar menumpukan perhatian kamu kepada agama Allah itu,
kerana agama tersebut telah diciptakan sesuai dengan kehidupan manusia. Dan
manusia itu dari asal mulanya telah diciptakan dengan mempunyai pembawaan dan
tabiat semulajadi, untuk mentauhidkan Allah dan percaya akan adanya Allah,
kerana kepercayaan dan keyakinannya selaras dan bersesuaian dengan apa yang
ditujukkan oleh akal fikirannya yang waras.
(1)Muhammad Isa Selamat:
PENAWAR JIWA – PSIKOLOGI KETENANGAN MINDA.
DARUL NUMAN, KUALA LUMPUR1998.
No comments:
Post a Comment