Friday, January 17, 2020

KENALI MASA SEBELUM MASA MENINGGALKAN KAMU


                                             KENALI MASA SEBELUM MASA MENINGGALKAN KAMU
(Disiarkan pada 18. 01 2020)

                Masa bergerak secara istiqamah iaitu 60 saat dalam satu minit; 60 minit dalam satu jam, 24 jam dalam satu hari; 30 hari dalam satu bulan; 12 bulan dalam satu tahun dan seterusnya; masa itu terus bergerak tidak meninggu sesiapa pun! Satu kata-kata yang ditimbulkan oleh disiplin pembangunan mengingatkan manusia untuk menangani masa sebaik mungkin sebelum masa meninggalkan kita; yang berbunyi dalam bahasa Inggerisnya: Don’t pastpone things until tomorrow.” Maksudnya lebih kurang; “Jangan tangguhkan masa hingga ke hari esok!”  
                Setiap ibadat yang kita laksanakan wajib mengikuti disiplin istiqamah iaitu laksanakan terus menerus jika keadaan mengizinkan. Sebagai contoh, jika sesuatu ibadat itu dapat dilakukan pada hari ini, janganlah tangguh ibadatnya sehingga kepada hari esok dan sebagainya sebab hari esoknya ada agenda yang menanti khidmat kita. Dan jika kerja pada hari ini ditangguhkan pada hari esok, ini bermakna kita menyulitkan kerja kita kerana sudah menjadi banyak yang kita laksanakan pada masa yang sama.
                Janganlah budayakan khidmat melaksanakan agenda tertentu dengan mengatakan “nanti”, kerana menagguhkan kerja  kepada masa berikut tidak membuahkan sebarang manfaat kepada pembangunan kerana kita telah membuang masa yang terluang untuk kerja tertentu. Maka itu hargailah masa yang Allah untukkan kepada kita melaksanakan ibadat tertentu. 
                Sekali masa bergerak dia tidak akan kembali lagi, atau tidak akan mengulangi atau kembali pada masa ia bermula. Inilah teknologi Allah SWT bina untuk hamba-Nya dalam menangani pembanguunan. Setiap amal ibadat yang kita telah laksanakan kita dapat semak semula dan boleh membuat pembetulan  mana-mana yang perlu untuk memperbaiki disiplin amal ibadat sesuai dengan keserasian kepada pemikiran kita. Tetapi masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal berkenaan tidak dapat dikembalikan lagi.
                Dalam semua amal ibadat termasuklah fenomena pembangunan kehidupan seme- mangnya mengambil faktor masa yang Allah SWT telah redai terhadap satu-satu disiplin ibadat yang Allah telah peruntukkan. Dalam menangani  pembanunan kehidupan setiap insan memerlukan kepekaan menangani masa dalam melaksanakan ibadat yang menjurus kepada pembangunan diri sebagai pemain dalam melaksanakan kehidupan.
                Satu faktor yang setiap individu mukmin wajar memainkan peranan menangani masa, terutama sekali masa mudamu. Faktor usia sering menjadi teka-teki dalam disiplin pembangunan kehidupan. Manusia dibina Allah lengkap dengan ciri-ciri pembangunan yang mampan; tetapi apabila faktor masa menjadi urusan dalam kehidupan, ia menjadi agenda menentukan derajat individu yang membawa kepada satu perasaan bahawa masyarakat adalah lebih mulia berbanding dengan kita sendiri. Maka timbullah satu nuansa bahawa pembangu nan yang kita kecapi telah mengalami ketinggalan zaman.  Maka timbullah satu perasaan yang membawa diri lebih rendah berbanding dengan orang lain.
                Melihat sinario pembangunan manusia secara keseluruhan, sering ditemani dengan rasa rendah diri kelak ia sering mengoda diri dengan perasaan malu. Penyakit malulah yang sering menggoda masyarakat manusia terutama sekali mereka yang masih dalam peiringkat menerokai pembangunan.  
                Harus faham bahawa setiap individu, Allah bekalkan dengan kekuatan mental berbeza-beza. Ada individu yang cepat mendapat kefahaman terhadap sesuatu ilmu manakala orang lain ada yang sederhana cepat dan kumpulan yang lemah atau lambat menerima kefahamanlah yang ramai dalam satu-satu kumpulan. Individu kumpulan lemah atau lambat menerima  kefahaman harus faham,  Allahlah yang membentuk kita individu yang berilmu maka jangan jauhi ibadat mendekati Allah kerana Dialah yang membantu kita meringankan masalah yang
kita hadapi terhadap pembelajaran berkenaan.  
                Maka itu untuk mengetepikan peasaan malu harus kita besedia untuk melaksanakan ibadat yang difahami sebagai budaya bertanya. Ahli fikir mengatakan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud: “If you ask you will be a fool for one minute. But if you don’t ask you will be  a fool for the rest of you life,” Lebih kurang makna-nya: “Kalau kita tanya  kita menjadi bodoh selama seminit sahaja, tetapi jika kita tidak tanya, kita menjadi bodoh seumur hidup.”  
                Dalam usaha menimba ilmu pengetahuan, kita letakkan diri kita dalam profile yang rendah kerana ilmu yang kita akan dapat dari usaha kita merupakan ilmu yang baru. Mengikut mantan Ketua Pengarah Malaysia Datuk Wirah Abdul Rahman, mengatakan bahawa  ilmu itu adalah kedatangan sesuatu makna. Maka ilmu yang kita perolehi adalah ilmu pengetahuan yang baru dalam sinarai ilmu yang sedia ada pada diri kita. Maka itu sebelum kedatangan ilmu yang baru tersebut kita dalam keadaan kurang berilmu. Maka itu setiap usaha yang kita lakukan dalam mencari ilmu telah memenuhi kekurangan-kekurangan  pada diri kita. Budaya mencari ilmu tidak boleh kita merasa malu kepada orang lain.
                Satu contoh yang ditayangkan dalam film pembelajaan yang dilakunkan oleh Allahyarham P. Ramli atau Ramli bin Putih bersama rakan-rakannya. Lakunan itu menunjukkan satu sinario bahawa  P. Ramli bersama rakan-rakannya adalah kumpulan retua yang buta huruf, tidak pandai membaca. Maka mereka ikut sama dengan murid-murid lain belajar  dalam sebuah sekolah dewasa, yang dikenali sebagai sekolah “menyesal”. Apabila kumpulan murid yang baru masuk ditanya oleh che’Gu tentang sesuatu masalah seperti mengeja satu perkataan, murid yang ditanya itu tidak dapat mengeja. Maka murid-murid yang lama mentertawakannya.
 Apabila giliran murid yang lama diminta mengeja perkataan yang sama, murid itu juga tidak dapat mengejanya, maka murid yang baru masuk belajar berlumpatan mentertawa kannya. Maka itu jangan fikirkan bahawa orang yang sudah lama besekolah atau murid yang mentartawakan itu lebih pandai daripada kita.  
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan satu hadis untuk diamalkan dalam kehidupan umatnya yang berbunyi “IGHTANIM KHOMSAN QOBLA KHOMSIN, yang bermaksud:  Pergunakanlah yang Lima  sebelum yang Lima Datang.
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa manusia tidak dapat dipisahkan dengan alam kehidupan sekitarnya, bahkan alam sekitar itu juga  banyak mempengaruhi  kepada kehidupan seseorang. Pada dewasa ini khusunya di negara kita Malaysia, dikejutkan dengan budaya moden dan teknologi terkini semuanya dapat mempengaruhi kehidupan jenerasi muda khususnya dan kepada masyarakat amnya, sehingga mereka terlalai untuk menjalankan tugas-tugas pokok mereka sebagai khalifah Allah SWT.
Ketahuilah bahaw Allah SWT telah mengingatkn kepada manusia dengan sumpah-Nya melalui Firman-Nya dalam surah Al-Ashri ayat 103:1-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demi masa sesuungguhnya semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan orang-orang yang saling nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.”
Buat yang lima  sebelum yang lima datang memberi satu peringatan yang amat jelas kepada manusia bahawa setiap detik masa berlalu, usia manusia telah berkurangan dan masa itu tidak menungguh sesiapa pun. Dengan peringatan tersebut setiap insan faham masa itu sebenar adalah menguji manusia bagaimana ia memanfaatkan masa dalam pembangunan kehidupan. 
Perubahan pada diri manusia harus diselaraskan dengan perubahan pembangunan kehidupan, kerana fitrah manusia sentiasa menginginkan sesuattu yang baharu. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah mengenai ilmu pegengetahuan kerana tanpa ilmu pengeta- huan, sesuatu perubahan tidak akan menjelma.
Nabi Muhammad SAW telah menyarankan kepada umatnya bahawa menuntut ilmu
bermula dari buaian hinggahlah ke liang lahad. Konotasi demikian membawa makna bahawa ilmu adalah sepanjang hayat, A long life learning atau belajar itu sepanjang hayat; merupakan ibadat kerana Allah.
                 Pergunakan yang lima sebelum yang lima datang; konotasi ini merupakan nasihat Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW kepada umatnya supaya mengenali pergerakan masa dan pergunakankannya sebaik mungkin sebelum ia meninggalkan kita. Pergerakan masa itu memperkenalkan manusia supaya jangan amalkan budaya hidup membuang masa. Membuang masa merupakan satu amalan yang menyunsangkan pembangunan manusia.
                Disiplin pembangunan kehidupan sentiasa memanfaatkan masa untuk membuat perubahan pada kehidupan  itu. Kita harus sedar bahawa kehidupan itu sentiasa berubah. Sejak kita dilahirkan di alam dunia ini, sentiasa mengalami perubahan. Perubahan terhadap fisikal kita; Perubahan mengenai Kesihatan kita; Perubahan mengenai Keadaan hidup kita; Perubahan mengenai Faktor masa sesuaikan dengan perlaksanaan pembangunan dan Perubahan mengenai Usia kita.
                Kita hidup semestinya mengalami dua keadaan iaitu keadaan masa mudamu dan keadaan masa tuamu. Hidup masa mudamu penuh dengan berbagai  aktiviti pembangunan seperti menimba ilmu pengetahuan dengan cara mendaftarkan diri sebagai pelajar di institusi pendikan.
                Mengilmukan diri menjadi kewajiban setiap insan kerana ilmu pengetahuan  akan menjadi aset dalam pembangunan manusia. Al-Quran menyarankan bahawa  hanya orang yang berilmu pengetahuan, dikategorikan sebagai manusia kerana dengan ilmu manusia boleh mengenali mana yang benar dan mana yang palsu. Masa muda juga merupakan masa yang sesuai untuk membina semangat ukhuwah kemanusiaan. Fenomen ini amat penting ada pada setiap insan kerana ia akan melahirkan suasana perasaan kasih sayang yang menjadi teras perpaduan ummat kerana Allah SWT.
                Masa mudalah yang amat sesuai untuk membina disiplin diri agar menjadi agen perubahan dalam pembangunan tamadun kehidupan. Menuntut ilmu serta beramal salih demi membina pembangunan diri sejajar dengan kelahiran tamadun kehidupan yang mampan. Generasi mudalah menjadi catalist atau pemangkin dalam semua disiplin pembangunan termasuklah membina keluarga yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Mengolah pembangunan manusia semestinya dalam keadaan yang sihat kerana tidak ada agenda yang dapat kita lakukan jika jasmani kita dilanda kemurungan kerana mengalami kesihatan yang terganggu. Jika masalah kesihatan  sentiasa menemani kehidupan kita maka pemikiran kita juga turut sama terbantut tidak dapat memimpin kita ke arah kehidupan yang sewajarnya.
Maka itu  manusia yang tidak dapat mengubah keadaan hidupnya, Allah SWT tidak akan mengubahnya.  Allah SWT berfirman dalam surah  Al-Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Allah tidak  mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubag nya.”     
Manusia harus berusaha untuk mempebaiki hidupnya daripada kesengsaraan dan kesusahan kepada kesenangan dan kesejahteraan barulah Allah SWT mengubahnya selaras dengan usaha kita. Perubahan tersebut yang diredai Allah SWT merupakan pembangunan insan. Inilah sepatutunya agenda kehidupan setiap manusia hendak jayakan agar dapat melaksanakannya sesuai dengan tahap pencapaian dan kejayaan orang lain yang telah membina taadun kehidupannya.
Memahami diri sendiri bahawa kita telah mengubah keadaan hidup kita harus berpandu kepada falsafah pembangunan yang menetapkan suatu misi bahawa pencapaian atau kejayaan kita pada hari ini haruslah lebih elok daripada pencapaian dan kejayaan hari kelmarin dan rancangkan stratigi untuk hari esok agar ia lebih sempurna lagi berbanding
pencapaian atau kejayaan hari ini dan seterusnya.
                Dalam hidup  kutamaan kita pelihara dan jaga ialah tentang keadaan ekonomi kita. Allah sentiasa memperbaiki keadaan hidup kita sejajar dengan khidmat tawakal kita kepada Allah SWT.  Macam manapun kesulitan  kita dalam memelihara kebijakan keluarga, tetapi Allah pasti mudahkan urusan kita sebagai pemimpin keluarga. Maka itu berpada-padalah dalam mengurus kewangan demi pembangunan keluagra. Maka itu masa kita mempunyai kemampuan untuk mengurus keluarga, perhatikanlah kesedarhanaan dalam mengurus perbelanjaan kita, Ikutlah pepatah Melayu mengatakan “ukurlah baju di badan sendiri.
                        Hidup ini sentiasa berteman dengan masa maka itu ada keadaan hidup kita mengalami kesibukan dan pada masa lainnya kita mempunyai kelapangan. Maka itu pergunakah masa lapangmu sebelum masa sibuk mu  datang menjelma. Mengolah pembangunan apabila masa tidak mengizinkan, kemanfaatannya agak kurang dan kadangkala produknya tidak mencapai kepada kejayaan yang kita ingini.
                Allah wujudkan siang dan malam mempunya berbagai fenomena di dalamnaya. Siang memberi banyak manfaatnya kepada kehidupa manakala malam kemanaatannya agak kurang kerana Allah wujudkan malam untuk memberi kelegaan kepada manusia untuk tidur dan rehat.
                Tanggungjawab manusia dalam hidupnya sebelum ajal menjemput nyawa ada beberapa kategori seperti berikut: Untuk memanusiakan manusia harus ada ilmu sebagai zat mentamadunkan ummah. Dengan ilmu pengtahuan manusia mempunyai kekuatan beribadat kepada Allah SWT.  Kemuliaan manusia dalam hidup ini adalah berpandu kepada perlaksanaan ibadat yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT yang berupa pemangkin manusia dalam menangani hidup. Hiasi dirimu dengan Ibadat kepada Allah SWT.  

No comments:

Post a Comment