Friday, January 31, 2020

MUDAHKAN HIDUP DENGAN ILMU


MUDAHKAN HIDUP DENGAN ILMU
Disiarkan pada 18.01. 2020)
          Apakah ilmu yang diserukan oleh Islam? Maksud ilmu di sini ialah setiap ilmu yang menghapuskan kejahilan, sama ada dalam perkara dunia ataupun  urusan  kebendaan.  Ilmu-ilmu sains, ilmu jiwa, sejarah, Ilmu alam, ilmu masyarakat  dan  lain-lain juga dimaksudkan oleh Al-quran di samping  ilmu-ilmu agama.
          Allah memberi galakan kepada orang-orang Islam mempelajari ilmu-ilmu ini supaya mereka lebih mengetahui kebesaran dan keEsaan Allah, seperti firman Allah dalam surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan
         “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hamba-Nya ialah ulama’-ulama’ (orang yang berpengetahuan)”.
          Orang-orang yang takutkan Allah (menghindarkan dari seksaan-Nya) dengan mentaati-Nya, tidak lain hanyalah para ulama yang mengetahui kekuasaan Allah di atas segala sesuatu di samping meyakini adanya seksa yang dikenakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat.
          Di samping hikmat ini, ada hikmat lain lagi sekiranya diketahui ilmu-ilmu yang disebutkan, hikmat atau faedah yang dimaksudkan ialah faedah-faedah kebendaan dunia jika ilmu itu digunakan dalam urusan-urusan hidup.
       Masyarakat Islam tertegak di atas dasar  “akidah” yang menentukan falsafahnya secara menyeluruh sama ada berkenaan dengan tempat bermula, tempat kembali dan matlamat hidup. Masyarakat Islam juga tertegak di atas syiar-syiar yang mengukuh lagi hubungannya dengan Allah SWT melalui amalan-amalan lahiriah. Jestru itu, maka wujudlah “masyarakat yang beribadah” yang mana tugas utamanya ialah beribadat kepada Allah SWT.
          Masyarakat Islam terbina di atas pemikiran dan pemahaman yang jelas yang menjadikan ia mampu menilai amalan, pendirian, individu dan ideologi berdasarkan pertimbangannya yang khusus yang tidak cendrung ke arah kanan dan kiri. Ia adalah “masyarakat intelektual” yang unik.
          Masyarakat Islam terbina di atas akhlak dan nilai-nilai luhur yang diyakini keimanan nya kepada agamanya serta syiariatnya. Akhlak adalah sebahagian dari agama memandang kannya ia adalah perintah atau larangan yang datang dari Allah SWT. Lantaran itu ia adalah “masyarakat berakhlak”.
          Masyarakat Islam terbina di atas adab kesopanan dan budaya tertentu yang menjadikannya  unik, yang bukan diciplak dari masyarakat lain sama ada yang jauh atau yang lama.
          Selain dari terbinanya masyarakat Islam di atas dasar-dasar tersebut keseluruhannya, ia juga terbina di atas dasar perikemanusiaan (humanity) yang tinggi sebagaimana yang sentiasa dicari-cari oleh manusia yang bertamadun.
          Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan Akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan peransang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai khalifah; kerana mereka paling kuat beribadat kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh Malaikat) akan melakukan kemusnahan dan menumpahkan darah di atas permukaan bumi. Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 2:30-33 yang bermaksud: (terjemahan)
          Sesungguhnya aku Maha Mengetahi apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarkan Adam nama-nama keseluruhannya.”  
          Islam adalah agama ilmu, Al-Quran al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah berkenaan dengan Ilmu iaitu
          “Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang telah menciptakan.”
        Membaca adalah pintu keilmuan sementara al-Quran merupakan:
          “Kitab yang diperjelaskan ayat-ayatnya,iaitu bacaan di dalam bahasa Arab untuk kaum yang berilmu: Fussilatt ayat41:3
          Al-Quran ialah menjadikan ilmu sebagai asas perbezaan antara manusia. Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
       “Katakanlah: adakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu.”
          Selain itu, Al-Quran juga telah menjadikan orang-orang yang berilmu sebagai orang-orang yang bersaksi kepada Allah dengan ketauhidan bersama para Malaikat. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melaikan-Nya, yang menegakkan keadilan.Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tiada Tuhan melainkan-Nya, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
          Orang  yang  berilmu adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah serta bertakwa kepada-Nya. Allah SWT berfirman dalam Surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Seungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.”
          Tidak ada orang yang takut kepada Allah kecuali orang  yang mengenali Allah SWT. hanya dapat dikenali berdasarkan kepada kesan-kesan kekuasaan dan rahmat-Nya terhadap makhluk. Lantaran itu, kenyataan bahawa manusia berilmu sahajalah yang takut kepada Allah telah disebutkan di dalam konteks ayat yang membicarakan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap alam semesta:
          Firman Allah SWT Surah Fathir ayat 35:27-28 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Tidakkah kamu melihat Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dari hujan tersebut buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis putih dan merah yang beraneka macam warnaya dan ada yang hitam pekat. Dan demikian di antara manusia, binatang-binatang yang melata dan binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (serta jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.”
          Keistemewaan manusia terletak pada ilmu yang dipunyainya. Seandainya ilmu  itu hilang, maka jatuhlah martabat manusia. Ilmu itu pula terletak dalam roh dan ia  memainkan peranan yang penting dalam menentukan sifat kemanusiaan. Misalnya, manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia diciptakan oleh Allah dengan potensi intelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang merupakan santapan kalbu
          Sekiranya kalbu (hati) tidak disajikan dengan ilmu dan hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah Ilahi dan akhirnya mengalamai kematian walaupun  tuan punya kalbu itu mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya. Menurut Al-Ghazali (1990).
           “Ilmu boleh diibaratkan sebagai pakaian yangmenutup tubuh manusia. Oleh itu manusia yang tidak berilmu boleh diiberatkan sebagai manusia yang tidak memakai sebarang pakaian.”
          Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu pula bergantung pada sejauh mana ilmu itu diorientasikan kepada penghampiran  diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan keakhiratan.. Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara maklumat yang benar dengan maklumat yang palsu dalam kemunikasi, antara iman dengan syirik dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan.
         Sekiranya  kekuatan ilmu dibentuk secara seimbang, sepadu, dan  menyeluruh, maka terpancar lah hikmah  dalam jjiwa manusia. Istilah hikmah  (bijaksanaan) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala perbuatan yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia.
          Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang membolehkan seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian. Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan menghalang seseorang daripada bergelumang dalam kelakuan yang jahat. Jadi hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi perkerti yang terpuji. Keadilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seseorang hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.
          Menurut Naquib (1992), manifestasi luaran bagi keadilan dalam kehidupan ialah apa yang berlaku dalam lingkungan adab. Oleh itu, kehilangan adab menggambarkan kehilangan keadilan dan
tanpa keadilan, manusia akan mengalami kekeliruan dalam ilmu. Seterusnya, kehilangn adab juga adalah penyebab bagi kehilangan iman terhadap agama Allah.
          Kekuatan ilmu saling berkait dengan kekuatan akal kerana ilmu dipeolehi melalui akal yang rasional. Akal itu pula merupakan inti bagi roh manusia. Istilah “Inti bagi suatu benda” bermaksud sesuatu paling istemewa yang dipunyai oleh benda tesebut.
          Ilmu pengetahuan dalam Islam memberi galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia  tidak akan  bernilai dan tidak  menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan  orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
          Tentu tidak sama. Orang yang mahu mengambil teladan mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang jahil dan cuai – kerana orang yang berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, Sedang orang yang tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
          Kemudian kita lihat Al-Quran dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Firman Allah SWT. dalam Surah  Al-Mujadilah ayat 58:11 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
          Allah akan meningkatkan darjat orang-orang Mukmin lantaran mereka mematuhi Allah dan perintah rasul-Nya. Begitu pula orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sebenarnya orang yaag berilmu pengetahuan itu tinggi benar darjatnya, bukan sahaja di kampung akhirat, Malahan juga di atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang mempunyai pengetahuan dipandang tinggi. Dan biasanya pula pandangan itu ditumpukan kepada ijazah-ijazah.Siapa yang memiliki ijazah pengajian, maka mudahlah mendapat kedudukan dan  senanglah mendapat pekerjaan.
          Demikian juga Allah SWT. mengakui penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu”.
          Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang berilmu dan penyaksia malaikat. Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
          Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami”.
          Begitulah Allah menutup pinat hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehinga tidak dapat lagi menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterangan yang dibacakan dari Kitab Allah, disebabkan buruknya persediaan mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.(1)
          Fitrah ilmu ialah kewajiban manusia memperolehinya. Allah telah memerintahkan Malaikat dan iblis untuk menyembah (menghormati) Nabi Adam kerana kehadiran ilmu dalam diri beliau, dan apabila iblis menentang Allah kerana ia fikir tidak sesuai baginya untuk berbuat demikian atas sebab iblis diperbuat daripada api yang ada cahayanya seperti yang ada pada Malaikat.
          Allah SWT murkah dan dengan serta merta menyingkirkan iblis keluar dari syurganya dan segala kelezatan hidup yang telah ia perolehi sebelum ini. Ini menunjukkan begitu tinggi nilai ilmu dan jikalau ia dipunyai oleh seseorang maka ia akan disegani dan dihormati oleh orang lain. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhamma melalui Malaikat Jibrail ialah “Iqra”, yang membawa makna bnaca; dan membaca itu adalah wajib bagi semua insan tidak kir apa bangsa ataau keturunan mahupun kepercayaan, wajar membudayakan membaca untuk menimba ilmu untuk kemanfaatan hidup di dunia dan di sebagai alat atau cara untuk mendapatkan keedhaan Allah yang merupakan bekalan untuk dunia akhirat kelak.
          Ilmu dan amal adalah sesuatu yang wajar bagi semua memnbudayakannya kerana ia kelak mengundang keimanan yang akan menanam ketakwaan insan kepada Allah SWT. Kehadiran iman dalam diri manusia akan menjauhinya dari pencemaran penyakit sendi-sendi sosial yanga membawa 
manusia mengkufuri segala nikmat hidup yang disediakan Allah kepada hamba-Nya.
          Kufur nikmat merupakan satu bentuk tabiat manusia menyalagunakan kebahaagian hidup dan kelak akan menjauhkan diri dari Allah. Budaa samseng menjadi landasan hidup dan tabiat mementnkan diri menjadi prinsip di pentas dunia. Segaala kejayaan yang diperolehinya difikirka menjadi hak mutlaknya kerana itulah hasil dari peringatanmya dan tidak ada kena mengena dengan hidayah dri yang Maha Pencipta.
          Manusia yang berilmu sentiasa memikirkan dirinya kekurangan kerana semakin ia tahu  ia  merasakan semakin ia tidak tahu. Dalam erti kata lain bahawa jika manusia hendak menerokai dunia keimuan ia  mendapati ilmu itu tidak ada sempadan atau ia tidak mengenal ketandusan ilmu. Menjelajahi alam ilmu serupa dengan melihat permukaan lautan yang luas.
          Manusia tidak punya kekuatan untuk melihat sempadan lautan, hanya ia boleh difahami melalui penglihatan matanya ialah lautan itu bertemu dengan langit. Budaya orang yang berilmu  tidak mengenal penat lelah dan merasa ilmu itu cukup baginya. Ia sentiasa mempunyai motivasi dalaman yang secara automatik menggekkan minatnya untuk mengetahui legih banyak ilmu.
          Kemuliaan Nabi Mhammad SAW disisi Allah begitu smat tinggi disebabkan ilmu yang ada pada dirinya, sehingga mengalahakan keucian Malaikat. Semasa Isra’ dan Mi’raj apabila Allah membenarkan Nabi Muhammad memasuki aras-Nya (Sidratul Muntaha) tetapi Malaikat Jibrail tidak dibenarkan.
          Ilmu itu adalah daya tahan mental yang memimpin manusia menjadi manusia dan kekuatan iman semestinyalah kehadiran ilmu dalam diri manusia.(2)
(1)     Nik Azis Nik Pa: POTENSI INTELEK – Dawan Bahasa dan Pustaka 1999.   
(2)     Mohd  Farid Linggi, Datuk Haji: KEHIDUPAN DALAM TIGA DIMENSI – Pustaka Syuhada Kuala Lumpur 1998.

No comments:

Post a Comment