TANGANI
HIDUP BERSENDIKAN ILMU AKIDAH
(Disiarkan
pada 15.2.2020)
Prinsip hidup sebagai mukmin
semestinya mempunyai ideologi seperti yang ditunjuk kan oleh Rasul kita Nabi
Muhammad SAW. Baginda Rasul diutuskan Allah
SWT ke dunia ini untuk menghapuskan kejahilan manusia yang telah dipimpin oleh
masyarakat Quraisy yang mendokong ideologi masyarakat dato nenek mereka. Prinsip
hidup masyarakat Quraisy lebih suka membudayakan disiplin bersendirian daripada
mendirikan semangat kerjasama dalam semua disiplin pembangunan.
Memimpin masyarakat mukmin wajar
berteraskan kepada ideologi ukhuwah kemanusia an, kerana melaksanakan sesuatu ibadat pembangunan
semestinya dalam keadaan disiplin jamak. Apa sekalipun dalam hidup ini
wajar dilaksanakan secara bersama.
Pepatah bahasa Inggeris mengatakan bahawa dalam semua urusan pembangunan harus difikirkan
dalam disiplin: “Two heads are better
than one”; yang membawa maksud dalam semua urusan pembangunan melaksanakan
sewajarnya dalam konsep “Dua Kepala adalah lebih bermanfaat daripada satu.”
Konotasi tersebut berkiblat kepada
suasana semangat “Ukhuwah Kemanusiaan.” Kita memahami dalam pembangunan
kehidupan manusia, wajar membudayakan kekitaan atau semangat berkerjasama dalam
meyelasaikan ibadat demi melahirkan pembangunan yang mampan. Semangat ukhuwah
kemanusiaan mempunyai ciri-ciri pembangunan yang akan melahiran perasaan semangat
kasih sayang kelak akan mewujudkan suasana perasaan, masalah yang dialami oleh
orang lain adalah juga masalah diri kita sebagai ahli masyarakat manusia
mukmin.
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW,
semasa membina stratigi menyerang atau mempertahankan kubu pertahanan Islam di bukit Uhud, beliau terlebih dahulu membina
semangat satu haluan dan sehaluan untuk memastikan kekompakan solidaritas
sosial sebagai pertahanan yang mampan yang disalurkannya melalui budaya perbincangan.
Walau apa sekali pun ciri-ciri
pembangunan, semestinya mengadakan perbincangan untuk mendapatkan persetujuan
yang besifat jamak sebelum ibadat berkenaan dapat dilaksanakan.
Apabila musuh-musuh Islam datang
menyerang kubu pertahanan Islam di bukut uhud, Islam telah membina kekuatannya.
Islam berjaya menegakkan pertahannya menentang kemaraan musuh Islam. Walau
bagaiman pun, strategi yang telah dibina tidak dipelihara kerana tamak
mendapatkan harta peninggalan musih Islam, maka
pertahanan Islam berpeca.
Apabila musuh Islam mengetahui
pertahan Islam sudah tidak ada, maka musuh-musuh Islam berpatah balik dan
menyerang Islam . Oleh sebab pertahanan Islam sudah peca maka mereka mengalami kekalahan. Dan kebanyakan
pertahan Islam itu mendapat kecederaan dan ada yang terbunuh seperti Sayyidina
Hamzah. Mengikut cerita, Sayidina Hamzah telah dibelah perutnya dan diambil hatinya
oleh Jubair Muth’in dan dimakannya tetapi dibuang tidak ditelannya.
Inilah akibat manusia yang tidak
menghormati semangat persatuan. Orang yang memikirkan kepentingan diri lebih
daripada kepentingan jemaah. Maka semangat ukhuwah itu amat penting dalam semua
stratigi perlaksanaan ibadat. Maka konotasi “Two
heads are better tahan one”mempunyai falsafah yang sangat ampuh.. Dalam kontak pembangunan lainya,
Al-Quran membawa kita manusia untuk memelihara ukhuwah kemanusiaan kerana Allah
berfirman bahawa ilmu di alam ini tidak boleh dikuasai oleh seorang diri.
Kita tidak wajar mengatakan bahawa
“Saya adalah lebih pandai daripada orang lain.” Allah telah befirman bahawa
orang yang berilmu semestinya merasa lebih tawadhu dan tidak mengiklankan diri
bahawa kepintaran kita, fahamilah bahawa ada orang lain lagi yang lebih
pintar
daripada kita.
Dunia dan akhirat adalah dua fenomena
alam yang amat berbeza dari segala-galanya.
Sebagai
makhluk yang tercipta daripada dua unsur, iaitu jasmani dan rohani, wajar
memahami peranan anda sebagai makhluk yang diberi tanggungjawab untuk
memurnikan kedua-dua alam tersebut.
Apa yang jelas dalam hidup ini ialah
manusia mempunyai perjalanan yang jauh menujuh ke alam akhirat. Alam-alam yang
telah dan sedang kita lalui seperti alam rahim dan sekarang ini alam dunia yang
berupa alam nyata. Tetapi dengan alam yang nyata tersebut ada sesuatu alam
dalam diri anda sendiri yang berunsur tidak nyata atau ghaib, iaitu alam rohani
yang ada pada setiap individu. Oleh yang demikian anda mempunya tanggungjawab
yang amat kompleks dalam menelusuri alam kehidupan.
Adakah anda memahami apa dia itu
kehidupan? Dalam konteks meyeluruh, kehidupan ialah satu aktiviti atau peranan setiap
individu untuk memurnikan kebajikkan jasmani dan rohani kita; hubungan kita
dengan sesama makhluk dan juga hubungan dengan zat yang Maha Pencipta harus
dalam keadaan baik. Kesemua tanggungjawab tersebut akan membawa kita kepada kefahaman,
siapalah kita di sisi Allah SWT?
Bolehkah kita hidup tanpa bantuan
dari Allah SWT? Hidup ini sebenar adalah untuk menyemba Allah dan mengabdikan diri
kepadanya. Distinasi mutlak yang menjadi agenda dalam kehidupan manusia ialah
hidup di syurga Allah SWT. Walau bagaimana pun Allah sendiri tidak memerlukan
apa-apa dari kita. Kitalah yang memerlukan berbagai keperluan hidup dari Allah
dalam menangani hidup ini.
Allah wujudkan manusia dalam keadaan
yang amat sempurna dan suci dari segalanya. Maka itu adalah menjadi
tanggungjawab setiap insan untuk memelihara kesempurnaan dan kesucian
semulajadi tersebut. Untuk kebuntuhan biologi manusia, kita haruslah bergerak dan
bertawakal membina keperluan-keperluan yang memurnikan pembangunan jasmani dan
rohani. Pembangunan kedua-dua unsur tersebut menjadi tanggungjawab setiap insan
untuk membolehkannya memahami siapakah kita dalam cakerawala kehidupan ini.
Segala fasiliti dalam jasmani manusia
telah dibekalkan oleh Allah. Oleh itu tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah
ialah memelihara dan memurnikan fasiliti tersebut agar dapat mengekalkan
keadaan semulajadinya demi untuk kesempurnaan dalam kelangsungan hidup di alam
dunia ini .
Wawasan hidup setiap insan ialah
mendapat kebahagiaan hidup di akhirat (syurga Allah SWT) Maka itu agenda
pembangunan dunia wajar dilaksanaka sebagai pemain yang memastikan amal jariah menjadi keutaman dalam perjuangan
hidup keranaAllah SWT. memakmurkan alam kehidupan semestinya mengutamakan
amal-amal yang bersendikan keredaan Allah SWT.
Hidup di dunia semestinya membawa
kehidupan yang banyak kemanfaatan kepada makhluk Allah SWT terutama sekali
kepada manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang dijadikan sebagai
pembangunan umat. Allah meyatakan bahawa
kehidupan di dunia sekarang ini adalah penghidupan kecil (tidak bererti) sedang
di akhiratlah yang benar-benar hidup. Tetapi sungguhpun begitu, penhidupan
dunia ini amat penting, kerana dialah yang menentukan baik buruknya nasib
manusia dalam kehidupan di akhirat yang kekal dan abadi itu.
Kita tahu bahawa hidup di dunia
mengalami berbagai kerenah dan penderitaan yang berupa ujian dari Allah SWT.
Ujian Allah itu jika dilaksanakan dengan hati yang tabah, sabar serta dikuatkan
dengan iman dan takwa kepada Allah, akan mendapat ganjaran pahala kelak akan
memudahkan kita untuk berjumpa dengan Allah SWT.
Baginda Rasul mendapat didikan
langsung dari Allah melalui wahyu-Nya dalam perantaraan Malaikat Jibril selama lebih kurang 23 tahun.
Beliau memimpin manusia dengan berpandukan Islam sebagai agama Allah. Beliau
mentarbiahkan Islam kepada umatnya untuk membetulkan pembangunan umat demi
mendapat keredaan Allah SWT.
Baginda Rasul menyampaikan
dakwahnya bukan melalui kekerasaan atau
melalui
pujukan
tetapi melalu moral force. Belaku
satu masa seorang jejaka berjupa dengan Muhammad mengatakannya bahawa dia mahu
masuk Islam. Jejaka ini amalannya ialah melakukan maksiat dan merompak harta
benda. Muhammad menyaksikan dia mengucap dua kalimah syadat di depan rasul
sendiri.
Setelah masuk Islam lalu jejaka itu
mengatakan kepada Rasul bahawa dia sudah masuk Islam tetapi dengan cakap terang
ia mengatakan bahawa dia tidak boleh
buang amalannya yang sudah-sudah seperti
melakukan maksiat, mencuri dan merampas harta orang. Itu kegemarannya. Rasul
kata kalau itu kegemaranmu, boleh teruskan kalau kamu suka. Jejaka itu merasa
enting masuk Islam ini.
Rasul berkata boleh kamu teruskan
amalan kamu itu tetapi dengan syarat kamu berjanji dengan saya. Jejaka itu mahu
berjanji dengan syarat janji itu tidak berat dipegang! Rasul mengatakan bahawa
mulai dari sekarang kamu berjanji dengan saya bahawa kamu tidak bercakap bohong
kepada saya. Itu saja kata jejaka itu. Rasul kata ia, itu saja. Boleh, kalau
hanya tidak cakap bohong, saya setuju, kata jejaka itu.
Selepas itu jejaka berpiksa dengan Rasul. Jejaka itu mengatakan
bahawa janji yang dikenakan kepada saya mudah benar! Satu ketika ia berjumpa
dengan seorang gadis cantik lalu dibawanya berbincang. Perbincangan mereka
sangat asik sehingga gadis itu dapat dipujuk oleh jejaka itu masuk ke rumahnya.
Masuk ke rumahnya wajar tetapi masuk ke bilik tidurnya amat menjemput amalan
maksiat. Kemudian ke asikan bercerita membawa mereka melakukan maksiat. Tetapi
sebelum melaksanakan perbutan yang terkutuk itu, lalu jejaka itu teringat
janjinya kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong.
Kalau saya melakukan maksiat
kemudian ketemu rasul. Kemudian Rasul tanya kamu buat maksiatkah atau tidak.
Kalau saya kata tidak saya sudah melanggar
janji rasul jangan bercakap bohong. Jika saya katakan ada maka saya akan
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Maka saya tidak jadi melakukan zina.
Pada masa yang lain pula apabila saya
berjaya merompak sebuah rumah dan berjaya mendapat wang kepunyaan
orang punya rumah. Apabila saya hendak
keluar rumah dengan membawa duit yang saya rompak, saya teringat janji saya
dengan Rasul supaya jangan bercakap bohong. Apabila Rasul jumpa saya dan tanya
saya mencurikah atau tidak apa jawapan saya? Kalau saya kata tidak, saya telah melanggar janji saya dengan rasul
supaya jangan bercakap bohong. Dan jika saya mengaku ada mencuri maka saya kena
tangkap dan masuk penjara,
Selepas itu jejaka ini datang
berjumpa dengan rasul lalu berkata: Ya Rasul, janji saya dengan Rasul amat
mudah tetapi menjadi pokok kepada segala kejahatan. Saya tidak bermayah. Maka
jejaka itu menjadi manusia yang amat jujur dan memelihara agama Islam dengan
cukup sempurna.
Hidup sebagai muslim harus memelihara
hubungan yang baik dengan ibu kita sendiri. Seorang anak lelaki bernama Jurais,
amat sayang kepada ibunya dan amal ibadatnya sentiasa dilaksanakan tujuh belas
rakyaat setiap hari. Dan ia juga memelihara solat-solat sunnat yang lain setiap
hari. Pada satu masa Jurais sedang melaksanakan sembahyang sunnat. Ibunya tidak
tahu bahawa Jurais sedang solat sunnat; lalu ibunya memanggilnya, tetapi Jurais
tidak menjawab kerana dia sedang solat sunat. Ibunya menulangi pangilannya
sebanyak tiga kali tetapi Jurais tidak juga menjawab. Budak itu berfikir dalam
hatinya bahawa khusyuk sembahyang memikirkan Allah lebih abdal daripada
melayani pangilan ibu.
Ibu merasa tekilan tidak mendapat
jawapan dari Jurais lalu berdoa kepada Allah janganlah matikan anak saya
sebelum mengalami masalah. Pada suatu masa
ada seorang gadis yang sudah lama mencari peluang berjumpa dengan Jurais
tetapi usahanya tidak mendapat peluang dari Jurais. Lalu gadis itu berpakaian kurang
menutup auratnya dan lalu dekat dengan Jurais. Kerana iman Jurais begitu mantap,
di tidak tergiur hendak melihatnya. Lalu Gadis itu berjumpa dengan seorang
lelaki tukang potong sapi di pasar. Lelaki itu
Melakukan zinah kepada gadis bekenaan. Apabila gadis
itu hamil lalu menghibarkan kepada masyarakat ramai bahawa ia hamil kerana
Jurais, yang orang kata paling alim itu. Jurais ditangkap lalu diadili. Tuan
Imam yang menyelesaikan kes berkenan menanguh penghakimannya sehingga anak itu
lahir. Apabila anak itu lahir tuan imam menekan perutnya lalu berkata “Siapa
bapamu?” Maka anak yang masih merah itu mengatakan bapanya ialah orang tukan
potong sapi di dipasar. Maka selamatlah Jurais dari tuduhan yang dilimparkan
kepadanya!
No comments:
Post a Comment