Monday, March 2, 2020

TANGANI HIDUP BERSENDIKAN ILMU AKIDAH


TANGANI HIDUP BERSENDIKAN ILMU AKIDAH
(Disiarkan pada 29.2.2020)
          Prinsip hidup sebagai mukmin semestinya mempunyai ideologi seperti yang ditunjukkan oleh Rasul kita Nabi Muhammad SAW.  Baginda Rasul diutuskan Allah SWT ke dunia ini untuk menghapuskan kejahilan manusia yang telah dipimpin oleh masyarakat Quraisy yang mendokong ideologi masyarakat Datok nenek mereka. Prinsip hidup masyarakat Quraisy lebih suka membudaya kan disiplin bersendirian daripada mendirikan semangat kerjasama dalam semua disiplin pembangunan.     
          Memimpin masyarakat mukmin wajar berteraskan kepada ideologi ukhuwah kemanusiaan, kerana  melaksanakan sesuatu ibadat pembangunan semestinya dalam keadaan disiplin jamak. Apa sekalipun dalam hidup ini wajar  dilaksanakan secara bersama. Pepatah bahasa Inggeris mengatakan bahawa dalam semua urusan pembangunan harus difikirkan dalam disiplin: “Two heads are better than one”; yang membawa maksud dalam semua urusan pembangunan melaksanakan sewajarnya dalam konsep “Dua Kepala adalah lebih bermanfaat daripada satu.”
          Konotasi tersebut berkiblat kepada suasana semangat “Ukhuwah Kemanusiaan.” Kita memahami dalam pembangunan kehidupan manusia, wajar membudayakan kekitaan atau semangat berkerjasama dalam meyelasaikan ibadat demi melahirkan pembangunan yang mampan. Semangat ukhuwah kemanusiaan mempunyai ciri-ciri pembangunan yang akan melahiran perasaan semangat kasih sayang kelak akan mewujudkan suasana perasaan, masalah yang dialami oleh orang lain adalah juga masalah diri kita sebagai ahli masyarakat manusia mukmin.
          Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW, semasa membina stratigi menyerang atau mempertahankan kubu pertahanan Islam  di bukit Uhud, beliau terlebih dahulu membina semangat satu haluan dan sehaluan untuk memastikan kekompakan solidaritas sosial sebagai pertahanan yang mampan yang disalurkannya melalui budaya perbincangan.
          Walau apa sekali pun ciri-ciri pembangunan, semestinya mengadakan perbincangan untuk mendapatkan persetujuan yang besifat jamak sebelum ibadat berkenaan dapat dilaksanakan.
         Apabila musuh-musuh Islam datang menyerang kubu pertahanan Islam di bukit Uhud, Islam telah membina kekuatannya. Islam berjaya menegakkan pertahannya menentang kemaraan musuh Islam. Walau bagaiman pun, strategi yang telah dibina tidak dipelihara kerana tamak mendapatkan harta peninggalan musuh Islam, maka  pertahanan Islam berpeca. 
          Apabila musuh Islam mengetahui pertahan Islam sudah tidak ada, maka musuh-musuh Islam berpatah balik dan menyerang Islam. Oleh sebab pertahanan Islam sudah peca maka  mereka mengalami kekalahan. Dan kebanyakan pertahan Islam itu mendapat kecederaan dan ada yang terbunuh seperti Sayyidina Hamzah. Mengikut cerita, Sayidina Hamzah telah dibelah perutnya dan diambil hatinya oleh Jubair Muth’in dan dimakannya tetapi dibuang tidak ditelannya.
          Inilah akibat manusia yang tidak menghormati semangat persatuan. Orang yang memikirkan kepentingan diri lebih daripada kepentingan jemaah. Maka semangat ukhuwah itu amat penting dalam semua stratigi perlaksanaan ibadat. Maka konotasi “Two heads are better tahan one”mempunyai falsafah yang sangat ampuh.. Dalam kontak pembangunan lainya, Al-Quran membawa kita manusia untuk memelihara ukhuwah kemanusiaan kerana Allah berfirman bahawa ilmu di alam ini tidak boleh dikuasai oleh seorang diri.
          Kita tidak wajar mengatakan bahawa “Saya adalah lebih pandai daripada orang lain.” Allah telah befirman bahawa orang yang berilmu semestinya merasa lebih tawadhu dan tidak mengiklankan diri bahawa kepintaran kita, fahamilah bahawa ada orang lain lagi yang lebih pintar daripada kita.
          Dunia dan akhirat adalah dua fenomena alam yang amat berbeza dari segala-galanya. Sebagai makhluk yang tercipta daripada dua unsur, iaitu jasmani dan rohani, wajar memahami peranan anda sebagai makhluk yang diberi tanggungjawab untuk memurnikan kedua-dua alam tersebut.
          Apa yang jelas dalam hidup ini ialah manusia mempunyai perjalanan yang jauh menujuh ke alam akhirat. Alam-alam yang telah dan sedang kita lalui seperti alam rahim dan sekarang ini alam dunia yang berupa alam nyata. Tetapi dengan alam yang nyata tersebut ada sesuatu alam dalam diri anda sendiri yang berunsur tidak nyata atau ghaib, iaitu alam rohani yang ada pada setiap individu. Oleh yang demikian anda mempunya tanggungjawab yang amat kompleks dalam menelusuri alam kehidupan.
          Adakah anda memahami apa dia itu kehidupan? Dalam konteks meyeluruh, kehidupan ialah satu aktiviti atau peranan setiap individu untuk memurnikan kebajikkan jasmani dan rohani kita; hubungan kita dengan sesama makhluk dan juga hubungan dengan zat yang Maha Pencipta harus dalam keadaan yang baik. Kesemua tanggungjawab tersebut akan membawa kita kepada kefahaman, siapalah kita di sisi Allah SWT?
          Bolehkah kita hidup tanpa bantuan dari Allah SWT? Hidup ini sebenar adalah untuk menyemba Allah dan mengabdikan diri kepadanya. Distinasi mutlak yang menjadi agenda dalam kehidupan manusia ialah hidup di syurga Allah SWT. Walau bagaimana pun Allah sendiri tidak memerlukan apa-apa dari kita. Kitalah yang memerlukan berbagai keperluan hidup dari Allah dalam menangani hidup ini.
          Allah wujudkan manusia dalam keadaan yang amat sempurna dan suci dari segalanya. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memelihara kesempurnaan dan kesucian semulajadi tersebut. Untuk kebuntuhan biologi manusia, kita haruslah bergerak dan bertawakal membina keperluan-keperluan yang memurnikan pembangunan jasmani dan rohani. Pembangunan kedua-dua unsur tersebut menjadi tanggungjawab setiap insan untuk membolehkannya memahami siapakah kita dalam cakerawala kehidupan ini.
          Segala fasiliti dalam jasmani manusia telah dibekalkan oleh Allah. Oleh itu tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah memelihara dan memurnikan fasiliti tersebut agar dapat mengekalkan keadaan semulajadinya demi untuk kesempurnaan dalam kelangsungan hidup di alam dunia ini .
        Wawasan hidup setiap insan ialah mendapat kebahagiaan hidup di akhirat (syurga Allah SWT) Maka itu agenda pembangunan dunia wajar dilaksanakan sebagai pemain yang memastikan  amal jariah menjadi keutaman dalam perjuangan hidup kerana Allah SWT. memakmurkan alam kehidupan semestinya mengutamakan amal-amal yang bersendikan keredaan Allah SWT.
          Hidup di dunia semestinya membawa kehidupan yang banyak kemanfaatan kepada makhluk Allah SWT terutama sekali kepada manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang dijadikan sebagai pembangunan umat. Allah  meyatakan bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah penghidupan kecil (tidak bererti) sedang di akhiratlah yang benar-benar hidup. Tetapi sungguhpun begitu, penhidupan dunia ini amat penting, kerana dialah yang menentukan baik buruknya nasib manusia dalam kehidupan di akhirat yang kekal dan abadi itu.
          Kita tahu bahawa hidup di dunia mengalami berbagai kerenah dan penderitaan yang berupa ujian dari Allah SWT. Ujian Allah itu jika dilaksanakan dengan hati yang tabah, sabar serta dikuatkan dengan iman dan takwa kepada Allah, akan mendapat ganjaran pahala kelak akan memudahkan kita untuk berjumpa dengan Allah SWT.
          Baginda Rasul mendapat didikan langsung dari Allah melalui wahyu-Nya dalam perantaraan  Malaikat Jibril selama lebih kurang 23 tahun. Beliau memimpin manusia dengan berpandukan Islam sebagai agama Allah. Beliau mentarbiahkan Islam kepada umatnya untuk membetulkan pembangunan umat demi mendapat keredaan Allah SWT.
          Baginda Rasul menyampaikan dakwahnya  bukan melalui kekerasaan atau melalui pujukan tetapi melalu moral force. Belaku satu masa seorang jejaka berjupa dengan Muhammad mengatakannya bahawa dia mahu masuk Islam. Jejaka ini amalannya ialah melakukan maksiat dan merompak harta benda. Muhammad menyaksikan dia mengucap dua kalimah syadat di depan rasul sendiri.
          Setelah masuk Islam lalu jejaka itu mengatakan kepada Rasul bahawa dia sudah masuk Islam tetapi dengan cakap terang ia mengatakan bahawa dia tidak  boleh buang amalannya  yang sudah-sudah seperti melakukan maksiat, mencuri dan merampas harta orang. Itu kegemarannya. Rasul kata kalau itu kegemaranmu, boleh teruskan kalau kamu suka. Jejaka itu merasa enting masuk Islam ini.
          Rasul berkata boleh kamu teruskan amalan kamu itu tetapi dengan syarat kamu berjanji dengan sayarat. Jejaka itu mahu berjanji dengan syarat janji itu tidak berat dipegang! Rasul mengatakan bahawa mulai dari sekarang kamu berjanji dengan saya bahawa kamu tidak bercakap bohong kepada saya. Itu saja kata jejaka itu. Rasul kata ia, itu saja. Boleh, kalau hanya tidak cakap bohong,
saya setuju, kata jejaka itu.
          Selepas itu jejaka  berpisah dengan Rasul. Jejaka itu mengatakan bahawa janji yang dikenakan kepada saya mudah benar! Satu ketika ia berjumpa dengan seorang gadis cantik lalu dibawanya berbincang. Perbincangan mereka sangat asik sehingga gadis itu dapat dipujuk oleh jejaka itu masuk ke rumahnya. Masuk ke rumahnya wajar tetapi masuk ke bilik tidurnya amat menjemput amalan maksiat. Kemudian ke asikan bercerita membawa mereka melakukan maksiat. Tetapi sebelum melaksanakan perbutan yang terkutuk itu, lalu jejaka itu teringat janjinya kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong.
           Kalau saya melakukan maksiat kemudian ketemu rasul. Kemudian Rasul tanya kamu buat maksiatkah atau tidak. Kalau saya kata tidak saya sudah  melanggar janji rasul jangan bercakap bohong. Jika saya katakan ada maka saya akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Maka saya tidak jadi melakukan zina.
          Pada masa yang lain pula apabila saya berjaya merompak sebuah rumah dan berjaya mendapat wang  kepunyaan  orang punya rumah. Apabila saya hendak keluar rumah dengan membawa duit yang saya rompak, saya teringat janji saya dengan Rasul supaya jangan bercakap bohong. Apabila Rasul jumpa saya dan tanya saya mencurikah atau tidak apa jawapan saya? Kalau saya kata  tidak,  saya telah melanggar janji saya dengan rasul supaya jangan bercakap bohong. Dan jika saya mengaku ada mencuri maka saya kena tangkap dan masuk penjara,
          Selepas itu jejaka ini datang berjumpa dengan rasul lalu berkata: Ya Rasul, janji saya dengan Rasul amat mudah tetapi menjadi pokok kepada segala kejahatan. Saya tidak bermayah. Maka jejaka itu menjadi manusia yang amat jujur dan memelihara agama Islam dengan cukup sempurna.
          Hidup sebagai muslim harus memelihara hubungan yang baik dengan ibu kita sendiri. Seorang anak lelaki bernama Jurais, amat sayang kepada ibunya dan amal ibadatnya sentiasa dilaksanakan tujuh belas rakyaat setiap hari. Dan ia juga memelihara solat-solat sunnat yang lain setiap hari. Pada satu masa Jurais sedang melaksanakan sembahyang sunnat. Ibunya tidak tahu bahawa Jurais sedang solat sunnat; lalu ibunya memanggilnya, tetapi Jurais tidak menjawab kerana dia sedang solat sunat. Ibunya menulangi pangilannya sebanyak tiga kali tetapi Jurais tidak juga menjawab. Budak itu berfikir dalam hatinya bahawa khusyuk sembahyang memikirkan Allah lebih abdal daripada melayani pangilan ibu.
          Ibu merasa tekilan tidak mendapat jawapan dari Jurais lalu berdoa kepada Allah janganlah matikan anak saya sebelum mengalami masalah. Pada suatu masa  ada seorang gadis yang sudah lama mencari peluang berjumpa dengan Jurais tetapi usahanya tidak mendapat peluang dari Jurais. Lalu gadis itu berpakaian kurang menutup auratnya dan lalu dekat dengan Jurais. Kerana iman Jurais begitu mantap, di tidak tergiur hendak melihatnya. Lalu Gadis itu berjumpa dengan seorang lelaki tukang potong sapi di pasar. Lelaki itu
Melakukan  zinah kepada gadis bekenaan. Apabila gadis itu hamil lalu menghibarkan kepada masyarakat ramai bahawa ia hamil kerana Jurais, yang orang kata paling alim itu. Jurais ditangkap lalu diadili. Tuan Imam yang menyelesaikan kes berkenan menanguh penghakimannya sehingga anak itu lahir. Apabila anak itu lahir tuan imam menekan perutnya lalu berkata “Siapa bapamu?” Maka anak yang masih merah itu mengatakan bapanya ialah orang tukan potong sapi di dipasar. Maka selamatlah Jurais dari tuduhan yang dilimparkan kepadanya!    

No comments:

Post a Comment