Friday, March 13, 2020

ILMU WAJAR DIAMAL SEBELUM IA MENINGGALKAN KITA


ILMU WAJAR DIAMAL SEBELUM IA MENINGGALKAN KITA
(Disiarkan pada 7. 3. 2020)
          Allah bekalkan berbagai fitrah yang menjadikan manusia itu makhluk yang mempunyai kemahiran berfikir demi mendekatkannya kepada keEsaan Allah s.w.t. sebagai penciptanya. Antara fitrah Allah yang amat bermanfaat kepada pembangunan kehidupan manusia ialah kehadiran lima jenis deria yang menjadi asas kefahaman kepada falsafah kehidupan yang mampan.
          Antara deria yang sangat bermanfaat kepada kehidupan manusia ialah mempunyai mata untuk melihat kelak mengenali berbagai dimensi ilmu yang ada di alam kehidupan kita. Maka itu wajar memahaminya bahawa kewujudan ilmu terutama sekali alam-alam yang dapat dilihat oleh mata serta memahami kemanfaatannya kepada kehidupan wajar kita bersyukur kerana Allah tidak wujudkan sesuatu fenomena tanpa makna dan kemanfaatan kepada hamba-Nya. Maka kedatangan makna kepada sesuatu fenomen wajar kita bersyukur kerana itulah pemberian Allah SWT kepada hambanya untuk  dijadikan sebagai faktor pembangunan.
          Ilmu yang Allah berikan kepada kita wajar diamal menjadi faktor pembangunan; tanpa amal kita telah mengkufuri nikmat mempunyai mata. Orang yang mengkufuri pemberian  nikmat Allah SWT akan membawa kepada kedosaan kerana kita tidak bersyukur mempunyai nikmat mata. Bukan itu sahaja tetapi ilmu itu akan meninggalkan kita atau ilmu itu akan hilang kerana ia hanya bertahan bersama kita dalam masa tiga hari sahaja.
          Deria mempunyai telinga untuk mendengar kod-kod bahasa sebagai kemanfatan pemba ngunan kehidupan.  Kod-kod bahasa amat bermanfaat bagi setiap insan untuk dijadikan faktor pembangunan, kerana melalui deria telinga kita dapat mendengar dan menjadinya sebagai alat berkemunikasi antara sesama manusia.   
          Deria telinga Allah ciptakan untuk kesempurnaan kehidupan manusia. Manusia boleh berkemunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang telah dipelajari dari ibunya mahupun dari orang lain dengan menggunakan alat pendengaran atau telinga. Orang yang dilahir tanpa kemudahan alat pendengaran atau telinga tidak dapat berkemunikasi dengan menggunakan kod-kod bahasa atau bercakap, kerana tidak boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain maka ia tidak dapat mempelajari kod-kod bahasa yang diguna dalam berkemunikasi. 
          Deria menghidu dengan menggunakan hidung untuk mengesan keadaan udara yang menyelubungi kita.  Dengan kehadiran hidung dapat kita mengetahui  keadaan udara  sama ada  ia bermanfaat kepada kesihatan kita atau tidak. Undara yang tidak sihat seperti baunya yang busuk kerana tercemar dengan berbagai keadaan alam yang akan memuderatkan kesihatan tidak sesuai untuk dihidu. Udara yang bersih merupakan faktor kemanfaatan kepada kesihatan badan manusia. Udara yang bersih mempunyai kadar gas oksijen yang tinggi kerana gas inilah keperluan pembangunan kehidupan manusia dan juga berbagi makhluk hidup di alam dunia ini. 
          Metabolism atau pemecaan makanan  dalam badan manusia supaya menjadi kegunan kepada pembangunan kehidupan; gas oksijen menjadi penyebab kepada fenomena tersebut. Bukan hanya kepada manusia yang memerlukan udara yang bersih, tetapi juga berbagai makhluk yang Allah ciptakan di alam kehidupan seperti  tumbuh-timbuhan berbagai spesies, haiwan atau binatang berbagai jenis memerukan gas oksijen untuk hidup dan membiak. Haiwan yang halus  seperti kuman juga tidak akan hidup tanpa kehadiran gas oksijen. Haiwan yang hidup dalam air juga memerlukan gas oksijen. Kehadiran air yang kita minum adalah dalam komposisi atau gandingan (H20) atau satu molikul gas hidrogen dan dua molikul gas oksijen. Maka ikan boleh hidup dalam air kerana kehadiran gas oksijen.           
         Deria merasa dengan menggunakan lidah demi mengetahui apakah rasa sesuatu jenis makanan, sama ada rasanya manis, masam ataupun pahit dan sebaginya, boleh diketahui dengan kehadiran deria merasa dengan menggunakan organ lidah manusia. Alangkan
sofistikate atau canggihnya teknologi Allah dalam membina atau mewujudkan makhluk manusia. Maka itu wajar kita bersyukur kepada Allah terhadap nikmat dan rahmat yang Ia bekal kepada kita. Melalui deria merasa banyak ilmu dapat kita pelajari darinya.
          Manakala deria sentuhan pula dengan mengguna kulit badan kita, untuk memahami keadaan sesuatu objek sama ada halus atau kasar, tumpul atau tajam dan sebagainya, akan meningkatkan kefahaman kita mengenai fenomena yang ada di sekeliling kita sebagai satu strategi untuk kita dapat berusaha menjaga keselamat terhadap keberadaan kita di alam kehidupan ini.
          Semua fenomena tersebut yang dapat kita kesan dengan kehadiran lima deria kita merupakan objek-objek yang nyata  kecuali fenomena berbagai rasa, yang sifatnya dalam kedaan ghaib. Maka itu wajar kita pelihara deria-deria berkenaan agar kita dapat hidup dengan sempurna, berbekalkan ilmu yang dipelajari melalui deria manusia yang Allah bekalkan kepada kita.
          Manusia yang mengkufuri keberadaan deria tersebut merupakan insan yang tidak merasa syukur terhadap nikmat dan rahmat Allah SWT berikan kepada hamba-Nya. Maka itu kehidupan insan sedemikian rupa adalah mengundang kedosaan kepada Allah SWT. Apakah jawapan yang kita akan beri nanti apabila Allah bertanya mengenai amalan mengkufuri nikmat dan rahmat  Allah bekal kepada kehidupan kita!
          Dengan menggunakan segala fitrah kehidupan tersebut maka manusia dapat  memper- olehi  berbagai jenis ilmu demi kemanfaatan pembangunan kehidupan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Ilmu yang kita perolehi  akibat kehadiran berbagai fitrah Allah bekalkan kepada makhluk manusia, akan melahirkan kedewasaan pemikiran seorang insan demi memanfaatkan bahan-bahan pembangunan kerana Allah.  
         Apakah makna dan kemanfaatan ilmu kepada kita? Mengikut Datuk Wira Abdul Rahamn, mantan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, beliau mentafsirkan bahawa ilmu itu adalah kedatangan  sesuatu makna. Apabila kita memahami makna sesuatu fenomena, maka ia memudah urusan kita untuk melaksnakan pembangunan tamadun manusia.
          Kedatangan sesuatu ilmu pada diri manusia akan membina kefahaman mengenai faktor-faktor pembangunan yang diredhai Allah SWT demi melahirkan berbagai agenda yang akan menemukan kelahiran tamadun kehidupan sebagai khalifah Allah di alam khidupan ini. Maka itu pergunakan masa yang diuntukkan oleh Allah kepada setiap insan demi melahirkan paradigma pembaharuan kepada pembangunan kehidupan yang wajar dijelmakan sebelum ajal menjemput nyawa.  
          Allah bekalkan ilmu kepada kita, wajar diamal sebelum ia meninggalkan kita, menjadi satu falsafah pemikiran pembangunan kehidupan manusia, demi memanfaatkan faktor masa  yang sentiasa berubah secara istiqanah, dan tidak memberi peluang kepada manusia yang membudayakan hidup yang mementingkan kealfaan dalam melahirkan pembangunan sebagai agenda utama yang Allah mahukan dibina dalam kehidupan  manusia.  
          Berbagai jenis disiplin pembangunan yang mendidik kita manusia demi  memanfaatkan ilmu sebelum ia meninggalkan kita. Antaranya ialah mengenai disiplin membina sebilah alat untuk kemanfatan berbagai amal ibadat terutama sekali dalam disiplin pembuatan dan seumpama. Membina alat pemotong daripada sebilah besi yang keras kita dapat membentuk nya dalam berbagai corak, dengan menggunakan api untuk melembutkan besi itu sebelum ia di ketuk untuk membuat sebilah alat pemotong  atau parang sebagai contoh.
          Bahasa Inggeris mengajar kita, “Strike the iron while it is red hot”, maksudnya, ketuklah besi itu apabila ia panas merah. Dengan kedaan besi demikian mudah kita bentukkan  berbagai corak yang kita hendak. Tetapi kalau ia sudah sejuk amat sukar membentuknya.
         Falsafah demikian mendidik kita mengenai masa. Masa besi itu panas merah mudah di bentuk; tetapi jangan tungguh sehingga ia menjadi sejuk maka ia sukar dibentuk. Disiplin demikian membawa kita ke satu situasi atau keadaan untuk melaksanakan ibadah pembangu-
nan sesuai dengan keadaan masa yang Allah redhai.
          Bahasa Inggeris mengajarkan kita, “Don’t pospone things until  tomorrow,” Maksudnya lebih kurang “Jangan tunda sesuatu ibadah sehingga ke hari esok.” Disiplin pelak-
sanakan ibadat telahpun disediakah Allah s.w.t. masa yang sesuai bagi kita untuk bertindak atau melahirkan disiplin pembangunan yang Allah redhai.Tetapi jika kita tidak tumpukan ikhtiar untuk menyahutkan kehendak Allah SWT maka itulah kegagalan manusia sebagai pemain dalam pembangunan tamadun. 
          Jika kita tunda  kerja  untuk hari ini sehingga ke hari esok maka kita menyulitkan kerja kita; sebab kerja hari esok sudah sedia menanti kita, jadi jika kerja untuk hari ini ditunda sampai ke hari esok maka kerja kita telah terkumpul menjadi bayak kelak melahirkan kerja menjadi sulit.   
          Dan jika budaya demikian menjadi disiplin pemangunan, kita akan menghadapi satu
situasi yang menjemput  jiwa kita untuk melemahkan budaya juang dalam melahirkan pemba- ngunan. Inilah keadaan pembanguan yang mengalami kegagalan dalam melahirkan peruba- han dalam tamadun kehidupan.
          Satu disiplin pembangunan yang mampan mendidik kita bahawa pencapaian hari ini adalah lebih baik berbanding pencapaian hari kelmarin. Dan  kotakan  niat untuk melaksana kan pencapaian hari esok adalah lebih baik berbanding hari ini. Dan seterusnya, demikanlah disiplin pembangunn yang sentiasa melaksankan ibadah dalam disiplin istiqamah.
          Dengan budaya amalan demikian segala ilmu yang ada pada kita tidak akan meninggal kan kita kerana pergerakan masa secara istiqamah adalah selari dengan disiplin perlaksanaan ibadah pembangunan yang kita inginkan telah berlaku sebelum kelahiran masalah kesihatan yang membantutkan perlksanaan ibadah berkenaan.
          Sehubungan dengan itu pepatah bahasa Inggeris mendidik kita dalam menggunakan masa sebaik mungkin, dengan mengatakan:“Stich in time save nine”.  Lebih kurang makna nya; jahitlah serta merta baju yang rabik untuk mengelakkan tahitan sebanyak sembilan kali.
          Budaya istiqamah mendidik kita menghargai pergerakan masa dan ini wajar sebab Allah bentuk kehidupan kita semuanya dalam sifat istiqamah. Organ jantung menjadi pokok pergerakan kepada semuan organ-organ yang lain kerana jatung mengepun darah yang berisi berbagai zat makanan berserta dengan berbagai elemen pembanguan termasuklah gas oksijen, ke seluruh anggota badan kita. Maka ia menjadi iktibar kepada disiplin pembangunan yang kita perlukan dalam mengamalkan ilmu atau menterjemahkan ilmu kepada pembangunan kehidupan sebelum ilmu meninggalkan kita
          Setiap insan wajar memahami hidup ini bahawa ia tidak akan berubah tanpa kehadiran ilmu. Maka itu ilmu wajar diamal demi kemanfaatan kehidupan agar hidup itu sentiasa berubah secara istiqamah kerana Allah. Pergerakan pembangunan kehidupan semestnya berubah secara istiqamah sepertimana  organ-organ dalam badan kita mendidik kita berbuat demikian..
          Berlaku kepada  seorang Syeikh yang  alim ulamak. Ia mempunyai ramai murid  di bawah jagaannya hingga mencerca seribu orang. Kemudian berlaku satu amalan kepada seorang jejaka yang budaya hidupnya sentiasa mengambila harta benda bukan kepunyaannya. Lalu ditangkap dan diadili. Keputusan pengadilan ialah ia mesti dipotong tangannya. Selepas beberapa bulan lamanya setelah menjalankan hukuman; kemudian ia didapati mencuri lagi. Lalu ditangkap dan diadili. Keputusan pengadilan ialah ia mesti dipotong tangannya! Setelah menjalankan hukuman maka jejaka itu hidup tanpa tangan.
          Walau bagaimana pun,  lewat beberapa bulan setelah tangannya sembuh, bekas yang dipotong; kemudian ia didapati melakukan lagi amalan yang terkutuk itu. Dia ditangkap dan diadili. Pengadilan memutuskan bahawa ia mesti menjalankan hukumn potong potong. Oleh sebab kedua-dua tanganya telah dipotong maka lehirnya akan dipotong. Ini bermaksud ia mesti menjalankan  hukuman mati. Upacara menjalankan hukuman diadakan dikhalayak ramai di tengah kawasan yang lapang.
          Sebelum hukuman dijalankan naiklah seorang Syeikh yang mempunyai pengikutnya mencerca seribu orang. Kemudian Syeikh itu menhampiri jejaka berkenaan, lalu di cium dipipinya. Orang ramai yang menyaksikan keadaan demikian merasa hairan kerana seorang Syekih yang temashur namanya berbuat demikian.  Syeikh itu menghadap kepada orang ramai  lalu berkata, bahawa ia mencium jejaka itu bukan kerana perbuatanya yang salah itu tetapi dia mencium jejaka itu atas amalannya yang bersifat istikamah.   

No comments:

Post a Comment