SAYANGI ILMU BESENDIKAN ILMU AKIDAH
(Disiarkan
pada 4.7.2020)
Ilmu merupakan landasan pembangunan
kehidupan yang mampan. Baginda Rasul
Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan satu mutiara kata kepada kita
umati yang berbunyi jika inginkan kebahagian hidup di dunia, perolehi ilmu,
jika inginkan kebahagian hidup di akhirat perolehilah ilmu dan jika inginkan kebahagiaan
hidup di di kedua-dua alam, iaitu dunia dan akhirat, juga perolehi ilmu.
Pada umumnya setiap insan memperolehi
ilmu dari ibubapanya yang akan meghantar kan mereka ke sekolah atau ke
institute pendidikan untuk menerima ilmu dari guru yang bertauliah. Keadaan
demikian berlaku dengan syarat orang tuanya iaitu ibubapa atau satu daripada
mereka masih ada, boleh berbuat demikian. Keadaan demikian juga dilihat dari
perseptif ekonomi keluarga kerana semua
faktor tersebut menjadi penentu kepada suasana mengilmukan seorang insan.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.
telah menelusuri satu bentuk kehidupan yang amat getir sekali. Ia dilahirkan
sebagai anak yatim kerana ayahnya, Abdullah telah balik ke rahmatullah semasa Baginda masih di perut ibunya. Ibunya bernama Siti
Aminah binti Wahab, sebelum beliau melahirkan Muhammad, ia telah bermimpi melihat dirinya melahir kan seorang anak
lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga
melihat dirinya berdoa kepada Tuhan: “Aku
berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.”
Kelahiran Muhammad pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut Ahli sejarah 50
hari selepas peristiwa tentera gajah.
Menurut sejarah. Muhammad dilahirkan
dalam keadaan sujud dan dia sudah berkhatan. Antara perkara pelik yang berlaku
semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa
itu. Gegaran itu menyebab kan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah
disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini,
terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan
dengan Istana Raja Farsi itu tertimbus
Apabila Kisra iaitu Raja Farsi
melihat kejadian-kejadian pelik itu dia menjadi sangat takut, lalu memanggil
ahli-ahli nujum dan pendita-penditanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin
sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit
apa yang akan berlaku di dunia.Merekalah yang memberi tahu berita-berita ini
kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendita dan ahli
nujum membuat ramalan mereka.
Allah berfirman dalam Surah al-Jin ayat 72:9 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kami
para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang
siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah.”
Ini bermaksud setelah Muhammad lahir
para jin tidak dibenarkan lagi naik ke
langit untuk mencuri mendengar berita apa yang akan berlaku di bumi sekiranya
ada berlaku sesuatu kejadian yang pelik. Ada antara pendita ini yang
menyebutkan pada Kisra. Peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.
Tidak lama kemudian kerajaan Farsi pun jatuh.
Setelah lahir, Muhammad dihantar
kepada Suwaibah, seorang hamba, sebelum
di hantar kepada suku Saad kerana sudah menjadi tradisi orang-orang Arab Qurasy
anak-anak kecil mereka tidak dibesarkan
di Mekkah. Antara sebabnya adalah supaya
anak-anak mereka dapat menguasai bahasa Arab yang tulin. Sudah menjadi trasisi
mereka menghatar anak-anak mereka menyusu dengan suku-suku Badwi di luar Mekka.
Semasa Muhammad berusia dua tahun di bawah susuan Halimah
mendapati proses pembesaran Muhammad tidak seperti anak-anak yang lain. Kematangannya seperti kanak-kanak yang berumur
enam tahun. Semasa umurnya dua tahun sudah fasih bercakap. Halimah mengembalikan
Muhamad kepada Siti Aminah, ibu Muhammad.
Setelah dua bulan Siti Aminah mengambil balik
anaknya dari Halimah, berlaku satu
peristiwa.
Sedang Muhammad bermain-main bersama anak-anak yang lain datang dua Malaikat
mengambil Muhammad, lalu dibaringkan dan dibelah dada Muhammad. Kemudian
dikeluarkan hatinya dan dibasuh dengan air Zam-Zam lalu dibuang tempat syaitan
daripada hatinya. Kemudian hati Muhammad dipenuhkan dengan kebijaksanaan. Orang
yang menyaksi kan keadaan itu merasa takut kemudian melapurkan kepada Halimah. Halimah
datang melihat Muhammad yang masih dalam ketakutan. Halimah melihat bekas di
dadanya yang dibelah. Halimah takut sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada
Muhammad lalu melapurkan kepada Siti Aminah. Siti Aminah menasihati mereka
supaya jangan takut.
Siti Aminah berkata:“Semasa aku
hampir melahirkan Muhammad, saya bermimpi ada orang datang menyuruh aku berdoa,
‘Aku berlindung dengan Allah yang Esa ke atas anak ini daripada kejahatan semua
orang yang hasad dengki’”.
Anas bin Malik yang melaporkan hadis
itu berkata “Aku pernah melihat jahitan di dada Muhamma.” (i)
Muhammad tidak pernah merasakan hidup
mempunyai ayah kerana ayahnya meninggal dunia sebelum beliau dilairkan. Dan
apabila lahir di tengah usia 6 tahun yang memerlukan belaian kasih sayang dari
seorang ibu, beliau(ibu) pula meninggal dunia.
Maka tepaksalah Muhammad diasuh oleh
neneknya Abdul Mutalip yang sudah juga lanjut usianya. Pembangunan hidup Muhammad
sentiasa di luar kota kerana memelihara kambing kepunyaan masyarakat Quraisy.
Keadaan demikian terpaksa dilakukan Muhammad untuk menolong neneknya meringankan
tanggungjawab sebagai ketua penduduk Mekkah kerana Adul Mutalaip sentiasa
kesempitan kerana sering melayani tetamu dari luar Mekkah.
Selepas Muhammad berusia 8 tahun
neneknya meninggal dunia pula. Muhammad dibela pula oleh bapa saudaanya Abu
Talib yang juga Ketua Mekkah mengganti ayahnya Abdul Mutalaib. Abu Talib lebih
miskin daripada Abdul Mutalib.Semua anak-anaknya berkerja membantu kerja-kerja
Abu Talib. Muhamma juga berkerja bersama
sepupunya membantu meringankan tanggungan Abu Talib.
Hidup di padang pasir jauh daripada
kesibukan orang ramai. Ia juga adalah proses pendidikan. Dengan itu, Muhammad
belajar mengasihi binatang-binatang ternakan. Begitulah peribadi Muhammad. Ia
juga menjadikan Muhammad mula hidup
berdikari, hidup di atas hasil usaha tangannya sendiri. Tempoh Muhammad mengembala kambing agak lama iaitu
daripada beliau berumur 8 tahun sehingga beliau berusia 21 tahun.
Pengembala kambing selalu berada di
padang pasir. Dia selalu bersendirian maka banyak masa berfikir, meneliti dan
melihat kebesaran Tuhan di langit matahari dan bulan bintang awan dan alam
sekelilingnya. Keadaan ini menjadikan jiwanya bersih dan jernih.
Muhammad selalu berfikir bahawa
semestinya ada kebenaran dalam hidup ini. Maka Beliau sering menyendirikan jauh
dari
masyarakatnya. Pemikirannya sedemikian keadaan kerana atas didikan yang
diperolehnya semasa mengembala kambing selama 13 tahun.
Akhlaq beliau amat digeruni oleh semua
masyarakat Mekka sehingga beliau dikenali sebagai Al-Amin iaitu orang yang
dipercayai. Kerana kejujurannya maka beliau diperlawakan oleh seorang perniaga
terkenal di Mekka bernama Siti Khadijah. Akibat kejujurannya melaksanakan perniagaan
kepunyaan Siti Khadijah, yang semakin
berkembang maju, maka Siti Khadijah
jatuh cinta kepada beliau dan akhirnya dinobatkan sebagai suami isteri.
Pada masa itu umur beliau adalah 25 tahun dan Siti Khadijah 40 tahun.
Dalam usia 40 tahun Muhammad sentiasa
menyendirikan di tempat-tempat yang sunyi untuk menenangkan fikiranya jauh dari
masyarakat Quraisy yang giat menyembah patung-patung yang direka mereka
sendiri. Beliau sentiasa berada di goa Hira sehingga pada satu ketika beliau
didatangi oleh Malaikat Jibril. Mulai dari itu Baginda sering bersama Malaikat
Jibril membawa wahyu dari Allah s.w.t. memerintahkan Muhammad supaya membaca
dengan nama Allah s.w.t. sebagai pencipta alam ini serta segala isinya.
Muhammad hidup dalam keadaan buta
huruf tetapi Allah s.w.t. kurniakan beliau satu
kekuatan
mental yang memudahkan beliau memahai wahyu yang diterimanya dari Allah s.w.t.
dalam perantaraan Malaikat Jibril. Dengan wahyu yang diterimanya selama lebih
kurang 21 tahun itu sambil
diterjemahakan dalam diri beliau maka jadilah ia orang yang berilmu
pengetahuan. Wahyu yang diterimanya dari Allah s.w.t. dalam perantaraan
Malaikat Jibril adalah ilmu Islam iaitu Ad-din atau cara Hidup.
Muhammad dipelihara Allah s.w.t. sejak
dalam rahim ibunya. Kelahirannya mepunyai berbagai perkara pelik dan ini menunjukkan
bahawa Muhammad sentiasa dipimpin Allah s.w.t.. Ia mendapat didikan dari Allah
dalam perantaraan Malaikat Jibril seperti Wahyu-Nya yang diterimanya selama 21
tahun.
Hati Muhammad dipenuhi Allah dengan
kebijaksanaan semasa usianya meningkat dua
Tahun.
Semasa usianya 40 tahun segala ilmu yang diterimanya dari wahyu Allah
diterjemah nya dalam dirinya sebelum disampaikan kepada para sahabatnya. Tetapi
keadaan demikian disangah oleh masyarakat Qurasy mengatakan bahawa Muhammad
bercakap bohong kerana mereka tidak yakin bahawa Muhammad tidak mungkin boleh
berbuat demikian kerana beliau tidak
mempunyai ilmu kerana tidak pernah menjejaki kaki di sekolah untuk menuntutut
ilmu.
Maka itu mereka sedaya upaya
menghalang Muhammad meyampaikan dakwahnya. Kalau para rasul dahulu seperti Nabi
Nuh dan lain, apabila ia tidak dapat menyampaikan dakwahnya kepada umatnya
ia berdoa kepada Allah supaya menjatuhkan bala kepada umatnya yang keras
kepala tidak beriman kepadanya maka berlakulah banjir yang membenamkan dunia.
Tetapi Muhammad tidak berbuat demikian.
Kesabaran hati Muham- mad adalah kesabaran yang indah. Muhammad boleh menerima ijikan
umatnya sehingga dibubuh najis unta di kepada semasa Muhammad solat, tetapi Muhammad terima sahaja
dengan hati yang sabar. Jika para sahabat menegurnya mengapa tidak bertindak.
Muhammad mengatakan bahawa mereka tidak tahu apa yang dibuatnya itu salah.
Sekirannya mereka faham perbuatannya itu
salah maka mereka tidak akan melakukannya.
Muhammad mempunyai kesukaran hendak menyampaikan ilmu dakwah kepada kaumnya
kerana tidak percaya bahawa Muhammad sudah mendapat didikan dari langit
(Allah). Walaubagaimana pun Muhammad hanya bersabar dan sentiasa menerima
halangan serta ijikan dari masyarakat Quraisy. Mereka yang telah menganiaya beliau dan
Muhammad tidak membalas apabila ada kesempatannya berbuat demikian. Mereka menganut
Islam pula setelah mengetahui akhlaq Muhammad sedemikian mulia.
Ilmu yang disampaikan Muhammad kepada
umatnya merupakan lanjutan ilmu wahyu yang diterimanya dari Allah dalam
perantran Malaikat Jibril. Ilmu demikian dikenal sebagai (Hadith Rasulullah
s.a.w.)
Antara Hadith Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi: Ightanim Khomsan
Kobla Khomsin- (Pergunakan yang Lima sebelum yang lima datang). Hadith
yang paling penting, satu daripada lima hadith tersebut dianggap sebagai “Mutiara
Hidup” yang berbunyi: “Pergunakan masa hidupmu
sebelum masa matimu datang;” menepati peristiwa pembangunan kehidupan umat Nabi
Nuh. Semasa mereka hidup di dunia tidak dimanfaatakan sebaik mungkin seperti
mana Nabi Nuh dakwahkan kepada mereka supaya meninggalkan sebahan mereka kepada
patung-patung yang mereka reka sendiri.
Kita mengambil satu peristiwa lagi yang berlaku kepada umat Nabi Luth. Umat Nabi Luth
yang tinggal di Kota Sadum mengamal perbuatan
homoseks (lewat) di kalangan
lelakinya
dan lesbian di kalangan wanitanya.
Kedua jenis kemungkaran ini begitu
bermaharajalela di dalam masyarakat sehingga merupakan kebudayaan. Kepada
masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sudah sedemikian parah
penyakit sosialnya, diutuskah Nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk
mengangkat mereka dari lembah kenistaan, kejahilan dan kesesatan dan membawanya
ke alam yang bersih, bermoral dan berakhlak luhur. Nabi mengajak mereka beriman
dan beribadah kepada Allah, meninggalkan kebiasaan-kebiasaan mungkar,
menjauhkan diri dari pebuatan maksiat dan kejahatan yang diilhami oleh iblis
dan syaitan. Nabi Luth berseru kepada mereka agar meninggalkan adat dan
kebiasaan melakukan homoseks dan lesbian, kerana perbuatan itu bertentangan
dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung di
dalam penciptaan manusia menjadi dua jenis lelaki dan wanita.
Demikianlah Nabi Luth melaksanakan
dakwahnya. Ia tidak henti-hentinya mengguna kan setiap kesempatan dan tiap pertemuan dengan kaumnya. Akhirnya kaum Luth
merasa jemu dan sakit hati mendengar dakwah dan nasihat Nabi Luth yang tidak putus-putus
itu dan meminta agar ia menghentikan
aksi dakwahnya atau menghadapi
pengusiran dirinya dari Kota Sadum bersama semua keluarganya.
Nabi Luth sudah tidak ada harapan
lagi kepada masyarakat Sadum boleh dipulih akhlak mereka. Satu ubat sahaja
menurut Nabi Luth ialah dengan membasmi mereka dari atas bumi. Nabi Luth
memohon Azab Allah ditimpakan kepada umatnya. Maka berlakulah hujan batu ais
menimpa mereka sehingga semua masyarakat kota Sadum lenyap sama sekali.
Demikianlah bagaimana masa lapang itu dimanfaatakan sebaik mungkin sebelum masa sempit itu datang menjelma.
Apabila hujan batu berlaku kepada Kota Sadum maka tidak ada masa lagi hendak
menyelamatakan diri mereka yang kufur kepada Dakwah Nabi Luth.
No comments:
Post a Comment