Thursday, July 30, 2020

BERAMAL POKOK KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT


 BERAMAL POKOK KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT
(Disiarkan pada 17. 7. 2020)
          Menyempurnakan pembangunan khidupan semestinya diserikan dengan ilmu dan amal atau ibadat. Muhammad s.a.w. telah menerima wahyu dari Allah s.w.t. dalam perantaraan Malaikat Jibril selama 22 tahun 2 bulan 22 hari lalu diterjemahkan dokumen tersebut ke dalam diri Baginda sebelum ditarbiahkan kepada umatnya sebagai pembangunan khidupan yang diredhai Allah s.w.t.
          Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. merupakan peseruh Allah s.w.t. yang dalam keadaan hidupnya sebagai ummi atau buta huruf. Muhammad dilahirkan sebagai anak yatim kerana ayahnya telah meninggal dunia sebelum kelahiran Muhammad dan setelah baginda berusia 6 tahun menjadi anak yatim piatu pula. Maka dengan itu semasa usianya melimpasi kerujahannya Malaikat Jibril  berjumpa dengannya semasa Muhammad beristikap di Gua Hira. Malaikat Jibril  membawa perintah Allah supaya baginda membaca. Perintah demikian baginda menjawab dengan kalimah “Saya tidak pandai membaca.” Arahan tersebut diulangi Malaikat Jibril sebanyak tiga kali dan Baginda mengulangi jawapannya tiga kali juga, “Saya tidak pandai membaca.”
          Dokumen berkenaan merupakan “Addin” atau Cara Hidup. Ia adalah agama Allah s.w.t. yang dikenali sebagai ISLAM. Firman Allah Surah al-Maidah ayat 5:3 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan pepada mu nikmat Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu”  
          Walaupun Muhammad dalam keadaan buta huruf, tetapi hatinya dipenuhi dengan kebijaksanaan oleh Allah s.w.t. semasa usianya dua tahun. Apa yang didengarnya akan terdaftar dalam hatinya. Dalam erti kata lain, Muhammad mempunyai fitrah, photografic memori. Sebagai bukti Muhammad telah hafal dokumen Al-Quran yang diterimanya selama 22 tahun 2 bulan 22 hari yang mengandungi 6,666 ayat dengan hanya didengar sekali sahaja dari Malaikat Jibril. Beliau hafal dan juga memahami erti setiap kalimah yang terkandung dalam Al-Qur’an.
          Muhammad mendapat didikan langsung dari Allah s.w.t. maka segala ilmu yang ditarbiahkannya kepada umat manusia tidak ada keraguan lagi kesahiannya. Ilmu merupakan kedatangan sesuatu makna pada fenomena tertentu. Jika makna itu diterjemahan kepada amal maka itulah yang dimaksudkan sebagai ibadat.
          Melaksanakan ibadat merupakan menterjemakan makna ilmu sebagai pembaharuan kepada pembangunan kehidupan. Maka itu ilmu dan amal merupakan falsafah yang melahir kan  pembaharuan pada kehidupan itu sendiri.
          Semasa Muhammad berhadapan dengan budaya masyarakat Quraisy yang dalam kemuncak kesesatan, kerana dikongkong oleh kejahilan mereka memahami apa dia itu makna hidup, Muhammad telah mencari sesuatu kebenaran dalam hidup untuk ditarbiahkan kepada manusia di zaman Jahiliah berkenaan. Muhammad meyakini dalam hatinya bahawa: “Semestinya ada kebenaran dalam hidup ini.”
          Usaha Muhammad tersebut telah mendapat hidayah serta keredhaan dari Allah s.w.t. dengan membekalkannya dokumen  al-Qur’an sebagai Addin atau cara hidup yang dicari oleh beliau selama ini. Dengan kedatangan dokumen tersebut telah mendewasakan pemikirannya kelak Allah s.w.t.nobatkan Muhammad sebagai Rasululullah untuk membangunkan disiplin kehidupan manusia daripada suasana masyarakat yang mengamalkan kejahilan kepada masyarakat yang berdisiplin, berakhlaq mulia dan berwawasan dalam pembangunan manusia di sisi Allah s.w.t..
          Semua permasalahan dalam kehidupan manusia, tidak ada yang mustahil bagi Allah untuk  ditemukan dengan jawapannya,  kerana kewujudan manusia di alam dunia ini adalah prerogatif Allah s.w.t. sebagai Zat yang mencipta makhluk manusia daripada tidak ada kepada ada dan menjadikannya pula sebagai khalifah Allah s.w.t. demi memurnikan alam kehidupan seperti yang diredhai Zat yang Maha Pencipta itu.
          Hadith Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang ditinggalkannya kepada umat manusia adalah sebagai mutiara hidup, yang berbunyi: Jika kita inginkan kebahagian hidup di dunia  perolehi ilmu dan jika kita inginkan kebahagian hidup di akhirat perolehilah ilamu dan jika kita inginkan kebahagian di kedua-dua alam: dunia dan akhirat juga perolehi ilmu:
“IGTANIM KHOMSAN KOBLA KHOMSIN”
          Manusia wajar menterjemahkan dokumen tersebut ke dalam diri setiap insan demi untuk menemukan faktor pembangunan yang kita ingini sebelum kita beralih ke alam pembangunan berikutnya, setelah agenda dunia menutupkan pintunya. Ilmu yang wajar manusia hayati dan terjemahkan ke dalam diri mereka ialah cara hidup yang terkandung dalam dokumen Al-Qur’an nul Karim  
          Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjadi manusia yang amat mulia dan penuh dengan kebijaksanaan. Dengan sifat Baginda demikian Allah sangat sayang kepada Baginda. Kejayaan Baginda dalam hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat ialah membawa Islam sebagai cara hidup untuk membangun umat manusia di dunia, dan juga di akhirat kelak. Kemuncak kejayaannya adalah terletak kepada perjumpaan dengan Allah s.w.t. di Sidiratul Muntah untuk menerima perintah disiplin sembahyang lima waktu sehari semalam semasa Baginda dijalankan bersama Malaikat Jibril menaiki Buraq di waktu malam yang dikenali sebagai Israk Miraj.
          Sembahyang lima waktu sehari semalam merupakan pokok kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Islam memahaminya sebagai tiang agama kerana  tanpa perlaksanaan ibadat berkenaan seorang yang telah mengucap dua kalimah syahadat itu tidak dipanggil sebagai Mukmin.
          Islam memberi galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam menggalak kan demikian seperti dalam Surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Katakanlah:Adakah sama  orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
          Kemudian kita lihat Al-Qur’an dalam ayat yang lain menjelskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah seperti dalam Surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermak- sud: (terjemahan)
          “Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
          Demikian juga Allah mengakui penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman Surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah menyatakan bahawasanya Tidak  ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu.”
          Allah menyarankan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang yang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
         Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah s.w.t. Surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak  (mahu) memahami”.
          Allah juga menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Firman-Nya Surah Yusuf  ayat 12:76 yang bermaksud; (terjemahan)
          “Di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui”.
          Ini bertujuan supaya orang-orang berilmu tidak merasa besar diri dan mereka akan 
berusaha menambahkan ilmu, serta mereka akan menganggapkan diri mereka boleh dikritik
oleh orang lain.
          Al-Quran menuntut orang-orang Islam supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan
mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam. Firman Allah Surah
Taha ayat 20:114 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.
          Islam tidak menghadkan setakat menyeru manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui prinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
          Ilmu pengetahuan tidak  mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin. Al-Quran juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil. Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 2:111 yang bermaksud: (terjemahan).
          “Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata:Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah:Tunjukanlah bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar”. 
          Tidak harus mempercayai sesuatu kecuali dengan bukti: Orang-orang yang syirik secara bertaklid kepada orang lain akan dihisab oleh Allah. Firman Allah Surah Al-Mu’minun ayat 23:117 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada sesuatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya adalah disisi  Tuhannya, sesungguhnya orang yang kafir itu tiada beruntung”.
          Dalam ayat lain Allah meminta bukti dari orang-orang musyrikin tentang patung-patung yang mereka jadikan sebagai Tuhan, untuk memperlihatkan kelemahan mereka. Firman Allah Surah An-Naml ayat 27:64 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Atau siapakah menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudin mengulanginya (lagi), siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Katakanlah: Tunjukanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar.”
          Ayat-ayat Al-Quran yang kita sebutkan adalah jelas menyatakan bahawa setiap perkataan hendaklah diberi bukti kebenarannya. Orang yang mendengar hendaklah meminta bukti, jika ada bukti maka jangan didengar perkataan atau percakapan itu.   
          Ilmu pengetahuan sentiasa mengawasi sesuatu yang tidak yakin (sebenar) daripada menjadi yakin. Ia juga menjaga dari bertukarnya dan (persangkaan) menduduki tempat yakin. Ia mengkiaskan kadar hampirannya masalah kepada kebenaran dengan kadar kukuhnya hujjah yang membuktikan masalah. Jika hujjah kukuh maka masalah adalah benar, jika tidak maka ianya dhan sahaja.   
          Tujuan ilmu ialah supaya ia menghakimi pada akal pada setiap perkara yang terbentang kepada seseorang. Maksud akal ialah akal yang mencukupi syarat fahaman yang memboleh kannya mengetahui apa sahaja yang di bentangkan kepadanya.
          Al-Quran mahukan  akal  menjadi hakim, sengan demikian ia menyebutkan akal  hampir 50 kali. Ia menyebutkan kalimah, orang yang berakal, hampir 10 kali
          Al-Quran menerangkan bahawa akal merupakan ni’mat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Dalam banyak ayat, Firman Allah
          “Kami telah nyatakan tanda-tanda bagi kamu yang berakal.”
          Kepada orang-orang yang tidak menggunakan akal Allah berfirman Surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami (kebenaran)? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti benatang ternak, bahkan mereka lebih sesat dijalanannya (dari binatang ternak itu)”itu
          Demikian juga meninggalkan penggunaan akal menjadi sebab kepada di akhirat seperti firman Allah mengenai orang-orang kafir, Surah Al-Mulk ayat 67;10 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Dan mereka berkata:Sekiranya kami mendengarkan dan memahami (peringatan itu)
nescaya tidaklah kamu bersama-sama dengan penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”.
          Inilah suatu galakan besar bagi penggunaan yang diberikan oleh Islam. Perkara seperti ini tidak dapat ditandingi oleh agama-agama lain
          Ilmu yang diseruhkan oleh Islam ialah ilmu yang menghapuskan kejahilan, sama ada dalam perkara dunia atau pun urusan kebendaan. Ilmu-ilmu sains, ilmu jiwa, sejarah, ilmu alam, ilmu masyarakat dan lain-lain juga dimaksudkan oleh Al-Quran di samping ilmu-ilmu agama.
          Allah memberi galakan kepada orang-orang Islam mempelajari ilmu-ilmu ini supaya mereka lebih mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah. Seperti firman Allah Surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hamba-Nya ialah ulama’-ulama’ (orang -orang yang berpengetahuan). (i)

          (i)Dr.Afif Abd. Al-Fattah Tabbarah (Penterjemah Md.Akhir Hj. Yaacob: NADI AJARAN ISLAM.. Jabatan Pwrdana Menteri,1993.

No comments:

Post a Comment