TUNTUTI
ILMU, SERIKAN AMAL IBADAH KERANA ALLAH
S.W.T.
(Disiarkan pada 29.8. 2020)
Ilmu wajar diserikan dengan amal kerana
Allah s.w.t.. Amal akan mendewasakan pemikiran manusia kelak menjadi satu
bentuk pembangunan untuk mendekati Allah s.w.t.. Dalam arena menntut llmu
sememangnya diserikan dengan amal kerana ia merupakan pokok kepada tawakal.
Amal merupakan intisari tawakal; tawakal
adalah benih-benih ilmu yang memanu siakan manusia. Amal adalah hasil dari
ilmu. Lantaran itu pepatah pernah mengatakan ilmu tanpa amal umpama awan
tanpa hujan.
Ilmu juga merupakan hasil dari keimanan
yang benar kerana tidak dapat digambarkan wujudnya keimanan tanpa amal. Ilmu
adalah kedatangan sesuatu makna dan makna itu merupakan satu bentuk pembaharuan
yang merupakan ciri-ciri pembangunan.
Ilmu dan amal semestinya dua fenomena
yang tidak boleh dipisahkan kerana ilmu tanpa amal tidak ada kemanfaatan kepada
kehidupan manakala amal tanpa ilmu bagikan orang yang buta berjalan di tengah
bandar raya.
Islam memberikan galakan khas untuk mendapatkan
ilmu, sebab seorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali
dengan ilmu. Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang yang
berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjuk kan bahawa nilai tinggi
adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu
Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak
menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 30:59
yang bermaksud: (terjemahan)
“Begitulah
Allah mencap (menutup) mata hati mereka yang tidak berilmu.”
Begitulah Allah menutup iaitu hati
mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehingga tidak dapat lagi menerima pengetahuan,
pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas
mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat
dan keterangan yang dibacakan dari Kitab Allah, disebabkan buruknya persedia an
mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan
kezaliman.
Allah menyatakan tidak ada batasan dalam
ilmu. Allah berfirman dalam Surah Yusof ayat
12:76 yang bermaksud: (terjemahan)
“.......Dan di
atas tiap-tiap orang yang berilmu (pandai) ada lagi yang lebih pandai.”
Kata Ibnu Abbas (r.a.): Diatas orang
yang alim ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterusnya hingga terhenti ilmu
itu kepada Allah Taala, maka Allah Taala
di atas segala yang alim. Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang
yang berilmu supaya jangan membangga-banggakan dirinya dengan menunjuk pandai,
sebab masih ada lagi orang lain yang lebih pandai, tetapi hendaklah semakin
merendahkan diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu kepadanya. Kesimpulanya: Bahawa saudara-saudara
Yusof adalah orang-orang yang alim, tetapi Yusof lebih alim daripada mereka.
Al-Quran menuntut orang-orang Islam
supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka
kehendaki tentang hakikat alam. Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 20:114
yang bermaksud: (terjemahan)
“
Tambahkanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”
Islam tidak menghadkan setakat menyeru
manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui prinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga
fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
Ilmu pengetahuan tidak mengatakan
sesuatu kecuali apabila ada bukti yang
kukuh lagi yakin. Al-Quran juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari
manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil.
Setiap manusia mempunyai potensi
semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembang menjadi insan yang baik. Pada
hakikatnya, daya intelek bukanlah hak milik individu secara mutlak, tetapi
ianya adalah hak milik Allah’ Setiap individu diamanahkan dengan daya
Intelek
sebagai ujian daripada Allah. Oleh itu, individu yang berjaya menggunakan daya
tersebut mengikut peraturannya yang ditetapkan oleh Allah akan mendapat
kebahagian, manakala individu yang gagal pula akan mendapa penderitaan.
Selepas dilahirkan, setiap
manusia mengembangkan potensi intelek dengan membina skim ilmu yang tertentu demi
kelangsungan dan kejayaan hidup. Bagi sesetengah manusia, skim ilmu itu
akhirnya dikembangkan menjadi ilmu. Tranfomasi skim ilmu kepada ilmu
membabitkan kehadiran makna tentang sesuatu perkara dalam diri pemilik skim
tersebut. Ilmu pula merupakan faktor utama bagi pelaksanaan amal yang salih.
Dengan perkataan lain, amal salih
menggambarkan daya intelek yang dipraktikan dalam kehidupan seharian dengan
berasaskan niat yang ikhlas. Dalam konteks ini, Al-Quran mendorong manusia
mengerjakan amal salih atau amal kebajikan dengan sebaik-baiknya. Allah berfirman dalam Surah
An-Nahl ayat 16:97 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesiapa yang beramal salih, baik lelaki
atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia
dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan
pahala yang lebih baik daipada apa yang mereka telah kerjakan.”
Di sini Allah menerangkan persamaan
antara lelaki dengan perempuan dalam beramal salih dan akan mendapat ganjaran
yang sama, dengan syarat mereka itu orang yang beriman, sebagai tanda rahmat
dan kemurahan Allah tidak membeza-bezakan kedua orang yang berlainan jenis itu
selagi masing-masing berusaha menunjukkan
kebaktiannya.
Amal salih yang dimaksudkan di sini
ialah kerja-kerja yang baik yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya
supaya ditunaikan. Sedangkan orang itu beriman, yakin percaya kepada Allah yang
menjanjikan pahala bagi yang taat dan
menjanjikan seksaan bagi yang derhaka
dan berbuat maksiat.
Sama ada lelaki mahu pun perempuan,
apabila telah mengerjakan amal salih tersebut, nescaya Allah akan memberikan
balasaan dan upah kepadanya, iaitu menjadikannya hidup yang senang di dunia dan
balasan pahala yang sebaik-baiknya di akhirat sebagai balasan atas apa yang
mereka kerjakan.
Bagaimanakah yang dikatakan kehidupan
yang senang Berbagai pendapat
telah diberikan oleh para ulama mengenainya. Al-Hasan mengatakan itu ialah al-Qana’ah,
ertinya memadai dengan yang ada. Maka sesiapa yang mempunyai sifat qana’ah
dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya, dia akan merasakan kehidupan
yang senang.
Sa’id bin Jubair mengatakan: Hayatan
toiyibah itu ialah rezeki yang
halal . Muqotil mengatakan: ialah
hidup di dalam ketaatan.. Atau
dikatakan kelazatan taat. Dan ada
pula yang mengatakan rezeki yang
didapati sehari-hari.
Adapun kehidupan orang Mukmin di dunia
meskipun papa, dia lebih senang daripada orag kafir meskipun kaya. Ini
disebabkan orang Mukmin itu menggetahi bahawa rezeki yang diterimanya adalah
kerana daripada Allah yang ditakbir (ditetapkan) dan di atur oleh Allah. Dan
orang mukmin itu tahu bahawa Allah pemurah dan berkelebihan.
Dia tahu bahawa Allah tidak berbuat
sesuatu melainkan dengan mengandungi maslahat yang baik kepada hamba-hamba-Nya.
Dengan demikian, orang Mukmin itu akan memanda dan reda dengan pembahagian reziki
yang diterimanya, kerana dia tahu segala macam nikmat dan kemewahan hidup di
dunia ini tidak lama dan akhirnya akan lenyap. Sebab itulah dia tidak
terlampau gembira kalau mendapatnya dan
tidak pula terlampau sedih kalau kehilangan Apalagi selepas itu nanti di
akhirat akan mendapat balasan yang lebih baik, Sebagai upah daripada amal salih
yang dikerjakannya di dunia dengan penuh iman dan kepercayaan.
Adapun orang yang kufur, yang berpaling
daripada mengingati Allah – beriman dia
tidak mahu, beramal salih jauh sekali – pasti kehidupannya susah, kerana ingin
mewah, tamak kepada kelezatan dunia semata-mata. Kalau dia mendapat cubaan atau
ditimpa penderitaan,
terasalah
olehnya kesusahan yang amat sangat, sedih dan duka yang tidak terkira. Andainya
satu peluang yang baik terlepas, wajahnya menjadi muram, hatinya dipenuhi rasa
kesal dan jengkel. Begini keadaan hidupnya, dia merasa susah (tidak bahagia)
kerana dia menganggap yang dikatakan kebahagiaan itu hanyalah yang merupakan
kemewahan hidup dan menikmati segala
kesenangan dunia yang ada ini. Apabila dia tidak dapat mencapai apa yang
diingininya, terasalah ia kempunan dari apa yang diimpikannya.
Dalam hubungan ini Ibnu Abbas
(r.a.) telah meriwayatkan, katanya Rasulullah (s.a.w.) berdoa yang bermaksud: (terjemahan)
“Ya Allah! Jadikan saya memada dan reda dengan apa yang Engkau
rezekikan kepada saya, dan berilah berkat kebaikan kepada saya dalam rezeki
itu, dan susullah dibelakang saya nanti.”
Allah berfirman Surah Az-Zumar
ayat 39:18 yang bermaksud (terjemahan)
“Orang yang mendengar perkataan lalu
mengikut apa yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-oramg yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka
itulah orang-orang yang mempunyai akal.”
Ayat ini menyuruh orang Islam supaya mendengar
sesuatu perkataan, bersikap mengambil
tahu semua aliran (mazhab) dan janganlah mereka
bertaksub kepada sesuatu pendapat sehingga mereka menolak mana-mana
pendapat tanpa berusaha memahami dan menyelidikinya. Mereka hendaklah mengambil
pendapat yang terbaik. Allah menggambarkan orang yang berbuat demikian sebagai
orang yang mendapat hidayah ketuhanan. Mereka itulah ahli-ahli akal yang teguh
lagi berpandangan jauh.
Demikianlah kita lihat Islam
menetapkan kepada pengikutnya prinsip yang dapat mem bawa kepada pencapaian falsafah
paling maju sejak berkurun-kurun perubahan masa.
Tujuan ilmu ialah supaya ia menghakimi
akal pada setiap perkara yang bertentangan kepada seseorang. Maksud akal ialah
akal yang mencukupi syarat fahaman yang memboleh kannya mengetahui apa sahaja yang dibentangkan
kepadanya.
Al-Quran mahukan akal menjadi hakim,
dengan demikian ia menyebut akal sampai hampir 50 kali. Ia menyebutkan kalimah
orang yang berakal, hampir 10 kali. Al-Quran menerangkan bahawa akal merupakan nikmat besar
dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Dalam banyak ayat, Allah berfirman
Surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)
“Atau adakah engkau menyangkah bahawa kebanyakan mereka itu
mendengarkan atau memikirkan? Tak lain mereka itu adalah seperti
binatang-binatang ternak, malahan mereka itu lebih sesat lagi perjalanannya”
Allah menyatakan: Sebaliknya
adakah engkau menyangka kebanyakan mereka itu mahu mendengarkan perkara yang
bak dengan mendengar yang sebenar-benarnya akan apa yang engaku bacakan kepada
mereka daripada ayat-ayat Al-Qur’an, atau adakah mereka mahu memikirkan tentang
pengajaran dan seruan yang baik, tentang
beradab sopan dan berbudi bahasa yang dianjurkan oleh ayat-ayat tersebut?
Engkau telah menyeruh mereka dengan
bersungguh-sungguh dan mengharapkan mereka agar beriman. Dengan hal yang
demikian adalah engkau sangkakan mereka mahu beriman?
Jawapannya tak lain ialah mereka
tetap tidak mahu mendengarkan.. Hal keadaan mereka tak lain hanyalah seperti
keadaan sekawan binatang-binatang ternak, yang tidak mahu mengambil iktibar
mengenai apa yang telah mereka lihat dan saksikan dari keterangan-keterangan
daa bukti. Bahkan keadaan mereka itu lebih sesat lagi daripada
binatang-binatang ternak.
Sebab kalau kita memperhatikan
hal keadaan binatang-binatang ternak itu
maka walaupun bangsa binatang tetapi ia mahu juga patuh kepada tuannya yang
membela dan menternaknya, ia menurut kepada orang yang memberinya makan, ia
mengenal orang yang berbuat baik kepadanya dan juga mengenal kepada orang yang
telah berbudi kepadanya.
Begitu juga ia kenal kepada orang yang
menyakitinya atau pun orang yang mengganggunya. Malahan makhluk yang dikatakan bangsa
binatang itu akan mencari apa yang mendatangkan kebaikan kepadanya dan mejauhi
apa yang akan membahayakan dirinya dan juga anak-anaknya serta mencari jalan
atau boleh juga dikatakan berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan di mana
terdapat tempat makan, tempat minum dan tempat tinggalnya. Begitulah keadaan
binatang ternak.
Tetapi orang-orang yang kufur
dan syirik itu pula tidak mahu taat kepada Tuhannya. Tuhan yang memberikan kurnia dan nikmat kepada mereka.
Malahan mereka tidak mengenal jasa dan budi Tuhan yang telah berbuat baik kepada mereka, dan
mereka tidak sedar betapa pandainya syaitan telah menipu mereka, syaitan yang
telah memperdayakan dengan menjadi kan mereka memandang kepada kemahuan hawa
nafsu itu indah belaka. Mereka begitu angkoh kerana tidak mahu mengharapkan
pahala, begitu sombong kerana tidak takutkan dosa, dan begitulah seterus kepada
Tuhan akan derhaka
Lagi pula bangsa binatang itu
tidak dapat memikirkan benarnya tentang tauhid dan kenabian. Juga dia tidak
dapat memikirkan untuk menolak tauhid dan menolak tentang kenabian. Inilah
sikap binatang ternak yang tidak berakal.
Maka itu ilmu dan
amal adalah asas pembangunan tamadun manusia. Kesepaduan sumber ilmu merujuk
kepada perintegrasian ilmu wahyu, ilmu akal (rasional) dan ilmu panca indera. Dalam sistem ini, ilmu
wahyu mendapat tempat yang paling tinggi kerana ia mempunyai kebenaran yang
mutlak, amanakala kedua-dua ilmu akal dan ilmu pancaindera tidak mempunyai
kebenaran yang mutlak. Bagaimanapun, peranan akal atau intelek adalah amat
penting dalam memahami dan menghayati kebenaran wahyu.(1)
(1)Sumber:: Nik Aziz
Nik Pa : “ Potensi Intelek” – Dewan Bahasa dan Putaka Kuala Lumpur 1999.
No comments:
Post a Comment