Sunday, September 13, 2020

DEKATI ILMU MULIAKAN HIDUPMU

 

DEKATI ILMU MULIAKAN HIDUPMU

(Disiarkan pada 12.9.2020)

                Hidup bahagia dunia dan akhirat semestinya dengan ilmu. Ilmu memanusiakan manusia. Hidup masyarakat jahiliah terkongkong dengan ilmu Dato nenek, moyang mereka yang dipusakainya turun temuruh. Maka itu mereka tidak memahami apa dia itu kasih sayang serta ukhuwah kemanusiaan yang menjadi tonggak pembangunan manusia seutuhnya.

Manusia diwujudkan Allah sebagai khalifah-Nya dan dilengkapkan-Nya berbagai fitrah sebagai kekuatannya untuk melaksanakan ibadah memakmurkan alam kehidupan. Antara fitrah yang amat penting Allah bekalkan kepada manusia ialah mempunyai akal dan dimurnikan dengan kemahiran berfikir.

                Dalam fakulti akal, terdapat satu proses penting yang dikenali sebagai fikir. Konsep fikir merujuk  aktiviti renungan (refleksi) atau penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Melalui fikir, roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan. Pemerolehan makna atau ketibaan roh kepada makna tentang sesuatu itu pula melalui proses intuisi yang berlaku dalam kalbu.

                Dalam konteks ini, perkaitan antara akal dengan kalbu dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina skim ilmu melalui tiga proses asas, iaitu penglibatan aktif, fikir (refleks), dan  pengabstrakan, manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan skim ilmu menjadi ilmu melalui proses intuisi atau ilham. Ilmu mengandungi unit-unit lain dalam sesuatu sistem sehingga terbentuk idea, konsep, dan pertimbangan yang tertentu. Makna yang diperoleh melalui proses intuisi mempunyai skop yang amat terbatas, manakala makna yang diperoleh melalui proses ilham mempunyai skop yang meluas dan mendalam (al-Ghazali, 1993).

                Pada umumnya, fikir merupakan kekuatan yang merintis jalan ke arah memperoleh makna sesuatu. Fikir boleh dibahagikan kepada dua tahap, iaitu tahap rendah dan tahap tinggi. Pada tahap rendah, fikir mengamati ciptaan Allah dalam dunia ini sebagai fenomena biasa sahaja. Kewujudan manusia dilihat sebagai hasil proses biologi yang tidak berkait dengan Allah atau disebabkan oleh pembentukan yang tiba-tiba dari  bahan evolusi sejarah dalam alam semesta. Pembuktian rasional dan empirik pula dibentuk dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada petunjuk Allah.

                Dalam konteks ini, diri seseorang tidak mungkin tiba kepada makna tentang sesuatu. Tanpa ketibaan makna, manusia tidak memiliki ilmu yang sebenar. Sebaliknya mereka hanya memiliki prasangaan (zaman), iaitu konjektur perolehan yang berasaskan spekulasi subjektif dan prasangkaan itu boleh membawa manusia kepada kesesatan. Prasangkaan juga boleh menutup jalan ke arah kebenaran.

                Pada tahap tinggi pula, fikir menggamit fenomena alam semesta dan maju untuk mengenal pasti sifat-sifat Allah yang dimanifestasikan dalam fenomena tersebut. Manusia bukan sekadar merenungi sekadar fenomena alam semesta, tetapi pada masa yang sama mereka mengingati penciptaan penguasa sebenar baik fenomena tersebut. Dalam konteks ini, fikir bertukar menjadi zikir dan manusia mempeoleh kesedaran serta keupayaan untuk meletakkan sesuatu objek pengetahuan pada tempat yang sepatutnya dalam urutan dan fitrah kejadian. Melalui proses ini,  skim ilmu berkembang menjadi ilmu yang sebenar. Sebaliknya, manusia yang tidak mempercayai fenomena alam semesta sebagai tanda-tanda Allah dan berfikir tanpa kebenaran ilmu buat selama-lamanya.

                Sebagai kesimpulan, kemampuan akal untuk mengetahui dan memahami adalah terbatas. Malah, akal tidak mampu memahami dan mengetahui ilmu Allah kecuali dengan kehendak Allah. Untuk mengetahui dan mengamati fenomena alam, akal menggunakan khidmat lima fakulti yang terdapat dalam deria dalaman. Misalnya, akal menggunakan maklumat yang diproses oleh fakuti-fakulti deria dalaman untuk membina skim ilmu. Selepas itu, proses intuisi dalam kalbu bertindak mengembangkan skim ilmu.Selepas itu proses intuisi dalam kalbu bertindak mengembangkan skim ilmu menjadi ilmu yang  sebenar.

                Maka itu ilmu dengan sendirinya tidak sama dengan maklumat atau skim ilmu, walaupun tentunya ilmu meliputi maklumat dan skim ilmu. Malah pembinaaan ilmu mestilah berdasarkan maklumat yang benar, yang membuat makna kepada pemiliknya (Wan mohd Nor, 1991). Jadi skim ilmu yang terbentuk daripada maklumat yang tidak benar, walaupun mungkin benar ertinya kepada pemilik skim itu, tidak  dapat dikembangkan menjadi ilmu yang sebenar. Skim ilmu (pengetahuan) seperti itu merupakan prasagkaan atau  konjektur perolehan semata-mata.(1)

Tujuan ilmu ialah supaya menghakimi akal pada setiap pekara yang terbentang kepada seseorang. Maksud akal ialah akal yang mencukupi syarat  fahaman yang membolehkannya mengetahui apa sahaja yang dibentangkan kepadanya.

Al-Quran mahukan akal menjadi hakim. Akal merupakan nikmat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Al-Qur’an menerangkan bahawa akal merupakan nikmat besar dan mesti diguna dan dijadika sebagai hakim. Dalam banyak ayat Allah berfirman: Kami telah nyatakan tanda-tanda bagi kaum yang berakal.

   Kepada orang-orang yang tidak menggunakaan akal Allah berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami (kebenaran)?  Maka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat dijalanannya (dari binatang ternak itu)”

                Demikian  juga meninggalkan penggunaan akal menjadi sebab kepada keseksaan di akhirat sepeti firman Allah mengenai orang-orang kafir dalam suarah Al-Mulk ayat 67:10 yang bemaksud: (terjemahan)

“Dan mereka berkata “Sekiranya kami mahu mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk menjadi penghuni-penghuni neraka Sa’ir.”

Orang-orang kafir itu mengatakan: “Kalau kami mempunyai akal yang dapat kami pergunakan atau mempunyai telinga yang dapat kami pakai untuk mendengarkan kebenaran agar dapat hidayah nescaya tidaklah kami temasuk penghuni neraka Sa’ir buat selama-lamanya.

Inilah suatu galakan besar bagi pengguna akal yang diberikan oleh Islam. Pekara seperti ini tidak dapat ditandingi oleh agama-agama lain:

Hakikat Islam, dari prinsip dasar sampai bagian-bagianya bukanlah hanya tata cara peribadatan yang berpindah-pindah dari nenek moyang terus turun tenurun, atau berupa jampi-jampi yang disebarkan secara perasaan dengan duga-dugaan, tetapi hakikat Islam bersumber kepada Al-Qur’an dan hadiths, yang metoda dan tehnis pengumpulan isi al-Que’an bukanlah tergantung kepada pembacaan dan hafalan orang-seorang saja, tetapi himpun berdasarkan beberapa dahabat yang tergolong Al-Hafizh (penghafal Al-Qur’an), ulama dan cerdik pandaii yang memilki daya fikir yang matang dalam memahami sesuatu yang benar, dengan gaya bahasa yang mempunyai dasar tujuan terciptanya kesedaran mengerti agama  yang berdasarkan perintah dan larangan; hak dan kewajipan, sehingga  terwujudnya suasana kebudayaan masyarakat yang tinggi, berkaitan dengan prinsip amar ma’ruf, nahi mungkar,

                Apabila kita memperhatikan ayat  Al-Qur’an yang pertama kali turun, nyatalah bahawa Allah memberikan perhatiannya kepada qalam dan tilis menulis dan baca membaca kepada ilmu dan mempelajarinya. Di samping itu banyak sekali dalam Al-Qur’an perintah-perintah yang terhitung sebagai dasar yang asasi untuk membangun iman yang kuat. Dan inilah yang membuka hati terhadap kebudayaan modern yang baik, sehingga memudahkan bagi penemuan-penemuan besar tentang rahsia-rahsia alam. Dan menaklukkan manusia pada sesuatu yang belum pernah memimpikannya.

                Islam menganggap, bahawa agama tidak akan mendapat tempat yang baik, apabila orang-oang Islam tidak mempunyai pengetahuan yang matang dan fikiran yang sehat. Oleh kerana itu pengetahuan bagi Islam bagikan roh (nyawa) bagi manusia.

                Ini tekandaung dalam Al-Qur’an mencakup semua ruang lingkup kehidupan manusia, sebagaimana firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 14:52 yang bermaksud: (terjemahan)

                “(Al-Qur’an) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia, dan supaya mereka diberikan peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.”

                Untuk mengakhiri surah Ibrahim ini seolah-olahnya Allah mengulang apa yang disebutkan-Nya dipermulaan surah dahulu: Bahawa kitab al-Qur’an yang ditrunkann kepadam, ya Muhammad, adalah penting untu dismpaikan kepada manusia, kerana mengan- dungi perkara yang menjadi ketewanga dan pengajaran yang berguna bagi mereka.

                Dan dengan al-Qur’an itu pula menjadi amaran yang menakutkan tentang adanya seksaan dan hukuman daripada Allah kepada oang-orang yang berbuat maksiat dan derhaka kepadaNya.

                Begitu juga supaya mereka mengetahui bahawasanya Allah itulah Tuhan yang Maha Esa – tidak ada duanya apalagi berbilang-bilang seperti yang disangkakan oleh orang-orang musrik dan menyembah berhala – bahkan dengan ayat-ayat al-Qur’an ini hendaklah mereka mngambl dalil tentang keesaan Allah.

                Dan al-Quran jugalah hendaknya orang-orang yang berakal dan berfikiran itu mengambil pengajaran serta  pperingatan daripadanya, untuk dijadikan iktibar, contoh da teladan.

                Mudah-mudahan Allah memberi kita taufik dan hidayat-Bya untuk beramal dengan suruhan-Nya, sesuai dengan yang disyariatkab-Nya. Tuhanlah sebaik-baik penolong.

                Allah berfirman tentang orang-orang yang telah hilang perasaannya, akalnya mati, dan hatinya telah tertutup, sebagaimana dinyatakan dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:171 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Dan dimisalkan orang-orang yang kafiritu seperti (pengembala) yang memanggil (binatang ternak ) yang tidak mendengar melainkan panggilan dan suara sahaja. Mereka itu pekak, bisu dan buta, sedang mereka tiada berakal.

                Allah s.w.t. memuliakan kehidupan manusia, apabila manusia itu setelah dewasa dan tumbuh kekuatannya, ia siap membesikan diri dengan ajaran yang paling suci dan tinggi. Dengan kata lain, Islam membimbing manusia sesuai dengan perkembangannya ntuk menuju kesempurnaan. Bahkan islam memberikan jangkauan yang luas dalam menjalani kehidupan menuju kemajuan yang lebih dekat daripada itu.

                Apabila kita memperhatikan ibadat solat, yang merupakan ibadat yang pokok dalam Islam, sebelum solat dikerjakan, terlebih dahulu dikumandangkan adzan oleh mu’adzin. Adzan yang dilakukan oleh mu’adzin, semata-mata merupakan ketentuan yang dapat diterima akal. Ajakan untuk mengerjakan solat, dengan untaian kata-kata yang mengekutuk hati dan  menggugah akal. Isinya mengagungkan Allah, bahawa Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad utusan-Nya; mengajak mencapai kebahagian. Seruan adzan berbeda dengan seruan bunyi loceng yang gemerincing di udara, yang mengajak dengan bunyi-bunyian yang tidak dapat difahami, kerana bunyi loceng untuk panggilan apa saja bunyinya sama.

                Solat itu sendiri dapat dpelajari dalam kitab-kitab pelajaran solat, yang hanya mencakup kebaikan-kebaikan yang oenting dan petunjuk-petunju bagi kita. Sejauh mana dterima solat, ini harus disertai dengan fikiran yang bersih dan akal yang mampu merenung- kannya, dalam bentuk khusyuk dn tadharru’ kepada Allah.

                Dengan kemampuan, kecerdasan dan keteguhan fitrah, manusia dapat meresapi ajaran islam di dalam hatinya. Keana haya orang-orang yang picik pandangannya sajalah yang jauh sekali akan bisa maju di dalam beragama. Allah berfiman surah  Al-‘Alaq, ayat  96:1 yang bermaksud: (terjemahan)

               

“Bacalah dengan (menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakannya,

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,

Bacalah dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah,

Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam,

Dan Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

                Apabila kita perhatikan ayat yang paling pertama rurunya dari Al-Qur’an, nyatalah bahawa Tuhan  membeikan perhatiannya kepada qalam dan tulis menulis, kepada ilmu dan mempelajarinya.(2)

 (1)Nik Azis Nik Pa. POTENSI INTELEK. Dawan Bahasa dan Putaka Kuala Lumpur 1999.

(2)Muhammad Al-Ghazali: AKHLAK SEORANG  MUSLIM.. PUSTAKA ALAZHAR KUALA LUMPUR 1986  

No comments:

Post a Comment