ILMU DAN AMAL KESEJAHTERAAN HIDUP BERSEPADU
(Disiarkan pada 3. 10. 2020)
Ilmu tanpa amal akan
meninggalkan kita setelah tiga hari berlalu dan amal tanpa ilmu akan
menyesatkan kita untuk melaksanakan
amanah kekhalifahan kita. Maka itu hidup sewa- jarnya kesepaduan ilmu dan amal demi
menujuh kesempurnaan hidup alam akhirat. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Ra’ad ayat
13:29 yang bermaksud: (terjemahan)
“Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan
tempat yang baik”
Mereka yang
beriman dan beramal salih itu mendapat keuntungan yang baik dan akan mendapat
tempat kembali yang bagus, ia tentulah syurga. Semua ini merupakan daya penarik
dan menjadi galakan kepada setiap orang supaya mentaati Allah dan jangan
derhaka dengan berbuat maksiat
kepada-Nya. Memanglah seorang itu apabila telah memasuki syurga dia akan dapati
apa sahaja yang disukainya di sana seperti yang diturunkan dalam hadis yang
bermaksud:
“Di dalam syurga itu banyak perkara yang tidak pernah dilihat oleh
mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam
hati manusia”
Mudah-mudahan
kita sekalian dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang menjadi
penghuninya, amin.
Ilmu dan amal merupakan dua
fenomena kehidupan yang sentiasa dekat
dengan Allah s.w.t. Kejayaan dalam hidup tidak semestinya memiliki wang
berjuta-juta ringgit atau benda yang melimpah ruah serta memegang jawatan
tinggi. Kejayaan yang sebenarnya, tercapai suatu wawasan yang dapat membahagiakan kita hidup
di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu, kejayaan atau kegagalan hidup kita
banyak bergantung kepada matlamat utama kita diutuskan ke dunia ini. Apabila
seorang itu telah tunduk kepada Tuhan-nya, maka tidak perlu khuwatir lagi akan
menempuhi apa-apa kegagalan di dunia ini.
Hamba Allah yang salih itu telah
dijanjikan oleh Allah s.w.t. akan keampunan dan dijamin masuk ke dalam Syurga
yang indah. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Bayyinah ayat 98:7-8 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih
mereka itu adalah sebaik-baik makhluk balasan mereka di sisi Allah mereka ialah
Syurga Adn yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah Redha terhadap mereka
dan merekapun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah balasan bagi
orang-orang yang takut kepada Tuhannya.”
Kaum muslimin yang mempunyai iman kepada
Allah dan rasul-Nya disertakan beramal salih mereka merupakan makhluk Allah
yang sebaik-baiknya. Balasannya ialah di akhirat nanti dimasukkan ke dalam
syurga yang mengalir air sungai di bawah istana tempat kediaman. Mereka hidup
kekal dan tidak akan mati serta tidak akan dikelurkan dari dalamnya, sentiasa
bersenang-lenang merasakan perbagai nikmat yang tidak ada putus-putusnya.
Allah
reda, dengan menerima baik segala ketaatan dan perbuatan amal salih yang
dipesembahkan kepada-Nya. Selanjutnya mereka juga berpuas hati menerima segala
kebaikan dan kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Itulah
balasan dan pahala yang baik, bagi orang yang takutkan Allah dengan menjauhi
segala maksiat yang dilarang oleh-Nya. Semoga Allah membersihkan hati kita dan
menerangkan fikiran kita, sehingga tidak ada yang kita takuti kecuali Allah dan
segala puji itu bagi-Nya semata.
Takut kepada Allah ini merupakan
perhiasan diri orang-orang yang salih. Kerana petunjuk dan rahmat itu hanya
diberikan kepada mereka yang takut kepada Tuhannya. Orang yang takut kepada-Nya
berusaha mencegah dirinya daripada mengikut kehendak hawanafsu. Akhirnya
orang-orang yang takut kepada Allah itu akan memperoleh kenikmatan syurga di
akhirat kelak.
Manusia yang berilmu sentiasa memikirkan
dirinya kekurangan kerana semakin ia
tahu
ia merasakan semakin ia tidak tahu. Dalam erti kata lain bahawa jika manusia
hendak menerokai dunia keilmuan ia mendapati ilmu itu tidak ada sempadannya
atau tidak mengenal ketandusan ilmu.
Menjelajahi alam ilmu serupa dengan melihat permukaan lautan yang luas. Manusia
tidak punya kekuatan untuk melihat sempadan lautan, hanya ia boleh difahami
melalui penglihatan matanya ialah lautan itu bertembung dengan langit.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda
mengenai ilmu yang ada di dunia ini dan beliau menganalogikan sebagai bersabda:
“Kalau kita culupkan jari kita ke dalam
lautan kemudian keluarkan; air yang membasahi jari merupakan banyaknya ilmu
manusia ketahui di dunia tetapi ilmu Allah ialah diiberatkan lautan yang
besar.”
Allah berfirman
yang bermaksud: “Dan kalaulah digunakan
air lautan itu untuk dijadikan tinta menulis mengenai ilmu Allah, sehingga air
lautanitu kering sekali pun ilmu Allh itu tidak akan habis ditulis”.
Inilah yang
dimaksudkan dengan semakin kita tahu semakin kita tidak tahu. Dan budaya orang
yang berilmu tidak mengenalpenat lelah dan merasa ilmu itu cukup baginya. Ia
sentiasa mempunyai motivasi dalaman yang secara automatik menggerakkan minatnya
untuk mengetahui lebih banyak ilmu.
Kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w.
disisi Allah begitu amat tinggi disebabkan ilmu yang ada pada diri Baginda,
sehingga mengalahkan kesucian Malaikat Jibril. Ini dapat dibuktikan semasa Isra’
dan Mi’raj apabila Allah
membenarkan Nabi Muhammad memasuki Aras-Nya (Sidrantul Muntaha) tetapi Malaikat
Jibril tidak dibenarkan.
Nabi Muhammad telah menterjemahkan
al-Qur’an dalam dirinya. Isteri Baginda siti Aisyah pernah ditanya oleh para
sahabat Nabi mengenai akhlaq Baginda Rasul, dan beliau mengatakan: “Akhlak Rasulullah ialah Al-Qur’an”.
Ilmu itu adalah
daya tahan mental yang memimpin manusia menjadi manusia dan kekuatan iman
semestinyalah kehadiran ilmu dalam diri manusia. Orang yang berilmu tetapi
tidak mempunyai keimanan kepada kekuasaan Allah mendapati dirinya gelisah dan
sentiasa merasakan keperluan hidupnya tidak pernah mencukupi. Kesyukuran
tehadap kejayaan dalam hidup bukan menjadi agendanya tetapi budaya yang
menjajah nalurinya ialah keangkuhan dan kesombongan yang menjadikanya sentiasa
mementingkan diri.
Manusia hidup wajar berilmu dan
beramal salih kerana ilmu itu hanya bermanfaat kepada kehidupan manusia jika
disajikan dengan amal. Oleh kerana ilmu itu datang dari Allah maka
mengamalkannya merupakan ibadat kepada-Nya. Ilmu adalah punca kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup sama ada di dunia
manupun di akhirat jika kiblat amalnya kepada kebaikan tetapi jika
disalahguakan ilmu itu untuk kepentingan hawa nafsu akan membawa pada.
Berilmu tanpa amal ibarat seorang
yang terkena penyakit lumpuh. Ilmunya tinggi tetapi apakan daya jasmaninya
tidak bermayah atau tidak dapat bergerak mengola pembangunan. Jika mempunyai
ilmu harus diguna sebagai kekuatan diri melaksanakan pembangunan tamadun
kehidupan. Jika ilmu itu disalah gunakan maka Allah s.w.t. akan menarik balik
ilmu tersebut dan mengakibatkan anda ibarat bangkai berjalan.
Ilmu itu merupakan kekuatan diri
mengolah kehidupan termasuklah membantu orang lain yang memerlukan pertolongan
serta memurnikan hubungan sesama manusia demi menghidupkan ukhuwah kemanusiaan
sebagai landasan melahirka kasih sayang yang membentuk tamadun kehidupan. Kemantapan
ilmu dapat disajikan dalam gabungan kita
dengan alam-alam di sekelilingnya seperti alam haiwan, tumbuh-tumbuhan, bumi
dan segala cakerawa alam kehidupan. Hidup bertamadun wajar diserikan dengan
budaya tolong menolong sebagai tulang belakang kepada kekompakan sildaritas
sosial.
Membantu kebajikan orang lain
merupakan amalan yang sangat dialu-alukan oleh Islam kerana ia adalah ibadat
kerana Allah. Tidak ada sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya lebih
mulia daripada orang lain kerana faktor kehibatannya itu adalah
disebabkan
adanya masyarakat prihatin terhadap pembangunan. Allah berfirman dalam Al-Quran
surah Al-Hujerat ayat (49)13 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kami dari laki-laki dan
perempan (ibu dan bapa)dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam
umat)dan besuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang
termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah
Maha Mengetahui lagi Maha mengetahui”.
Beramal tanpa ilmu juga tidak
mempunyai kemanfaatan kepada pembangunan tamadun kehidupan. Kadangkala kita
mengkufuri nikmat amalan yang disalurkan untuk
tujuan memurnikan pembangunan umat kerana tidak punya ilmu yang memurnikan amalan
tersebut. Sebagai contoh, sempena perayaan manyambut Mauludirasul yang
diserantakkan dengan Ma’alhijrah di Keningau Pedalaaman atas Sabah pada 15.04.
2008, upacara akhir sebagai pelengkap dan pemurnia kepada sambutan tersebut
telah mengkufuri kesucian Islam sebagai agama bersih dan mulia.
PepatahMelayu mengatakan “kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga”. Keana kesilapan teknik pengelolaan
agenda yang kecil mengakibatkan rosal
kemuliaan perayaan yang telah dilaksanakan begitu cantik protoko;nya mengikut
kesucian Islam demi menagung-agungkan kelahiran seorang hamba, kekasih Allah
subhanallah wa ‘tallah, Nabi Muhammad
Shalalahualai wasalam.
Perayaan menyambut upacara yang
murni itu diserikan dengan acara keagamaan seperti marhaban dengan pakaian yang
melambangkan keislamannya, begitu murni sekali sebagai pelengkap kepada isi
ucapan pengerusi Pengelola, oleh Tuan
Pegawai Daerah Keningau tuan Haji Zulkifli bin Nasir. Kemudian diikuti dengan
ucapan pelancarannya oleh Yang Berhormat Datuk Haji Sairin Karno, Pembantu Menteri
Pembangunan luar Bandar,selaku ADUN kawasan Liawan, yang panjang lebar
menghimba kembali perjuangan umat manusia untuk menegakkan kemurnia Islam
sebagai addin.
Acara pengurniaan Tokoh
Mauludirasul peringkat pedalaman atas Keningau menyusul kemudian dengan paluan
gendang dan kulintangan mengiring Tokoh itu untuk naik ke pentas, diapit oleh
Tuan Haji Kaipin Rosmin sebagai Pengerusi pencalunan. Pada saat sebelum Tokoh
itu duduk di atas kerusi khas yang disediakan di atas pentas, tiba-tiba dua
orang gadis berpakaian tidak menutup aurat tanpil ke hadapan membawa bunga
hendak menghiasi kawasan tepat duduk tikoh tersebut.
Suasan keriangan menyaksikan
upacara tersebut, tiba-tiba bertukar menjadi senyap, khususnya kepada mereka
yang sedar mengenai kesucian Islam kerana telah dicemari oleh dua orang yang pada
fikiran mereka untuk menyeri keadaan tetapi kerana kurang ilmu tentang kesucian
Islam, mereka telah mencemarkan kesempurnaan perayaan Mauludirarul dan Maal
Hijrah yang kita sanjung tinggi itu.
Oleh yang demikian ilmu dan amal
wajar diperolehi oleh setiap umat agar ia menjadi faktor pembangunan dalam
kedua-dua alam jasmani dan alam rohani iaitu alam dunia mahupun alam akhirat.
Murnikan amal ibadat mu dengan sajian ilmu pengetahuan yang akan mengangkat
darjat dan martabat ketamadunan manusia yang diredai Allah S.W.T.. Inilah
akibat beramal tanpa ilmu. Semestinyalah ilmu dan amal itu adalah pasangan yang
melahirkan ketamadunan hidup bermaruah
Kita hidup harus berpegang
kepada satu idelogi bahawa dengan kehadiran ilmu dalam diri seseorang insan
memberikan satu tanggungjawab untuk membudayakan pemikiran yang proaktif.
Dengan amalan demikian kehadiran ilmu dalam diri kita dapat dimanfaatkan untuk
membangunkan manusia
Dalam tulisan Al-Ghazali, mencari ilmu
adalah satu bentuk pengembaraan untuk melengkapkan diri bagi kehidupan yang
akan datang dan bukan bertujuan untuk mendapatkan kuasa, pengaruh dan
kemewahan. Mempunyai ilmu pengetahuan memperolehi banyak
kelebihan
dan ini dapat dibuktikan oleh Al-Ghazali memetik ayat-ayat al-Quran surah Ali
Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia yang menegakkan
keadilan, Malaikat dan orang-orang yang berilmu, tiada Tuhan melainkan Dia,
Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”.
Allah berfirman lagi surah
Al-Ankabut ayat 39:43 yang bermaksud (terjemahan)
“Dan perumpamaan-perumpamaan ini
kami buat buatkan untuk manusia dan tiada yang memahaminya kecuali orang yang
berilmu”.
Ilmu diibertkan
pakaian yang menutup tubuh badan. Oleh itu manusia yang tidak berilmu laksana
seorang manusia yang berbogel. Allah berfirman surah al-A’raaf ayat 7:26 yang
bermaksud: (terjemahan
“..... dan pakaian yang berupa
takwa itulah yang sebai-baik.”
No comments:
Post a Comment