Friday, December 13, 2019

Muliakan Hidumu Berasaskan amal Ibadah Kepada Allah SWT.


                            MULIAKAN HIDUPMU BERASASKAN AMAL IBADAH KEPADA ALLAH SWT.          
                                                                       ( Disiarkan pada 14. 12. 2019)
                                                                                              
               Allah SWT wujudkan manusia untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Adz-Dzaiat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Tiadalah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepada-Ku.”
               Tujuan Allah menjadikan makhluk dari bangsa jin dan manusia ialah untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya – bukan  supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka  tidak memiliki  manfaat atau mudarat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
               Erti sembahyang dari segi bahasa ialah “doa kepada kebaikan” iaitu doa untuk menghampiri diri kepada Allah; dengan memohon ampun ke atas sesuatu dosa atau mensyukuri sesuatu nikmat atau mendirikan sesuatu kewajipan ibadat.
               Sembahyang jua menyatakan taat dan kehendak kepada Allah melalui perkataan dan berbuatan. Sesungguhnya Allah mewajibkan sembahyang ke atas hamba-Nya untuk Allah mengingatkan mereka bahawa mereka mempunyai kewajipan dan supaya mereka bergantung kepada sembahyang itu bagi meringankan apa-apa kesusahan dan bencana hidup yang mereka tempuhui. Maka sembahyang juga ialah memuji Allah yang patut dibuat oleh makhluk kepada-Nya.
               Masyarakat manusia memerlukan kekuatan rohani untuk mengangkat jiwa seseorang kepada suatu tingkat tertinggi, iaitu perasaan takutkan dirinya dari terpengaruh dengan kebendaan dan kepentingan diri yang akan membawa kerosakan di bumi. Sedangkan sembahyang memberikan masyarakat manusia kekuatan rohani yang diperlukan untuk mem- perbaiki diri.
               Dilihat dari sudut jiwa, apabila seseorang tidak mempunyai hubungan rohani dengan Tuhannya, maka lahirlah tanda liar serta mempuyai perasaan tidak puas terhadap sesuatu. Ada kemungkinan ia mengatakan bahawa tingkah laku liarnya itu disebabkan oleh dia tidak bernasib baik dalam suasuatu permainan dan dengan demikian dia akan mersakan tindakan liarnya dengan menjadi pemabuk.
               Orang seperti itu akan menghabiskan masa hidupnya dalam keadaan demikian dan sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan tidak tenteram. Sedangakan sembahyang membolehkan seseorang itu memohon dari Tuhannya apa juga perkara yang dikehendakinya, ia tidak akan merasa putus asa dan sembahyang juga akan mendorongkan seseorang memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Sesungguhnya seseorang manusia yang berpegang kepada tali Allah tidak akan sekali-kali berputus asa. Dia akan tabah menghadapi apa jua masalah yang rumit atau pun mungkin  merbahaya.
Dari sini jelaslah bahawa hubungan roh kemanusiaan dengan Tuhannya biarpun hanya  dalam masa yang singkat pada setiap hari, merupakan keperluan-keperluan yang diingini oleh manusia. Dengan sebab itulah Allah mewajikan sembahyang.
Al-Quran menyuruh orang-orang yang beriman supaya menunaikan sembahyang melalui beberapa ayat yang yang di antaranya:
Firman Allah surah An-Nisa’ ayat 4:103 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maka dirikanlah sembahyang itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
Allah menyuruh umat Islam menunaikan sembahyang fardhu itu mengikut waktunya merupakan pengajaran kepada mereka supaya terbiasa memelihara waktunya yang berharga dan mengatur waktunya dengan cara yang sebaik-baiknya. Sehingga merupakan tiap-tiap pekerjaannya itu berwaktu dan teratur. Sesuatu pekerjaan yang selalu ditangguh-tangguhkan, lama-kelamaan  pekerjaan itu semakin bertambah banyak akhirnya tak dapat ditunaikan. Begitu pula halnya dengan sembahyang, jika ditanggu-tangguhkan akan menjadi banyaklah bilangan sembahyang yang telah ditinggalkan lalu datanglah perasaan malas hendak menunaikannya.
               Allah SWT befirman dalam surah Muddaththir ayat 74:42-44 yang menceritakan keadaan penghuni-penghuni neraka ketika mereka ditanya sebab-sebab penyeksaan mereka; yang bermaksud: (terjemahan)
               “Apakah yang memasukkan ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, kami tidak (pula) memberi makan orang miskin.”
               Al-Quran tidak menyatakan secara terperinci  tentang cara-cara sembahyang. Walau bagaimana pun diperincikan oleh Nabi s.a.w. kerana baginda pernah bersabda kepada sahabat-sahabatnya yang bermaksud:
               “Bersembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang.”                 
               Berikut diterangkan perbuatan-perbuatan yang mengandungi pengajaran rohani yang tinggi dan kita mulakan dengan menyatakan tentang air sembahyang atau wudhu’.
               Tentang cara wudhu’, al-Quran mengatakan melaluifirman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 5:6 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan (basuh) kaki kamu sehingga kedua mata kaki.”
               Wudhu’ adalah persediaan untuk sembahyang, sembayang memerlukan seseorang itu khusyuk dan menganggapkan  dirinya berhadapan dengan Allah. Untuk fikiran seseorang bersedia sedemikian dan untuk melepaskan ingatan dari urusan hidup, diwajibkan wudhu’ sebelum didirikan sembahyang.
               Kenyataan ini dapat dijelaskan seperti berikut: seseorang manusia apabila sibuk memikirkan secara mendalam tentang sesuatu, maka dia tidak dapat berfikir tentang perkara lain kecuali apabila ia diganggu oleh tindakbalas saraf. Apabila berlaku maka pemikiran yang  pertama akan secara tiba-tiba menjadi hilang. Apabila ia dikehendaki supaya berfikir pada perkara yang lain secara tenang maka suatu jangka waktu diperlukan. Sesungguhnya seorang yang sedang berfikir tentang perusaan dan perniagaan kemudian dikatkan kepadanya:”Dirikan sembahyang” sudah tentu ia akan merasa sangat berat untuk menanaikan suruhan ini. Jadi di sini lahirlah hikmah wadhu’, sebab ianya menolong seseorang walaupun melupakan fikiran pertama dan memberi masa yang cukup kepadanya untuk memulakan fikiran dalam bahagian lain secara mendalam.
               Disyaratkan untuk sah sembahyang ialah bersih badan, pakaian serta tempat sembahyang dari najis dan kekotoran. Ini bererti membiasakan orang-orang Islam menjauhi najis dan kotoran.
               Disyaratkan juga kepada orang yang bersembahyang supaya menutup auratnya, iaitu bagi orang lelaki antara pusat dengan lutut dan bagi wanita seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
               Demikian juga disyariatkan menghadap Ka’abah, supaya seluruh orang-orang Islam bersatu tentang arah menghadap dalam sembahyang mereka. Sekiranya dibiarkan begitu sahaja tanpa menentukan arah, maka seorang yang bersembahyang akan merasa susah dan tidak mengetahui manakah arah yang lebih hampir kepada Allah. Jadi dengan itu adalah menjadi hikmat Allah menentukan arah Ka’abah yang merupakan binaan pertama yang didirikan di dunia untuk beribadat kepada Allah.
               Mengadap kiblat bukanlah bermaksud beribadat kepada Ka’abah itu sendiri, tetapi maksudnya ialah menghadap kepada Allah sahaja; sebab syariat telah menentukan bahawa beribadat kepada selain daripada Allah adalah kafir.
               Sebelum seseorang itu mula mengerjakan sembahyang dia akan menyebutkan lafaz
azan dan iqamah (iqamat) iaitu:

               Allahu Akbar Allahu Akbar,Allahu Akbar Allahu Akbar.
               Asyhadu an la ilaha illahah, Asyhadu an la ilaha illahah
               Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah. Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah.
               Haiya ala al-salah, Haiya ala al salah, Aaiya ala al-falah, Haiya ala al falah.
               Allahu akbar, Allahu akbar; Lailaha illallah.           
           Apabila seseorang Islam berdiri betul dan menghadiri niat dalam hatinya, maka dia pun bertakbir dengan mengatakan supaya dia dapat merasakan dalam dirinys bahawa Allah adalah Maha Besar dari sesuatu. Sesungguhnya dia ketika itu hendak bermunajat kepada Allah. Oleh itu hatinya juga memikirkan perkara lain. Kemudian orang yang bersembahyang tadi akan meletakkan (berpegang) tangan kanannya ke atas tangan kiri. Kelakuan seperti ini memper- ingatkan orang yang bersembahyang itu kepada kewajipan membetulkan hati (mengingat) kepada Allah Azza Wa Jalla
          Orang yang bersembahyang kemudiannya membaca doa iftitah supaya dapat mengerjakan dirinya untuk merasai kebesaran Allah serta beringat supaya ikhlas dalam amalannya.
“Dengan (menyebut) nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Pipimpinlah kami ke jalan yang lurus(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”.
        Membaca al-Fatihah ini diwajibkan pada setiap rakaat sembahyang sebab ia mengandungi makna dan kerohanian yang tinggi serta ia juga memberi kesan yang positif dalam memperbaiki individu dan  masyarakat. Jadi “al-Fatihah” ialah roh bagi sembahyang.
         Hikmah yang terkandung dalam surah Al-Fatihah. Menunjukkan ihsan Allah. Membatas kan semua pujian hanya kepada Allah sahaja. Allah sahaja berhak menerima  pujian kerana  semua nikmat datang daipada-Nya.
         Seluruh manusia adalah terdiri dari satu keluarga dan Allah ialah Tuhan mereka. Fikiran kemanusian seperti ini akan menghalang atau mengawal kezaliman akibat semangat kebangsaan, perkauman dan perbezaan warna kulit.
         Pendidikan yang diberi oleh Allah kepada manusia terdiri dari dua jenis. Iaitu pendidikan jasmani yang dibuat melalui penyuburan badan dan penyuburan akal. Kedua, ialah pendidikan “akhlak agama” iaitu dengan memberi saranan supaya individu-individu membersihkan  jiwa mereka.
          Dua sifat Allah ialah yang bermakna bahawa hubungan antara hamba  dengan Allah ialah hubungan kasih sayang dan riayah (naungan, penjagaan). Makna lain ialah Allah hendak memberi tahu orang-orang yang mendakwa bahawa Allah besifat keras dan kasar sedangkan Dia sebenarnya tidak bersifat seperti itu tetapi bersifat kasih sayang dan ihsan. Jadi sembahyang menanamkan kepercayaan kepada jiwa orang-orang yang bersembahyang, pada setiap kali sembahyang, Allah adalah dengan sifat kasih sayang.                   
          Mengerjakan ibadah sembahyang mendidik kita untuk memahami diri kita bahawa manusia adalah sebagai hamba Allah dan wajar beribadah kepada-Nya. Bukan hanya itu tetapi kita ibadah sembahyang ini merupakan rasa kesyukuran kepada  segala nikmat Allah SWT sama ada  dalam diri kita sebagai khalifah-Nya dan juga segala nikmat yang kita perolehi
dalam cakerawalah alam yang kita diami
           Kesyukuran kepada nikmat Allah sebenar merupakan rasa cita kepada Allah SWT kerana sifat-Nya yang Penyayang dan  Pegasihani terhadap manusia sebagai makhluk-Nya yang kejadiannya yang amat sempurna berbanding dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain. Dengan ilmu yang Allah berikan kepada kita sebagai khalifah-Nya, manusia dapat mengenali Allah setelah terlebih  dahulu mengenali diri kita sebagai hamba Allah.
           Deria-deria yang Allah bekalkan kepada manusia adalah antara sifat manusia yang membuat kehidupan manusia itu begitu sempurna. Deria yang amat bermanfaat kepada pembangunan manusia ialah deria melihat dan mendengar. Kalau deria mata tidak ada pada manusia maka segala pembangunan manusia sukar berlaku, begitu juga .
          Deria melihat merupakan kemanfaatan hidup yang tidak ada tolak bandingnya dalam segala nikmat hidup sebagai hanba Allah. Dengan kehadiran mata kita dapat memahami  keadaan alam serta segala bentuknya yang Allah telah ciptakan. Ciptaan Allah itu semestinya ada manfaatnya kepada pembangunan kehidupan manusia di alam  mayah ini. Selain daripada bentuk kewujudan sesuatu benda, mata juga membantu manusia untuk memahami corak setiap kewujudan sesuatu benda itu.
          Corak yang besifat warna setiap benda juga akan mendidik kita mendekatkan kepada zat yang Maha pencipta (Allah). Corak yang disinarkan oleh cahaya mata hari sahaja, sudah mendidik kita dengan berbagai dimensi ilmu yang dipaparkan oleh setiap warna kelak akan membawa kemahiran manusia berfikir kemanfaatan warna  berkenaan dalam pembangunan manusia dalam mencorakkan pembangunan tamadun makhluk umat manusia.
           Mata juga dapat mendidik manusia mengenai sifat sesuatu alam seperti langit yang begitu jauh, serta dapat melihat keadaan langit yang penuh dengan kerdipan cahaya bintang-bintang seolah-olah makhluk berkenaan sedang dalam suasana berbicara antara satu dengan yang lain, untuk mendapat satu kefahaman apa tujuan Allah ciptakan makhluk berkenaan di cakerawala alam di bawah bumbung langit yang begitu luas sekali.

No comments:

Post a Comment