PERISTIWA ISRAK
MIKRAJ
(Disiarkan pada 23 November 2019)
Dakwah Muhammad
kepada Quraisy semakin tidak mendapat sambutan maka itu Muhammad beralih ke tempat
lain jauh dari Mekkah. Ia pergi ke Taif. Kedatangannya ke sana juga tidak ada
sambutan yang baik.Malah Muhammad
bin Abdullah
mendapat cacian dari masyarakatnya. Budak-budak nakal dikumpulkan dan
mencedrakan Muhammad dengan membaling batu sehingga kaki Muhammad berdarah.
Muhammad kembali
ke Mekah. Allah SWT ingin memuliakan rasul-Nya. Oleh itu berlakulah peristiva
Israk dan Mikraj. Peristiwa ini adalah peristiwa besar dalam sejarah hidup Muhammad dan dalam sejarah umat Islam. Dengan
peistiwa ini, Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis menjadi semakin mulia.
Turunnya ayat
al-Quran berhubung Masjid al-Aqsa dalam surah al-Isra’ ayat 17:1 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Maha Suci Allah yang mejalankan hambanya (Muhammad)
pada malam hari dari masjid al-Haram (diMekkah) ke Masjid al-Aqsa (di
Palentine) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Menurut ayat ini,
bumi Quds adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan di sekelilingnya.
Allah yang memberakati tempat tempat ini. Pada suatu malam, Jibril datang
kepada Muhammad bin Abdullah yang sedang tidur di Kaabah. Jibril membawa
Muhammad naik Buraq iaitu kendraan dari syurga, dari Masjid al-Haram di Mekkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.
Di Masjid
al-Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghimpun
kan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid al-Aqsa.
Ulama menyebut jumlah para rasul 315 orang dan jumlah para nabi 24,000 orang.
Allah mengumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan
Muhammad. Tidak ada tempat di dunia ini yang mana semua rasul dan nabi-nabi
berkumpul di situ melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, “Semua
rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah.”
Bagaimana kita
hendak bayangkan Muhammad mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi.
Persidangan para rasul dan nabi, Inilah Kemuliaan Muhammad. Sembahyang dan persidangan yang tidak
berulang lagi buat kali ke dua di bumi ini.
Selepas
sembahyang, Jibril datang membawa satu bekas
susu dan satu bekas arak kepada
Muhammad. Muhammad
memilih susu.
Jibril berkata
kepada Muhammad, “Kamu terpimpin kerana memilih susu, wahai
Muhammad. Begitu juga umat kamu.” Ini menunjukkan arak itu perkara
yang tidak baik. Selepas itu, baru ianya diharamkan. Allah menjaga rasulnya.
Beliau tidak pernah minum arak sejak kecil lagi.
Kemudian,
Muhammad dimikrajkan iaitu diangkat
ke langit. Inilah kuasa Allah yang tidak ada batasannya. Muhammad dibawa dalam
perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar
kepada hambanya. Kalau Allah mahu, Allah boleh buatperkara
yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia.
Apabila dibuka pintu langit pertama kepada Muhammad, di situ sahaja Muhammad
melihat pelbagai perkara yang ajaib.
Antaranya, Muhammad melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila
lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan
apabila ia berpaling ke kiri dia
menangis.
“Siapa ini?”
Muhammad bertanya kepada Jibril.
Jibril menjawab,
“Itulah Adam. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang
masuk syurga maka tersenyum dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat
umatnya yang masuk ke neraka, maka menangislah dia.”
Kemudian Muhammad
melihat ada orang yang berenang dalam
lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka mengangakan mulut
mereka lalu para malaikat meloncarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka.
Muhammad bertanya
Jibril, “Siapa mereka itu?”
Jibril berkata,
“Mereka inilah orang-orangyang memakan harta anak yatim. Mereka diseksa disitu
dulu sebelum siseksa di akhirat selepaskiamat nanti.”
Muhammad kemudian
melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka
semua terlentang kemudian kaum Firaun
lalu di situ sambil memijak perut orang-orang tadi. Kaum Firaun ini dibawa
melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti.
Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka itu, mereka memijak perut rang-orang
lelaki yang sedang terlentang ini.
Muhammad
bertanya, “Siapa mereka itu?”
Jibril
berkata, “Mereka adalah orang-orang yang makan riba. Diazab di alam barzakh
begitu sebelum diazab di neraka.”
Kemudian,
Muhammad melalui sekumpulan lelaki yang mempunai dua jenis makanan. Satu
yanglazat
dan bersih. Satu lagi yang buruk dan busuk. Tetapi mereka makanmakanan yang
buruk dan busuk itu.
Muhammad
bertanya, “Siapa mereka wahai Jibril?”
Jibril
berkata, mereka itulah orang-orang yang berzina.
Mereka ada yang halal tetapi mereka tetap mencari yang haram walaupun mereka
tahu akibatnya macam-macam penyakit di dunia dan azab di akhirat.”
Kemudian
di langit yang ke dua Muhammad bertemu dengan Isa dan Yahya. Dilangit yang
ketiga Muhammad bertemu dengan Yusuf. Dilangit yang keempatdan kelima, Muhamamd bertemu dengan
Idris dan Harun. Dilangit yang keenam Muhammad betemu dengan Musa.
Kemudian
dilangityang ketujuh, Muhammad melihat Baitul Makmur, Kaaba bagi penduduk
langit, tempat para malaikat tawaf dan
beribadah. Kedudukan baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan Kaabah di
bumi. Disitu Muhammad melihat ada seorang lelaki yang
sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan rupa beliau.
Muhammad
bertanya, “Wahai Jibril, siapa itu?”
Jibril
berkata,”Itulah bapa kamu, Ibrahim.”
Pada
setiap langit, beliau disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat.
Semasa di penghujung langit yang ke tujuh, Muhammad melihat Jibril sudah
berubah kepada kejadian asalnya. Itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat
kali pertama semasa Muhammad berlari pulang ke rumah dari Gua Hira’. Ini kali
kedua Muhammad melihat Jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratul
Muntaha.
Dalam
surah al-Najm ayat 53:13-14 yang
bermaksud: (terjemahan)
“Dan demi sesungguhnya! Muhammad melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang
asal sekali lagi. Di sisi Sidratul
Muntaha.”
Akhirnya,
Muhammad sampai ke tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai di situ
walaupun dia seorang rasul dan nabi. Kemudian, beliau sampai di suatu kawasan
yang tidak pernah sampai ke situ para malaikat kecuali Jibril
Kemudian
beliau sampai ke suatu tempat dan Jibril meminta Muhammad ke depan. Jibril
berkata, Kalau aku ke depan selangkah aku akan terbakar.”
Akhirnya
beliau sampai di Sidratul Muntaha. Di tempat yang sangat luar biasa ini, Dalam
pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan sembahyang kepada
Muhammad dan umat beliau. Semua undang-undnag Islam Allah perintahkan melalui
Jibril, tetapi perintah sembahyang diterima sendiri oleh Muhammad terus daripada
Allah. Ini menunjukkan betapa besarnya sembahyang di sisi Allah. Sembahyang
menjadi tiang kepada agama ini.
Selepas
pertemuan itu, Muhammad turun dan bertemu dengan Musa. Musa bertanya, “Apa yang
Allah perintahkan untuk umat kamu.”
Muhammad
berkata, Allah memerintahkan 50 fardu sembahyang sehari semalam.”
Musa
berkata, “Suku Israel diperintahkan kurang daripada
itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintakah Allah ringankan lagi.”
Kerana
belas kasihan dan kasih kepada umatnya Muhammad meminta Allah meringankan sehinggalah menjadi lima
waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali
perlaksanaannya,
tetapiAllah tetap memberi pahala menyamai 50 kali.
Kemudian Muhammad turun ke Baitulmaqdis semula. dari
Baitulmaqdis beliau pulang semula ke Mekah.. Dalam perjalanan ini, beliau
menyaksikan berbagai pemandangan. Antaranya Muhammad melalui suatu rombongan
yang menunggang unta. Apabila unta ternampak Buraq, untah menjadi takut dan ada
yang lari. Tuannya mengejar untanya tetapi tidak berjaya. Muhammad memberi tahu
mereka di mana tempat unta mereka itu bersembunyi. Mereka semua pelik mendengar
suara dari langit memberitahu mereka di mana tempat unta mereka bersembunyi. Memang benar, apabila mereka
pergi ke tempat itu mereka menjumpai unta berkenaan.
Pada malam itu juga Muhammad tiba kembali ke Mekah. Semua peristiwa yang
berlaku dan perjalanan yang memakan jarak yang begitu jauh sampai ke langit
yang ketujuh dan sampai ke Sidratul Mintaha, berlaku hanya dalam masa separuh
dari malam
Sebelum pagi, Muhammad sudah sampai di Mekkah semula.
Selepas sembahyang subuh, Muhammad yang
masih terkesan dengan peristiwa dan perjalanan semalam sambil mengingatkan
kembali apa yang berlaku pada beliau semalam
Abu Jahal melihat Muhammad dalam keadaan demikian lalu
ia menghampiri Muhammad lalu bertanya sama ada berlaku sesuatu kepadanya.
Muhammad berkata, “Malam tadi aku pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke
situ.” Abu Jahal merasa gembira mendengar peristiwa tersebut kerana dia rasa dia mendapat perkara bagi memburukan Muhammad.
Sikap orang Islam dan Quraisy ke atas Israk Mikraj
menimbulkan berbagai reaksi. Pihak Quraisy di bawah pimpinan Abu Jahal, semua
orang tidak percaya. Abu Jahal mengatakan Muhmmad seorang penipu. Di situ berlaku ujian. Orang
yang belum Islam memang tidak percayakan akan hal ini. kerana untuk ke Baitulmaqdis
sahaja dengan menaiki untah memakan masa sebulan perjalanan. Orang-orang yang
lemah iman. Mereka tidak memikirkan kuasa Tuhan
berbanding dengan manusia!
Apabila mereka merujuk kepada Abu Bakar ia
berkata, “Kalau Muhammad yang bercakap begitu, Muhammad bercakap
benar.”
Abu Bakar terus datang menghadap Muhammad dan terus
bertanya, Wahai Muhammad, adakah Muhammad pergi ke Baitulmaqdis semalam?”
“Benar”, kata Muhammad.
Abu Bakar berkata, “Benar apa yang engkau cakap, wahai
Muhammad”
Kata-kata yang terbit dari hatinya yang tidak berbelah
bagi langsung dengan Muhammad. Hati yang sangat yakin dengan Muhammad
Muhammad berkata, “Engkau telah berkata benar, wahai
Abu Bakar al-Siddq”.
Inilah kali pertama Abu Bakar dipanggil al-Siddq yang
bermaksud yang membenarkan. Inilah tempat Abu Bakar. Tempat yang luar biasa dan
tidak ada rasa ragu langsung dengan Muhammad. Abu Bakar tidak mempersoalkan
langsung Muhammad, terus dia membenarkan Muhmmad. Quraisy menyangkal keyakinan
Abu Bakar itu.
Bermacam hela masyarakat musrikin meminta Muhammad
untuk melakukan sesuatu, dan kalau Muhammad berjaya apa yang dikehendaki maka
mereka akan beriman kepada Muhammad. Mereka meminta Muhammad mengalakan ahli
gusti yang terhandal di Mekkah masa itu
dan jika Muhammad berjaya mengalakan ahli gusti tersebut maka mereka akan beriman kepada Muhammad.
Muhammad dapat mengalahkan ahli gusti berkenaan sehingga diulang sebanyak tiga
kali perlawanan dan Muhammad berjaya mengalahkan ahli gusti tersebut.
Walaubagaimana pun masyrakat Quarisy tidak juga
beriman kepada Muhammad. Ahli gusti berkenaani
membuat satu perjanjian lagi, iaitu ahli gusti tersebut telah kalah
dengan Muhammad tetapi jika pokok yang ada dekat dengan mereka boleh bercakap,
ahli gusti itu akan beriman kepada Muhammad.
Pokok berkenaan bercakap dengan salawat nabi, tetapi
ahli gusti itu tidak juga beriman kepada Muhammad.i Begitulah masyarakat
Quraisy hanya mempermain-maiinkan perjuangan Muhammad tetapi Muhammad tetap
bersabar.
Perubahan besar dalam sejarah pejuangan Muhammad bin
Abdullah apabila beliau memper- kenalkan dirinya kepada beberapa orang daripada
suku Khazraj semasa baginda berhjrah ke Medinah. Muhammad datang berjumpa
mereka dan membacakan Al-Qur’an kepada mereka. Apabila mereka mendengar bacaan
al-Quran daripada Muhammad., mereka
mengingat kembali bahawa orang-orang Yahudi di Medinah selalu
mengancam orang-orang Aus dan Khazraj,
bahawa akan di utuskan seorang nabi dan mereka
menjadi pengikut nabi itu. Pada masa itu, mereka akan menguwasaih dan
menyembelih Aus dan Khazraj.
Khazraj berkata, “Inilah nabi yang disebut-sebut oleh
orang Yahudi. Jangan sampai Yahudi mendahului kita masuk Islam sehingga terlaksana nanti
ancaman-ancaman mereka itu. Biar kita beriman dulu. Dengan itu, semua mereka
masuk Islam..”
Muhammad mengajar al-Quran kepada mereka. Maka Islam
mula tersebar di Medinah. Pada tahun berikutnya mereka menghantar 12 orang
wakil mereka kepda Muhammad, mengiklankan keisla man mereka dan mewakili
orang-orang lain di Medinah yang tidak dapat datang ke Mekah.
Mereka semua
memerterai perjanjian dengan Muhammad yang disebut Baiah Aqabah
al-Ula
iaitu
perjanjian Aqaba Pertama. Dinamakan juga Baiah al-Nisa’ yang bermaksud perjanjian taat setia dengan
Muhammad, perjanjian iman dan akhlak.
Selepas itu, Muhammad bin Abdullah menghantar Mus’ab
bin Umar bagi mengajarkan Islam kepada mereka.. Oleh itu, Mus’ab dipanggil duta
Islam yang pertama. Islam mula meluas dalam bentuk yang luar biasa di Medinah.
Begitu cepat sekali, Mus’ab berkerja siang dan malam. Uahanya begitu luar biasa
sehingga tidak ada rumah di Medinah melainkan Islam sudah sampai ke situ.
Semua peristiwa ini berlaku sekitar tiga tahun dari
tahun kesedihan. Daripada tahun ke 10 selepas kenabian sehinggalah tahun ke 13
selepas kenabian. Setiap orang yang masuk Islam di Medinah berusaha pula
membawa keluarganya masuk Islam. Antara kisah yang menarik adalah kisah
anak-anak Amru bin Jamuh.
Anak-anak Amru semua masuk Islam tetapi Amru sendiri
tidak mengikuti mereka. Ia bertahan dengan kepercayaan kepada berhalanya. Anak-anaknya
lalu mempermainkan kepercayaannya kepada berhala berkenaan, sehingga pada satu
ketika dengan perbuatan anak-anaknya
mengenai sembahan nya Amru mengenali
amalannya itu adalah tidak ada kemanfaatan kepada dirinya. Maka ia menjauhi berhala berkenaan dan masuk
Islam.
No comments:
Post a Comment