MANUSIA MEMBANGUN SEMESTINYA DENGAN ILMU
(Disiarkan pada 7. 9. 2019)
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW telah
meninggalkan pesan kepada umatnya, bahawa jika kita ingin bahagia hidup di
dunia, maka perolehilah ilmu; dan jika kita inginkan kebahagian hidup di akhirat
perolehilah ilmu dan jika kita inginkan kebahagian hidup di kedua-duanya, dunia
dan akhirat maka perolehilah ilmu.
Wahyu pertama yang diterima oleh baginda
dari Allah SWT dalam perantaraan Malaikat Jibril ialah memerintahkan manusia
supaya membaca (iqra) iaitu menimba ilmu melalui membaca. Dokumen yang Allah
SWT telah sediakan di alam jagat ini untuk makhluk manusia ialah ilmu pengetahuan. Ilmu yang dimaksudkan
adalah dalam dua kategori, seperti ilmu yang terucap oleh Allah SWT seperti
Al-Qur’an. Inilah ilmu yang ditarbiahkan kepada Baginda Rasul Nabi Muihammad
SAW melalui Malaikat Jibril selama 23 tahun. Ilmu kedua ialah ilmu yang
tercipta oleh Allah SWT iaitu alam ini dengan segala isinya.
Maka itu ilmu adalah segala jenis
pengetahuan atau kepandaian manusia, baik yang mengenai kebatinan mahupun
mengenai keadaan alam ini. Berilmu adalah orang yang mempunyai banyak ilmu
pengetahuan dan bijak pandai. Luas ilmu bermakna manusia yang berpengetahuan
dalam segala bidang sama ada ilmu akhirat, ilmu duniawi mahupun ilmu
kerohanian.
Manusia dijadikan Allah SWT khalifah di
muka bumi ini seharusnya mempunyai ilmu yang luas. Mereka
mempunyai ilmu yang luas adalah orang yang membudayakan kemahiran
berfikir yang menjadi tonggak kepada pembangunan manusia seutuhnya. Allah SWT
membe- kalkan manusia fitrah berfikir yang membolehkannya menyelami berbagai
dimensi alam di mana setiap insan telah, sedang dan akan melaluinya.
Ilmu yang boleh menerokai alam metafizik
dapat melihat dengan mata hatinya. Mata hati dapat melihat berbagai alam lebih
luas lagi jika dibandingkan dengan mata kepala sendiri. Mata hati itu dapat
melihat segala pengalaman yang telah kita lalui dalam hidup sejak kecil lagi.
Alam ghaib agak sukar sedikit mata hati
melihat tetapi ia boleh mentafsirkan
satu-satu keadaan dengan bantuan kekuatan iman dalam diri manusia. Dengan iman
dapat kita memperolehi ilmu yang luas sehingga dapat melihat keadaan alam yang
lain.
Untuk menerokai alam berkenaan
memerlukan ilmu yang luas serta iman yang kuat kerana iman sahajalah dapat
membawa manusia melihat kewujudan alam ghaib.
Manusia
tidak mempunyai insang seperti ikan tetapi dengan ilmu yang luas ia
dapat menyelami air lautan yang lebih
dalam daripada ikan dengan penggunaan oxigen serta alat pernafaan dan
kelengkapan-kelengakpan lain yang perlu untuk menyelam di dalam air, manusia
dapat menerokai keadaan alam di dasar lautan yang dalam.
Manusia tidak mempunyai sayap seperti
burung tetapi dengan ilmu yang luas ia boleh terbang lebih tinggi dan pantas di
angkasa daripada burung. Dengan ilmu yang luas segalanya boleh dilakukan.
Manusia berilmu boleh menerokai angkasa
lepas seperti planet bulan dan memanfaat kan dalam hubungan pembangunan manusia
dengan menggunakan teknologi koputer yang dapat menerima gambar di layar
televisyen di alam bumi. Kcanggihan ilmu sains dan teknologi, manusia dapat
meletakkan setelit di angkasa lepas untuk memudahan komunikasi antara bangsa
seluruh dunia.
Penerimaan pancara televisyen dari
seluruh dunia dapat dimanfaatkan, kelak memberi kemudahan pada para pemberita
untuk mendapatkan berita apa yang berlaku di belahan dunia yang lain.
Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan
teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam usaha mentamadunkan
manusia. Dunia sudah menjadi satu perkampungan kecil. Jika kita berkomunakasi
dengan orang, di belahan bumi yang mana masanya berbeza sehari iaitu 24 jam, dengan
masa di mana kita berada masa bercakap, tidak ada masalah kita dengar suarahnya
dengan jelas. Kita ambil satu contoh semasa
penulis menuntut di Universiti Southern Illonois at Carbondale, Amerika
Syarikat. Semasa ibunya sedang sakit tenat dan tidak ada jaminan akan selamat, adik
penulis, Aling Linggi dengan bantuan pihak polis (Insp. Thomas Anggan) boleh
bercakap melalui telefon dengan abangnya cukup jelas. Maka masa abangnya
bercakap di Amerika Syarikat ialah pada jam 2.00 pagi pada 31.1. 1979 dan beliau
bertanya kepada Insp. Thomas Anggan di Sabah ialah pada jam 9.00 pagi pada 1.
2. 1979. Inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan “Dunia sudah menjadi satu
perkampungan kecil.”
Keistemewaan manusia terletak pada ilmu
yang dipunyainya. Seandainya ilmu itu hilang, maka jatuhlah martabat manusia.
Ilmu itu pula terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting dalam
menentkan sifat kemanusiaan.. Misalnya manusia
berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia dicipta oleh Allah
dengan potensi imtelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang
merupakan santapan kalbu. Sekirannya kalbu tidak disajikan dengan ilmu dan
hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah
Illahi dan akhirnya mengalami kematian walaupun tuan punya kalbu itu mungkin
tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya.
Menurut Al-Ghazali (1990). “Ilmu boleh
diibaratkan sebagai pakaian dan menutip tubuh manusia. Oleh itu, manausia yang
tidak berilmu boleh diiberatkan sebagai manusia yang tidak memakai sebarang
pakaian”.
Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan
tentang kewujadan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu pula
bergantung pada sejauh mana ilmu itu diorientasikan kepada penghampiran diri
manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan keakhiratan. Melalui kekuatan
ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara maklumat yang
benar dengan maklumat yang palsu dalam komunikasi, antara iman dengan syirik
dalam dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan.
Sekirannya kekuatan ilmu dibentuk secara
simbang, sepadu, dan menyeluruh, maka terpancarlah hikmah dalam jiwa manusia.
Istilah hikmah (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yng berkeupayaan mengetahui
dan membezakan antar kebenaran denga kebatilan dalam segala perbuatan
yangtermasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia.
Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah
yang membolehkan seserang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang
sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian. Hikmah yang
bertapak dalam kalbu akan menhalang seseorang daripada bergelumang dalam
kelakuan yang jahat. Jadi, hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik
dan segala budi perkerti yang terpuji. Kedilan kemudiannya akan turut menjelma
pada diri seseoran hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.
Kekuatan ilmu saling berkait dengan
kekuatan akal kerana ilmu diperolehi melalui akal yang rasional. Akalm itu pula
merupakan inti bagi sesuatu benda” bermaksud sesuatu paling istemewa yang
dipunyai oleh benda tersebut. Dalam kontek ini, akal merupakan benda yang
paling istemewa bagi manusia manakala syahwat dan mara hanya merupakan benda
mendatang yang besifat sekunder.
Walaupun bersifat istemewa, akal manusia
mempunyai kemungkinan untuk berkembang secara tidak lurus. Apabila keadaan ini
berlaku, manusia akan kehilangan hikmah. Misalnya, akal yang keterlaluan
akan menerbitkan sifat-difat negatif
seperti pembu- juuk, penipu dan pembelah. Kalau yang lalai pula akan
menerbitkan sifat-sifat seperti degil, tolol, bebal, zalim dan bodoh. Orang
tolol mempunyai tujuan yang benar, tetapi cara dia mencapai tujuan itu adalah
salah, iaitu tidak mempunyai pertimbangan yang benar dalam merancang dan
melaksanakan suatu agenda untuk sampai kepada tujuan itu.
Orang zalim pula mempunyai tujuan yang
buruk, iaitu memilih sesuatu yang salah, jahat, dan tidak sesuai dipilih.
Seharusnya orang yang bodoh ialah orang yang mempunyai pengalam atau
pengetahuan yang amat sedikit dalam berbagai-bagai hal dan urusan, tetapi dia mempunyai
fantasi yang benar. Konsep bodoh tidak sama dengan konsep lembab. Misalnya
orang yang lembab ialah gagal untuk mempelajari atau menguasai sesuatu ilmu
dalam satu tempoh masa yang tertentu.
Daya intelek merupaakan nikmat yangdiberi
oleh Allah kepada manusia sebagai amanah. Manusia disuruh menggunakan amanah
itu untuk beribadat kepada Allah. Ibadat dalam pengertian yang luas merupakan
mekanisme bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Menurut ajaran Islam, manusia akan
mencapai kebahagian hidup sekiranya berjaya menghadapi ujian Allah. Firman-Nya
surah Al-Ankabut ayat 29: 2-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Adakah
manusia itu menyangkah akan dibiarkan (begitu sahaja) lantaran mereka
mengatakan: Kami telah beriman –tanpa
mereka diuji?”
“Sesungguhnya
Kami (Allah) telah menguji orang-orang dahuu sebelum mereka. Dan sesungguhnya
Allah itu mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia juga mengetahui para pendusta,”
Dalam ujian tersebut, Allah menjadi
penguji, manusia menjadi pengambil ujian, kehidupan di dunia menjadi medan
ujian, umur manusia menjadi tempoh masa ujian, dan setiap tindakan atau operasi
yang dijalankan oleh manusia menjadi butir atau soalan ujian. Semakin tinggi
keimanan dan keilmuan manusia, maka semakin hebat ujian Allah terhadap mereka.
Manusia yang berjaya menghadapi ujian Allah akan diberi ganjaran syurga.
Firman Allah surah al-Baqarah ayat 2:214: (yang bermaksud)
“
Adakah kamu menyangkah bahawa kamu
(mudah sahaja) memasuki surga dengan tidak kamu didatangi (cubaan)........
“Ketahuilah bahawasanya pertolongan Allah hampir akan tiba.”
Ayat ini diturunkan pada masa
orang-orang Islam menghadapi peperangan Ahzab setengan ulamak mengatakan
peperangan Uhud. Peperangan Ahzab itu ialah peperangan di antara orang-orang
Islam di Medinah dengan persatuan suku-siku banagsa Arab, bangsa Yahudi dan
orang-orang munafik Medina sendiri yang telah berikat menjadi satu. Pada waktu
itu orang mukmin sedang menhadapi sebesar-besar bahaya yang belum pernah mereka
hadapi pada masa yang sudah-sudah. Musuh yang terdiri dari beberapa Ahzab atau
gulungan itu telah mengepunga kota Medinah sehingga terpaksa mereka membuat
khandak (longkang besar) di sekeliling
kota Medina untk bertahan rempuhan musuh.
Ujian Allah kepada manusia
bukanlahbertujuan untuk merendahkan martabat mereka. Sebaliknya, ujian tersebut
diadakan semata-mata untuk meningkatkan
tahap penghakikian dan pengembangan
potensi kekuatan samulajadi manusia. Jesteru, manusia yang berjaya menghadapi
ujian Allah ialah manusia yang pintar erdas dalam erti kata yang sebenar.
Islam menegaskan bahawa hanya dua
golongan manusia yang mendapat kebaikan, iaitu pengajar bagi manusia yang
berilmu (pintar cergas) dan pelajar bagi manusia yang tidak berilmu (pintar
cergas). Dengan lain perkataan, orang yang berilmu wajib menyibarkan ilmunya
dengan mengajar, manakala orang yang tidak berilmu wajib menghidupkan kalbu,
jiwa, dan akal nya dengan menuntut ilmu.
Daya intelek bukanlah milik manusia
secara mutlak, tetapi daya itu diberi kepada manusia sebagai suatu amanah. Oleh
itu. setiap manusia erlu menggunakan daya inteek dengan sewajarnya. Mala daya
intelek boleh dianggap sebagai satu bentuk ujian yangdiadakan oleh Tuhan untuk
menentukan tahap keimanan dan ketakwaan manusia.
Pintar cergas merupakan suatu kebolehan
yang membabibitkan berbaga-ibagai dimensi. Sebagai contoh, manusia pintar cedas
ialah manusia yang poduktif dan konstruktif, mempunyai tingkah laku yang
fleksibel dan terbuka, serta cemerlang dalam bidang intelektual dan kreativiti.
Al-Qur’an memerihalkan individu ulul-albab
sebagai contoh manusia pintar cergas. Firman Allah surah Ali Imran ayat
3:190-191 yangbermaksud; (terjemahan)
“
Bahawasanya dalam kejadian langit dan bumi, dalam penggantian malam dan siang
itu terdapat bukti tentang kekuasaan Allah bagi orang yang ulul-albab. Mereka
itu ialah orang-orang yang mengingati Allah, baik di waktu berdiri, duduk dan
ketika baring; dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi sambil
mengatakan: Wahai Tuhan kami, tiadalah engkau menjadikan semua ini dengan
sia-sia. Maha suci Engkau, maka lindungilah kami daipada seksa api neraka.”
Untuk mencapai tahap ulul-albab, setiap
individu perlu nmelaksanakan empat aktiviti utama, iaitu mengingati Allah (berzikir) dalam semua
situasi, bertafakur (membuat refleksi
dan pengabstrakan) terhadap berbagai benda dan peristiwa dalam kehidupan
seharian seperti ciptaan Allah, perkara ketaatan, perkara kemaksiatan, sifat
yang membinasakan. Dan sifat yang menyelamatkan, membina kesedaran kesedaran
rohani tentang kemanfaatan semua ciptaan Allah dan berusaha dengan tekun untuk
memperoleh kemanfaatan itu secara maksimum da n menjadikan kehidpan seharian
sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi ini.(1)
(1)Nik Azis Nik
Pa:Potensi Intelek.Dewan Bahasa dan Pustaka 1999
No comments:
Post a Comment