Saturday, August 31, 2019

KENALI DIRI SEBELUM MENGENALI ALLAH SWT..


KENALI DIRI SEBELUM MENGENALI ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 31- 08- 2019)
Berfikir adalah suatu untuk mengenali diri sendiri, seperti mana yang telah dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkel dan lain-lain ulama’ zaman Acaheh, yang “menganali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri”. Manusia adalah ciptaan Allah SWT yang teramat sempurna maka adalah wajib mengenali diri sendiri sebelum mengenali Penciptanya. Antara anugerah Allah yang terpenting kepada manusia ialah pengur- niaannya dengan deria penglihatan, pendengaran dan hati.
Ketiga-tiga anugerah Allah tersebut amat bermanfaat kepada pembangunan manusia. Untuk mengenali diri  wajar bermuara dengan meneliti kemanfaatan deria-deria yang Allah bekalkan kepada manusia terutama sekali deria melihat, mendengar, menghidu, merasa dan sentuhan. Kesemua deria ini amat bermanfaat kepada kehidupan manusia kerana kehadiran nya menjadikan manusia antara makhluk Allah yang amat sempurna.
Deria penglihatan adalah anugerah Allah yang amat tinggi kemanfaatannya kepada pembangunan kehidupan. Nikmatnya kepada kehidupan tidak terkira manfaatnya. Orang yang tidak mengenali nikmat mempunyai mata, hidupnya jauh dari Allah SWT. Apabila manusia tidak menggunakan kenikmatan mata maka Allah akan mengambil balik nikmat itu dan akan kidup dalam dunia kegelapan.
Seorang hamba Allah yang bertugas dengan kerajaan berkedudukan pegawai telah mengalami kenikmatan mata itu ditarik balik oleh Allah SWT. mengakibatkannya hidup dalam dunia yang gelap. Kesiksaan hidup tidak bermata setelah mengalami hidup mempunyai nikmat mata amatlah menyedikan. Segala-galanya dipelajari dari perinkat awal bagaimana hidup tanpa nikmatnya penglihatan.
Pegawai berkenaan yang dimaksudkan adalah seorang  beragama Islam, tubuh badan nya tinggi lampai dan gempal berumur lebih kurang dalam lingkungan tiga puluhan. Pegawai itu tidak mengenali Tuhan dan jauh dari beribadat kepada-Nya. Amalannya ialah berjudi, meminum minuman keras dan mengerjakan maksiat. Ia mempunyai tiga orang anak lelaki yang comel berumur 3, 5, dan 7 tahun. Amalannya yang tidak berlandaskan kepada agama diteruskan tanpa disedari bahawa segala-galanya itu telah mengkufurkan nikmat Allah. Rakan-akannya yang tidak  sehaluan dengannya tidak terlintas dalam fikiran mereka untuk menegur atau menasihati beliau sebab keadaan tubuhnya begitu besar dan gagah.
Pada suatu malam pegawai itu bermimpi bertjumpa dengan seorang lelaki tua. Lelaki itu berkata: “Eloklah tinggalkan amalan kamu itu, kalau tidak  saya akan ambil anak kamu.” Pegawai itu merasa hairan mengapa orang tua itu yang tidak dikenalinya itu menasihatkannya supaya meninggalkan amalannya yang salah. Manusia itu mempunyai pembawaan kasar tidak menghiraukan nasihat orang tua itu sedikitpun. Ia tidak mengindahkan nasihat tersebut malah lebih hebat lagi meneruskan amalan yang bertentangan dengan agamanya. Selepas tiga bulan, tiba-tiba seorang daripada anaknya meninggal dunia tanpa apa-apa penyakit. Pegawai tersebut tidak ada keyakinan bahawa kematian anaknya itu ada  hubungan dengan nasihat orang tua itu dalam mimpinya.
Setelah selesai pengkubumian anaknya ia telah pergi itu ia meneruskan lagi amalannya tanpa batasan. Setelah berlaku beberapa hari ia bermimpi lagi dengan orang tua yang sama seperti mimpinya tiga bulan yang lalu. Orang tua itu menasihatinya lagi, “Kalau kamu tidak berhenti dengan amalanmu, saya akan ambil anak kamu lagi.” Pegawai itu berfikir macam mana orang yang sama menasihatinya dan nasihatnya itu serupa dengan nasihat pertama. Tetapi perasaan kedegilan itu masih kuat mempengaruhi hartinya. Maka ia tidak berjaya melawan nafsunya. Ia meneruskan amalannya bermaksiat, meminum minuman keras dan berjudi. Rakan –rakan yang sehaluan degannya bermaharajarela bersama tanpa memikirkan amalan mereka itu telah mengkufuri nikmat Allah. Tidak beberapa lama kemudian anaknya yang tinggal dua orang itu meninggal dunia bersama  dengan tiba-tiba. Pegawai itu pun
merasa cemas apa nak dibuat. Tidak ada lain yang difikirkan wajar dibuatnya selain dari merujuk kepada kekuasaan Allah SWT. Ia berlari mengunjungi masjid yang tidak pernah ia menjejaki kaki sebelum ini.
               Ditengah-tengah masjid itu bertentangan  dengan kubahnya pegawai tersebut duduk dan menadahkan tangan meminta ampun kepada Allah atas perbuatannya. Ia berjanji bahawa ia akan buang segala amalannya selama ini yang bertentangan dengan agama Islam jikalau kedua-dua anaknya dihidupkan kembali. Dengan hati yang khuysuk dan tawadhu, pipinya dibasahi air mata yang berlinangan. Ia memohon ampun kepada Allah SWT. Kemudian ia kembali ke rumahnya. Sejerus kemudian setelah sampai di rumahnya, kedua-dua anak yang telah meninggal sedarkan diri lalu lantas meminta air minum.
               Kegembiraan sang bapa melihat kedua-dua orang anak kesayanganya masih diberi keempatan hidup semula oleh Allah SWT, tidak dapat dinilai lagi. Mulai dari saat itu ia bertaubat dan lantas  menegakkan akidahnya.
               Amalan kembali ke landasan agama itu tidak disangka-sangkakannya hanya sementara sahaja. Setelah enam bulan berlalu, rakan-rakan lama mula mengunjunginya lagi dan menjemput untuk mengikuti mereka semula. Pada mulanya iman yang tertanama dalam dadanya enam bulan yang lalu masih kental melawan nafsu. Ia menolak segala dugaan. Rakan-rakannya tidak berjaya memujuknya pada kali pertama dan kedua tetapi pada kali yang ketiga ia tidak dapat mengelaknya lalu menerima tawaran memasuki kumpulan itu semula.
               Setelah kembali kepada kumpulan asalnya, mula lagi beramal keduniaan semata-mata. Kemudian pada kali ketiga ia bermimpi berjumpa semula dengan orang tua yang sama. Orang tua itu merasa takjub mengenai hati pegawai itu keras sekali tidak sedarkan diri. “Kamu ini sangat-sangat keras hati, kali ini kalau kamu tidak meninggalkan amalan yang jahat itu saya akan mengambil diri kamu sendiri”.
               Setelah itu ia terperanjat memikirkan apakah makna nasihat orang tua itu, dan mengapakah orang tua sentiasa menjaga kelakuannya. Pada kali ini ia seolah-olah ingin mencabar apa yang akan berlaku pada dirinya. Jika benarlah dia akan diambil iaitu dia akan mati maka ia ingin menerimanya kerana merasa bosan dengan keadaan di dunia. Pegawai itu tidak menghentikan amalan biasanya.
Tidak lama kemudian tiba-tiba pada suatu pagi ia bangun dari tidur, kedua belah  matanya terasa gatal. Kemudian ia mengosok dengan jarinya, semakin digosok bertabah pula gatalnya. Lama kelemahan ia melihat alam menjadi kabur tetapi ia  terus  mengosok matanya kerana rasa gatalnya yang tidak berkurangan. Akhirnya ia tidak boleh melihat. Apa yang dilihatnya hanyalah putih sahaja. Pada saat itu ia teringat makna nasihat orang tua itu. Jiwanya tidak diambil tetapi kenikmatan mempunyai mata telah diambil balik oleh Allah SWT.
Hilangya kenikmatan mempunyai mata maka segala kenimatan yang ada di dunia terutama sekali bergaul dengan rakan-rakannya serta mengamalkan kenikmatan dunia telah hilang dengan sendirnya. Ukhuwah dan kasih sayang antara sesama yang diajarkan oleh Islam akan lari dari kehidupan kita.
Pegawai tersebut merantau di merata tempat di seluruh Sabah dengan bantuan anaknya mencari nafkah hidup dalam dunia yang gelap. Kenikmatan mata digantikan pula dengan kelebihan untuk mengetahui jenis penyakit manusia serta jenis ubatnya melalui bisikan di hati setelah menyentuh orang yang sakit. Begitulah riwayat seorang hamba Allah yang tidak bersyukur terhadap nikmat Allah SWT yang diberi kepadanya. Inilah sedutan dari perbincangan saya dari hati ke hati dengan beliau. Namanya dirahsikan.
Allah berfirman surah Al-A’raf ayat 7:179 yang bermaksud: (terjemahan)
“Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar
ayat-ayat Allah. Mereka itu bagikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka
itu orang-orang yang lalai.”
               “Mereka mempunyai hati, yang tidak dapat memahamkan dengannya.”
Mereka ada mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami keterangan-keterangan Allah dan memikirkan kebaikan serta petunjuk yang ada di dalamnya seperti terutusnya rasul dan kebenaran agama Islam yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia, bahkan mereka berpaling dari kebenaran itu dan engan untuk menerimanya. Mereka hanya memahami apa yang menjadi kepentingan hidup mereka di dunia sahaja.
“Dan mempunyai mata yang ta’ dapat melihat dengannya”
Mereka ada mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat kejadian dan keajaiban alam yang  menandakan tentang keesahan Allah dan kekuasaan-Nya di dalam mencipta dan mengatur alam sehingga semuanya berjalan dengan sempurna dengan tidak ada cacat dan celanya. Tetapi semuanya itu telah tidak menjadi perhatian, bahkan yang mereka lihat ialah perkara-perkara yang keji, kotor dan maksiat untuk memuaskan nafsu mereka 
“Dan mempunyai telinga yang tidak dapat mendengar dengannya,”
Mereka ada mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar keterangan-keterangan yang berharga dari kandungan ayat-ayat Quran dan hadis, tidak untuk mendengar pengajaran-pengejaran yang berguna bagi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Kemudian Allah membuat perumpamaan dengan firman-Nya yang berbunyi
“Mereka itu adalah seperti binatang ternak”
Orang-orang yang dijadikan pengisi neraka Jahanam itu adalah mereka yang telah ditetapkan nasibnya dalam azali, hal keadaan mereka itu samalah seperti binatang ternak yang tidak berakal dan tidak memahamkan sesuatu dengan sempurnanya. Nisbah manusia dengan binatang pada penglihaan dan pendengaran adalah sama. Manusia dapat melihat, binatang pun dapat melihat. Manusia dapat mendengar, binatang pun dapat mendengar. Tetapi kelebihan manusia daripada binatang ialah terletak pada akal dan hatinya yang dapat memahamkan tentang perbezaan antara perkara yang benar dengan yang salah, yang baik dengan yang buruk, dan antara yang membawa manfaat dengan mendatangkan muderat.
Kalau seorang manusia tidak dapat membezakan atau membandingkan antara kedua-dua perkara yang berlawanan itu, maka tidak ada ubahnya ia dengan binatang.
“Bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang cuai.”
Sedangkan binatang ternak masih juga faham tentang setengah-setengah perkara yang mungkin membahayakan dirinya lalu ia menjauhinya, begitu pula setengah-setengah perkara yang mendatangkan faedah kepadanya lalu dihampirinya. Tetapi bagi orang yang kufur dan ingkar, mereka itu tetap tidak mahu memahaminya. Sikap mereka itu menunjukkan bahawa mereka lebih sesat lagi dari binatang. Itulah perumpamaan orang-orang yang dibebani kewajipan syarak – sebagai sifatnya makhluk yang mesti tunduk – tetapi telah cuai, lalai dan menyia-nyiakan tugasnya.(1)
Dalam melaksanakan bimbingan baik dengan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, hendaknya mempunyai kesucian dalam jiwa. Kemudian kesucian itu harus disertai dengan kekuatan. Jika kesucian tidak disertai dengan kekuatan maka kita akan hancur di dalam perjuangan hidup ini.
Kita harus waspada dengan diri sendiri, kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan kemaksiatan dan dosa. Jestru itu ditanamkan jiwa yang menyerahkan diri kepada Allah SWT, dan tidak mencari yang lain sebagai tempat bergantung. Firman Allah surah Ath-Thalaq ayat 65:2 – 3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Membentuk jiwa yang takwa dalam diri, iaitu mengusahakan supaya kita menyedari akan kekuasaan dan rahmat Allah SWT. Kemudian dengan bersungguh-sungguh memelihara diri dari sesuatu yang diperintah dan yang dilarang-Nya. Begitu juga kita perlu membina jiwa agar mampu menerima kesucian diri, dan mengarahkan pemikiran ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Jiwa yang bertakwa dan selalu mengingati kepada Allah itu memberi pengaruh kepada amal perbuatan dan segala aktiviti kehidupan kita. Sebab segala sesuatu yang  kita lakukan itu tidak lepas dari rasa mengagungkan Ilahi. Jika jiwa seseorang itu telah sampai kepada kasih sayang Allah, bererti seseorang itu telah sampai kepada kasih sayang Allah, bererti seseorang itu telah sampai setaraf insaf yang sebenar-benar insaf. Jika telah sampai kepada jiwa ini maka manusia akan mempunyai motivasi yang tinggi dalam berjuang menegakkan kebenaran.(2)
(1) Ahmad Sonhadji Mohamad : Tafsir Al-Quran: PUSTAKA AL-MIZAN.
(2) Muhammad IsaSelamatt: PENAWAR JIWA – PASIKOLOGI KETENANAN MINDA. – Darul Numan  1998.

No comments:

Post a Comment