MANUSIA TA’ KENAL
MAKA TA’ CINTA
(Disiarkan pada 24. 08 2019)
Matahari
merupakan makhluk Allah yang amat berfaedah dalam sinario pembangunan kehidupan
manusia di alam jagat ini. Matahari menyatukan penglihatan manusia dan
menggunakan cahayanya untuk melaksanakan berbagai pembangunan demi memanfaatkan
fitrah Allah bekalkan seperti pendengaran, penglihatan dan hati(akal) agar
manusia bersyukur. Firman Allah SWT surah An-Nahl ayat 16:78 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Dan Allah mengeluarkan kamu (melahirkan) dari perut ibu kamu –
sedangkan kamu tiada mengetahui sesuatu apapun – dan dijadikankan-Nya bagi kamu
pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
Anak yang baru
lahir adalah dalam keadaan serba jahil dan serba tidak tahu, kecuali yang dapat
hanyalah melahirkan watak atau instinct yang semula jadi seperti menangis kalau
merasa lapar atau sakit, dan tertawa kalau merasa senang dan suka. Watak serupa
ini tidak paya belajar, demikian pula naluri-naluri yang lain mudah terlahir
tanpa belajar.
Akan tetapi watak manusia
yang pembawaan dirinya itu akan
membahayakan jika tidak diberi kawalan tentang menggunakan pancainderanya
dengann betul dan mengikut peraturannya
dengan betul. Maka di sini Allah menyatakan pula dengan firman-Nya yang
bermaksud: “Dan dijadikan-Nya bagi kamu
pendengaran, penglihatan dan hati.”
Setelah Allah
menjadikan manusia semasa dilahirkan tidak berpengetahuan, lalu dikurnikan
kepadanya beberapa pancaindera, untuk melengkapkan dirinya supaya menjadi
manusia yang cukup sempurna bentuk dan sifatnya. Di antara pancaindera manusia
itu yang sangat penting di sini ialah pendengaran, penglihatan dan hati.
Gunanya pendengaran, untuk
mendengar pengajaran agama yang berpunca daripada kitab Allah (al-Qur’an) dan
sunah rasul-Nya (al-Hadis), supaya dijadikan pegangan bagi mencapi kebahagian
hidup di dunia dan di akhirat. Pendengaran merupakan satu deria yang amat
berguna kepada manusia dalam pembangunan kehidupan. Manusia belajar bercakap
bermuara dari pendengaran. Ia mendengar ibunya bercakap dan mengikutinya sambil memahami segala benda
yang disebut.
Anak itu memperbanyakkan
perbendaharaan kata dari ibu atau dari orang lain setiap kali ia berkemunikasi
dengan mereka. Dengan kurniaan Allah pendengaran maka setiap insan mudah
baginya menimba ilmu dan menggunakanya dalam melahirkan berbagai kehendak dalam
sinario membangunkan mindanya. Manusia menjadi pintar cerdas kerana adanya
deria pendengaran. Deria ini sentiasa berhubung dengan otak serta hati untuk
memimpin manusia ke era mentamadunkan kehidupan.
Adanya cahaya matahari maka
memudahkan manusia untuk menyatukan penglihatan. Apa yang dilihat oleh mata
akan menghantarkan maklumat atau mesej itu kepada otak untuk difahami, setelah
itu hati akan menganalisanya apa kegunaan dalam kehidupan. Mata dapat mengenal
dan mentafsirkan benda yang dilihat kelak dibantu oleh hati untuk
mengaditifikasi kan kemanfaatannya kepada kehidupan.
Gunanya penglihatan, untuk
melihat kejadian isi alam yang ajaib dan pelik, sehingga meyakinkan dirinya tentang
adanya pencipta yang menjadikannya, untuk Allah yang Maha Berkuasa. Mata
merupakan deria yang amat penting fungsinya terutama sekali menimbulkan satu
perasaan bahawa setiap yang dilihat itu semestinya ada yang menwujudkannya.
Maka timbullah iman kepada Zat yang maha pencipta segala makhluk di alam jagat
ini.
Gunanya hati, untuk memikirkan
dan memahami akan erti segala sesuatu, yang boleh pula dijadikan bukti tentang keesaan
Allah. Pendengaran adalah alat mendengar
suara, dan peglihatan merupakan alat penangkap cahaya. Ini membawa kesan hahawa kedua-dua unsur, iaitu
suara dan cahaya itu amatlah penting dalam kehidupan manusia. suara dan cahaya
selalu menjadi bahan kajian yang terus menerus dalam bidang sains dan
teknologi.
Ahli sains dan teknnologi tidak
berhenti-henti mengkaji tentang hakikat suara dan cahaya, tentang bentuk, rupa
dan tenaga yang terkandung di dalam kedua-duanya, sehingga dijadikannya ukuran
dan pegangan di dalam ciptaan-ciptaan baru mereka kerana kedua-duanyalah punca
untuk mencapai segala kemajuan dan dapat memindahkan manusia daripada alam
kejahilan kepada alam berpengetahuan.
Pendengaran datangnya terlebih dahulu daripada
penglihatan – demikian mengikut susunan ayat ini – kerana terbukti bahawa
seorang bayi dapat mendengar suara terlebih dahulu sebelum ia dapat melihat
cahaya, meskipun kecepatan cahaya melebihi kecepatan suara
“Mudah-mudahan
kamu bersyukur.”
Nudah-mudahan
manusia itu bersyukur kepada Allah. Caranya bersukur itu ialah menggunakan
ketiga-tiga macam kurnia Allah dengan betul – sesuai dengan maksud dia
dijadikan – agar manusia tadi dapat berubah dari kejahilan menjadi berpengetahuan.
Manusia membangun dengan menggunakan pancaindera, pendengaran, penglihatan dan hati untuk memikirkan dan memahami akan erti segala sesuatu.
Manusia mengenal sesuatu ilmu dengan menggunakan mata dan pendengaran serta
hati untuk memikirkan kemanfaatannya kepada kehidupan.
Dalam pembelajaran, ahli-ahli
penyelidik ilmu sering kita mendengar kata-kata mereka dalam usaha mereka
mengkaji dan menemukan sesuatu ilmu yang baru dengan berkata, “Semakin saya
tahu semakin saya tidak tahu!” Inilah makna kata-kata pujangga yang berbunyi,
“manusia ta’ kenal maka ta’ cinta.” Ilmu itu perlu dicari dan dikaji hakikat
kejadiannya. Apabila kita mengetahuinya maka budaya itu sentiasa menggalakkan
kita untuk mencintai kedatangan sesuatu makna pada ilmu yang diperolehi.
Manusia mukmin merupakan makhluk
Allah yang sentiasa mengingati serta mencintai Allah SWT. Cintanya kepada Allah
mengenangkan semua nikmat-Nya yang begitu tidak terkira banyaknya yang Allah
sediakan kepada manusia. Makhluk matahari yang tidak terkira banyak manfaatnya kepada semua kehidupan makhluk
yang hidup di alam jagat ini. Sinaran cahaya matahari menyatukan penglihatan
manusia dan berbagai makhluk hidup di alam ini.
Mengenali Allah sebagai pencipta manusia
begitu sempurna serta pencipta alam ini bersama dengan segala isinya tidak
mustahil ada manusia mukmin yang mengenali Allah tidak cinta kepada-Nya. Kerana
apabila manusia kenal Allah, maka nalurinya akan mencitai-Nya. Rasulullah SAW
bersabda maksudnya:
“Tidak
termasuk beriman seseorang kamu kecuali jika ia mencintai Allah dan Rasul-Nya
lebih daripada dirinya sendiri, keluarganya, anak-anaknya, harta bendanya, dan
manusia semuanya.”
Hikmah cinta dan kasih kepada Allah itu
antara lain: (1). Bersifat fardhu, dengan cinta semacam ini manusia
berkeinginan mengerjakan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan menjauhkan diri
daripada maksiat yang dibenci oleh Allah SWT. Begitu juga membawa seseorang
kepada redha dengan segala ketentuan Allah SWT.
(2)
Bersifat sunat, sehingga seseorang berkeinginan mengerjakan ibadah sunat
sebanyak-banyaknya. Menjauhkan yang bersubhat dan makruh, kemudian menahan hawa
nafsu kepada segala yang dibenci Allah.
Manusia sebagai makhluk berakal
selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesim- pulan-kesimpulan dari apa saja yang difikirkan dan diselidiki
itu. Dalam usaha mejalankan penyelidikan kita menggunkan kurnia Allah seperti
pendengaran, mata dan hati untuk memikirkan kemanfaatannya kepada kehidupan.
Jika jalan pemikirannya benar,
sehingga tindak perbuatannya benar dan baik, itulah yang dikatakan mendapat
hidayat (petunjuk) dari Allah. Dengan keterangan yang ringkas ini, dapatlah
kita mengetahui betapa tinggi nilai petunjuk atau hidayat dari Allah itu.
Nikmat pemberian Allah yang paling penting, yang paling tinggi nilainya yang
diberikan Allah
kepada
kita manusia adalah nikmat atau pemberian yang berupa hidayat dan petunjuk.
Sebab itu, hidayat atau petunjuk
dari Allah inilah yang harus selalu kita cari dalam hidup kita di dunia ini, di
samping kita mencari harta kekayaan atau pangkat. Apa erti kekayaan atau
pangkat kalau hidup kita tersesat, hidup kita bergelimang dengan kesesatan dan
kejahatan.
Kerana itu Baginda Rasul SAW dan
orang beriman setiap saat dari kehidupan mereka selalu bermunajat dan bermohon
kepada Allah, agar Allah memberikan petujuk-petujuk, dan agar jangan
membelokkan hati mereka dari petunjuk-petunjuk Allah itu. Mereka tidak takut
kehilangan harta dan jiwa, tetapi takut bila kehilangan hidayat Allah.
Do’a mereka ialah: “ Rabbana la tuzigh qulubana ba’da izh
hadaitana, wa hablana min ladunka rahmatan innaka antal wahhab.”
Yang ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
belokkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berilah kami rahmat dari
sisi Mu, kerana hanya Engkau yang suka memberi.”
Do’a tersebut menunjukkan, bahawa
kita sudah merasa mendapat petunjuk dari Allah, kita harus selalu berdoa agar
hati kita jangan sampai membelok dari petunjuk Allah itu, kerana tidak sedikit
manusia yang sebenarnya sudah mendapat petunjuk dari Allah, tetapi hatinya lalu
membelok dari hidayat itu.
Setiap orang Islam diwajibkan
oleh Allah untuk bermohon minta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam
tiap-tiap rakaat solat, yang berbunyi:
Ihdinas shirathal
l mustaqim, shirathal la zhina an’am ta ‘alaihim ghairil magdhuubi ‘alaihim, wa
la dhallin.
Yang ertinya:
“Ya Allah, tunjukilah kami jalan
yang benar, iaitu jalan yang sudah ditempuh oleh orang-orang yang Engkau beri
nikmat atas mereka, jangan jalan orang-orang yang dimarahi, tidak pula jalan
orang-orang yang sesat.”
Do’a minta
hidayat atau petunjuk, adalah permintaan yang amat besar dan penting, sebab dia
bukan saja akan membawa keberuntungan di dunia, tetapi akan membawa kebahagian
yang kekal abadi di alam akhirat nanti. Sebab itu do’a minta petunjuk ini
haruslah kita ucapkan terus menerus kepada Allah setiap saat dalam hidup kita,
siang dan malam, di waktu pagi dan petang. Lebih-lebih di kala kita mengerjakan
solat, di saat membaca Al-Fatihah. Di tiap-tiap rakaat dari solat kita itu.
Al-Qur’an atau agama Islam yang
kita anut ini adalah ajaran semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang pernah diutus
Allah ke permukaan bumi ini. Al-Qur’an atau agama Islam mengajarkan bahawa
tidaklah ada Tuhan yang wajib disembah selain daripada Allah. Maha Esa atau Tunggal.
Selain Allah, tidak disebut sebagai Tuhan, tidak boleh diperlakukan sebagai
Tuhan.
Agama Islam dalam Al-Qur’an
mengakui semua Nabi dan Rasul, baik Nabi dan Rasul yang tersebut di Al-Qur’an
atau tidak tersebut di dalamnya.
Kita berdoa, Maha Suci Allah, Zat
yang Maha Agung, yang memiliki kemurahan dan melimpahkan nikmat-Nya. Dia
menjadikan permohonan hamba-Nya untuk segala hajat dan keperluannya sebagai
ibadah kepada-Nya dan Allah akan mencela orang yang mengabaikan doa. Firman
Allah SWT surah Al-Mukmin ayat 40:60 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Tuhanmu berfirman:“Berdoalah kepada Ku nescaya akan Aku perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan
masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
Berdoa itu mempunyai pengertian ibadat –sebagaimana yang diriwayatkan
oleh an-Nu’man bin Basyir bahawa nabi SAW bersabda: Berdoa itu ialah ibadat atau
pengabdian. Dan Aisyah pula
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Berdoa
itu ialah meminta pengampunan. Dalam hubungan ini Abu Hurairah meriwatakan
bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
yang tidak mahu berdoa kepada Allah dia akan dimurkai-Nya.
Dari Anas meriwayatkan bahawa
Nabi SAW bersabda:
Berdoa itu merupakan sum sumnya ibadat.
Ada orang meminta dengan bedoa banyak
kali tetapi mengapa tidak terkabul? Bagi menjawabnya: Berdoa itu ada
syarat-syaratnya di antaranya, mestilah dengan hati yang ikhlas semasa berdoa.
Jangan berdoa sedang hatinya lalai kerana ingatannya tertumpu kepada yang lain.
Apa yang dimintanya semasa berdoa itu mestilah mengandungi maslahat atau
kepentingan bagi kebaikan manusia. Janganlah mengandungi perkara yang boleh
memutuskan tali silaturahim. Kalau syarat dalam berdoa itu dipenuhi –
Insya-Allah – doanya akan terkabul. Sama ada Allah mempekanankan cepat atau
lambat, adalah prerogatif Allah SWT.
No comments:
Post a Comment