Friday, August 2, 2019

ILMU DAN AMAL TERAS PEMBANGUNAN UMMAH


ILMU DAN AMAL TERAS PEMBANGUNAN UMMAH
(Disiarkan pada 3, 8. 2019)
               Tanggungjawab utama yang perlu seorang insan laksanakan setelah  dilahirkan di dunia, ialah melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan agar ia memahami dirinya sebagai hamba Allah. Kewajaran memahami mengapakah ia diwujudkan Allah SWT di alam jagat ini menjadi agenda utama, dan faktor inilah membawa kepada kefahaman bagaimana tanggungjawab itu dapat diselenggarakan sebagai tugas pembangunan diri dan seterusnya sebagai khalifah Allah SWT yang merupakan amanah di alam kehidupan ini.
               Faktor pembangunan manusia berdasarkan kepada firman Allah surah Az-Zaariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (tejemahan)
               “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku.”

Tujuan Allah mewujudkan manusia di dunia ini mempunyai dua faktor. Pertama ialah sebagai hamba Allah SWT dan wajib sujud, menyembah dan memuji-Nya. Di samping melaksanakan ibadah tersebut harus juga memelihara hubungan antara sesama insan yang diikat dengan perasaan kasih sayang kelak melahirkan ukhuwah kemanusiaan sebagai tunjang pembangunan ummah.
               Faktor kedua, Allah wujudkan manusia ialah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah SWT di alam jagat ini. Tugas sebagai khalifah Allah ialah untuk memakmurkan alam kehidupan sama ada kehidupan makhluk yang hidup mahupun yang tidak hidup seperti air, udara, tanah dan berbagai makluk yang menjadi bahan pembangnan agar ia sentiasa bersih, selamat dan sesuai bagi pembangunan kehidupan makhluk yang ada di alam jagat ini.
               Memelihara hubungan antara makhluk manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta alam jagat ini termasuklah segala makhluk yang ada di antara langit dan bumi; segala makhluk yang ada diperut bumi seperti logam berbagai jenis, gas, minyak dan sebagainya.
               Allah wujudkan manusia sebagai khalifah-Nya tentu sekali Allah bekalkan berbagai fitrah sebagai kekuatanya untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Berbagai fitrah Allah bekalkan kepada manusia seperti kemahiran berfikir yang ada pada otak, akal, kekuatan jiwa untuk menanggung disiplin pembangunan demi mewujudkan tamadun kehidupan yang mampan.
               Segala ilmu pengetahuan yang wajar dijelmahkan dalam kehidupan, harus disulami dengan kekuatan amal ibadah kerana ilmu yang diamalkan demi menemukan pembangunan tamadun kehidupan kerana Allah SWT.
               Islam mewajibkan kaum muslimin dan muslimat menuntut ilmu sejak dari buian sampai ke liang lahad, kerana orang yang berilmu di masyarakat menduduki derajat yang tinggi, sedangkan yang tidak berilmu menduduki derajat yang rendah.
               Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan peransang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai khalifah; kerana mereka paling kuat beribadat kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh malaikat) akan melakukan kemusnahan dan menaburkan darah di atas permukaan bumi. Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firman-Nya surah al-Baqarah ayat : (2:30-33 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarkan Adam nama-nama keseluruhannya.”
               Islam adalah agama  Ilmu, Al-Qur’an al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah berkenaan dengan ilmu iaitu yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bacalah dengan nama Tuhan mu yang telah menciptakan.”
Membaca adalah pintu keilmuan sementara al-Qur’an merupakan:               “Kitab yang diperjelaskan
ayat-ayatnya, iaitu bacaan di dalam bahasa Arab untuk kaum yang berilmu”. Surah Fussilat ayat 41:3
 Islam agama ilmu dan agama akal; kerana itu sebelum Islam membebankan pengikut-pengikutnya supaya menghasilkan maksud-maksud keduniaan, lebih dahulu Islam mewajib kan kepada pengikut-pengikutnya menjadi orang yang berilmu, berakal, sehat, faham, cemerlang pemikirannya, elok penglihatannya, berpandangan luas dalam mendalami segala  urusan sebelum mengerjakannya, dapat membanding sesuatu dengan berbagai pembangunan bersesuaian dengan kebenaran, keadilan, kemaslahatan dan  kewajiban.
Islam juga membebankan pengikut-pegikutnya menjadi orang-orang yang berpengeta- huan, mengetahui segala sebab kemaslahatan dan jalan-jalan kemanfaatan; menyelami hakikat hakikat alam, dapat meninjau dan  menganalisa segala pengalaman yang telah didapati oleh umat yang telah lalu, baik yang berhubungan dengan akidah dan ibadat, baik yang berhubungan dengan mu’amalah yakni hubungan ekonomi sosial kemasyarakatan.
Sebagai pertanggungan-jawab, maka hendaklah kita menyerahkan hidup-mati, ibadat dan pekerjaan kita hanya kerana mengharapkan redha Allah semata-mata. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-An’am ayat  6:162-163 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya hanya lah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.Tiada bagi-Nya sekutu dan demikianlah aku orang yang pertama berserah diri (kepada Allah)
Dengan demikian semua amal perbuatan yang kita lakukan adalah benar-benar merupakan pancaran cahaya iman; dari sanalah terbentuk akhlaqul karimah dan laku perbuatan terpuji/ amal salih.
Kepada merekalah Allah akan memberikan kebahagian dunia dan tempat yang baik kelak di akhirat, sebagaimana firman-Nya  surah Ar-Ra’d, ayat 13:29 yang bermaksud: (terjemahan)
“Orng-orang yang beriman dan beramal saleh bagi mereka kebahagian dan tempat kembali yang baik.”
Ayat di atas merupakan penegasan janji Allah bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Amal saleh yakni pebuatan yang baik terhadap diri sendiri dan masyarakat sekitar.
Amal adalah hasil dari ilmu. Lantaran itu pepatah pernah mengatakan:
Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah.
Atau
Ilmu tanpa amal umpama awan tanpa hujan,
Ilmu juga merupakan hasil dari keimanan yang benar kerana tidak dapat digambarkan wujudnya keimanan tanpa amal.
Sekalipun terdapat pelbagai pendapat ulama ilmu kalam dalam menganggap amal sebagai separuh dari keimanan atau sekadar syarat untuknya, atau kesan darinya, namun tidak diragukan lagi bahawa keimanan yang benar tidak dapat tidak mestilah membuahkan amalan. Oleh itu, al-Qur’an al Karim telah mengaitkan antara iman dan amal di dalam puluhan ayat. Sebab itulah generasi Salaf telah berkata: Keimanan ialah apa yang telah diakui di dalam hati serta dibenarkan oleh amal.
Amal yang dituntut ialah; mengarah keupayaan yang rasional untuk melaksanakan matlamat Syarak terhadap manusia di atas permukaan bumi.
Matlamat-matlamat ini sepertimana yang telah ditunjukkan oleh al-Qur’an terhimpun di dalam tiga perkara. Perkara-perkara tersebut disebutkan oleh al-Imam al- Raghib al- Asfihani al-Alhlaq di dalam karyanya yang bertajuk: “al-Zariah Ila Makarim al-Akhlaq” (Pemangkin ke arenah Kemurnian Akhlak). Perkara-perkara tersebut ialah:
1.            Ibadah.
Sebagai firman Allah SWT surah al-Zariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”
2.   Khilafah (Pemerintah)’
Sebagaimana firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)”Sesungguhnya Aku mahu menjadi menjadikan seorang khalifah si atas muka bumi .”
3.  Imarah (Memakmurkankan Bumi).
Sebagai firman Allah SWT surah Hud ayat 11:61 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dialah (Allah)) yang menciptakan kamu dari tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya.”
               Tiga perkara ini saing berkait antara satu sama lain. Memakmurkan bumi adalah sebahagian dari ibadat serta melaksanakan tugas sebagai khalifah. Sementara ibadat menurut pengertuabnya yang luas adalah meliputi khilafah  dan meakmurkan bumi. Tidak dinamakan khilafah tanpa ibadat dan memakmurkan bumi.
               Amal yang dikehendaki oleh Islamialaah ‘amal soleh”. Soleh adalah ungkapan al=Qur’an yang luas pengertiannya. Pengertiannya nerangkumi semua amal yang membawa kebaikan kepada agama dan dunia serta kepada individu dan masyarakat. Ia merangkumi ibaday dan muamalat, atau amal kehidupan dan kematian sepertimana yang diungkapkan oleh para ulama Rahimahumullah.
               Al-Qur’an al-Karim telah mejelaskan bahawa Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi, kematian dan kehidupan serta menjadikan di atas bumi sebagai perhiasan kepadanya untuk matlamat yang jelas. Natlamat tersebut disimpulkan di dalaam firman-Nya surah al-Mulk ayat 67:2 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Untuk Dia menguji kamu, siapakan di antara kamu yang lebih baik amalannya.”
Serta Firman Allah yang lain               surah al-Kahfi ayat 18:7 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Untuk kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya.”
               Maknanya: Allah SWT tidak mahukan amal-amal biasa dari manusia atau sekadar amal baik dari manusia, sebaliknya Allah mahukan “amal yang terbaik” dari manusia.
               Persaingan antara manusia bukanlah antara amal jahat dan amal baik sebalikknya antara amal baik dengan amal yang terbaik.
               Oleh kerana itu, kita tidak merasa hairan aoabila terdapat di dalam al-Qur’an ungkapan ungkapan beremaksud “Yang terbaik”. Seseorang Muslim dikehendaki berdebat dengan cara yang terbaik (al-Nahl: 125, menolak dengan ara yangterbaik (al-Mukminun:96), melaburkan harat anak yatim secara yang terbaik (ai-Isra:34) dan menurut apa yang diturunkan dari Tuhannya sepertimana yang diungkap oleh firman Allah SWT Surah al-Zumar ayat 39:55 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.”
               Al-Qur’an sentiasa menunjukan ke arah yang terbaik bukan sekadar yang baik.
Aktiviti skonomi dalam apa sektor sekalipun adalah amalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah jika niatnya baik, lakukan dengan pebuh teliti serta menjaga batas-batas agama terutamanya aktiviti yang berproduktif seperti peretanian, pertukangan, besi dan galian.
                    Antara  dorongan Rasulullah SAW yang paling menarik dalam menjelaskan nila amal ialah sebuah Hadith, yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
                              “Apabila berlakunya kiamat sedangkan ketika itu terdapat di tangan salah seorang kamu benih kurma, jika kamu berupaya menanamnya sebelum terjadinya kiamat maka tanamlah benih tersebut”.
               Kenapakah ia perlu menanamnya sedangkan kiamat sudah hampir berlaku. Dia, mala
Sesiapapun tidak akan dapat mengambil manfaat dari tanamannya itu.
               Ini memboktikan bahawa amal itu sendiri adalah dituntut dan setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dan produktif sehingga sampai ke detik terakhir kehidupannya. Amal adalah ibadat dan satu kerja yang mendekatkan diri kepada Allah, sama ada manusia dapat menikmati hasilnya atau pun tidak. Jikalau umat Islam memahami ini, nescaya Allah akan bukakan pintu rezeki kepada mereka sama ada di langit mahupun di bumi. Mereka akan dapat memakan hasilnya sama ada yang datang dari atas kepala mereka atau di bawah kaki-kaki mereka.
               Seterusnya, Masyarakat Islam akan menjadi masyarakat yang paling produktif dan kaya didunia ini. Mereka tidak hidup bergantung kepada orang lain sehinggakan makanan harian tidak menckupi buat menampung kehidupan mereka sekalipun negara mereka adalah negara pertanian. Mereka juga tidak mencukupi dari segi senjata yang mereka perlukan untuk menjaga kedaulatn tanahair dan kehormatan mereka. Jikalau orang lain tidak mahu menghulurkan bantuan ekonmi kepada mereka nescaya mereka akan mati kebuluran dan mengalami kekalahan dengan penuh kehinaan. (1)
(1) Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi: Ciri-ciri keunulan masyarakat Islam Penerbitan Seribu Dinar.2000.

No comments:

Post a Comment