KEWAJIPAN MANUSIA
MEMAKMURKAN ALAM KEHIDUPAN
(Disiarkan pada
10. 08. 2019)
Manusia
diwujudkan Allah di alam dunia ini untuk memegang amanah Allah sebagai
khalifah-Nya. Kepatuhan dan pengabdian kepada peraturan Allah, yang kemudiannya
akan melahirkan individu yang pintar cerdas dalam mejalankan tugas sebagai
hamba dan khalifah Allah di dunia. Dengan dua tugas ini, individu memenuhi
tanggungjawab asas terhadap Allah, dan
pada waktu yang sama memenuhi tanggungjawab asas terhadap manusia, alam
sekitar, dan diri sendiri. Tuntutan kedua-dua tugas tersebut akan mewarnai pembangunan potensi pintar cedas bagi sesorang individu.
Mereka dikurniakan oleh Allah dengan
sifat khusus untuk membolehkan mereka menanggung
amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan menegakkan agama Allah yang
tidak tertanggung oleh makhluk yang lain (Surah Al-Baqarah 2:30.) Penciptaan
mansia dalam dua tahap yang bebeza, iaitu tahap awal dan tahap biologi.
Tahap awalnya seperti berlaku kepada
manusia pertama Allah ciptakan Adam daripada sari pati tanah. Setelah tanah
yang dibentuk Allah seperti lembaga manusia
kemudian Allah hembuskan rohnya ke dalam lembaga tersebut maka jadilah
makhluk manusia pertama.
Kemudian kejadian manusia tahap kedua
iaitu dengan kejadiannya mengikuti tahap biologi ialah dari setitis air mani
dari seorang lelaki (suami) terpancar ke dalam rahim ibu Kemudian Allah telah
menjadikan air mani itu berupa darah yang beku, iaitu setelah 40 hari lamanya
air mani itu tersimpan di dalam rahim. Jangka masa itulah merupakan
perkembangan yang pertama, kemudian setelah berubah menjadi segumpal darah yang
beku merupakan perkembangan yang kedua dan mengambil masa selama 40 hari juga.
Kemudian Allah jadikan pula benih
manusia itu dalam proses perkembangan yang ke tiga menjadi seketul daging dalam
jangka masa yang serupa, iaitu 40 hari. Dari seketul daging dijadikan
bahagian-bahagian tulang yang menjadi rangka kepada tubuhnya.
Tulamg itu pula disalut dengan daging,
otot-otot, urat-urat darah dan kulit, yang seolah-olahnya menjadi pembungkus
yang menutupnya.
Pada ayat yang berbunyi: kemudian Kami
jadikan dia makhluk yang lain. Dapatlah dibezakan di antara ciptaan pada
peringkat yang mula-mula dahulu dengan kejadiannya pada kali ini sebagai
makhluk yang lain. Adapun perubahan keadaannya menjadi makhluk yang lain pada
kali ini, kerana sudah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya, yang membolehkan dia
hidup pada hal sebelumnya dia mati, membolehkan dia bercakap-cakap pada hal
sebelumnya dia bisu, membolehkan dia mendengar sebelumnya dia pekak dan
membolehkan dia melihat padahal sebelunya dia buta. Semua ini adalah merupakan
bekalan yang sangat ajaib dan tidak terkira banyaknya yang telah dibekalkan
oleh Allah kepadanya.
Maka penciptaan manusia tahap awalnya bermula dengan sari pati tanah.
Penciptaan manusia tahap keduanya ialah
melalui biologi iaitu dari air mani seorang ayah (suami) dan air mani seorang
Ibu (isteri). Air mani kedua-duanya akan menjadi manusia setelah genap 120 hari
dalam pembinaannya dalam rahim ibu iaitu setelah Allah hembuskan rohnya ke
dalam lembaga tersebut.
Kejadiaan manusia tahap pertama ada
persamaan dengan kejadian manusia tahap biologinya kerana air mani seorang ayah
dan air mani seorang isteri sememangnya berasal daripada tanah kerana segala
makanan yang dimakan oleh ayah dan ibu adalah produk dari tanah yang telah
diproses dalam badan suami dan ibu kemudian menjadi air mani kedua-dua pasangan
hidup, suami dan Isteri.
Hanya perbezaannya ialah Allah ciptakan
manusia pertama langsung dari tanah; dan penciptaan manusia dalam tahap biologi
juga daripada produk daripada tanah. Dan kejadian manusia yang pertama dan
kedua mempunyai persaaamnya iaitu Allah hembuskan roh-Nya maka jadilah makhluk
yang lain, iaitu makhuk yang mempunyai perasaan dan kesedaran
untuk
memerlukan zat pembanguan bagi dirinya.
Peranan utama manusia ialah mengabdikan diri dan memberi
sepenuh ketaatan terhadap perintah Allah
dalam segala aspek kehidupan. Peranan ini disebut sebagai ibadah. Konsep ibadah bukan hanya bermakna solat, puasa,
mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji sahaja, tetapi ia juga meliputi segala
usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Malah, sebarang tindakan dan
operasi yang dijalankan oleh manusia
dianggap sebagai ibadah selagi ianya bertujuan mendapatkan keredaan Allah.
Jadi tanggungjawab asas manusia
ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Menurut
Islam, manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara
satu sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya
di dunia. Dengan penyempurnaan kedua-dua
tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada Allah.
Firman Allah surah az-Dhariyat
ayat 51:56 – 58 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Aku tidak menghendaki reseki daripada mereka dan tidak pula menghendaki supaya
mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai
kekuatan yang sangat kukuh.”
Secara khusus, pengabdian diri
kepada Allah membabitkan perlaksanaan empat hubungan asas, iaitu hubungan mencangcang
dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiyah),
hubungan mengufuk dengan manusia dalam kontek tanggungjawab manusia sebagai
makhluk bermasyarakat, Hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks
tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiyyah). Pada amnya,
tanggungjawab kepada Allah yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga tanggungjawab
yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tangungjawab
yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum.
Dalam menjalani kehidupan
duniawi, Al-Qur’an memberi peringatan kepada manusia bahawa mereka tidak
dijadikan dengan sia-sia dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Malah setiap
perbuatan manusia, walaupun sebesar zarah (atom) sekali pun akan dinilai dan
diberi balasan yang sewajarnya, Firman Allah surah al-Zalzalah ayat 99: 7-8 yang
bermaksud {terjemahan)
“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah (habuk yang
halus) pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
Dan barangsiapa yang mengerjakan
kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
Pada hari kiamat,
sekalian manusia akan bangkit dari kubur, dan
berkumpul di padang Mahsyar untuk dihisab. Apabila selesai, mereka pun
dipisah-pisahkan, pihak kanan akan dibawa masuk ke dalam syurga dan pihak kiri
akan dibawa masuk ke dalam neraka. Ini diperlakukan, seterusnya untuk diperlihatkan
kepada mereka akan adanya balasan yang baik dan juga balasan yang buruk. Barang
siapa mengerjakan kebaikan walaupun sedikit, umpamanya seberat zarrah yakni
sebesar habuk, pasti ia akan dapat melihat ada tertulis di dalam buku
amalannya, kemudian akan menerima balasannya. Begitu pula siapa yang mengerjakan
kejahatan walaupun sedikit, kalau ditimbang hanya seberat zarrah ia akan dapat
melihatnya, kemudian memperoleh balasan.
Ungkapan kata dalam ayat ini
menunjukkan bahawa Allah tidak sekali-kali lalai atau melupakan, walaupun usaha
atau pekerjaan anak Adam itu dari yang sekecil-kecil sampai kepada yang
sebesar-besarnya pasti dihukum-Nya dengan adil supaya tidak seorang pun
teraniaya. Serupalah seperti yang dinyatakan oleh Allah pada ayat 40 surah
An-Nisa yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya Allah itu tidak menganiaya (seseorang) walaupun sebesar
zarrah.”
Kehidupan yang paling baik ialah kehidupan
yang bersifat sederhana. Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:143 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Bagitulah pula Kami jadikan kamu umat yang wasatan (pertengahan),
supaya kamu
menjadi saksi,
dan Rasul pula menjadi saksi di atas kamu. Tiadalah kamu jadikan kiblat yang
dahulu engkau menghadapnya itu, melainkan supaya Kami ketahui (perbezaan) orang
yang mengikut Rasul dan orang yang
bepaling tadah. Sebenarnya orang yang demikian itu amat berat kecuali bagi
orang-orang yang ditunjuki Allah. Tiadalah Allah mensia-siakan iman kamu, kerana
Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang kepada manusia.”
Allah menjadikan pula umat Islam
itu suatu umat yang terbaik dan mulia dengan gelaran wasatan ertinya umat yang
pertengahan. Pepatah Melayu mengatakan: Berbuat
baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali.” Maksudnya, berbuat baik
jangan melampau tidak dapat dikatakan elok. Hendaklah sederhana atau pertengahan,
inilah yang baik. Sebaliknya berbuat jahat – walau sekali – memanglah seperkara
yang tidak baik.
Di dalam Hadis disebutkan;
Sebaik- baik perkara itu ialah pertengahan.
Jelas
sudah bahawa umat Islam yang digelarkan oleh Tuhan wasatan (pertengahan) bukan
pelampau seperti kaum Yahudi yang mencuai-cuaikan
agamanya hingga ke peringkat penghinaan, dan juga bukan pelampau seperti kaum
Nasrani yang memuja-muja Nabinya hingga ke peringkat ketuhanan.
Gambaran kehidupan yang sederhana
adalah seperti firman Allah surah al-Qasas ayat 18:77 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Dan carilah daripada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada
(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi, Sesungguh nya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Setiap manusia
betanggungjawab untuk memenuhi keperluan kebendaan dan kerohanian dengan cara
yang sewajarnya. Keperluan manusia terhadap kebendaan hanyalah merupakan suatu
keperluan yang bersifat sementara dan ia boleh dikategorikan sebagai satu
kepentingan yang relatif. Ini adalah kerana kehidupan duniawi bukan menjadi
matlamat utama kewujudan manusia(Surah al-Qasas ayat 28:60). Jadi manusia semestinya
menjadikan dunia sebagai tempat untuk mendapat pahala sebanyak yang mungkin
dengan benar-benar mentaati perintah Allah. Ini kerana dunia hanyalah tempat
persinggahan bagi manusia yang bersifat sementara, yang sepatutnya dijadikan
tempat untuk bersiap dalam menuju ke alam akhirat yang kekal.
Tujuan utama pendidikan adalah
untuk merealisasikan potensi keinsanan sesuai dengan fungsi asas manusia
sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Konsep kehambaan manusia
kepada Allah bukan merupakan satu penghinaan kepada manusia. Sebaliknya, konsep
tersebut dikaitkan juga dengan hakikat pada nabi dan rasul.
Pembangunan manusia
bergantung pada darjah ketakwaan. Istilah Ketakwaan bermaksud penyerahan diri
kepada Allah, kesedaran tentang keesaan-Nya, kepatuhan kepada suruhan-Nya, dan
keinginan untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia yang paling membangun ialah
manusia yang berjaya mengabdikan diri secara menyeluruh kepada Allah, manakala
manusia yang paling mundur ialah manusia yang gagal mematuhi suruhan dan
larangan Allah.
Konsep pembangunan yang
diutarakan oleh Islam merujuk usaha untuk kembali kepada ajaran Islam yang
sebenar seperti yang disarankan dan diamalkan oleh Nabi Muhammad, para sahabat
baginda, dan para mukmin yang sejati. Dalam konteks ini, konsep pembangunan
berhubung rapat dengan konsep lain seperti adab, keadilan, dan hikmah. Malah
pembangunan manusia menurut Islam merupakan pembangunan yang bertumpu kepada
usaha memaksimumkan penghayatan adab, keadilan, dan hikmah dalam seluruh aspek
kehidupam manusia.
Misi untuk menjadi khalifah
Allah di dunia merupakan misi yang dipetanggungjawabkan kepada semua manusia.
misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain
yang ada dalam persekitarannya. Oleh
itu, tugas sebagai khalifah Allah meliputi tiga tanggungjawab asas iaitu
tanggungjawab kepada manusia, tanggungjawab
kepada alam, dan tanggungjawab kepada diri sendiri.
Ilmu dan amal semestinya
serasih dan selari. Kita tahu antara tanggungjawab sebagai khalifah Allah ialah
tanggungjawab kepada alam. Walaubagaimana pun pepatah Melayu mengatakan “indah
berita dari rupa”. Berita cantik, Allah ciptakan tanggungjawab manusia sebagai
khalifah-Nya di alam dunia ini. Tetapi amalan manusia tidak serupa dengan
tanggung jawab yang Allah amanahkan.
Sungai Bayayoh di pedalaman Keningau dalam
tahun-tahun sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, iaitu dalam tahun 1950an
dan ke atas, isi padu airnya amat besar sehingga sukar dilintasi oleh perempuan
apa ta’ lagi kanak-kanak jika tidak menunggang kerbau. Tetapi sekarang airnya amat sedih keadaannya sehingga tidak
mencukupi keperluan masyarakat Keningau, terutama sekali untuk mengairkan sawah
padi mereka.
Allah sediakan sungai dengan
air yang isi padunya yang besar tetapi manusia telah mengkufuri amanah sebagai
khalifah Allah menjalankan tanggungjawab untuk memelihara terhadap alam. Di
kawasan tadaan air sungai Babayoh, kiri dan kanan, telah dimusnahkan
pokok-pokok yang tumbuh ratusan tahun
malah ribuan tahun yang menjadi tadaan air sungai Bayayoh, untuk
kepentingan pembanguan diri mereka yang berkenaan. Kerajaan Sabah yang terawal
telah sedarkan mengenai perkara tersebut
tetapi mereka yang berkepenringan diri
menutup telinga tidak mendengar. Tidak hairanlah sedikit masa lagi Pedalaman
Keningau akan mengalami bekalan air yang amat sedih kepada setiap individu yang
tinggal di bahagian Keningau nanti!
No comments:
Post a Comment