ILMU MENEGAKKAN IBADAH KERANA ALLAH.
(Disiarkan pada17. 08. S019)
Al-Quran menegaskan kepada kita
bahawa orang yang berilmu tidak sama dengan orang tidak berlimu. Kemuliaan
manusia di sisi Allah SWT adalah kehadiran ilmu dalam dadannya. Apabila ilmu
menginap dalam diri manusia akan memimpinnya untuk memahami lebih luas ufuk
pemikirannya. Allah amanahkan manusia sebagai khalifahnya di muka bumi ini atas dasar kehadiran ilmu yang ada
pada manusia yang telah ditarbiahkan Allah SWT kepadanya.
Dalam sistem bermasyarakat, ilmu
dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi di dalam sistem nilai beribadi dan
juga masyarakat manusia di setiap peringkat. Budaya ilmu menjana nilai pengetahuan
yang tinggi dan menjadi kunci segala kebaikan. Dengan adanya kehadiran ilmu
dalam diri manusia, maka dapatlah ia memahami maknanya hidup. Dari situ
terbukalah pintu kefahaman diri sebagai hamba Allah SWT.
Kehadiran ilmu pada diri manusia,
maka pintu pemikiran yang waras akan terbuka. Ilmu akan membolehkan manusia
memahami diri sebagai hamba Allah yang mempunyai nikmat-Nya yang tidak terkira
banyaknya dan menjadi pembalut kepada ketamadunan insan yang berwawasan.
Akal dan ilmu merupakan rakan
sejoli yang tidak boleh dipisahkan jika kita hendak mengamalkan hidup yang
berpedoman. Akal tanpa ilmu seperti gulai tanpa garam dan ilmu tanpa akal akan
melahirkan tindakan yang tidak bertamadun. Manusia berakal wajar menuntut ilmu
untuk melengkapkan keperibadiannya tetapi jika ia berilmu tetapi tidak berakal
tidak ada makna ilmu pengetahuan itu kepada dirinya.
Akal adalah fakulti dalaman
makhluk manusia kerana kehadiran akal pada diri manusia itu, maka ia dapat
menyingkap tabir rahsia Allah SWT yang dipanggil sebagai kalam Allah SWT.
Dengan ilmu pengetahuan manusia
dapat menyingkap makna sesuatu fenomena. Kehadiran ilmu dalam diri manusia akan
membuka pintu kemahiran berfikir. Berfikir adalah satu ibadah yang wajib
diamalkan agar manusia tidak terpedaya dengan pandangan-panda- ngan yang
menjemput kekufuran kepada nikmat Allah SWT. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa berfikir sejam adalah lebih
bermanfaat daripada solat sunnat 70 kali.
Ilmu menentukan tahap manusia
berfikir dalam urusan kehidupan. Seorang pengem- bara bertemu dengan tiga orang
pekerja sedang berkerja memecakan batu di dalam satu kawasan binaan bangunan sebuah masjid. Lalu
pengembara itu bertanya kepada orang yang pertama mengenai apa yang dia sedang
buat. Lelaki itu pantas menjawab: “Saya memecakan batu.”
Kemudian pengembara itu beralih
kepada yang kedua dan bertanyakan soalan yang sama. Ia mendapat jawapan: “saya
mencari nafkah hidup.” Pengembara tersebut kemudian pergi kepada orang yang
ketiga lalu bertanya soalan yang sama. Orang yang ketiga mengatakan, “Dia membina
sebuah masjid.”
Dalam ketiga-tiga jawapan pekerja
tersebut berbeza di antara satu dengan yang lain walaupun mereka melakukan
kerja yang sama. Jawapan pekerja yang pertama menunjukkan ilmunya kurang atau
tidak ada sama sekali kerana hanya tertummpu kepada apa yang dia sedang
lakukan. Dia tidak memikirkan bahawa pengembara itu sudah pasti mengetahui apa
yang sedang ia lakukan ialah memecah batu.
Kepada jawapan pekerja yang kedua
menunjukkan bahawa ia mempunyai sedikit ilmu kerana memahami apakah tujuannya
berkerja memeca batu tersebut. Ia memahami halatuju ibadahnya dan mempunyai
prinsip hidup dalam ruang lingkup pemikirannya sebagai pekerja binaan bangunan
sahaja. Dia memahami bahawa tanggungjawabnya ke atas diri dan keluarga nya
adalah di atas bahunya sendiri.
Jawapan pekerja yang ketiga
adalah manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
berprinsipkan
hidup yang berwawasan seiring dengan infrastruktur pembangunan kerajaan. Bukan
hanya memahami apa yang dia sedang buat tetapi mempunyai disiplin pemikiran
dalam menggunakan ilmu pengetahuannya untuk kegunaan orang lain. Kefahamannya
tentang apa yang ia lakukan ialah pembangunan sejagat. Ia memahami kehadirannya
di alam dunia ini sebagai pemakmur alam kehidupan atau dalam erti kata lain
sebagai khalifah Allah SWT.
Prinsip hidup seperti sebuah
kereta seharusnya menjadi iktibar kepada setiap manusia. Tidak boleh dikatakan
bahawa satu bahagian kereta itu, adalah lebih hebat daripada yang lain kerana
tanpa kehadiran bahagian tertentu kereta tidak akan bakal berjalan.
Ilmu adalah keperluan asas untuk
menjana ibadah kerana Allah SWT. Ilmu merupakan akitek dalam infrastruktur pembangunan satu-satu negara yang bertamadun.
Jentera pemba- nguan negara berpaksikan kepada keupayaan ilmu untuk memurnikan
kehidupan manusia. Pra doktor perubatan mengenali ubatnya khas untuk setiap
masalah kesihatan pesakitnya kerana kehadiran ilmu pengetahuan dalam bidang
perubatan.
Ilmu seharusnya disajikan dengan
amal agar ia menjadi fitrah kepada manusia. Tetapi jika ilmu tidak digunapakai maka manusia telah
mengkufuri nikmat mempunyai ilmu dan mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah
di muka bumi ini. Adalah menjadi satu kewajipan kepada manusia untuk menuntut
ilmu sebagai syarat mendapatkan bekalan di dunia dan di akhirat kelak.
Ilmu wahyu yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW
berfungsi mencuci akal dan jiwa manusia daripada sifat lalai dan dorongan hawa
nafsu serta memimpin manusia daripada kepalsuan dan ketidakpastian prasangkaan
kepada kebenaran dan kepastian ilmu.
Keistemewaan manusia terletak
pada ilmu yang dipunyainya. Seandainya ilmu itu hilang, maka jatuhlah mertabat
manusia. Ilmu itu pula terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting
dalam menunjukkan sifat kemanusiaan,
manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia dicipta
oleh Allah dengan potensi intelek untuk mengetahui di samping ilmu serta hikmah
yang merupakan santapan kalbu. Sekiranya kalbu tidak disajikan dengan ilmu dan
hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah
Ilahi dan akhirnya mengalami kematian walaupun punya kalbu itu mungkin tidak
menyedari apa yang berlaku dalam rohnya.
Menurut al-Ghazali (1990), “Ilmu
boleh diiberatkan sebagai pakaian yang menutup tubuh manusia. oleh itu, manusia
yang tidak berilmu boleh diibaratkan sebagai manusia yang tidak memakai
sebarang pakaian.”
Ilmu yang paling utama ialah
pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah
kemanfaatan ilmu pula bergantung pada sejauh mana ilmu itu diorientasikan
kepada penghampiran diri kepada Allah dalam urusan keduniaan dan keakhirat tan.
Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara
maklumat yang benar dengan maklumat yang palsu dalam komunikasi, antara iman
dengan syirik dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan.
Sekiranya kekuatan ilmu dibentuk
secara seimbang, sepadu dan menyeluruh, maka terpancarlah hikmah dalam jiwa
manusia. Istilah hikmah (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan
mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala perbuatan yang
termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah
yang membolehkan seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang
sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian.
Hikmah yang bertapak dalam kalbu
akan menghalang seseorang daripada bergelumang dalam kelakuan yang jahat. Jadi
hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi perkerti
yang terpuji. Keadilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seorang hasil
perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.
Ilmu agama diperoleh daripada nabi dan rasul
sahaja kerana ilmu tersebut tidak
disampaikan
oleh Allah kepada manusia lain melalui akal fikiran seperti arithmetik atau
melalui uji kaji seperti perubatan, atau melalui interaksi sosial seperti norma
dalam sesuatu
majlis.
Ilmu agama dikenali juga sebagai ilmu nukliyah, ilmu abadi dan ilmu syariah.
Manakala ilmu akliyah pula ialah ilmu yang diperolehi melalui hasil usaha
pemikiran manusia yang juga dikenali sebagai ilmu sains, ilmu dicari, dan ilmu
bukan agama (ghayr suariah).
Ilmu fardu ‘ain ialah ilmu yang
menjadi asas bagi individu Muslim untuk terus hidup sebagai muslim seperti ilmu
pendidikan agama, etika sosial, akhlak, dan perundangan asas. Sebaliknya, fardu
kifayah ialah ilmu yang menjadi teras bagi sesebuah masyarakat untuk terus
berkembang dan membangun seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, perakaunan,
ekonomi, dan sains gunaan.
Pembangunan ilmu kepada fardhu‘ain
dan fardhu kifayah adalah berasaskan perbezaan-perbezaan antara dua jenis kewajipan
mempelajari ilmu. Fardu atau wajib ‘ain adalah kewajipan mempelajari ilmu ke
atas setiap individu Muslim, manakala Fardu atau wajib kifayah adalah kewajipan
mempelajari ilmu ke atas kelompok yang tertentu.
Ilmu adalah satu alat penting bagi
pebangunan diri dan masyarakat. Ilmu yang mengandungi kebenaran dan keyakinan
membawa manusia mengenali Allah dan membolehkan manusia mentadbirkan ciptaan
Allah dengan betul. Dari sudut keilmuan, Islam hanya mengiktirafkan dua
golongan manusia sebagai gologan yang produktif, iaitu orang pintar cerdas yang
berfungsi sebagai pengajar dan orang kurang pintar cerdas yang berfungsi
sebagai pelajar.
Manusia akan menjadi jahil dan
mundur sekiranya mereka mengabaikan proses keilmuan serta memandang rendah
kepada proses pembudidayaan dan pengislaman ilmu. Ilmu merupakan faktor utama
bagi pelaksanaan amal (kerja, tugas, tindakan, gerak, atau usaha) yang soleh.
Manakala amal soleh bukanlah sebarang perbuatan, tetapi merupakan sejenis
perbuata diredai Allah yang batasnya ditentukan oleh iman da ilmu. Perbuatan
membabitkan penyempurnaan dua tugas insan, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan
tugas sebagai khalifah Allah di muka umi.
Terkadang dalam pengertian hamba
Allah ialah semua perkara yang terdapat pada diri manusia adalah menjadi hak
milik Allah dan seharusnya digunakan mengikut kehendak Allah yang menciptanya.
Jadi tanggungjawab asas setiap hamba Allah ialah melakukan sujud dan menyerah
diri kepada Allah dengan mematuhi suruhan dan larangan-Nya. Allah berfirman
surah an-Nisa ayat 4:125 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang
menyerahkan dirinya kepada Allah.”
Terkandung dalam
pengertian khalifah Allah ialah menguasai dan mentadbir, ataupun sifat
ketuanan. Sebagai khalifah atau pewaris Allah di muka bumi, manusia diberi
mandat dalam bentuk amanah untuk menjadikan “tuan” ke atas segala ciptaan Allah
di dunia. Bagai manapun, sifat ketuanan hanya terpakai dalam konteks
perlaksanaan tugas khalifah mengikut petunjuk Allah. Untuk menjadi khalifah
Allah di muka bumi, seseorang wajib mengabdikan diri kepada Allah semoga tugas
tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin
Sesiapa yang gagal berbuat
demikian, dan semata-mata menurut kehendak hawa nafsu akan hilang sifat
ketuanan yang dianugerahkan Allah secara automatik. Sebagai khalifah Allah di
dunia, manusia perlu hidup menurut peraturan dan adab yang ditetapkan oleh
Allah demi kebahagian diri dan kesejahteraan makhluk di bumi.
Tugas sebagai hamba dan khalifah
Allah membabitkan empat tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada Allah,
tanggungjawab kepada manusia, tanggungjawab kepada alam dan tanggungjawab
kepada diri sendiri. Tanggungjawab kepada Allah merupakan kewajipan utama.
Manusia yang melaksanakan keempat-empat tanggungjawab ini dengan sempurna
dianggap manusia yang bertakwa kepada Allah. Al-Quran menjelaskan hal ini,
Surah al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah
yang paling bertakwa di antara kamu.”
Menjalankan
tanggungjawab atau amanah Allah tersebut semestinya manusia dileng- kapi dengan
ilmu pengetahuan kerana tanpa kehadiran ilmu, manusia sukar menegakkan ibadah
kepada Allah SWT. Maka itu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini sesestinya
dengan ilmu. Ilmu membentuk dan membina pembangunan ummah demi kesejahteraan
hidup yang dimuliakan dengan disiplin ukhuwah kemanusiaan serta kasih sayang
antara sesama, hidup di alam jagat ini.
No comments:
Post a Comment