(Disiarkan pada 27. 4. 2013)
Islam
sebagai agama yang sempurna yang diredai Allah s.w.t. untuk manusia sebagai
cara hidup. Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Maaidah ayat (5)3, yang
bermaksud: “……Pada hari ini telah Ku
sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat_Ku dan
telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu”.
Dengan turunnya
ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan
perkara-perkara yang fardu dan sunat. Syariatnya berkekalan hingga ke hari
kiamat. Dengan sempurnanya Islam menjadilah ia suatu nikmat dari Allah. Agama
Islam telah diredai oleh Allah dan sesiapa yang menghendaki agama lain dari
Islam, tidaklah Allah terima agama nya, dan rugilah ia di akhirat.
Islam membina tamadun kehidupan individu
muslim di dunia yang menjadi titian ke syurga Allah s.w.t. Kehidupan di dunia
yang berupa sementara sahaja wajar dihiasi dengan ibadah secara istikamah
kerana Allah. Iman mendidik kita agar sentiasa mendekati Allah melalui
jalur-jalur ibadah. Allah menghidupkan kita dengan segala nikmatnya maka wajar
kita bersyukur dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya.
Disiplin beristikamah dalam
segala urusan menegakkan ilmu tauhid menggamit keredaan Allah kerana Islam adalah
cara hidup dan bukan satu budaya yang berpandu kepada suasana perlaksanaannya
mengikut kehendak kemampuan individu. Hidup ini sentiasa dengan Allah kerana
segala mikanisme perjalanan serta pergerakan berbagai organ jasmani kita adalah
kekuasaan Allah s.w.t. untuk menzahirkannya. Tiada yang wujud dengan sendirinya
tanpa kekuasaan Zat yang Maha Pencipta, Pengasih, penyayang dan Maha bijaksana
itu.
Mencari kebahagian hidup harus
dengan Islam. Mendekati kepercayaan lain akan menyesatkan pemikiran manusia
kelak akan mengkufuri nikmat yang Allah
redai. Islam adalah agama suci kerana ia diredai Allah untuk menjadikannya
sebagai cara hidup manusia. Untuk menerima Islam sebagai agama tauhid wajar kita menggunakan iman serta akal yang memandu
manusia untuk memahami perkara yang benar dan batil.
Untuk mencapai keyakinan yang
tidak boleh dipersoalkan, wajar kita meletakkan satu persepsi bahawa
kuasa-kuasa ghaib wajar diterokai terlebih dahulu. Kerana orang yang percaya kepada kuasa ghaib
adalah mereka yang beriman. Mempercayai agama sewajarnya melihat lojika
pemikiran kepada sandaran kewujudnya yang disahkan oleh dokumen wahyu yang
telah diturunkan Allah s.w.t. kepada manusia.
Meniti sejarah bagaimana
lahirnya ruang Bicara Minda keluaran mingguan dalam The News Sabah Times, ia
bermula sejak bulan Mei 2002 atas keyakinan Pengurus Besarnya, Datuk Ayub Haji Aman, setelah
beliau mendapat satu naskah buku nikilan penulisnya seorang mualaf, bertajuk:
“Kehidupan Dalam Tiga Dimensi” yang
diterbitkan oleh Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur dalam tahun 1998.
Penulisnya telah melalui tiga
kepercayaan dalam hidupnya untuk mencari kebenaran dalam hidup beragama. Hidup,
mengikuti jejak langkah kepercayaan datuk muyangnya turun temurun sebagai
“Paganisme” tidak mempunyai visi, seolah-olah diibarat bagikan dua garis lurus
yang tidak selari. Jika panggkalnya lebih besar berbanding pada hujungnya maka lambat laun ia akan bertemu
dan tidak dapat meneruskan dua garis yang lurus.
Berpindah ke dimensi
“Krestianiti” agak lebih membingongkan pula pada kefahamannya. Walaubagaimana pun
ia mengambil masa dua belas tahun untuk menerokai sejarah hidup beragama
“Krestian” sehingga menjadi “Ahli Virgin of Mary” tetapi pemimpin agama
utamanya (paderi) tidak dapat mencari satu penyelesaian untuk meyakinkan atau
melahirkan keimanan kepada penulis tentang akidah Krestian. Hanya jawapan yang
dapat diberinya ialah “It’s a mistery, you’ve to believe it!”
Kelahiran buku “Kehidupan Dalam Tiga
Deminsi” banyak menceritakan berkenaan pengalaman reality beliau singgah sebentar dalam suasana tanpa
agama dan agama Kristian sebelum menerima hidayah Allah s.w.t. untuk menerima
Islam sebagai agamanya hingga kini. Dalam ruang bicara Minda beliau, setelah
banyak mengkaji dan membuat penelitian, mengenali betapa luasnya pergertian iman
serta Islam dan seterusnya mengecapi keindahan beragama.
Sesungguhnya adalah sangat
bertepatan bagi setiap insan untuk
mengetahui, selain dari usaha meneliti dan mengakaji bahan-bahan ilmu
dalam Islam, bahawa amalan secara
“Istikamah” sangat-sangat penting dan diperlukan demi mendapat keredaan
Allah s.w.t.. Amalan-amalan yang berbentuk zikirullah di samping mendekati ilmu
melalui ceramah agama oleh tokoh-tokoh agama amat membantu dalam mengembangkan
ilmu tauhid.
Penulis telah menerima panggilan
telifon dari rakan sekerja yang telah bersara lebih awal dari penulis. Beliau
adalah antara pembaca Bicara Minda yang setia mengikutinya setiap kali
disiarkan dalam surat khabar The New Sabah Times. Beliau ingin tahu apakah yang
telah penulis buat setelah bersara sebagai guru? Adakah penulis telah
melanjutkan pelajaran ke Universiti Mesir atau Al-Azar? Beliau bertanya
demikian kerana beliau tahu bahawa penulis adalah seorang penganut Krestian sebelum
ini, kemudian menganut Islam sebagai agamanya setelah separuh dari umurnya.
Jawapan yang diberinya ialah
amalan istikamah dalam melaksanakan ibadah kerana Allah. Membaca al-Quran
setiap hari dua ayat adalah lebih disukai Allah daripada membacanya sekali dalam
satu juzuk dan kemudian berhenti buat beberapa ketika, mungkin sebulan atau
lebih lama dari itu kemudian baru menyambung bacaannya lagi.
Sembahyang
sunat hajat untuk meminta perlindungan dari Allah s.w.t. pada hakikatnya wajib
dilaksanakan selama empat puluh hari secara istikamah. Begitu juga
amalan-amalan yang lain perlu dilakukankan mengikut disiplin perlaksanaan yang
berterusan. Sebagai satu conton yang amat dekat kepada para remaja terutama
sekali yang masih menuntut di sekolah untuk mengilmukan diri. Amalan
“ketakalan” atau consistency” atau
istikamah amat diperlukan.
Untuk membuat persediaan menghadapi
penilaian sekolah atau peperiksaan umum oleh Kementerian Pendidikan, setiap
pelajar wajar membuat ulangan pelajarannya sebaik sahaja mempelajari mata
pelajaran yang baru. Bahasa Inggeris mengatakan “practice needs perfect”, atau “Alah bisa tagal biasa.”
Jikalau mengulang kaji ditangguhkan
hingga ke saat-saat akhir sebelum
menghadapai peperikaan, bermakna kita mengundang kegagalan; dikecuali jika
pelajar itu adalah gulungan “genius”
yang mempunyai “photographic memory” yang
hanya memerlukan sekali sahaja mendengar dan boleh ingat apa guru itu telah
ajar.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah
menerima wahyu Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril hanya sekali sahaja
diucapkan oleh Malaikat tersebut maka baginda boleh ingat dan dapat
mentarbiahkan para sahabat tentang wahyu yang baru diterimanya. Ini adalah
mukjizat Tuhan yang diuntukkan kepada baginda kerana tiada yang mustahil bagi
Allah. Segalanya adalah kekuasaan-Nya.
Begitu jugalah dengan beramal kerana
Allah atau belajar menuntut ilmu di sekolah. Melaksanakan disiplin tersebut
haruslah dilakukan secara istikamah untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. Kita
berdoa kepada Allah bukan sekali, duakali sahaja tetapi haruslah dijadikan
sebagai amalan hidup yang berterusan. Orang yang kusysuk dalam melaksanakkan
ibadah adalah orang yang istikamah mengingati Allah.
Penulis mengenali budaya istikamah
apabila saudara sepupu mengajarnya untuk
beramal
di bulan Ramadan dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali setiap kali
selepas sembahyang sunat tahajud kemudian berdoa untuk dihadiahkan kepada
saudara muslimin yang telah pergi meninggalkan dunia ini.
Sembahyang sunat tahajud
sebelumnya tidak pernah terlintas dalam pengetahuan penulis. Mengucap dua
kalimah shahadat dalam tahun 1974 kemudian melaksanakan ibadah solat lima waktu
berpandukan sepenuhnya kepada buku tanpa ikhtiar untuk meminta bantuan kepada
staz atau sesiapa sahaja saudara Islam yang berilmu pengetahuan tentang
perlaksanaan ibadah sembahyang.
Setelah menganut Islam budaya
hidup tidak banyak berubah daripada sebelumnya. Bergelumang dengan dosa kerana
amalan yang lama masih diteruskan dan beramal secara sendirian tanpa merujuk
kepada orang yang tahu hukum Islam. Pada satu ketika setelah 10 tahun berlalu,
selepas mengucap dua kalimah shahadat, bertemu dengan saudara sepupunya yang
juga seorang mualaf tetapi sudah tahu hukum Islam sedikit sebanyak. Amalan
beliau dalam hidup ialah rajin mengerjakan berbagai macam sembahyang sunat
setiap malam dan diserikan dengan amalan zukirullah disamping mendirikan solat
lima waktu.
Bermulanya bulan suci Ramadan,
penulis mengamalkan apa yang diajar oleh
saudara sepupu tersebut iaitu sembahyang sunat tahajud di waktu malam selepas
tidur seketika. Amalan itu dilaksanakan secara istikamah sehingga 15 hari bulan
Ramadan berlalu penulis dimimpikan untuk dikunjungi langsung ke kamar tidur oleh
seorang ipar saudara yang telah balik ke rahmatullah sudah sekian lama.
Penulis lalu memeluknya seraya
berkata bahawa dia amat merinduinya, walahal dalam pemikirannya mengetahui
bahawa saudara ipar berkenaan telah meninggal dunia sekian lama. Iparnya juga
mengatakan yang sama turut merinduinya. Setelah itu penulis terjaga dari
tidurnya. Mimpi yang amat takjub itu kemudian dirujuk kepada saudara sepupunya
yang mendidiknya mengenai sembahyang sunat tahajud untuk diminta tafsirkan
mimpi berkenaan.
Saudara sepupu berkenaan
kemudian memeluknya juga seraya berkata: “Syukur Alhamdullah, amalanmu telah
disampaikan oleh Allah.” mendengar tafsirnya itu penulis turut sama
mengeluarkan air mata kerana memikirkan bahawa selama ini dia bergelumang
dengan dosa kerana tidak mengikuti
amalan hidup sebagai Islam; tetapi apabila melaksanakan ibadah secara
istikamah, Allah menerima juga hajatnya!
Mulai dari saat itu iman dalam
hati penulis tumbuh bagikan kulat di
waktu pagi tumbuh subur selepas bumi
dibasahi hujan semalaman. Beliau dengan sedaya upaya mencari ikhtiar cara untuk
mentarbiahkannya mengenai Islam sebagai Addin.
Pada mulanya ia dipinjamkan oleh
saudara iparnya sebuah kesset dakwa oleh Ustaz Zainuddin M.Z. dari Indonesia
yang bertajuk “Mengapa Rasul Cintakan Kita.” Ceramahnya amat menyucuk jiwa
penulis sehingga setiap kali ia dimainkan kesset berkenaan berlinangan air
mata penulis. Tidak kira di rumah, di
waktu dalam perjalanan, mahupun di pejabat, kesset tersebut pasti dimainkan
untuk menghiburkan hati penulis.
Ia memikirkan begitu mulia cintanya Rasul
kepada umatnya, mulai dari dunia hingga ke akhirat. Malah apabila baginda Rasul
sudah berada di syurgapun beliau masih meminta izin kepada Allah untuk turun ke
bumi melihat umatnya untuk memastikan semuanya selamat dan mengamalkan Islam
sebagai cara hidup mereka.
Terfikir dalam hati bahawa jika
ceramanya dalam kesset berkenaan amat memikat jiwa penulis maka beliau
ikhtiarkan untuk mendapatkan ceramah-ceramah lainnya yang tanjuk yang
berlainan. Setiap kali beliau berkunjung ke Kuala Lupur untuk tujuan lawatan
rasmi kerajaan, beliau mesti mencari kesset ustaz Zainuddin M.Z. di
warung-warung berkenaan. Syukur Alhamdullah beliau menjumpai kesset ustaz
tesebut dan memilih tajuk-tajuk yang berupa dakwa Islamiah. Begitulah cara
penulis mentarbiahkan diri dengan akidah Islam sehingga mempunyai sebanyak 32
jenis ceramah yang ada dalam simpanan beliau.